Mengapa perlu kita menghina..




Mengapa perlu kita menghina..
Tangis hati hamba

"Janganlah...Janganlah...Janganlah.." "Hentikanlah...Hentikanlah...Hentikanlah.." "Ianya hanya buat seketika..Mengapa tidak kita korbankan...Hanya seketika..Lakukanlah ia..Lakukanlah ia..Sebagai tanda.."

Mengapa perlu ia dilukiskan..


"Sebenarnya harta benda orang-orang kafir, dan juga anak-pinak mereka tidak sekali-kali akan menyelamatkan mereka dari (azab seksa) Allah sedikit juapun; dan mereka itulah bahan bakaran api neraka."(Ali-Imran; 10 )

Allah telah jelas menggambarkan. Harta tidak akan menyelamatkan kita dari azab api neraka. Apa kepentingannya jikalau kita menafikan untuk kita berhenti sementara, sedangkan syurga itu saat hidupan abadi selamanya?

"Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa – dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).
"[Ali-Imran; 13 ]

Allah juga menjanjikan ganjaran buat mereka yang berusaha untuk agama-Nya semata. Dia juga berjanji untuk menguatkan mereka, sama ada dari segi pergerakan mahupun kekuatan.

Untuk melawan nafsunya bagi membela kebenaran.

tak kenal eri kepayahan, tak faham erti keinsafan, selama hati menafikan kekuatan..

Baginda...seorang Rasul mulia. Peribadinya mempesona.

Serinya tak mampu dikata.

Justeru, islam mengharamkan kita melukis wajahnya. Sebagai menghormati Baginda.

Menyanjungi Qudwah mulia.

JANGAN DIHINA.
WALAU DENGAN MATA.
DENGAN BICARA.
DENGAN KATA.
WALAU DALAM APA JUA.

Juga tingkahmu!

Hanya untuk seketika..
Di laman sosial facebook, secara besar-besaran diadakan lama pertandingan untuk melukis wajah Rasul Junjungan. Mencabar iman menggesa melawan.

Kerana ego, menafikan rasa untuk hentikan. Kerana nafsu, melawan segala bicara untuk menghalang. Kerana minat, membanteras kasih kepada Insan.

INSAN??

Ya, insan yang tatkala hujung hayatnya, tatkala ambang mautnya, lisannya berkata"ummati..ummati..ummati.."

Mengapa perlu kita menghina..

Betapa kasihnya Rasulullah SAW kepada kita. Lalu, apa balasan yang kita perjuangkan??

Apalah salahnya tidak log in dalam facebook walau hanya seminggu. Sebagai tanda benci menatap kata hina mencerca qudwah hasanah kita.

Mengapa perlu kita menyanjung kata mereka menghina, menyokong laman yang mencaci Baginda.

Hentikanlah, walau hanya seminggu. Lakukanlah..Lawanlah perasaan itu.

Ingat kata yang diukirkan di atas!

tak kenal eri kepayahan,
tak faham erti keinsafan, selama hati menafikan kekuatan..

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Semoga beroleh manfaat..



23 Mei 2010

Comments

Popular Posts