I SEE THE MOON


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


"Adduuhhh...!!"

Darah mengalir dari jemari telunjuk saya. Teman sebelah dengan prihatin memandang dan bertanya penuh mesra.

"Kenapa dengan awak? Mimpi ape waktu pagi ni? Sakit???" Sempat juga dia berjenaka.

"Ohh...okay.."

Acuh tak acuh saja saya menjawab. Holly di hujung kelas sana terdengar jeritan kecil saya tadi memandang penuh misteri. Dia tahu bila saya bermasalah dan bila saya tidak bermasalah.

Saya menundukkan wajah. Hati menjadi sayu lantaran rindu di hati. Seolah-olah ingin menguji kekuatan hati seorang perempuan yang mudah bercucuran manik-manik jernih di kelopak mata.

Pada saya, dengan meluahkan semuanya melalui air matalah yang membuatkan saya terus segar melalui kehidupan sehari-sehari. Kerana setitis air mata mengandungi satu cerita. Dengan meluahkan semuanya dapat mendekatkan hati yang gersang pada Yang Esa.

-----------------------------------------------------------------------------

Saya merenung bulan purnama yang menerangi waktu malam. Cahayanya mengagumi semua mata yang memandangnya. Sejenak saya teringatkan fitrah alam semesta sekaligus mengingatkan saya buat sahabat yang jauh di mata.

"Maksudnya... Allah sentiasa ada untuk kita?"

"Ya... Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya."

"Buktinya?"

Saya melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan kami pada malam Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas itu. Lalu keluar dan membawa satu buku yang berkaitan Hadith bersama.

"Buka muka surat 12."

"Allah berfirman “Aku sepertimana sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Dan Aku akan bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku di dalam dirinya, Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk). Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan berlari”(Hadis Qudsi Riwayat Bukhari)

Dia memandang saya. Kelihatan air matanya mulai bercucuran.

Saya tahu dia sedang menghadapi masalah besar kini. Mungkin dengan perbualan kami tadi akan mengingatkannya bahawa Allah bersedia untuk mengampuninya, Insyaallah.

"Iffah.... Awak tahu tak... Saya lari dari fitrah kita yang sebenar.. Saya meyangka Allah tu tak adil. Ujian saya berat, berat sangat.. Tapi saya tidak sedar yang saya rasa macam tu sebab hati saya jauh, jauh dari Allah.." Esak tangisnya perlahan meluahkan perasaannya.

"Awak.. jauh tak bermaksud tiada lagi pintu taubat.. Masa awak masih panjang.. Kembalilah,ya.."

Dia tersenyum.

Perbualan singkat saya bersamanya itu masih segar dalam ingatan. Saya tidak pernah meyangka hanya kerana persahabatan boleh membawanya ke jalan kebenaran. Ya, memang itu yang menjadi impian saya sebagai seorang insan. Tetapi, Allah Yang Maha Berkuasa telah menunjukkan kuasa HidayahNya yang jauh tak terlintas di fikiran.

Hanya kerana persahabatan boleh memimpinnya ke jalan kebenaran! Begitu bisikan hati saya.

Di hati ini hanya berharap, semoga taubatnya sebagai seorang hamba itu mendapat tempat di sisi Allah dan moga kekuatan dalam dirinya terus mekar dengan bunga-bunga Islam.

"Orang yang bertaubat dari perbuatan dosa yang pernah dilakukannya memiliki kebanggaan yang tidak tertandingi oleh kebanggaannya terhadap hal lainnya iaitu kegembiraan Allah atas taubatnya. (Yahya bin Muadz)"


Begitulah antara kenangan-kenangan manis yang telah kami cipta bersama. Bagaikan ingin sahaja kembali kepada waktu silam. Surat-surat perpisahan dahulu saya bawa bersama ke sini. Alhamdulillah, sumber kekuatan yang tak pernah dilupakan jua adalah doa sebagai penghubung kami.

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Sesungguhnya, aku telah melihat seorang lelaki berguling-guling ( bergembira ) di dalam syurga hanya kerana dia memotong dahan pokok di bahu jalan yang menganggu manusia.” ( Riwayat Muslim )

Sesungguhnya, hidup ini tak akan lengkap kalau bukan kerana ukhuwah. Hari ini, 30 Julai 2010, genap setahun saya dan teman-teman berpisah kerana pengembaraan ini. Semoga janji dan ikrar kami, apabila bertemu nanti akan terlaksana.




Bahawa ketika itu kami semua telah menghadiahkan sesuatu untuk Islam!

Itu IKRAR kita.

Insyaallah..

I see the moon and the moon sees me,

The moon sees somebody I'd like to see,

Please bless the moon and bless me,

Please bless somebody I'd like to see...

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...

Comments

Popular Posts