Soalan:Mencari Damai Yang Hilang

"Masyaallah..Nice,kan?" Kata Auntie Aisyah.

"Ha'ah...Macam mana lah orang putih ni tak percaya kehebatan Allah menciptakan semua ini.."

"Ya..Semoga mereka akan menerima Hidayah Allah suatu hari nanti.."

"Amiin..."

Saya memandang wajah muslimah ayu itu..Hijabnya terbuai-buai ditiup angin. Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa pula seolah-olah memahami bicara iman kami. Bicara iman kami pula disertai harapan.

Harapan semoga hati-hati kami ini menemui kedamaian.
**
Allah berfirman dalam Kalamullah-Nya.

"Demi diri manusia yang menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya,serta mengilhamkannya untuk mengenal jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada yang bertakwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih dan semakin bersih dengan iman dan amal kebajikan" (Surah As-Syams:7-9)

Bagi yang mengikuti blog saya sepenuhnya pasti perasan dengan sifat saya tak pernah berhenti menukar tajuk 'heading' di atas. Bermula dengan Sesuci Keimanan Sebersih Ketaqwaan..Kemudian Teruskanlah Mengharungi Perjalanan Ini..Lepas tu Merenung Sejenak Cinta Kasih-Mu..Then Mencari dan terus mencari redha Ilahi..Dan kini;

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang.

Entah kenapa. Saya tertarik untuk meletakkan tajuk itu.

Damai yang hilang.

Ini sesuai dengan Firman Allah di atas. "Yang menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya." Sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui. Sewaktu zaman kebangkitan Islam dahulu pun Allah telah mengutuskan ayat ini. Dia Mengetahui apa yang telah terjadi, yang sedang terjadi dan akan terjadi.

Allah telah mengingatkan kita terlebih dahulu walau kita belum menerokai lagi dunia.
Justeru itu, Allah memperingatkan kita," Mengilhamkannya untuk mengenal jalan yang membawanya kepada kejahatan."

Dan selama kita cuba menyempurnakan diri kita dengan perhiasan yang sesuai, tetap mempunyai haluan lain yang membawa kita kepada yang BERTAQWA.

Lalu, apa yang dimaksudkan pula dengan "menjadikan dirinya yang sedia bersih dan semakin bersih"?

Tiada guna saya hanya menurut nafsu sendiri.

Tinggalkan komen sebagai pendapat anda atau emel saya di sweatie_iffahj@yahoo.co.uk

Jawapannya akan saya sambung kembali di lain hari, waktu dan saat. Insyaallah.

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang.

Jumpa lagi, Insyaallah

Semoga beroleh manfaat.




**Jawapan yang saya rasakan baik, Insyaallah akan diberi award juga..

Comments

ummuhanah said…
salam,

damai itu ada...dan letaknya 'di sini'.....'di sini'...di hati yg sentiasa mengadu pada ilahi utk apa saja situasi yg ditempuhi....

semoga iffah sayang temui damai yg dicari....

teruskan dakwah iffah di sini....
wslm ummuhanah..

saya yakin itu antara jawapan terbaik,mlmh. Hati yang sentiasa mengadu pada Ilahi itu sentiasa berada dalam kedamaian..

Ya, terima kasih mlmh..moga kita tetap dengan damai Islamiah ini..
bidadari besi said…
salam sayang ya ukhty...

sempat juga akak coment kat sini, maaf atas kelewatannya...

kagum dengan dirimu, tulisan mu menyeru supaya ingat pada yang Maha Esa..moga terus mendapat kedamaiannya ye...

ameen..moga redha Allah bersama mu slalu...^_^
salam kembali ukhti bidadari besi...

tidak mengapa..tak lewat pun..if lewat sy marah la..;P

Alhamdulillah. ukhti juga. Teruskan menulis, tulisan ukhti benar2 menarik perhatian saya :D

Semoga hati2 kita tetap dengan kedamaian yang ditemui...

Mencari dan terus mencari damai yang hilang

Insyaallah..

Popular Posts