Muqaddimah

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, Pemurahnya DIA dengan izinNya mempunyai kesempatan untuk menulis pada masanya. Namun, komitmen sebagai pelajar Year 10 mungkin menyebabkan keperluan meluangkan masa untuk pelajaran lebih utama buat seketika. Afwan andai jarang menulis. Moga bermanfaat apa yang ada :)

Thursday, 29 April 2010

Hanya Untukmu...






Gembira bersama

"Iffah nak makan apa?" Mama bertanya.

"Koey Teow Goreng je lah."Jawab saya ringkas sambil ketawa.

Mama bingkas bangun menuruti permintaan anak angkatnya. Lalu memesan air minuman kegemaran saya juga.

"Iffah2..Jom kita main dekat air terjun tu nak tak?"Soal Eza si teman sebaya. Umpama adik- beradik kami bersama. Rakan sepermainan saya itu dengan riangnya bercerita pelbagai peristiwa di sekolahnya. Tidak ketinggalan juga saya.

"Wei...Aku rasa kita ni dah lama sangat kenal kan???Dari kecik lagi....Tapi rasa macam sat ja..."Ujarnya tulus.

"Ya...Macam sekejap je..."Balas saya mengukir senyuman sambil tangan memercikkan air ke mukanya.Kemudian kami saling berbalas-balasan dengan hati yang penuh riang dan gembira bersama..

Itulah nikmatnya ukhuwah. Semuanya akan terasa indah jika berukhuwah kerana Allah..

12 Tahun Berlalu

"Eza cakap Iffah ngan dia kenal dari kecil lagi...Bila mama????Macam mana Mama dengan Ummi boleh kenal???"

"Ye la....Dulu kebetulan Iffah dengan Eza masuk nursery yang sama..Masa tu, Ummi kan muda lagi...Jadi tak berapa pandai bawa kereta..So, mama lah yang tolong ambil dan hantar Iffah..."

"Lepas tu??" Minda saya tidak sabar untuk mengetahui ceritera seterusnya. Terasa bersalah andai diri sendiri tidak tahu sejarah pertemuan antara dua keluarga karib ini.

"Sampai satu masa tu...Mama datang rumah Iffah...Kebetulan...Atuk Iffah kan datang rumah Iffah masa tu...Masa Mama masuk rumah Iffah...Tiba-tiba nampak atuk Iffah...Mama pun terkejut..."

"Kenapa.."

"Masa Mama masuk tu..Mama cakap,"Ehh???Ustaz???" sebab rupa-rupanya atuk Iffah tu guru Mama...Jadi bertambah rapatlah Mama dengan Ummi...Sampai sekarang...Dah besar dah Iffah ye...Bijak pulak tu....Terkumat kamit mulut menghafaz..."

Saya tersipu malu. Mengukir senyuman bangga di atas pertemuan ini.

"Ye lah Ma.... Dah 12 tahun dah..."

12 tahun berlalu...Pastinya pelbagai kenangan telah diharungi bersama..Biarlah ia kekal sebagai lipatan sejarah hidup kami.Bukan di kotak fikiran semata-mata..

XXXXXXXXXXXXXXXX

"Kakak...Kakak simpan gelang ni sampai bila-bila tau..."Kata Mama sambil tangannya memakaikan gelang yang masih berkilat itu ke tangan saya...

Saya diam. Manik-manik jernih mula kelihatan.

"Takkan dapat ku balas..."Detik hati kecil ini..

Seutas gelang Pemberianmu

Saya melangkah ke bilik air rumah tersebut. Kemudian mengambil air wudhuk.
Kemudian saya melangkah ke bilik tidur tadi kembali.

"Eh....Eza dah bangun?"Saya terperanjat apabila melihata sahabat saya itu sedang bersiap-siap ke sekolah..."Ya...Tadi aku dengar hang buat apa..."

Saya mengukir senyuman. Hari ini hari terakhir saya di sini. Kemudian akan berangkat ke Kuala Lumpur dan bersedia untuk ke Lapangan Terbang AntaraBangsa. Meninggalkan bumi Malaysia seterusnya menyambung perjalanan di luar negara.

Saya merenung gelang pemberian keluarga sakinah itu. Seutas gelang ini...Menyimpan seribu pengertian..Membawa seribu kenangan..Dan seutas gelang ini...Adalah satu mutiara..Renungan di suatu ketika..

26 April lalu...Hari Ulangtahun Mama...24 April pula...Hari Kelahiran Eza...Semoga dalam limpahan rahmat dan berkat-Nya wahai Keluarga Sakinah..

