Erti Kehidupan Ini...



"Ya Allah....Mengapa mereka sanggup melakukan semua ini.....Terlalu berdosakah hamba-Mu andai diri ini mencipta kejayaan sebegitu...Khilafkah diri ini andai ingin berbaik bersama para murabbiku...Kau tetapkanlah hatiku untuk-Mu Ya Rabb...."

Begitu rintihanku lagi hari ini. Aku sesak. Tidak mengerti.

"Awak hanya tahu pentingkan diri! Tak sedar yang awak tu masih mentah! Hingusan! Berilah peluang untuk orang lain pula!Dan awak..."

Terngiang-ngiang ayat itu dalam kepalaku..Surat luahan hati wanita itu ku genggam.

Ya Rabb...Mengapa aku menjadi begini...Inikah suratan yang telah Engkau tentukan untukku...-Rintih lagi hati kecil ini.

Ya Allah...Ku pinta Hidayah-Mu...

Sudahlah.Aku tidak mahu lagi menyambung catatan hati ini. Betapa tiada guna aku menjadi begini.Tiada guna! Apapun yang ingin terjadi, jadilah. Aku tetap diriku.Cukup.

12 tengah malam.

Buku catatan hati direnung.

Saya menutup muka. Pasrah.

Tangan digenggam sekuat-kuatnya. Tanda mahu menguatkan semangat.

"Malam ini aku mesti lakukannya."Getus hati ini.


Bingkisan Perjalanan

"Ya Allah...Pada-Mu aku mengadu...Atas segala kelemahanku...Terimalah taubatku ini Ya Allah...."Rintih seorang hamba dalam doanya.

Di sepertiga malam...Hamba itu memulakan 'personal relationship' dengan Tuhannya..

"Ampunkanlah diri ini..."

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Kaki laju melangkah ke sekolah. Semangat yang baru telah dikumpul. Yakin.

"Assalamualaikum..."Senyuman dilemparkan buat si teman. Namun, Allah memberi lagi satu pahala -untuk orang-orang yang bersabar.

"Anti faham ke apa yang Muallim ajarkan tadi? Kalau tak faham jomlah kita bincang..."Sekali lagi lisan melontarkan persoalan, mendekati si teman.

"Kalau dah bangga tu, tak payahlah nak berlakon baik. Ingat anti tu cantik, pandai, semua orang boleh tertipu. Eh, tolong sikit!"

Astaghfirullah.Hati mula berdetik...

"Ingat Allah sentiasa melihatmu."
"Tapi mereka..."
"Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar..."
"Tapi sampai bila..."
"Dunia ini hanya sementara. Syurga adalah.."
"Tidak.."

Aaarrgghhhh!!!!

Kaki pantas berlari ke arah tangga. Kemudian masuk ke satu kawasan yang dirasakan takkan mungkin terlihat oleh orang lain.

Air mata mengalir lagi. Gagal.

"Iffah....Ana minta maaf..."

Wajah sederhana ini terangkat ke arah hamba Allah yang bersuara. Tatkala itu, tubuh hina bangkit memeluk memaafkan dan menerima si teman dengan hati yang terbuka.

Itulah sejarah silam. Penghujung derita yang sarat dengan kenangan silam. Yang kadangkala membuatkan hati ingin melontarkan diri ke arah lautan memori yang terus bersemadi. Terkubur oleh hari-hari yang dilalui.

Ada lagi ceritera yang harus dicerna. Membuat jiwa terasa sayu.

"Iffah...Ini hadiah untuk anti...Terima kasih dan ana minta maaf...Atas perkataan ana selama ni...Ana tahu ana tak sebaik anti...Dan.."

Tangan pantas menutup mulut si teman yang berbicara. Menghalang sahabat dari terus meluahkan rasa bersalahnya.

"Cukuplah...Ianya biasa.... Bahkan anti dah hadiahkan sesuatu yang paling berharga...Yang paling tepat untuk dibawa ke sana..."

Tangan ikhlas memegang dada. Tanda memberitahu bahawa ada sesuatu yang telah si teman hadiahkan..

Air matanya mengalir lagi membasahi pipinya. Mungkin sebak mengenangkan apa yang telah diperbuat oleh tangannya. Dan apa yang telah dikata oleh lisannya.

Tangan menyentuh pipi. Menyedari bahawa air mata sudah tidak mahu bergenang lagi.

