Bilamana Panduanku Di Genggaman



"Yaasin...Wal qur anil hakiim...inna kalaminal mursaliin...'Ala siraa thal mustaqiin..Tan'z zilal 'a zizi rrahiim...Litun'z ziraqau mammaa...."Saya menghafal Surah Yaasin kepada Ayah secara sukarela.

"Lepas tu ape?"Saya terlupa sebentar. Maklum, hampir 8 bln sudah saya menghafalnya di Sekolah Rendah Al-Islah.

Berdosanya diri ini apabila menghafal Ayat Suci kemudian melupakannya. Gentar pabila mengenangkan, antara dosa yang menyebabkan kita terseksa di alam barzakh nanti adalah, menghafal Al-Quran kemudian melupakannya!

Ya, kerana itulah saya memilih tajuk ini. Dan juga kerana menyedari akan sifat manusia kini-even yang beragama islam memandang erendah terhadap Al-Quran!

Seharusnya kita sedar akan ini. Perbezaan Al-Quran dengan kitab-kitab lain. Kebanyakan dari kita lebih selesa menggunakan buku lain sebagai panduan hidup mereka melebihi dari Al-Quran-bahaya tu!

Sesuatu yang menarik perhatian saya tatkala berbual dengan beberapa penduduk Bowburn ini;

"Em,nak kata bahawa Allah tu Maha Mengetahui dan Al-Quran tu benar. Ada satu professer ni, masuk islam disebabkan oleh surah Al-Lahab(Al-Masad)"Cerita seorang Auntie di sini.

"Sebab apa?Sebab dia takut ke?"Saya mencelah.

"Sebabnya, kan masa Surah Al-Lahab diturunkan tu Abu Lahab masih ada lagi di dunia ini."

"Ha'ah."Saya mengiyakan.

"Lepas tu, semua orang kafir pun cakap la dekat Abu Lahab supaya masuk islam dan boleh buktikan yang Al-Quran tu salah - disebabkan dalam Quran sudah tertulis bahawa Abu Lahab adalah penghuni neraka."

"So, nak kata yang Al-Quran itu benar, Abu Lahab tetap tidak masuk islam. Jadi, ini membuktikan yang Al-Quran itu benar dan Allah itu Maha Mengetahui.."Jelas Auntie itu sambil tersenyum.

Saya juga menguntum senyuman.Kagum.

"Jadi, disebabkan itulah professer itu memeluk islam?"Soal saya lagi mahukan kepastian.

Auntie itu mengangguk-ngangguk.

Saya tersenyum lagi. Ya Allah, betapa kuasa-Mu dalam melimpahkan hidayah buat hamba-hamba-Mu...

Penghayatan untukmu


"Bismillahirrahmanirrahiim..Assalamualaikum..."Saya memberi salam sebelum memulakan The Stories of The Surah dalam majlis Girl's Night kali ini.

"Baik.Pada hari ini saya akan membaca dan memberi penerangan mengenai Surah Al-Qariah."

"Ayat pertama surah Al-Qariah, seperti yang kita semua tahu adalah,الْقَارِعَةُ yg bermaksud Hari yang menggemparkan."

Anak mata saya melilau mencari sasaran yang boleh digunakan.Terpandang ke arah adik perempuan saya yang khusyuk mendengar.

"HAH!"Sengaja saya membuatkan adik saya terkejut. Bagai cicak tertelan kapur sahaja air muka Baby menunjukkan.

Kemudian saya menyambung kata.

"Ha...Sebagaimana Baby terkejut tadi, itulah yang dimaksudkan dengan hari yang menggemparkan.Ingat perkataan tu, MENGGEMPARKAN."

Mereka semua tersenyum.

"Ingatkan apalah tadi."Kata Tiyah, rakan sepermainan. Saya hanya ketawa.

Sesi 'berbincang' bermula apabila mereka keliru dengan perkataan 'gempar' dan juga 'gempa' saya hanya mendiamkan diri, memberi laluan kepada kakak-kakak memberikan keterangan.