Buat Mama..Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian...Berbahagialah dalam sinar Hidayah dalam hidupmu..

Akhirnya...

Mama..Hanya Untukmu...


Semoga ukhuwah ini terbina untuk selamanya...

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Semoga beroleh manfaat..



03 Mei 2010

Monday, 19 April 2010

Erti Kehidupan Ini...



"Ya Allah....Mengapa mereka sanggup melakukan semua ini.....Terlalu berdosakah hamba-Mu andai diri ini mencipta kejayaan sebegitu...Khilafkah diri ini andai ingin berbaik bersama para murabbiku...Kau tetapkanlah hatiku untuk-Mu Ya Rabb...."

Begitu rintihanku lagi hari ini. Aku sesak. Tidak mengerti.

"Awak hanya tahu pentingkan diri! Tak sedar yang awak tu masih mentah! Hingusan! Berilah peluang untuk orang lain pula!Dan awak..."

Terngiang-ngiang ayat itu dalam kepalaku..Surat luahan hati wanita itu ku genggam.

Ya Rabb...Mengapa aku menjadi begini...Inikah suratan yang telah Engkau tentukan untukku...-Rintih lagi hati kecil ini.

Ya Allah...Ku pinta Hidayah-Mu...

Sudahlah.Aku tidak mahu lagi menyambung catatan hati ini. Betapa tiada guna aku menjadi begini.Tiada guna! Apapun yang ingin terjadi, jadilah. Aku tetap diriku.Cukup.

12 tengah malam.

Buku catatan hati direnung.

Saya menutup muka. Pasrah.

Tangan digenggam sekuat-kuatnya. Tanda mahu menguatkan semangat.

"Malam ini aku mesti lakukannya."Getus hati ini.


Bingkisan Perjalanan

"Ya Allah...Pada-Mu aku mengadu...Atas segala kelemahanku...Terimalah taubatku ini Ya Allah...."Rintih seorang hamba dalam doanya.

Di sepertiga malam...Hamba itu memulakan 'personal relationship' dengan Tuhannya..

"Ampunkanlah diri ini..."

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Kaki laju melangkah ke sekolah. Semangat yang baru telah dikumpul. Yakin.

"Assalamualaikum..."Senyuman dilemparkan buat si teman. Namun, Allah memberi lagi satu pahala -untuk orang-orang yang bersabar.

"Anti faham ke apa yang Muallim ajarkan tadi? Kalau tak faham jomlah kita bincang..."Sekali lagi lisan melontarkan persoalan, mendekati si teman.

"Kalau dah bangga tu, tak payahlah nak berlakon baik. Ingat anti tu cantik, pandai, semua orang boleh tertipu. Eh, tolong sikit!"

Astaghfirullah.Hati mula berdetik...

"Ingat Allah sentiasa melihatmu."
"Tapi mereka..."
"Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar..."
"Tapi sampai bila..."
"Dunia ini hanya sementara. Syurga adalah.."
"Tidak.."

Aaarrgghhhh!!!!

Kaki pantas berlari ke arah tangga. Kemudian masuk ke satu kawasan yang dirasakan takkan mungkin terlihat oleh orang lain.

Air mata mengalir lagi. Gagal.

"Iffah....Ana minta maaf..."

Wajah sederhana ini terangkat ke arah hamba Allah yang bersuara. Tatkala itu, tubuh hina bangkit memeluk memaafkan dan menerima si teman dengan hati yang terbuka.

Itulah sejarah silam. Penghujung derita yang sarat dengan kenangan silam. Yang kadangkala membuatkan hati ingin melontarkan diri ke arah lautan memori yang terus bersemadi. Terkubur oleh hari-hari yang dilalui.

Ada lagi ceritera yang harus dicerna. Membuat jiwa terasa sayu.

"Iffah...Ini hadiah untuk anti...Terima kasih dan ana minta maaf...Atas perkataan ana selama ni...Ana tahu ana tak sebaik anti...Dan.."

Tangan pantas menutup mulut si teman yang berbicara. Menghalang sahabat dari terus meluahkan rasa bersalahnya.

"Cukuplah...Ianya biasa.... Bahkan anti dah hadiahkan sesuatu yang paling berharga...Yang paling tepat untuk dibawa ke sana..."

Tangan ikhlas memegang dada. Tanda memberitahu bahawa ada sesuatu yang telah si teman hadiahkan..

Air matanya mengalir lagi membasahi pipinya. Mungkin sebak mengenangkan apa yang telah diperbuat oleh tangannya. Dan apa yang telah dikata oleh lisannya.

