DEBU-DEBU DOSA



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Tilam empuk di dalam bilik tidur saya itu di'lanyak' oleh tubuh saya. Saya akui, letih juga setelah seharian berada di rumah seorang ustazah di sini. Pulang sahaja ke rumah, kerja-kerja rumah menanti dan adik-adik dan kawan-kawannya pula menjadi tanggungjawab saya untuk memantau mereka. Kadangkala, terfikir juga, kawan-kawan yang lain semuanya ala-ala 'singa betina' dengan adik-adiknya. Dan saya mengetahui, dikatakan saya terlalu berlembut dengan adik-adik. Sungguh, secara amnya, demi menjaga sopan dan kelakuan, 'tangan melepas' itu akan dilakukan apabila tetamu 'menyarung selipar' andai mereka bertamu ke rumah.

Saya ingin tekankan, selagi kita bergelar ORANG LUAR kita tidak layak untuk menghakimi hal-hal sebegini. Setengah orang, iaitu salah satu dari teman-teman saya sendiri, dikeranakan bosan dijadikan alasan untuk mengumpat kelakuan orang lain.
Ingatlah, justeru itu Allah turunkan jalan islam yang penuh berhikmah dan rahmah dan itulah Ramadhan, waktu yang tepat dan paling berkesan untuk melatih diri yang bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tetapi mengawal sabar, mengawal nafsu, mengawal amarah dan mengawal IMAN.


Singa Betina Way
Kerana itu, saya insafi, banyak yang ingin dikatakan akan hal-hal seharian. Sehinggakan, ketika saya menjemput seorang rakan saya untuk bertandang ke rumah, menonton cerita di laman web tv3, lisannya berkata;

"Saya rasa pelik, bila tengok orang yang menangis dalam doa, dalam sembahyang.. Ape halnye hah? Manje..."
Sementelah, apabila soalan saya dijawab dengan membaca Al-Quran, apabila ditanya apa yang sedang saya lakukan, dia bertanya lagi "Buat ape baca Al-Quran?"

Bukankah itu adalah salah satu kesannya apabila semuanya diajar dengan 'singa betina way' untuk menegur kesalahan? Lisan menjadi kurang sopan dan lebih banyak melawan. Saya tidak nafikan, adakalanya 'singa betina way' ini menjadi jalan terbaik untuk mereka yang tiada keinsafan TETAPI, andai pendidikan seseorang itu selamanya berteraskan 'singa betina way' ini, sampai bila-bila pun mereka akan hidup dalam alam pura-pura dan melakukan amal kebaikan yang tidak datang dari keikhlasan.


Saat Melatih Diri
Sungguh, marah perlu bertempat dan perlu tepat. Adakalanya, sifat agresif itu ingin dilepaskan kepada semua orang. Itulah apabila 'stress' mula memperlihatkan 'tanduk'nya.

Jika direnungkan semula apa yang telah kita perbuat di waktu dahulu, dosa apa yang telah kita lakukan dahulu, adakah kita beribadat lebih atau 'tidur' sahaja sepanjang hidup kita? Teringat coreatan kata-kata saya dalam poster yang telah saya siapkan di rumah seorang ustazah di sini:

"Renungkanlah, Fikirkanlah, Bertaubatlah, adakah dosa kita memenuhi lautan yang luas terbentang, adakah pahala kita memenuhi seisi langit dan bumi, adakah amal kita melayakkan kita ke syurga, atau lebih melayakkan kita ke neraka, selamanya.."
Mujahid, Mu Jahat
Kerana itu, saya menyeru, dalam bulan yang mulia ini, pintu keampunan dibuka seluas-luasnya. Peluang untuk menjadi 'mujahid' mempunyai 'pasaran'nya. Teringat pula kata-kata Ustaz yang memeluk islam sebelum memberikan ceramahnya dalam satu forum yang telah saya hadiri:

"Sepatutnya, bulan Ramadhan ini bila kita berlatih menjadi seorang mujahid, amalkanlah ia dalam 11 bulan yang lain, jangan, pada Ramadhan kita menjadi seorang mujahid, di 11 bulan yang lain kita adalah 'mu jahat'...."
Saya tersenyum.

Ada kelakarnya tapi ada maknanya.

Coretan kata-kata sempena menyambut Ramadhan dituliskan ke dalam kad berwarna merah jambu itu.

"Sahabat, perkataan yang paling baik itu ALLAH, buku yang terbaik itu AL-QURAN, senaman yang terbaik itu SOLAT, dan DIET YANG TERBAIK ITU PUASA..

Selamat menyambut Ramadhan, moga istiqamah dalam melatih diri menuju syurga Ilahi.
Lakukannya kerana ikhlas, jangan kerana disuruh oleh ibu semata-mata.
Sesungguhnya, rugilah untuk mereka yang berusaha meraih nama, siapa manusia yang teralim di dunia,
sebaliknya, beruntunglah untuk mereka yang berusaha meraih pahala Allah sehingga ke syurga!"

Rebutlah, peluang untuk menuju ke pintu RAYYAN.

Debu-debu Dosa

Saya insafi, banyak yang dapat dilatih dalam bulan suci ini.

Kerana itu, menyendiri dan menangislah merenungi dosa yang telah dilakukan oleh diri. Kerana janji Allah itu pasti. Dua haluan yang sedang kita tuju, JANNAH ataupun NAAR..

Demi, sesungguhnya kemungkinan besar dosa kita melaut luasnya, dan adakah pahala kita jua seluas laut yang terbentang..

Atau, pahala kita seisi bumi ini, dan dosa kita sesempit lorong kecil di kampung sana?

Manusia, takkan terlepas dalam semua rutin yang lagha. Maka, taubat kita akan diterima oleh Allah dengan izi-Nya. Rebutlah peluang ini, sesungguhnya bagi mereka itu beruntung yang mengisi hidup mereka dengan taubat dan ibadat secara ikhlasnya.

Kerana itu, berlumbalah mengumpul amalan, semoga amalan kita di terima oleh Allah, khususnya di bulan Ramadhan ini. Insyaallah.



Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...



Comments

Popular Posts