Muqaddimah

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, Pemurahnya DIA dengan izinNya mempunyai kesempatan untuk menulis pada masanya. Namun, komitmen sebagai pelajar Year 10 mungkin menyebabkan keperluan meluangkan masa untuk pelajaran lebih utama buat seketika. Afwan andai jarang menulis. Moga bermanfaat apa yang ada :)

Monday, 30 August 2010

DIA HANYA UMAR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

johan Pictures, Images and Photos

"Kakak, kenapa kakak nangis?"


Ucai di sebelah yang ternanti-nanti untuk bermain 'game' hairan melihat saya menitiskan air mata. Mungkin, kebiasaannya saya yang memujuknya untuk berhenti menangis, kini gilirannya pula mengusap-ngusap kepala saya, meniru cara saya memujuknya.

"Tak ada apa-apalah." Kata saya. Saya tahu, dia terlalu kecil untuk memahami. Ucai, yang sudah mula petah berbahasa Inggeris secara tertatih-tatih, sudah hampir lupa apa itu Malaysia. Bersahabat dengan Syirah, rakan sepermainannya, hampir setiap malam ketika saya bercerita kisah teladan untuknya, pasti dia bertanya di mana Syirah. Saya katakan, Syirah sudah pun pulang ke Malaysia. Tiba-tiba, dia bertanya apa itu Malaysia..

hhuuddooii... XD

Lama tenggelam dalam lamunan kenangan, saya kembali bermuhasabah diri. Nasyid yang didengar teramat menyentuh hati. "Aku Hanya Umar".. Saya menghayati rentetan hidup Sahabat Nabi, Umar Al-Khatab ini..

Tuesday, 24 August 2010

DEBU-DEBU DOSA



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Tilam empuk di dalam bilik tidur saya itu di'lanyak' oleh tubuh saya. Saya akui, letih juga setelah seharian berada di rumah seorang ustazah di sini. Pulang sahaja ke rumah, kerja-kerja rumah menanti dan adik-adik dan kawan-kawannya pula menjadi tanggungjawab saya untuk memantau mereka. Kadangkala, terfikir juga, kawan-kawan yang lain semuanya ala-ala 'singa betina' dengan adik-adiknya. Dan saya mengetahui, dikatakan saya terlalu berlembut dengan adik-adik. Sungguh, secara amnya, demi menjaga sopan dan kelakuan, 'tangan melepas' itu akan dilakukan apabila tetamu 'menyarung selipar' andai mereka bertamu ke rumah.

Saya ingin tekankan, selagi kita bergelar ORANG LUAR kita tidak layak untuk menghakimi hal-hal sebegini. Setengah orang, iaitu salah satu dari teman-teman saya sendiri, dikeranakan bosan dijadikan alasan untuk mengumpat kelakuan orang lain.
Ingatlah, justeru itu Allah turunkan jalan islam yang penuh berhikmah dan rahmah dan itulah Ramadhan, waktu yang tepat dan paling berkesan untuk melatih diri yang bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tetapi mengawal sabar, mengawal nafsu, mengawal amarah dan mengawal IMAN.

Sunday, 8 August 2010

DUHAI PENEGAK PANJI-NYA


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Ya Sodiqi.

sedarlah kita adalah penyambung dakwah Nubuwwat,

generasi yang dilahirkan untuk menegakkan kalimah "Lailahaillallah",
kita adalah umat terpilih untuk memperjuangkan Dinul Islam,

meneruskan perjuangan para sahabat dan Rasul junjungan,

dalam menegakkan agama Allah yang diredhai.


Wahai Rajul penegak Islami.
Hentikanlah kelalaian dalam mengharungi arus duniawi.

selamilah dirimu mencari kekuatan hakiki,

demi Islam yang dicintai.

Harumi jiwamu dengan tarbiah Islami,

agar hatimu sekental Umar Al-Khattab,Hamzah 'Asadullah dan Salahuddin Al-Ayubi,
tidak gentar berjuang di jalan Ilahi.

Sunday, 1 August 2010

HARAPAN 12 TAHUN...


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Hati berdebar memerhati setiap langkah guru berjalan di kaki lima kelas. Menghulurkan keputusan penentu di mana penyambung jalan.

"Iffah, where is she?"

Saya mengangkat tangan."Here, miss."
Debaran kian kuat terasa. Menutup mata dahulu ^_^ sebelum melihat markah di kertas peperiksaan."Alhamdulillah..."Kata saya seraya menutup mulut menyedari saya menyebutnya out loud."What??".."No just a bit shocked while I'm receiving my marks." Kata saya dalam keadaan kelam kabut.Teman saya melepaskan tawa. "I know you're lying. Why did you screwed up your face like that?It's funny.."Katanya sambil ketawa berdekah-dekah. Saya hanya tersenyum malu. ^_^Kebiasaannya, apabila saya dalam keadaan marah, atau memakan sesuatu benda yang masam, ataupun dalam keadaan kelam kabut, semua kawan-kawan ketawakan riak wajah saya yang aneh.Di sekolah, saya dikenali sebagai Carrotcake. Kata Ummi, andai saya senang tidak mengapa. Jangan ianya mematahkan semangat sebagai seorang pelajar.
*
Alhamdulillah..

Saya tersenyum girang menatap keputusan yang telah diposkan oleh sekolah ke rumah. Keputusan yang menentukan set mana yang akan saya duduki dalam year 8 nanti. Di sini, saya bakal menjejaki tingkatan 2(year 8) menjelang September nanti.

Semuanya cemerlang. Yang paling mengembirakan saya, semestinya Ethics and Philosophy, Mathematics dan juga Art. Ethics and Philosophy merupakan subject yang mengajar mengenai agama-agama termasuk Islam. Semestinya saya gembira apabila saya memperoleh level 6c untuk peperiksaan kali ini. Berikut merupakan tahap level.

[Paling rendah, dari kanan.]


6c 5a 5b 5c 4a 4b 4c 3a 3b 3c 2a 2b 2c 1a 1b 1c
Bermula dengan level 5c, sudah dikira tinggi. Syukur ke hadrat Ilahi akhirnya berjaya saya buktikan keyakinan saya setelah berjaya menyiapkan kertas yang bertajuk Does God Exist? untuk Year 7.