Tangan menyentuh pipi. Menyedari bahawa air mata sudah tidak mahu bergenang lagi.

Jatuhlah wahai air mata...Inilah saat yang tepat untuk kau menghujani...Pun begitu ianya tidak mahu memunculkan diri..

"Ya Allah...Kau thabatkan kami di jalan ini..."Hanya doa yang mampu mengiringi detik perpisahan ini..

Detik Bahagia, Detik Derita

"Sama-sama..."Bicara saya sendiri apabila membaca emel 'bahagia' dari si teman.

"Iffah...Happy Birthday..Anti tinggalkan kami dalam waktu yang dekat sangat dengan hari lahir anti...Ana tak boleh bayangkan macam mana anti di sana... Dan macam mana kami di sini..Terima kasih ya Iffah...Sebab anti dah tinggalkan bannyyyaaakkk sangat kenangan manis mahupun pahit.Ana minta maaf ya...

dan terima kasih jua...:))"


Salam, anti..tabahkan hati dan teruskan perjuangan ya...Ana sentiasa ingat semua pahit manis kita...Terima kasih kerana mengingati hari ulangtahun ana..

Ringkas sahaja emel balasan dari saya buat si teman.

"Dan janganlah kamu bersedih hati, kerana kamulah yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman.."(Ali-Imran: 139)


"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya."(Al-Baqarah:25)

XXXXXXXXXXXXXX

Begitulah. Antara perjalanan derita dan bahagia yang mungkin serba sedikit membuka keaiban beberapa teman saya. Afwan jika ianya benar.Namun, ana tidak berani mereka-reka cerita berkenaan pengalaman ana.Mohon maaf andai ada kata-kata yang mencalar hati sahabat sahabiah sekalian.

Wahai sahabatku, dan seluruh umat islam di luar sana, senyumlah....Walau tatkala berulit derita. Dicengkam resah.Dan wahai sahabat sahabiah ku, jangan pula kalian menggadai maruah. Jika kalian terlalu lemah, pasrahlah kepada Allah. Di sepertiga malam adalah malam-malam keberkatan yang membawa ketenangan. Baik tatkala dirimu susah, senang, derita mahupun bahagia.Ketahuilah, satu-satunya senjata yang paling kuat, gah dan berkah bagi orang mukmin itu adalah doa.

Detik-detik bahagia.

Ya, memang indah. Senyuman indah menghiasi wajah.Namun, ada sesuatu yang hilang.

Terbang.

Kontang.


Iaitu hatimu. Sarat dengan kebimbangan. Tatkala bahagia, pada-Nya kita lupa. Sewaktu memori indah mencipta kenangan, tatkala itu noda hitam mula berjalan. Perlahan. Ingin mendekati satu kubu bernama iman.

Tahukah kalian?Ia bukan fatamorgana semata. Tetapi ia fenomena. Fenomena yang benar-benar berlaku di kalangan kita.

Wahai sahabatku!Teguhkan imanmu!Janganlah kau biarkan 'mereka' melemahkan imanmu!

Sejarah Andalus(Spain)
Kita semua maklum.Saban tahun, berabad-abad lalu pastinya, bumi Spain atau lebih dikenali sebagai Andalusia adalah milik pemimpin Muslim. Tatkala itu, bumi Andalus begitu makmur dengan ketamadunan islam yang aman dan selamat. Ya, islam bererti selamat.Indahnya Islam!

Namun, di sebalik kesenangan dan ketaan mereka kepada Allah...

Ada mata-mata yang memerhati pergerakan mereka. Ya, hapuskan Islam! Begitu kata mereka.

Senjata-senjata canggih dibekalkan untuk memancutkan darah tubuh muslimin. Pasukan kafir umpama satu tubuh mereka sama dengan seratus gajah dipersiapkan untuk 'mecipta sejarah' tubuh orang-orang islam bermandi darah. Sekuat-kuat mereka, tidak terlawan oleh penduduk islam ketika itu.

Ya, debaran yang anda rasakan itu tepat.Tubuh kaum Muslimin basah dengan darah!Mereka dibunuh dengan kejam!

Tatkala itu, masih ada lagi kaum Muslimin bersisa. Mereka takkan biarkan.Perkhabaran bahawa mereka akan lepaskan kaum Muslimin untuk lari melalui kapal sampai ke telinga penduduk muslim. Mendengar itu, hampir seluruh orang islam pergi ke tempat yang dimaksudkan.Sekali lagi, tekaan anda tepat!

Mereka menipu. Lisan mereka berbohong.Sekali lagi, umat islam tewas!

