ANTARA DUA KEHILANGAN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Air mata bercucuran melihat skrin komputer. Hati diamuk rasa marah jua kesian buat saudaraku di sana.
"Ya Allah.. Tempatkanlah mereka bersama Sumayyah di sana.."

Tubuh mereka di sana bermandi darah. Hari-hari yang dilalui oleh mereka bersemadi dengan impian mereka yang tidak ketahuan. Apakah di penghujung nyawa mereka masih ada satu pengakhiran yang adil. Namun, darah mereka adalah darah pejuang. Darah memang sudah menjadi pakaian mereka. Kebuluran memang sudah menjadi makanan mereka sehari-hari.

Damai mereka yang telah hilang terbang entah ke mana itu adalah sumbangan mereka terhadap islam. Kedamaian di alam rimba itu memang telah samar di mata mereka. Semuanya semata-mata untuk islam.
Malaysia? Damai di alam rimba itu hilang kerana apa? Bom diletupkan di sudut gunung semata-mata kerana apa? Sekolah-sekolah ditutup kerana apa? Semuanya kerana keuntungan dan kemewahan. Palestin? Darah mereka bercucuran semata-mata untuk islam, membela negara mereka mempertahankan kawasan itu sebagai kawasan untuk islam. Walau terpaksa menggadai kebahagiaan,untuk ISLAM..
Wahai yang bernama pemimpin, contohilah Khalifah Umar. Tatkala mengetahui ada rakyatnya kebuluran, diangkut segalanya di atas bahu Khalifah sendiri. Di dalam hati dan fikirannya sudah terlintas azab Allah tatkala ditanya apa yang telah diperuntukkan untuk rakyat dengan hartanya. Takutlah wahai pemimpin sekalian, sesungguhnya janji Allah itu benar. Mana-mana pemimpin yang asyik dengan nikmat dunia untuk dirinya sendiri tanpa mempedulikan rakyat di bawahnya akan menerima habuan di akhirat kelak.

Seorang teman saya pernah berkata,"Itu zaman dulu, zaman sekarang dah berubah!"

"Zaman sekarang? Saudara-saudara kita di Palestin sana bercucuran darah. Mereka korbankan kedamaian mereka hanya untuk Islam. Biar derita di dunia asal bahagia di syurga. Pemimpin-pemimpin mereka semua dalam kemelut yang tak ada kesudahan. Pelangi yang ada tak mewarnai kehidupan mereka pun.Liya, mereka boleh sahaja serahkan negara di tangan mata-mata kafir. Tetapi mereka tidak lupa bagaimana negara itu ditakluk sebagai islam dahulu. Tak ingatkah bagaimana makmurnya negara itu dahulu?Semuanya digadaikan untuk Islam semata,Liya..."

"Semoga mereka,yang berpakaian darah bersalut taqwa itu diganti dengan pakaian bertatahkan permata, bauan darah itu diganti dengan semerbak haruman Uhud, kebuluran mereka sebagai hidangan oleh para bidadari, dan negara yang dipijak oleh pengganas-pengganas itu digantikan dengan negara, aman damai, makmur di alam abadi, di syurga nanti..Insyaallah."





Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...

Comments

salam iffah,

alhamdulillah,masih ada semangat PALESTINE~!

subhanallahi wabihamdih,subhanallahil 'adzhim.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
petik kata-kata dari ust.hasrizal;

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?

Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.

Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.

Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.

Islam yang tulen.

“Dan jika kamu kembali, maka Kami pula akan kembali ..” [al-Israa' 17: 8]

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
tersentuh hati melihat nasib umat islam di palestin.
tapi hati lebih sayu melihat umat islam di Malaysia yg lebihkan hiburan semata2.
Ya Allah, berkatilah setiap semangat jiwa, untuk selalu berjuang dijalanMu, berjagalah hati yang kadang kala redup, tertiup angin duniawi… Ameen.

Laisal ghinaa ‘an kathrotul ‘arodh, walaakinnal ghinaa, ghinaan nafs..
~Jiwa-jiwa yang kosong makin bertambah di hari ini, tika umat semakin jauh dari Tuhan..~

Jahiliyah abad ke-21 memaparkan satu kehidupan yang tiada halatuju..

Kembali pada kefahaman Islam. Juga tali ukhuwwah sesama Muslim, inshaAllah menjadi Muslim Realiti.
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.
[ Ash-Shoff : 4 ]

wallahua'lam
salam kembali kak hajar<3

maaf lmbt bls. approvenya lama dh. sunyi dr bidang penulisan sebentar.

Mencari kedamaian sebagai pengembara ilmu itu susah. Kehilangan utk kedamaian sbg seorg pelajar itu mencabar. kerana seorg pelajar tidak boleh mengharapkn kedamaian setiap masa.

Alhamdulillah kini sudh berakhir utk seketika. maka bermula kembali diri ana utk istiqomah di bidang penulisan.

setuju dgn akak, sbg manusia, kita perlu berpegang kepada perjuangan hakiki, bukan perjuangan ilusi.

<3 salam ingatan dari Iffah <3
ateh bie said…
:) tersenyum..terharu..terpesona..bila dua penulis muda dan berbakat berbicara..cewah..alhamdulillah jgn persiakan bakat kalian ye..

♥,
ateh ..
terkagum...terkulai... terpeleot.. :D

bila ade org memberi skongan.. :D

<3 <3 iffah XD
ohh,iffah~!

nape banyak sangaaat komen akak tuh????
over pulak nampaknye.. :D

a'ah,ateh..hajar pun rasa nak terpeleot dengar nye..huhu..saya insan yang biasa2x je/ :)

Popular Posts