Jatuhlah wahai air mata...Inilah saat yang tepat untuk kau menghujani...Pun begitu ianya tidak mahu memunculkan diri..

"Ya Allah...Kau thabatkan kami di jalan ini..."Hanya doa yang mampu mengiringi detik perpisahan ini..

Detik Bahagia, Detik Derita

"Sama-sama..."Bicara saya sendiri apabila membaca emel 'bahagia' dari si teman.

"Iffah...Happy Birthday..Anti tinggalkan kami dalam waktu yang dekat sangat dengan hari lahir anti...Ana tak boleh bayangkan macam mana anti di sana... Dan macam mana kami di sini..Terima kasih ya Iffah...Sebab anti dah tinggalkan bannyyyaaakkk sangat kenangan manis mahupun pahit.Ana minta maaf ya...

dan terima kasih jua...:))"


Salam, anti..tabahkan hati dan teruskan perjuangan ya...Ana sentiasa ingat semua pahit manis kita...Terima kasih kerana mengingati hari ulangtahun ana..

Ringkas sahaja emel balasan dari saya buat si teman.

"Dan janganlah kamu bersedih hati, kerana kamulah yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman.."(Ali-Imran: 139)


"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya."(Al-Baqarah:25)

XXXXXXXXXXXXXX

Begitulah. Antara perjalanan derita dan bahagia yang mungkin serba sedikit membuka keaiban beberapa teman saya. Afwan jika ianya benar.Namun, ana tidak berani mereka-reka cerita berkenaan pengalaman ana.Mohon maaf andai ada kata-kata yang mencalar hati sahabat sahabiah sekalian.

Wahai sahabatku, dan seluruh umat islam di luar sana, senyumlah....Walau tatkala berulit derita. Dicengkam resah.Dan wahai sahabat sahabiah ku, jangan pula kalian menggadai maruah. Jika kalian terlalu lemah, pasrahlah kepada Allah. Di sepertiga malam adalah malam-malam keberkatan yang membawa ketenangan. Baik tatkala dirimu susah, senang, derita mahupun bahagia.Ketahuilah, satu-satunya senjata yang paling kuat, gah dan berkah bagi orang mukmin itu adalah doa.

Detik-detik bahagia.

Ya, memang indah. Senyuman indah menghiasi wajah.Namun, ada sesuatu yang hilang.

Terbang.

Kontang.


Iaitu hatimu. Sarat dengan kebimbangan. Tatkala bahagia, pada-Nya kita lupa. Sewaktu memori indah mencipta kenangan, tatkala itu noda hitam mula berjalan. Perlahan. Ingin mendekati satu kubu bernama iman.

Tahukah kalian?Ia bukan fatamorgana semata. Tetapi ia fenomena. Fenomena yang benar-benar berlaku di kalangan kita.

Wahai sahabatku!Teguhkan imanmu!Janganlah kau biarkan 'mereka' melemahkan imanmu!

Sejarah Andalus(Spain)
Kita semua maklum.Saban tahun, berabad-abad lalu pastinya, bumi Spain atau lebih dikenali sebagai Andalusia adalah milik pemimpin Muslim. Tatkala itu, bumi Andalus begitu makmur dengan ketamadunan islam yang aman dan selamat. Ya, islam bererti selamat.Indahnya Islam!

Namun, di sebalik kesenangan dan ketaan mereka kepada Allah...

Ada mata-mata yang memerhati pergerakan mereka. Ya, hapuskan Islam! Begitu kata mereka.

Senjata-senjata canggih dibekalkan untuk memancutkan darah tubuh muslimin. Pasukan kafir umpama satu tubuh mereka sama dengan seratus gajah dipersiapkan untuk 'mecipta sejarah' tubuh orang-orang islam bermandi darah. Sekuat-kuat mereka, tidak terlawan oleh penduduk islam ketika itu.

Ya, debaran yang anda rasakan itu tepat.Tubuh kaum Muslimin basah dengan darah!Mereka dibunuh dengan kejam!

Tatkala itu, masih ada lagi kaum Muslimin bersisa. Mereka takkan biarkan.Perkhabaran bahawa mereka akan lepaskan kaum Muslimin untuk lari melalui kapal sampai ke telinga penduduk muslim. Mendengar itu, hampir seluruh orang islam pergi ke tempat yang dimaksudkan.Sekali lagi, tekaan anda tepat!

Mereka menipu. Lisan mereka berbohong.Sekali lagi, umat islam tewas!