Laut yang biru bertukar menjadi merah. Merahnya adalah bukti umat islam syahid di tangan orang-orang kafir yang ganas lagi zalim.

Anak-anak kecil...Menggoncangkan ibunya... Jeritan Tandus...

Tatkala membaca sejarah ini, nyaris-nyaris airmata saya mengalir. Terkenangkan saudara-saudaraku di Palestin.Sabarlah......Wahai saudaraku..

Sumayyah...Kau dibunuh di dunia sementara.. Untuk hidup di syurga yang selama-lamanya...

Kembali kepada tajuk asal. Andalus.

Alhamdulillah. Beberapa tahun kemudian, Andalusia telah ditawan semula oleh pemimpin islam. Islam kembali hidup.Ketamadunan islam bermula di situ. Orang-orang islam makmur dengan sinar Islami yang ada.

Tetapi,mata-mata jahat itu tak pernah berhenti untuk cuba menghapuskan islam.

Saban tahun, usaha mereka gagal. Berkali-kali mereka cuba untuk menghapuskan islam. Tetapi dengan kekuatan islami yang ada, mereka tidak mampu. Pun begitu, kata pepatah, ada udang di sebalik batu.Begitu juga dengan mata-mata kafir ini. Dalam kekalahan mereka, dalam kegagalan mereka, mereka mengkaji kelemahan umat islam.

Dan mereka berjaya.

Rahsianya adalah; apabila benteng pertahanan umat islam lemah!

Mereka 'selitkan' budaya-budaya barat, agar umat islam terliur dengan 'keintiman' mereka.Mereka dengarkan lagu-lagu yang berunsurkan kegelapan, agar umat islam lupakan Al-Quran. Mereka 'suggest'kan 'akhlak2 barat' agar umat islam bermalas-malasan dalam tabiat seharian.Dan....
Sekuat-kuat pertahanan pemimpin islam ketika itu, dek kelemahan iman, umat islam tewas jua.

Kaum Muslimin diserang oleh tentera-tentera kafir, dan akhirnya....Seperti yang kita lihat kini...

Bumi Andalus menjadi milik mata-mata kafir.

Erti Kehidupan Ini...

"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."(Al-Baqarah:28-29)


Sahabat sahabiah,teman seperjuanganku sekalian..

Pertahankanlah imanmu! Di jalan penuh liku ini, janganlah mengeluh akan derita yang ditanggung. Kerana disebabkan derita, iman terpelihara. Disebabkan berulit resah, hati kita terpaut mengadu pada-Nya.Inilah erti kehidupan.Takkan bermakna kehidupan ini andai tak dihiasi warna-warna suka dan duka.

Tatkala bahagia, sudikah kita menjadikan Allah sebagai tempat luahan hati?Perasaan gembira tidak terkira.Lalu kepada Allah kita meluahkan segala. Apa yang terjadi hari ini, detik-detik ria hari ini, dan segala yang berlaku hari ini.Dan segalanya.

Betapa bermaknanya dugaan. Mengukir segala kepahitan. Bersemadi kenangan. Melatih kesabaran.Agar dalam doa harian terselit tangisan.

Allah berikan nikmat rintihan,kerana Allah sangat cintakan rintihan hamba-hamba-Nya. Di sepertiga malam, Allah luangkan waktu bersama kita,mendengar segala permohonan yang kita panjatkan.Ah, nikmatnya kesedaran!

Itulah...Erti kehidupan..

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang



21 April 2010

Thursday, 15 April 2010

Bilamana Panduanku Di Genggaman



"Yaasin...Wal qur anil hakiim...inna kalaminal mursaliin...'Ala siraa thal mustaqiin..Tan'z zilal 'a zizi rrahiim...Litun'z ziraqau mammaa...."Saya menghafal Surah Yaasin kepada Ayah secara sukarela.

"Lepas tu ape?"Saya terlupa sebentar. Maklum, hampir 8 bln sudah saya menghafalnya di Sekolah Rendah Al-Islah.

Berdosanya diri ini apabila menghafal Ayat Suci kemudian melupakannya. Gentar pabila mengenangkan, antara dosa yang menyebabkan kita terseksa di alam barzakh nanti adalah, menghafal Al-Quran kemudian melupakannya!

Ya, kerana itulah saya memilih tajuk ini. Dan juga kerana menyedari akan sifat manusia kini-even yang beragama islam memandang erendah terhadap Al-Quran!

Seharusnya kita sedar akan ini. Perbezaan Al-Quran dengan kitab-kitab lain. Kebanyakan dari kita lebih selesa menggunakan buku lain sebagai panduan hidup mereka melebihi dari Al-Quran-bahaya tu!