Kemudian saya kembali menyambung keterangan dari surah Al-Qariah.

"Baik. Ayat kedua pula bermaksud, Apakah hari yang menggemparkan itu?Jadi, ada segolongan yang bertanya...Hari yang menggemparkan itu apa?"Dan seterusnya saya menyambung..

Sekilas, terasa gentar apabila membicarakan tentang Kiamat mahupun Kematian. Namun, itulah yang sepatutnya kita fikirkan. Sebagaimana kisah di bawah ini ;

Baginda SAW terlihat beberapa sahabat sedang bergelak ketawa dengan riuhnya di dalam masjid.Maka Baginda SAW datang lalu menegur;"Seandainya kalian sentiasa ingat akan kematian, dan jika kalian tetap mengingatinya sekarang, demikiankah perasaan kalian, bergelak ketawa atau berulit tangisan?"

Para sahabat segera sedar akan tingkah mereka yang mengecewakan Rasulullah lalu menangis sehingga air mata mereka membasahi janggut-janggut mereka. Mereka bertaubat dan meminta maaf atas perbuatan lalai mereka itu.

Demikianlah, erti penghayatan terhadap Kematian. Dan juga penghayatan terhadap Al-Quran- kitab suci yang sepatutnya lebih kita agung-agungkan daripada Sepasang Kebaya berjuta yang tiada nilainya di sisi Allah!- Apakah Kebaya itu dapat kita sarungkan ke tubuh kita tatkala kita berulit resah di alam barzakh?Ingin tahu lebih lanjut, klik di http://keranacinta.wordpress.com/2010/04/11/1925/

Nota: Saya cadangkan 'penghayatan' untuk satu surah ini dijadikan sebagai 'rutin' harian terutama dalam sesi kekeluargaan dan juga usrah kepada mana-mana sekolah yang mengamalkannya.


Fitrah kita, Fitrah Alam


"Assalamualaikum, Iffah. Apa yang direnungkan tu?"


Saya mengalihkan pandangan terhadap kawan saya yang bertanya.S aya hanya menjawab dengan senyuman.


"Tengah merenung kekuasaan Allah, Si Pencipta Yang Maha Agung. Tak salah kan?"


"Eh, mestilah tak...Em, Iffah. Aku fikirlah kan...Kenapa ya, alam ni...Tak macam kita..Dia ikut saja suruhan Allah...Bukankah jikalau golongan yang memang ikut suruhan Allah itu dikatakan malaikat?Jadi alam ni pun tergolong dalam golongan malaikat juga ke?"


Saya tersenyum. Otak mencongak kata sebelum meluahkan bicara.


"Tidak...Alam tidak tergolong dalam golongan malaikat. Tetapi, mereka tunduk dan patuh pada suruhan Allah."


"Apa maksud Iffah dengan tunduk dan patuh tu?"Tulus sahabat saya memberikan pengakuan -tanda tidak mengerti dengan kata yang diluahkan.


"Taat.Itulah maksudnya.Allah jadikan malam datang selepas matahari pagi terbenam. Tamat waktunya, pagi pula akan menjelma. Cuba bayangkan kalau malam tu dikurniakan hati dan akal macam kita. Tiba-tiba satu hari dia memberontak dengan siang dan protes tak nak muncul walaupun matahari dah terbenam.Apa jadi dengan kita?"Panjang lebar saya memberikan keterangan.


"Tentulah kita akan melalui waktu siang aje kalau malam tak muncul."Balasnya bersahaja.


"Betul. Kalau siang terlampau lama, suhu bumi akan meningkat lebih tinggi dari biasa. Banyak hidupan akan mati dan kita pun tak mungkin akan dapat bertahan dengannya. Nasib baik malam tu patuh pada fitrahnya. Kalau malam tu tak taat pada Allah, manusia juga mengalami kepupusan seperti hidupan lain."Ujar saya lagi.


