Menerangi Jalan..Untukmu..



"Iffah.."

Saya menoleh ke belakang. Mengukir senyuman.

Dia memeluk saya. Wajahnya masih bercahaya.

"Thanks...I'm so glad..I never thought that I'll meet a student like you.."

Hati saya masih diselebungi hairan. Tidak meyangka bahawa dia menyambutku dengan penghargaan.

"Right then. Now I think you have to get your bus. Okay. I'll see you next Monday." Katanya lagi melepaskan pelukannya.


Petang itu, saya tidak sabar untuk menceritakan pengalaman saya buat Ummi...Juga seorang guru..

Lupa

Saya membuka 'planner' sekolah saya. Menyemak andai terdapat kerja rumah yang perlu disiapkan.

Kosong. Tidak ada.

"Bosannyaaaaa...." Keluh saya.

Tiba-tiba, teringat matapelajaran sains yang perlu diulangkaji. Tajuk yang sebenarnya senang dihadam berbanding dengan bahagian Biologi..Tetapi ia tidak bermakna boleh dilupakan begitu sahaja.

Saya membuka buku. Alhamdulillah. Hati kali ini sukarela melakukannya.

Di kala itu, sekeping kertas terjatuh. Saya mengambilnya.

"Ya Allah..." Lafaz saya terlupa.

"Aku tak catat ke dalam planner aku ade keje sekolah...ishh..."

Hati saya menyumpah-nyumpah kebodohan diri sendiri. Geerraaamm tau...

2 pagi


Kala kemarahan meneyelubungi, saya cuba tenangkan diri. Duduk kemudian minum segelas air buat penenang jiwa. Ah, nyaman sekali.

Mata menegerling jam di diniding.

12 tengah malam.

Ah, nafsu harus dilawan. Tak mungkin gamakku kecewakan hati guruku.

Maka, dengan itu saya cuba juga menyiapkan poster walaupun 'serba serbi'.

Taulah. Mengantuk. Lambat la kerja dibuat!

Naik katil.

2 pagi.

Huh...

Memohon Kemaafan, Beroleh Penghargaan

Saya menegetuk pintu. Kelas Science 4 tu kelihatannya sunyi.

"Come in." Ada suara di dalamnya.

"Miss..This my homework. But I feel so sorry cause I forgotten to do that and just knew about that yesterday at midnight. So It's not very good."

"What?At midnight?"

"Yehh Miss..."

Guru saya itu mengambil poster yang telah saya siapkan. Dahinya berkerut.

"Iffah..."

Wajah saya tundukkan ke bawah.

"This is very nice..And.."

"I can't believe that you did this at midnight..And I'm glad cause you tell me about this."

Lalu dia memeluk saya.

Saya terpinga-pinga. Hairan.

Lidah saya kelu.Tidak tahu apa yang perlu berkata.

Lalu..Dia memberitahu guru-guru lain. Mereka semua mengukir senyuman manis.

"Ah, brbohong sungguh keadaan ini!" Detik hati saya. Hairan lagi. Selama dua belas tahun saya hidup..Tidak pernah pun ada orang yang memberi penghargaan sebegini hanya disebabkan saya menemuinya awal pagi, untuk memberitahu bahawa kerja saya tidak seberapa bagus!

Itulah dia guru. Kebaikanmu aku bangga. Keaibanmu tidakku pandangi.

"Ya Allah! Kau tutuplah keaiban guruku! Agar dengan itu aku terus menghormatinya!"

Untukmu Guru...

Saya menumpukan sepenuh perhatian pada debat yang sedang dijalankan dalam kelas. Sememangnya bagi saya agak bosan (hehe :D) kerana sedang berbicara mengenai politik. Bosan bosan bosan...

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan tamat.

Saya mengemas perkakas sekolah. Lalu menuju ke arah guru.

"Astaghfirullah..."

Saya terlupa lagi.

Yang mengajarku kini bukan islam.. Bukan...Bukan..

Hari itu.. Saya melangkah ke perhentian bas dengan linangan air mata..

"Wahai guruku.. Semoga Allah melimpahkan hidayah-Nya untukmu..Ya Rabbi..Betapa ku rindukan saat bersalam dengan guruku..Kau berikanlah peluang itu lagi untukku Ya Allah..."

Titip doa saya sebelum meninggalkan sekolahku..

Akhirnya...Saya titipkan puisi rekaan melalut ini buat guru-guruku..(:D)

Guruku..

Pada permulaan ini..
Aku sendiri tidak ketahuan..
Tiada pengalaman..
Untuk mengharungi perjalanan..
Untuk memahami erti ketabahan..
Untuk menyelami ilmu akhirat mahupun keduniaan..
Namun,
Kau pimpin daku untuk sebuah penerokaan..
Kau terangi diriku untuk sebuah impian..

Guruku..

Pimpinanmu dalam tabah melayani..
Segala karenah pelajarmu ini..
Ku layan atau tidak kau tetap menerangi..
Siapapun daku kau tetap sayangi..

Guruku..

Bagaimanakah dapat ku balas jasamu..
Cebisan kekuatanmu kau taburkan untukku..
Sekali ku sakitimu menghancurkan seribu kekuatanmu..
Namun,guruku..
Kau gagahi dirimu memimpin daku..
Terus mencari dan mencari kekuatan untukmu..

Untukmu guruku..

Tak dapat ku balas segala kepayahanmu..
Tak dapat ubati segala susah payahmu..
Tak dapat ku dengari segala keluh kesahmu..
Yang hanya ku dapat lakukan hanyalah..
Mendoakanmu..

Maka wahai guruku..
Terimalah..Doa dariku..
Moga dengan 'hadiah doa' ku ini terus kekal abadi di hatimu..

Saya menutup buku sekolah yang telah selesai di baca.

Lalu mengambil naik atas katil memikirkan kenangan lalu.

Bezanya, cara di sini dan Malaysia.

Di sini..Apalah sangat penghargaan yang telah pelajar berikan untuk guru. Hari guru pun tak ada. Yang menghormati guru pun boleh dikira.

"Lalu wahai diri, apa yang kau tunggu lagi??"

Saya mengambil sekeping kad bewarna biru. Lalu mencoretkan kata di dalamnya.

Biarlah. Mungkin bagi guru di sini ganjal menerima kad ucapan dari pelajarnya. Namun, agar guru itu tahu..

Masih ada pelajar yang ingin melatih diri menghormatinya..

Terima kasih guru!

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Semoga beroleh Manfaat..



16 Mei 2010


Comments

makbonda said…
Salam iffah

Bila kita menghargai kita juga akan di hargai.
wslm makbonda..

Alhamdulillah..

Semoga dengan itu juga kita thabat untuk terus melatih diri menghormati guru kita..:)
teacher bie said…
salam iffah..
lama tak menjenguk blog iffah...rindu plak..tiap kali cerita iffah pasal cikgu mesti akak nak nangis..bertuahnya cikgu2 iffah ada anak murid yang tak pernah leka mendoakan mereka..alhamdulillah..
Iffah Nabiha said…
salam akak..

hua3...iffah perasan ateh x jenguk sbb blog iffah sunyi dr komen ateh. terima kasih. nanti bila iffah pandai sket bab2 berblogging ni iffah bg hadiah ye,. Alhamdulillah. Iffah harap sangat suasana islamiah ketika belajar itu kembali. Alangkah indahnya islam. Subhanallah.

Akak, jangan pernah letih menjadi seorang guru. Sesungguhnya untuk mendapatkan syurga Allah itu pasti ada haluan durinya, ya.

Popular Posts