Sesuatu yang menarik perhatian saya tatkala berbual dengan beberapa penduduk Bowburn ini;

"Em,nak kata bahawa Allah tu Maha Mengetahui dan Al-Quran tu benar. Ada satu professer ni, masuk islam disebabkan oleh surah Al-Lahab(Al-Masad)"Cerita seorang Auntie di sini.

"Sebab apa?Sebab dia takut ke?"Saya mencelah.

"Sebabnya, kan masa Surah Al-Lahab diturunkan tu Abu Lahab masih ada lagi di dunia ini."

"Ha'ah."Saya mengiyakan.

"Lepas tu, semua orang kafir pun cakap la dekat Abu Lahab supaya masuk islam dan boleh buktikan yang Al-Quran tu salah - disebabkan dalam Quran sudah tertulis bahawa Abu Lahab adalah penghuni neraka."

"So, nak kata yang Al-Quran itu benar, Abu Lahab tetap tidak masuk islam. Jadi, ini membuktikan yang Al-Quran itu benar dan Allah itu Maha Mengetahui.."Jelas Auntie itu sambil tersenyum.

Saya juga menguntum senyuman.Kagum.

"Jadi, disebabkan itulah professer itu memeluk islam?"Soal saya lagi mahukan kepastian.

Auntie itu mengangguk-ngangguk.

Saya tersenyum lagi. Ya Allah, betapa kuasa-Mu dalam melimpahkan hidayah buat hamba-hamba-Mu...

Penghayatan untukmu


"Bismillahirrahmanirrahiim..Assalamualaikum..."Saya memberi salam sebelum memulakan The Stories of The Surah dalam majlis Girl's Night kali ini.

"Baik.Pada hari ini saya akan membaca dan memberi penerangan mengenai Surah Al-Qariah."

"Ayat pertama surah Al-Qariah, seperti yang kita semua tahu adalah,الْقَارِعَةُ yg bermaksud Hari yang menggemparkan."

Anak mata saya melilau mencari sasaran yang boleh digunakan.Terpandang ke arah adik perempuan saya yang khusyuk mendengar.

"HAH!"Sengaja saya membuatkan adik saya terkejut. Bagai cicak tertelan kapur sahaja air muka Baby menunjukkan.

Kemudian saya menyambung kata.

"Ha...Sebagaimana Baby terkejut tadi, itulah yang dimaksudkan dengan hari yang menggemparkan.Ingat perkataan tu, MENGGEMPARKAN."

Mereka semua tersenyum.

"Ingatkan apalah tadi."Kata Tiyah, rakan sepermainan. Saya hanya ketawa.

Sesi 'berbincang' bermula apabila mereka keliru dengan perkataan 'gempar' dan juga 'gempa' saya hanya mendiamkan diri, memberi laluan kepada kakak-kakak memberikan keterangan.

Kemudian saya kembali menyambung keterangan dari surah Al-Qariah.

"Baik. Ayat kedua pula bermaksud, Apakah hari yang menggemparkan itu?Jadi, ada segolongan yang bertanya...Hari yang menggemparkan itu apa?"Dan seterusnya saya menyambung..

Sekilas, terasa gentar apabila membicarakan tentang Kiamat mahupun Kematian. Namun, itulah yang sepatutnya kita fikirkan. Sebagaimana kisah di bawah ini ;

Baginda SAW terlihat beberapa sahabat sedang bergelak ketawa dengan riuhnya di dalam masjid.Maka Baginda SAW datang lalu menegur;"Seandainya kalian sentiasa ingat akan kematian, dan jika kalian tetap mengingatinya sekarang, demikiankah perasaan kalian, bergelak ketawa atau berulit tangisan?"

Para sahabat segera sedar akan tingkah mereka yang mengecewakan Rasulullah lalu menangis sehingga air mata mereka membasahi janggut-janggut mereka. Mereka bertaubat dan meminta maaf atas perbuatan lalai mereka itu.

Demikianlah, erti penghayatan terhadap Kematian. Dan juga penghayatan terhadap Al-Quran- kitab suci yang sepatutnya lebih kita agung-agungkan daripada Sepasang Kebaya berjuta yang tiada nilainya di sisi Allah!- Apakah Kebaya itu dapat kita sarungkan ke tubuh kita tatkala kita berulit resah di alam barzakh?Ingin tahu lebih lanjut, klik di http://keranacinta.wordpress.com/2010/04/11/1925/

Nota: Saya cadangkan 'penghayatan' untuk satu surah ini dijadikan sebagai 'rutin' harian terutama dalam sesi kekeluargaan dan juga usrah kepada mana-mana sekolah yang mengamalkannya.