Sahabat saya terdiam.Kemudian bertanya lagi,"Manusia juga punya fitrah seperti itu?"


"Fitrah manusia juga adalah taat dan patuh.Samalah macam malam.Tapi manusia ni lain sikit dari makhluk Allah yang lain.Dia punya akal , punya nafsu, punya hati. Semua ni melengkapkan kita sebagai makhluk Allah yang paling istimewa. Satu-satunya makhluk Allah yang diberi peluang untuk memilih adalah manusia. Sedangkan hidupan lain, tak punya peluang untuk memilih selain dari islam."


Teman saya terdiam.Seimbas lalu cuba menghayati sejenak, fitrah alam semesta dan juga fitrah kita, manusia dan juga hamba-Nya.


Kehebatan Al-Quran


"Buktinya?"Soal teman saya pabila saya mengatakan tujuan manusia dijadikan adalah untuk membimbing manusia lain ke arah kebenaran, dan mencegah dari yang mungkar.


Saya melangkah masuk ke dalam surau berdekatan dengan tempat kami duduk.Lalu mengeluarkan Al-Quran kemudian membukanya.


"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.(Ali-Imran:104)"


Dahi teman saya berkerut. Kemudian melontarkan pertanyaan.

"Kenapa kau kagum sangat dengan ayat-ayat ni?Bagi aku, Al-Quran ni cuma tulisan biasa. Tak bawa erti apa-apa."

Saya terdiam. Mula berfikir hujah yang bakal dilontarkan. Mesti kenyataan teman saya ini benar-benar membakar semangat jihad membela agama Allah di hadapannya.

Saya menarik nafas.Kemudian bertanya.

"Kau tahu, seorang saintis terkenal yang bernama Professer Yoshihide Kozai, Pengarah National Astromonocal Abservertory di Universiti Tokyo, Jepun telah membuat satu kajian mengenai ayat-ayat Al-Quran. Beliau sendiri kagum dengan Al-Quran dan bersedia untuk menjadikan Al-Quran sebagai bahan rujukan.Begitu juga dengan Professer Alfred Kroner yang merupakan seorang Pakar Geologi dari Johannes Gutenberg University, German.Kalau Al-Quran ni cuma tulisan biasa, ia takkan jadi bahan rujukan saintis-saintis terkenal seperti mereka."

Teman saya diam. Mati hujah.

"Bagaimana pula dengan Bible?"Soal teman saya.

Saya tersenyum. Kemudian bertanya,"Adakah semua Bible itu sama isinya?"

"Tidak. Lain-lain."

"Nah. Begitulah bezanya Bible dengan Al-Quran.Allah sudah berjanji akan memelihara isi kandungan Al-Quran sehingga kiamat. Dan Al-Quran telah diutus sejak 1500 tahun dahulu dan isinya tetap tidak berubah. Begitulah ingin dikatakan hebatnya Al-Quran. Sucinya terjaga, Isinya hebat di mata."

Saya merenung anak mata si teman. Kemudian memegang tangannya.

"Allah sudah kurniakan kita akal. Carilah dan berfikirlah. Pasti kita akan bertemu dengan Hidayah Allah di penghujung fikiran kita."

Begitulah lumrah kehidupan kita sekarang. Semakin kiamat menghampiri, semakin banyak fitnah dunia membanjiri. Semakin ajal mendekat, semakin berleluasa fatamorgana bermaharajalela. Justeru itu, jadikan Al-Quran sebagai panduan. Bukan muzik yang melalaikan sebagai pengiring kehidupan.
Bilamana Panduanku Di Genggaman

"Astaghfirullah....Astaghfirullah...Astaghfirullah..."Saya beristighfar. Memohon ampun pada Yang Maha Kuasa.

Pandangan dialihkan ke arah Kitab Suci yang bersih terjaga di sudut almari. Segera saya mencapainya.

Saya mengucup kitab panduanku ini. Bilamana Panduanku Di Genggaman...


Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang



15 April 2010

Comments

Popular Posts