MENULIS KERANA-NYA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Alhamdulillah. Buat kali ini saya hanya ingin ‘bersahaja’ dengan mengumumkan penghargaan dari Pena Farhana.

Terima kasih ukhti atas award yang sangat manis ini semanis orangnya. Semoga kita terus tetap dengan niat menulis kerana Ilahi semata. Insyaallah..


Ini dia..Award pertama dari Ukhti DeeNa Farhana..


Seterusnya, award ini pula saya ingin hadiahkan buat mereka yang tetap dengan kedamaian dan kesungguhan menulis kerana Allah..




Mereka adalah..


Bidadari Besi

Ummu Ammar

Makbonda

Wadi Insyirah

Ummu Abbas

Pena Farhana

Ateh Bie

Am0i Ida

Kak Nas

Sesuci Kejora

Klinik Ummi

Puteri Abah

Muslim World

Pious Muslimah


Dan semua sahabat sahabiah yang setia menulis kerana Allah!


Di masa yang terluang ini, saya ingin menyeru buat sahabat-sahabatku sekalian, sesuatu tulisan itu tak semestinya benar-benar 'baik' jika ada manusia yang mengatakan ianya 'baik'. Kerana penilaian itu dari insan yang sama 'diciptakan' oleh Tuhan yang sama yakni Allah. Justeru, tulisan yang baik dan berkah adalah tulisan yang ikhlas dari pena. Pena yang menulis untuk menyampaikan dakwah. Dakwat yang berbakti untuk kebaikan. Itulah tulisan yang mendapat tempat di sisi-Nya kerana dinilai oleh Sang Khaliq yang ADIL buat hamba-hambaNya...Subhanallah..


Sesungguhnya, beruntunglah mereka yang mencurahkan bakti buat islam,bukan sahaja bermati-matian melakukan kebaikan bahkan bermati-matian juga menetapkan kedamaian dan keikhlasan untuk menggapai bintang kemenangan buat Islam tercinta. Insyaallah..


Buat akhirnya, saya juga bersyukur kerana ‘enjin’ saya untuk mula menulis novel sudah mula ‘panas’..Alhamdulillah..


Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang.


Jumpa lagi, Insyaallah.


1 Jun 2010



Comments

Ummu Ammar said…
Iffah..

UA datang amik award..Terima kasih..sangat terharu! Saya setuju dengan catatan tentang penulisan - betul tu..menulis la dari hati..Insya Allah akan singgah di hati yang membacanya..

Enjin dah panas?..boleh la start..UA tunggu hasilnya..
bidadari besi said…
salam sayang dik...

syukran atas award yg diberikan ini...^_^...

insyaAllah..sama2 kita menulis kernaNYA ye...moga terus istiqomah dlm menulis ye sayang...
Salam sayang kembali UA dan bidadari besi..

Afwan dan tahniah buat kalian..Alhamdulillah, moga terus thabat menulis kerana Ilahi semata..

Menggapai ketenangan dalam menyampaikan risalah peringatan ini..Insyaallah, Insyaallah..

Mencari dan terus mencari damai yang hilang..

UA..betul tu..dah panas dah..:D
teacher bie said…
syukran ya bintun ahmad jailani.. :)
semoga penulisan itu memberi erti pada yg membaca..tidak pun pada diri sendiri...
makbonda said…
Salam iffah

hidup biar bermunafaat untuk diri dan makhluk lain.

Sila terus panaskan enjin,izinkan makbonda antara orang pertama memunafaatkan..
Salam kembali teacher bie..

betul tu.. moga dengan setiap lelah kita menulis itu akan dibayar oleh Allah dgn sesuatu yg lebih baik lagi utk agama-Nya..Insyaallah..

Makbonda..

Insyaallah.. moga setiap langkah kita itu mendpt berkat-Nya dan memanfaatkn semua sbg khalifah-Nya..Amiin..Insyaallah..

Popular Posts