Fitrah kita, Fitrah Alam


"Assalamualaikum, Iffah. Apa yang direnungkan tu?"


Saya mengalihkan pandangan terhadap kawan saya yang bertanya.S aya hanya menjawab dengan senyuman.


"Tengah merenung kekuasaan Allah, Si Pencipta Yang Maha Agung. Tak salah kan?"


"Eh, mestilah tak...Em, Iffah. Aku fikirlah kan...Kenapa ya, alam ni...Tak macam kita..Dia ikut saja suruhan Allah...Bukankah jikalau golongan yang memang ikut suruhan Allah itu dikatakan malaikat?Jadi alam ni pun tergolong dalam golongan malaikat juga ke?"


Saya tersenyum. Otak mencongak kata sebelum meluahkan bicara.


"Tidak...Alam tidak tergolong dalam golongan malaikat. Tetapi, mereka tunduk dan patuh pada suruhan Allah."


"Apa maksud Iffah dengan tunduk dan patuh tu?"Tulus sahabat saya memberikan pengakuan -tanda tidak mengerti dengan kata yang diluahkan.


"Taat.Itulah maksudnya.Allah jadikan malam datang selepas matahari pagi terbenam. Tamat waktunya, pagi pula akan menjelma. Cuba bayangkan kalau malam tu dikurniakan hati dan akal macam kita. Tiba-tiba satu hari dia memberontak dengan siang dan protes tak nak muncul walaupun matahari dah terbenam.Apa jadi dengan kita?"Panjang lebar saya memberikan keterangan.


"Tentulah kita akan melalui waktu siang aje kalau malam tak muncul."Balasnya bersahaja.


"Betul. Kalau siang terlampau lama, suhu bumi akan meningkat lebih tinggi dari biasa. Banyak hidupan akan mati dan kita pun tak mungkin akan dapat bertahan dengannya. Nasib baik malam tu patuh pada fitrahnya. Kalau malam tu tak taat pada Allah, manusia juga mengalami kepupusan seperti hidupan lain."Ujar saya lagi.


Sahabat saya terdiam.Kemudian bertanya lagi,"Manusia juga punya fitrah seperti itu?"


"Fitrah manusia juga adalah taat dan patuh.Samalah macam malam.Tapi manusia ni lain sikit dari makhluk Allah yang lain.Dia punya akal , punya nafsu, punya hati. Semua ni melengkapkan kita sebagai makhluk Allah yang paling istimewa. Satu-satunya makhluk Allah yang diberi peluang untuk memilih adalah manusia. Sedangkan hidupan lain, tak punya peluang untuk memilih selain dari islam."


Teman saya terdiam.Seimbas lalu cuba menghayati sejenak, fitrah alam semesta dan juga fitrah kita, manusia dan juga hamba-Nya.


Kehebatan Al-Quran


"Buktinya?"Soal teman saya pabila saya mengatakan tujuan manusia dijadikan adalah untuk membimbing manusia lain ke arah kebenaran, dan mencegah dari yang mungkar.


Saya melangkah masuk ke dalam surau berdekatan dengan tempat kami duduk.Lalu mengeluarkan Al-Quran kemudian membukanya.


"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.(Ali-Imran:104)"


Dahi teman saya berkerut. Kemudian melontarkan pertanyaan.

"Kenapa kau kagum sangat dengan ayat-ayat ni?Bagi aku, Al-Quran ni cuma tulisan biasa. Tak bawa erti apa-apa."

Saya terdiam. Mula berfikir hujah yang bakal dilontarkan. Mesti kenyataan teman saya ini benar-benar membakar semangat jihad membela agama Allah di hadapannya.

Saya menarik nafas.Kemudian bertanya.

"Kau tahu, seorang saintis terkenal yang bernama Professer Yoshihide Kozai, Pengarah National Astromonocal Abservertory di Universiti Tokyo, Jepun telah membuat satu kajian mengenai ayat-ayat Al-Quran. Beliau sendiri kagum dengan Al-Quran dan bersedia untuk menjadikan Al-Quran sebagai bahan rujukan.Begitu juga dengan Professer Alfred Kroner yang merupakan seorang Pakar Geologi dari Johannes Gutenberg University, German.Kalau Al-Quran ni cuma tulisan biasa, ia takkan jadi bahan rujukan saintis-saintis terkenal seperti mereka."

Teman saya diam. Mati hujah.

"Bagaimana pula dengan Bible?"Soal teman saya.

Saya tersenyum. Kemudian bertanya,"Adakah semua Bible itu sama isinya?"

