SETULUS IKHLAS UNTUK SEBUAH PERJUANGAN



"Anti...Banyaknya cubaan belajar sebagai muslim di sini.."

Saya menahan diri dari mengeluarkan air mata. Mengapa perlu aku menangis untuk ini? Bukankah memang aku telah berjanji untuk thabatkan diri di medan dakwah ini? Hati saya berdialog sendiri.

Kebiasaannya sebagai remaja, apabila dilanda kesedihan terutama buat perempuan, akan mengurung diri di dalam bilik dan melayan perasaan sendiri.

Saya tenggelam dalam dunia sendiri dengan linangan air mata.Lalu mengimbau kenangan yang membawa saya kepada ingatan lalu.
Menyebarkan agama Islam di Malaysia.
Dan mecampakkan diri dalam arena dakwah.

Di sebuah negara jauh di perantauan.
UK.

Jauh bezanya.

Ya Rahiim.. Engkau thabatkan kami dalam menuju Syurga abadi-Mu..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." ( Surah al Baqarah ayat 120 )

Siapapun anda, siapapun kita..Yang bernama muslim, akan tetap menghadapi cabaran dalam menyampaikan agama suci ini. Ini tidak ditujukan hanya untuk mereka yang berada di perantauan yang dikuasai oleh orang-orang kafir, tetapi semua yang beragama islam. Maka, tidak perlulah terlalu risau. Hanya buat 'endah tak endah' sahaja jikalau berlaku penghinaan buat kita sebagai umat.

Penghinaan dan cacian yang mereka lemparkan sebetulnya untuk melemahkan iman kita.Mereka ingin kita terpesong, lalu sibuk dengan hal-hal yang remeh sehingga kita alpa dengan tugas lain yang lebih penting dan akhirnya memburukkan lagi keadaan seterusnya menghacurkan masa depan ummah.

Selama saya berhadapan dengan mereka, mereka tidak pernah berhenti melakukan semua itu. Sedikit sebanyak mencabar diri saya.Nafsu mengatakan lawan tetapi di sudut hati ada peringatan IMAN.
Justeru, menyedari keadaan sebenar, saya amat menyesali diri saya sendiri yang terlalu mengenangi perkataan mereka.
Anggaplah semua itu ukiran di atas pasir. Ia dihembus angin dan air lalu hilang dari pandangan. Yang penting CITA kita. Cita-cita kita untuk mencipta kemenangan buat Islam itu perlu dikukuhkan.
Jika penghinaan mereka diukir di atas pasir, maka IMPIAN kita ukirkan di atas batu.
Agar ianya kekal walau segala halangan menerpa, ia tetap kukuh di atas batu.
Begitu juga kukuhnya di hati kita, terus berjuang mengejar impian di samping mengekalkan Iman di landasan kebenaran. Teruskan berjuang dan kekalkan keikhlasan. Sesungguhnya ikhlas itu membawa seribu pengertian untuk sebuah perjuangan. Lihatlah ke hadapan, kejarlah impian, tempuhlah cabaran dan ikhlaslah berjuang!


Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang.
Jumpa lagi, Insyaallah


09 Jun 2010

Comments

bidadari besi said…
salam sayang dik...

"mereka yang berjuang seringkali menangis...tapi Allah s.w.t. kuatkan dia disisi manusia... berjuang demi Allah s.w.t., bahagialah hati walaupun payah kerna itulah jalan ke syurga....^_^.."
salam mahabbah akak...

Insyaallah...selama kita ikhlas berjuang, selama kita tulus bersabar, selagi itulah jalan kita disuluh oleh cahaya Hidayah..Hidayah Allah yang Maha agung..Ketabahan yang mereka ada itu dek kerana perit mereka untuk belajar satu erti kehidupan. Melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan onak dan duri, mereka ikhlas semata-mata kerana Islam, Iman dan Taqwa...

Moga kita terus ikhlas untuk sebuah perjuangan ini...
makbonda said…
Salam Iffah,
Allah telah pilih Iffah menjadi seorang pejuang....hati seorang pejuang terlalu dekat dengan Allah.
makbonda said…
Salam Iffah.
Allah telah memilih iffah berpeluang untuk menjadi seorang pejuang.....hati seorang pejuang sangat dekat dengan Penciptanya.
Wassalam Makbonda..

Syukran ya ummu.. Makbonda juga, kita semua sebagai khalifah-khalifahNya mempunyai epilog tersendiri dalam sebuah perjuangan..

Moga perjuangan kita disertai ikhlas yang memancarkan haruman Syurga Abadi-Nya.. :)

Popular Posts