Laut yang biru bertukar menjadi merah. Merahnya adalah bukti umat islam syahid di tangan orang-orang kafir yang ganas lagi zalim.

Anak-anak kecil...Menggoncangkan ibunya... Jeritan Tandus...

Tatkala membaca sejarah ini, nyaris-nyaris airmata saya mengalir. Terkenangkan saudara-saudaraku di Palestin.Sabarlah......Wahai saudaraku..

Sumayyah...Kau dibunuh di dunia sementara.. Untuk hidup di syurga yang selama-lamanya...

Kembali kepada tajuk asal. Andalus.

Alhamdulillah. Beberapa tahun kemudian, Andalusia telah ditawan semula oleh pemimpin islam. Islam kembali hidup.Ketamadunan islam bermula di situ. Orang-orang islam makmur dengan sinar Islami yang ada.

Tetapi,mata-mata jahat itu tak pernah berhenti untuk cuba menghapuskan islam.

Saban tahun, usaha mereka gagal. Berkali-kali mereka cuba untuk menghapuskan islam. Tetapi dengan kekuatan islami yang ada, mereka tidak mampu. Pun begitu, kata pepatah, ada udang di sebalik batu.Begitu juga dengan mata-mata kafir ini. Dalam kekalahan mereka, dalam kegagalan mereka, mereka mengkaji kelemahan umat islam.

Dan mereka berjaya.

Rahsianya adalah; apabila benteng pertahanan umat islam lemah!

Mereka 'selitkan' budaya-budaya barat, agar umat islam terliur dengan 'keintiman' mereka.Mereka dengarkan lagu-lagu yang berunsurkan kegelapan, agar umat islam lupakan Al-Quran. Mereka 'suggest'kan 'akhlak2 barat' agar umat islam bermalas-malasan dalam tabiat seharian.Dan....
Sekuat-kuat pertahanan pemimpin islam ketika itu, dek kelemahan iman, umat islam tewas jua.

Kaum Muslimin diserang oleh tentera-tentera kafir, dan akhirnya....Seperti yang kita lihat kini...

Bumi Andalus menjadi milik mata-mata kafir.

Erti Kehidupan Ini...

"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."(Al-Baqarah:28-29)


Sahabat sahabiah,teman seperjuanganku sekalian..

Pertahankanlah imanmu! Di jalan penuh liku ini, janganlah mengeluh akan derita yang ditanggung. Kerana disebabkan derita, iman terpelihara. Disebabkan berulit resah, hati kita terpaut mengadu pada-Nya.Inilah erti kehidupan.Takkan bermakna kehidupan ini andai tak dihiasi warna-warna suka dan duka.

Tatkala bahagia, sudikah kita menjadikan Allah sebagai tempat luahan hati?Perasaan gembira tidak terkira.Lalu kepada Allah kita meluahkan segala. Apa yang terjadi hari ini, detik-detik ria hari ini, dan segala yang berlaku hari ini.Dan segalanya.

Betapa bermaknanya dugaan. Mengukir segala kepahitan. Bersemadi kenangan. Melatih kesabaran.Agar dalam doa harian terselit tangisan.

Allah berikan nikmat rintihan,kerana Allah sangat cintakan rintihan hamba-hamba-Nya. Di sepertiga malam, Allah luangkan waktu bersama kita,mendengar segala permohonan yang kita panjatkan.Ah, nikmatnya kesedaran!

Itulah...Erti kehidupan..

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang



21 April 2010

Comments

qaseh mas said…
Salam ukhuwah dik

""Kalau dah bangga tu, tak payahlah nak berlakon baik. Ingat anti tu cantik, pandai, semua orang boleh tertipu. Eh, tolong sikit!"

kata2 ini bagaikan mengingatkan kata2 seseorang pada akak berbelas tahun lalu.apapun,bila semunya kerana Allah, hati yang luka bisa dirawat bila semuanya ikhlas dalam ber ukhuwah...

semoga Allah bersama kita.
salam kembali, qaseh mas....

insyallah...indahnya ukhuwah dpt dirasai pabila apa yg kita lakukan semuanya kerana Allah...

Semua itu biasa...dan bermakna krn semua itu akan terus terpahat kuat di ingatan kita..

semoga dlm redha-Nya...
Macedonia said…
http://aurisshaira89.blogspot.com/2010/06/travelog-spain-granada-cordova-2010.html

try read this blog, spain nowadays...
@_@

Popular Posts