"Tidak. Lain-lain."

"Nah. Begitulah bezanya Bible dengan Al-Quran.Allah sudah berjanji akan memelihara isi kandungan Al-Quran sehingga kiamat. Dan Al-Quran telah diutus sejak 1500 tahun dahulu dan isinya tetap tidak berubah. Begitulah ingin dikatakan hebatnya Al-Quran. Sucinya terjaga, Isinya hebat di mata."

Saya merenung anak mata si teman. Kemudian memegang tangannya.

"Allah sudah kurniakan kita akal. Carilah dan berfikirlah. Pasti kita akan bertemu dengan Hidayah Allah di penghujung fikiran kita."

Begitulah lumrah kehidupan kita sekarang. Semakin kiamat menghampiri, semakin banyak fitnah dunia membanjiri. Semakin ajal mendekat, semakin berleluasa fatamorgana bermaharajalela. Justeru itu, jadikan Al-Quran sebagai panduan. Bukan muzik yang melalaikan sebagai pengiring kehidupan.
Bilamana Panduanku Di Genggaman

"Astaghfirullah....Astaghfirullah...Astaghfirullah..."Saya beristighfar. Memohon ampun pada Yang Maha Kuasa.

Pandangan dialihkan ke arah Kitab Suci yang bersih terjaga di sudut almari. Segera saya mencapainya.

Saya mengucup kitab panduanku ini. Bilamana Panduanku Di Genggaman...


Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang



15 April 2010

Thursday, 8 April 2010

Permata Hati Bonda dan Ayahanda..


 
 
Adik-adik Kakak sayang.

I have too mcuh to say, that I can't put it all into words at all.

Kata mereka kita permata hati mereka. Janganlah musnahkan harapan mereka, ya?

Kakak selalu doakan kejayaan kita semua untuk kebahagiaan mereka berdua. Ameen.

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang



8 April 2010


Saturday, 3 April 2010

Seindah Ciptaan-Mu


 

Antara dua sahabat, berbeza pandangan, berbeza kepercayaan, berbeza anutan, berbeza prinsip, berbeza fikiran....Dan segalanya..

Pun begitu, segalanya diharungi bersama...Walau terkadang terpaksa menolak setengah undangan, jemputan, dan ajakan dari teman...Yang mengharukan, segala yang berbeza itu tak pernah dijadikan alasan untuk memutuskan persaudaraan.

Berbeza anutan atau kebudayaan bukanlah satu penghalang untuk saling kasih dan mengasihani.Ia bukanlah penghalang untuk kita terus berpegangan.Menuju masa hadapan...Saling bertukar fikiran..

Mungkin, adakalanya berselisihan...Pun begitu, segala yang baik diambil untuk menyempurnakan jalan pengembaraan.Bahkan, di situ juga jalan untuk membantu si teman mencari ketenangan -itulah jalan yang berlandaskan keimanan..
"Seindah Ciptaan-Mu..."
~*~Open Your Eyes~*~

Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside..
NO......
"*"
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way(Allah)
Guide us every single day...(Allah)
Keep us close to you
Until the end of time...

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside
NO..........

Repeat "*"
When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
Repeat "*"Allah...
You created everything
We belong to you
YA RAB we raise our hands
Forever we thank you
.....Alhamdulillah......

"Whatever you believe, we'll always be friends". -Holly Gray

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Semoga Beroleh Manfaat.




Friday, 2 April 2010

Antara Pertalian Mahabbah Ini

"Kalau apepun,tolong sampaikan pada mereka,ana rindu sangat pada mereka,dan harap-harap diorang semu kawan la baik-baik.....Ana dah tahu apa yang terjadi sekarang,dan kalau ana tak
tahu, Allah Maha Melihat~Mudah-mudahan dengan itu mereka akan sedar maksud di sebalik kata-kata tu...Jangan rasa yg suatu hari nanti anti akan menangis... Ingatlah,ketika Allah suka kepada seorang hamba-Nya,Dia mengujinya..Jika hamba itu sabar, Dia hindarkannya..jika hamba itu rela, Dia memilihnya..sabar ye~jgn sedih-sedih....kitalah org yg paling beruntung jika kita org yg sabar..."


Begitu kata-kata saya tatkala sahabat saya dalam kesedihan..


Semakin hari, saya lihat semakin banyak pergaduhan berlaku sesama kita, baik kawan rapat mahupun kawan biasa..Dan tujuan saya menulis ini pun semata-mata atas dasar usaha kecil untuk mendamaikan hati mereka..


