DIA HANYA UMAR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

johan Pictures, Images and Photos

"Kakak, kenapa kakak nangis?"


Ucai di sebelah yang ternanti-nanti untuk bermain 'game' hairan melihat saya menitiskan air mata. Mungkin, kebiasaannya saya yang memujuknya untuk berhenti menangis, kini gilirannya pula mengusap-ngusap kepala saya, meniru cara saya memujuknya.

"Tak ada apa-apalah." Kata saya. Saya tahu, dia terlalu kecil untuk memahami. Ucai, yang sudah mula petah berbahasa Inggeris secara tertatih-tatih, sudah hampir lupa apa itu Malaysia. Bersahabat dengan Syirah, rakan sepermainannya, hampir setiap malam ketika saya bercerita kisah teladan untuknya, pasti dia bertanya di mana Syirah. Saya katakan, Syirah sudah pun pulang ke Malaysia. Tiba-tiba, dia bertanya apa itu Malaysia..

hhuuddooii... XD

Lama tenggelam dalam lamunan kenangan, saya kembali bermuhasabah diri. Nasyid yang didengar teramat menyentuh hati. "Aku Hanya Umar".. Saya menghayati rentetan hidup Sahabat Nabi, Umar Al-Khatab ini..

Lirik nasyidnya, kisah silamnya, saat dia kafirnya, teramat-amat mencabik-cabik hati saya. Apabila sampai kepada ayat yang mengisahkan perubahannya, embun keimanan mula menyapa keinsafan di sudut hati.

Ya, saya tak pernah berniat untuk membunuh Nabi.
Ya, saya tak pernah membunuh walau seorang perempuan.
Ya, saya tak pernah menghunus pedang untuk keganasan.

-----------************----------

Tidak, saya tidak pernah tidur di pelepah tamar.
Tidak, saya tidak pernah berbantalkan lengan sendiri di atas pasir.
Tidak, saya tidak pernah berselimutkan hanya embun.
Tidak... Saya tidak pernah mentadbir orang-orang di bawah jawatan saya tanpa rasa kuasa.

Ya! Saya tidak pernah melakukan apa yang telah Umar lakukan.

Tidak! Saya tidak pernah lakukan apa yang telah Sayyidina Umar lakukan.

-----------********------------

Siapa sangka, pahlawan kafir gagah perkasa dengan hati sekeras batu pun boleh lembut hatinya dengan Al-Quran. Betapa, kuasa Allah itu mengatasi segala. Sungguh, zaman sekarang tidak terkecuali dengan penghinaan terhadap islam. Seperti, orang melayu sendiri.

Hati membentak geram ingin melemparkan kata-kata kasar kepada wanita dalam rakaman itu. Padanya kelakar, padanya lawak, padanya menawan tetapi pada saya ianya murahan!

Zikir dipersendakan begitu sahaja. Dengan lenggok tubuh menggayakan yang zikir tiada kesan. Seolah-olah zikir menyebut nama Ar-Rahmah tiada lagi kesucian!

Tudung yang dikenakan oleh wanita itu sudah tiada ertinya lagi. Mata yang melihat hanya tertutup sepi sama ada perempuan mahupun lelaki. Hanya bayangan syaitan yang tersengih sampai ke gigi!

Agaknya, perkara sebegini sudah tidak asing lagi. Untuk saya, perbuatan wanita ini menyamai orang kafir di sini!

Azan yang dikumandangkan dalam kelas Sejarah di sekolah saya mendapat gelak ketawa seisi kelasnya. Saya hanya berdiam diri meyedari ada mata-mata yang memerhatikan saya. Sejenak saya renungkan perbuatan mereka, menyamai perbuatan wanita melayu itu sendiri.

Begitukah pengakhirannya Islam? Setelah bersusah payah pahlawan kita menakluk dua pertiga dunia, inikah pengakhirannya? Tiada lagi embun IMAN yang menitis di pagi hari. Hanya hujan KEGAGALAN yang membanjiri alam. Hanya SEJARAH yang tinggal kenangan. Sementara umat kini terus-terusan BERANGAN tanpa IMPIAN mahupun KEJAYAAN.

Cukuplah. Rentetan perjalanan hidup Sayyidina Umar Al-Khatab ini, ayuh kita bangkit membina empayar perjuangan hakiki. Sudahlah dengan perjuangan ilusimu itu. Peringatan buat kita, buat ummah dan seterusnya diri sendiri sebagai khalifah sejati.

Kita tak pernah berniat untuk membunuh Nabi, kita tak pernah menghunus pedang untuk membunuh orang yang harus kita sayangi, tapi kita tak sedar adakalanya kita adalah penyumbang kepada keganasan kini.

Meski, contoh tauladan kita ini sudah tiada lagi di dunia ini, namun namanya tetap segar dan basah di bibir orang-orang mukmin. Andaikan punya kesempatan dengan amal-amal solihin, pasti bertemu lagi di syurga nanti, Insyaallah.

Kerana itu, hayatilah nasyid ini, dengan penuh insaf dan sedar bahawa kita masih punya waktu untuk mengubah diri. Dalam mencari redha dan cinta Ilahi, tidak mustahil akhirnya kita dapat menggapai impian kita suatu hari. Asalkan, dengan penuh yakin, cita,cinta dan sayang, insyaallah, sisa hidup yang ada tak akan terbuang dek terbuai oleh arus lintangan dunia yang lagha.

Kerana itu, bersamalah kita menabatkan diri di medan yang hanya sementara, sebelum ke alam yang abadi selamanya, Insyaallah.



Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...

Comments

Popular Posts