SELAMAT BERJUANG


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Saya asyik dengan nyanyian alam semesta. Angin sayup-sayup meniup tumbuhan hijau di sekeliling. Daun-daun alam menari jua burung-burung berkicauan penuh senang hatinya. Seolah-olah berbicara menasihati diri untuk bersangka baik dengan Sang Pencipta.


Air mata saya menitis lagi.. Mengenangkan peristiwa di dalam kelas sebentar tadi..

Saya merenung dedaun yang menggerak-gerakkan jemari-jemarinya. Dan burung yang beterbangan menyentuh perasaan. Seronoknya engkau wahai burung. Terbang ke sana ke mari sambil menyanyi bahagia. Sekilas, saya teringatkan potret yang saya lukiskan. Seekor burung yang terkurung di dalam sangkar bererti dia inginkan kebebasan.

Ya,Bingkisan perjuangan mesti diteruskan. Untuk berjaya pasti ada halangannya. Sesungguhnya, muslimah sejati adalah yang berani mengatakan TIDAK untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan murka-Nya.

Antara Dua Pilihan

"Hari ini ana perlu berdepan lagi dengan situasi yang menguji keimanan. Ana perlu memilih, sama ada jalan kesenangan, disanjung oleh guru dan teman-teman yang tidak seagama ataupun...

Memilih jalan sabar dan TAQWA."

"Alhamdulillah Allah kuatkan hati ana untuk memilih lagi...Antara dua pilihan.."

Saya tidak dapat meneruskan tulisan saya...Cerita dari hati kali ini benar-benar menyentuh perasaan..

Saya hentikan dahulu pekerjaan saya. Mengenangkan kembali peristiwa di sekolah, sarat dengan erti sebuah perjuangan dan kehidupan..

@@@@@@@@@@@@@@@@

Saya terdiam. Hati menjadi sayu... Tidak meyangka terpaksa memilih pilihan ini.

"Pilih antara dua, cuma makan daging khinzir ini atau awak akan menerima hukuman!"

Begitu guru kelas memasak saya memberi arahan.

Semua mata di dalam kelas memandang saya. Sesetengah rakan yang memahami memandang simpati.

Saya memandang Holly lalu menundukkan wajah.

"AllahuAllah..." Hati saya menangis sendiri.

"I don't want to.." Akhirnya bibir saya mengukir kata.

Rakan-rakan saya yang lain semakin terperanjat..

Dan guru tersebut hanya tersenyum sinis.

Lakukanlah apa yang kamu inginkan wahai guruku... Semoga dengan itu akan membuka hatimu untuk menerima islam..

"Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, sesungguhnya kamulah yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.."(Al-Baqarah:286)

Saya baca kembali artikel saya sendiri.. SETULUS IKHLAS UNTUK SEBUAH PERJUANGAN.. Entah kenapa, tersentuh dengan ayat-ayat tulisan sendiri.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." ( Surah al Baqarah ayat 120 )
Ayat-ayat cinta dari Allah ini semakin meniupkan semangat mujahadah.

"Ya Allah. Sesungguhnya sudah tertulis suratan TakdirMu, khalifah-khalifah di bumi ini akan hidup dalam satu erti kehidupan. Di celah-celah kehidupan itu terselit bingkisan perjuangan. Engkau thabatkan kami untuk perjuangan ini."

Sesungguhnya, tiadalah ertinya hidup ini andai tidak bersulamkan pahit manis perjuangan. Bukankah untuk mendapatkan syurga-Nya itu perlu 'dibeli' dahulu amalan-amalan kita oleh Allah? Ya, kerana itu Allah menghargai pekerjaan jual beli. Kerana dia 'membeli' amalan hamba-hambaNya dan membayarnya dengan syurga.

Dan membayar kesabaran hamba-hambaNya dengan limpahan MaghfirahNya yang mulia.

Agar hidup kita tidak bernuansa dosa.

Buat akhirnya, saya ingin kongsikan lirik nasyid yang menjadi motto hidup saya selama ini.

SELAMAT BERJUANG!



Album : Teman Sejati
Munsyid : Brothers
http://liriknasyid.com


Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Allah berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

O o ohooo ho o ohooo


Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...

Comments

se k3c!k said…
ya Allah..beratnye ujian ntuk iffah di usia mcm ni kan..achu doakan segala perjuangan iffah di sana sntiasa dberkati dan dpermudahkan Nya..amin..Allah itu sntiasa bsama org2 yg sabar..
salam Achu,,
Islam tidk mengira usia. Islam untuk SEMUA..Allah kan takkan menguji melainkan dengan kemampuan kita..Allah tak prnh zalim, tapi manusia yg menzalimi dirinya sendiri. Terima kasih achu atas doanya..Achu juga, moga achu sentiasa berada dalam golongan yg Allah sayangi... :)

Popular Posts