Tanpa Lupa


Kerana itu, lupakanlah kesalahan mereka....Dan jika mampu, tegurlah secara baik kesalahan mereka itu...Sesungguhnya,sahabat yang memuji kamu, adalah sahabat yang baik, dan sahabat yang menuturkan kesalahan kamu, adalah sahabat yang paling baik~


Dan selagi termampu, lupakanlah kesalahan mereka, jangan kerana mengenangkan peristiwa hitam yang telah lalu, pertalian mahabbah ini akan putus..Ingatlah, ketika tiga orang sahabat Baginda SAW meninggalkan perang terpenting dalam islam iaitu Tabut,lantaran leka terhadap dunia, Baginda memerintahkan kesemua sahabat-sahabat memulaukan tiga sahabat ini.Termasuklah keluarga mereka dilarang sama sekali bercakap dengan tiga sahabat yang curang itu tadi.Namun, ianya tidak berpanjangan, Allah mengampunkan dosa mereka kira-kira 40 hari kemudian.Dan ketika itu, seorang sahabat berbisik,mereka tetap saudara seislam kita,lupakan salah mereka.Sesungguhnya Allah telah mengampunkan mereka!


Lupakan!Inilah gunanya lupa.Tanpa lupa, kita tidak akan dapat memaafkan saudara kita sendiri.Tanpa lupa, kita pasti tetap dihantui segala peritiwa hitam yang lama.Tanpa lupa, kita pasti akan tetap terjerumus dalam sifat 'angkuh' yang tiada maafnya terhadap orang lain.Tanpa lupa, kita akan terbayang-bayang celoteh anak kecil kita yang telah terkorban akibat kecuaian kita. Tanpa lupa, kita akan berdendam dengan ayah ibu yang pernah memukul kita dengan melampau pada zaman kita kecil. Tanpa lupa, kita akan bermusuhan dengan rakan yang pernah melakukan kesilapan terhadap kita, tanpa lupa, kita akan dihantui oleh noda dan dosa dahsyat yang pernah kita lakukan.


Setiap apa yang dikurniakan oleh Allah pasti ada hikmahnya. Begitu juga dengan marah, kesedihan dan sebagainya. Perbetulkan lupa yang kita ada ini. Gunakan 'lupa' itu di tempat yang munahasabah. Kerana itu, LUPAKAN segala peristiwa hitam dari sahabat kita, agar ianya tidak menghancurkan kemanisan yang dijanjikan Allah nanti.


Kasihkan Mereka


Justeru, janganlah kita pentingkan diri kita melebihi dari teman kita di sebelah ini.Inginkan teman sejati, jadilah teman sejati untuk saudara kita ini.Itulah rahsia, kunci untuk mendapatkan teman sejati yang diimpi-impi.


Janganlah kerana pentingkan sahabat yang lain, sahabat di sebelah kita, di depan mata kita, yang memegang tangan kita, kita abaikan. Sesungguhnya bermula dengan semua inilah akan hencurnya sebuah ikatan itu.Berhati-hatillah!




"Nabi Muhammad dengan tegas melarang kita memutuskan ukhuwah sesama manusia.Bahkan, andai kita tidak bertegur sapa selama tiga hari akan mengakibatkan dosa ke atas kita.Seharian, sudah berapa banyak dosa yang telah kita tanggung.Janganlah semata- mata kita lebihkan diri kita, kita lebihkan orang lain, kelak akan menyesal tatkala kehilangan sahabat kita.Cukuplah dengan segala yang tercatat dalam buku amalan kita.Kasihkan mereka ya..."


Begitu saya menasihati dua orang pelajar tahun dua yang mengalami fenomena yang sama,Kasihkan Mereka...


"Kasihkan Mereka ye dik...."


Antara Pertalian Mahabbah Ini


Akhirnya, saya ingin kongsikan kata-kata dari syrat perpidahan seorang sahabat, Fatimah Az-Zahra' ini..

Sahabatku,

Janganlah berjalan di belakangku,

Kerana aku tidak mungkin memimpin,

Dan janganlah berjalan di hadapanku,

Kerana aku tak mungkin dapat mengekori,

Tetapi,

Berjalanlah di sisiku,

Dan jadilah,

Temanku..


Sahabat,

Rasanya sudah lebih enam tahun dirimu ku kenali,

Namun bagaikan semalam aku mengenalimu..



Pun begitu, sudah lebih tujuh tahun dirimu ku kenali kini...

Janganlah sehinggakan kita kehilangan sahabat kita baru kita ingin meratapi kehilangannya.Hargailah, antara pertalian mahabbah ini...



Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Semoga beroleh manfaat..



2 April 2010