Bukan Di Kalangan Kita

Sumber Gambar
Nurin Jazlin Jazimin

Keputusan ujian yang diperoleh polis pada jam 2 petang semalam itu, dimaklumkan kepada ibu bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman sejam selepas itu. Bagaimanapun kedua-duanya, yang dipanggil sekali lagi untuk membuat pengecaman mayat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), menafikan mangsa pembunuhan kejam itu adalah anak mereka.



Ingin tahu selanjutnya klik sini.



Nurin Jazlin Jazimin adalah antara kanak-kanak malang yang terbunuh oleh manusia-manusia durjana. Begitu juga dengan kanak-kanak yang lain seperti Sharlinine, Nur Khairunnisa Syahida dan banyak lagi berita mengenai kehilangan kanak-kanak di dada akhbar. Amatlah menyayat hati kisah mereka terutama pabila mendengar luahan hati orang-orang yang menyayangi mereka. Ah, manusia sekarang semakin kejam!

Lihatlah agama kami, bukan diri kami!

Muka saya bertukar warna merah menahan marah. Mata melirik ke arah skrin komputer walaupun sebenarnya benci menatapnya.


Namun, perasaan saya bertukar sama sekali apabila bebola mata menatap kata-kata ini..

"Look, there is no Muslims that so peaceful right now. We have opened our eyes but you were not!Let's talk about NOW!All you cares about arabia 400 years ago. Talk about what Muslims did NOW!"

Dalam mempertahankan kebenaran islam, dalam diam melayan perasaan, dalam amarah yang membara...Saya tetap akui itu.

"There is no muslims that so peaceful right now"

Ya...Dan saya jawab..

"You only see those Muslims that not peaceful. What about the others??That so kind and peaceful..You didn't care at all!!"

Sekali lagi..Di sebalik kata-kata itu...Saya akui kebenaran kata-katanya..

"All you cares about arabia 400 years ago"

Dan saya balas...

"That's because NOW we are talking about Muhammad!! Before this you didn't care about Muslims, but you cares about PBUH!!!"

Di sebalik bicara yang diutara..Terselit seribu makna..

Bagaimana lagi agaknya saya mahu tonjolkan kebaikan islam kalau bukan dengan sejarah..Ya...sejarah islam penuh dengan makna..Tetapi sekarang, apa maknanya?Hanya kekejaman yang bermaharajalela. Sekali-sekala, saya juga tewas dalam memikirkan jawapan yang ingin dilontarkan buat mereka yang memerlukan bantuan, untuk mencari jalan. Namun, bagaimana lagi mampunya diri ini membela islam?

"Talk about what does Muslims did NOW!!"

Ajib(Jawab) saya..

"OKAY THEN YOU DIDN'T CARES ABOUT THOSE MUSLIMS WHO ARE REALLY GOOD, OPEN YOUR EYES TO THOSE PEOPLE WHO ARE REALLY FOLLOWING ISLAM, NOT TO THOSE MUSLIMS THAT FOLLOWING YOU"

Itulah natijahnya. Bayangkanlah seandainya Rasulullah berada di sini, sedang berdiri memerhati segala yang terjadi. Apa agaknya yang bakal direaksi..

Kebiasaannya, di setiap akhir kata saya buat mereka yang bertanya mengenai Islam, saya akan berkata,"If you want to ask something about religion, especially Islam, look at the religion, don't look at the followers."

Lihatlah agama kami...Bukan diri kami..

Air Mata mereka

Peritnya tika kita kehilangan orang-orang yang disayangi..

Begitu catatan hati diari saya berbunyi..

Bagaimanalah agaknya perasaan mereka yang kehilangan orang yang disayangi, kemudian ditambah pula dengan diperlakukan dengan kejam seperti binatang, seterusnya hilang tanpa berita..Ah,alangkah pedihnya..

Namun..Semuanya dapat diharungi andai hati sepenuhnya mengharap, berserah pasrah terhadap Ilahi. Yakin sepenuhnya bahawa semua itu dianugerahkan oleh Tuhan..Dan kepada-Nya juga kita dikembalikan.Semoga buat mereka yang dimaksudkan, tabah menghadapi cabaran.

Bukan di kalangan kita

Kadangkala, ramai yang berkata...

"Kenapa yang kuat sangat berceramah ni,yang membunuh tu bukannya di kalangan kita."

"Kalau kesian pun yang mati tu bukannya di kalangan kita."

"Kalau berdosa pun bukan kita yang menanggungnya."

Jikalau kalian bertanya kepada keluarga mangsa, pasti mereka akan menjawab..

"Kami sendiri tidak menjangka suatu hari nanti ia akan menimpa kami."

Atau seperti yang acap kali kita dengar..

"Selama ini hanya mendengar,hari ini kami sendiri yang menerimanya."

Ketahuilah..Apa peristiwa yang selama ini kalian hanya mendengar, kemudian ia hadir ke dalam hidup kalian.Begitu juga persepsi kali ini, mungkin kini hanya mendengar, mungkin kini hanya berkata, mungkin kini hanya membaca, tetapi ada kemungkinan juga ia bakal melanda..

Ya...Bukan di kalangan kita...Tetapi ada kemungkinan ia bakal melanda..

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Semoga beroleh manfaat..

6 Mei 2010

Comments

Popular Posts