Skip to main content

Posts

Featured

Hakikat Bahagia

Suka nasyid Hakikat Bahagia by UNIC ni.
Mengingatkan kita bahagia itu kita cipta, bila kita mula bersyukur dengan apa yang ada.
Bila sakit, bila susah, bila miskin, bila payah...
Ubatnya yang pertama sekali adalah, mengingati Allah.
Hari ini kita dihimpit dengan macam-macam kesusahan, masalah dan desakan dalam kehidupan. 
Ramai gelisah mencari solusi.
Tetapi, akan ada sedikit dari kalangan kita semua yang beruntung.
Iaitu mereka yang mencari Allah, kemudian mengharap bimbingan, kemudian mengusahakan penawar atau jalan keluarnya. 
Kerana dengan cara itu, golongan ini mencari jalan penyelesaian yang asasnya berpandukan wahyu.

Maka, jadilah ujian itu, ujian yang membawa kita kepada pahala, dan dalam waktu yang sama, melatih kita menjadi orang yang bukan sahaja bijaksana dalam mengendalikan masalah, tetapi juga bertaqwa.
Kalau tidak, kita mungkin jumpa solusi, tetapi adakah dalam waktu yang sama, kita jumpa Ilahi?
Muhasabah.
Mencari dan terus mencari damai yang hilang
Iffah Nabiha Ahmad Jailan…

Latest posts

Fighting

Past-self and present-self

Mooting 2

Mooting

Leaving home :(

I'm home!

Many things

Need

Padan muka

Hypocrite