HARAPAN 12 TAHUN...


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Hati berdebar memerhati setiap langkah guru berjalan di kaki lima kelas. Menghulurkan keputusan penentu di mana penyambung jalan.

"Iffah, where is she?"

Saya mengangkat tangan."Here, miss."
Debaran kian kuat terasa. Menutup mata dahulu ^_^ sebelum melihat markah di kertas peperiksaan."Alhamdulillah..."Kata saya seraya menutup mulut menyedari saya menyebutnya out loud."What??".."No just a bit shocked while I'm receiving my marks." Kata saya dalam keadaan kelam kabut.Teman saya melepaskan tawa. "I know you're lying. Why did you screwed up your face like that?It's funny.."Katanya sambil ketawa berdekah-dekah. Saya hanya tersenyum malu. ^_^Kebiasaannya, apabila saya dalam keadaan marah, atau memakan sesuatu benda yang masam, ataupun dalam keadaan kelam kabut, semua kawan-kawan ketawakan riak wajah saya yang aneh.Di sekolah, saya dikenali sebagai Carrotcake. Kata Ummi, andai saya senang tidak mengapa. Jangan ianya mematahkan semangat sebagai seorang pelajar.
*
Alhamdulillah..

Saya tersenyum girang menatap keputusan yang telah diposkan oleh sekolah ke rumah. Keputusan yang menentukan set mana yang akan saya duduki dalam year 8 nanti. Di sini, saya bakal menjejaki tingkatan 2(year 8) menjelang September nanti.

Semuanya cemerlang. Yang paling mengembirakan saya, semestinya Ethics and Philosophy, Mathematics dan juga Art. Ethics and Philosophy merupakan subject yang mengajar mengenai agama-agama termasuk Islam. Semestinya saya gembira apabila saya memperoleh level 6c untuk peperiksaan kali ini. Berikut merupakan tahap level.

[Paling rendah, dari kanan.]


6c 5a 5b 5c 4a 4b 4c 3a 3b 3c 2a 2b 2c 1a 1b 1c
Bermula dengan level 5c, sudah dikira tinggi. Syukur ke hadrat Ilahi akhirnya berjaya saya buktikan keyakinan saya setelah berjaya menyiapkan kertas yang bertajuk Does God Exist? untuk Year 7.

Setelah lelah mengharungi segala cubaan dari kalangan kawan-kawan sepanjang year 7 ini,tiba masanya saya mengorak langkah seterusnya mendaki puncak kehidupan. Semua pahit dan manis dalam menjaga hablu minallah wa hablu minannas ini takkan dilupakan. Pastinya subur bersemadi dalam kamus kehidupan,Insyaallah.

"Iffah!"

Saya mengangkat muka. Megan, salah satu teman rapat saya datang memeluk saya. "I'm gonna miss you.. 6 weeks..Ohh.. ". Saya membalas pelukannya. "Mee too. "

Bas Arriva bewarna hijau itu meluncur laju di perjalanan. Saya melemparkan pandangan ke luar tingkap. Satu persatu memori bersama Megan terlintas di fikiran. Membuatkan saya tersenyum sendirian.

Di suatu ketika dahulu, Megan antara orang yang susah untuk memahami Islam. Pelbagai persoalan juga mimik muka ditunjukkan. Sekali-sekala, kekuatan saya mengalami kejatuhan, namun sampai satu masa diri bangkit juga meneruskan kehidupan.

Kini, semuanya amat membanggakan. Bahkan Megan antara orang yang mendapat markah tertinggi dalam kelasnya apabila subjek Islam menjadi tajuk pembelajaran. Semoga apabila saya mengangkat kaki dari bumi England ini, akan meninggalkan sejarah sekumpulan manusia yang andai tidak beriman sekalipun, sekurang-kurangnya mereka berfahaman, akan erti Islam yang sebenar.

Hari ini, 1 Ogos 2010, genap 12 tahun umur saya di dunia. Seorang pengembara yang baru 12 tahun umurnya semestinya perlu meneruskan musafirnya di bumi Allah ini. Genap setahun juga, saya sekeluarga bermastautin di Durham, England ini. Permintaan saya sempena hari ulangtahun kelahiran saya yang sebenar-sebenarnya, biarlah Allah sahaja yang tahu. Yang pasti, antara harapan 12 tahun usia orang muda ini telah pun tercapai.Doa saya, semoga harapan 13 tahun nanti pula akan dikabulkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Semoga 2 tahun yang akan datang nanti dapat diharungi dengan penuh kesabaran, keikhlasan dan tidak lupa juga kecemerlangan sebelum pulang ke tanah air tercinta.

Kerana itulah yang kurangnya umat islam kini. ~*Ilmu*~




Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...

Comments

ateh bie said…
hai bday girl..bersemangat nye..bagus2..herm..baca paper work yg iffah kena buat 'Does God Exist'..teringat buku 'BUMI CINTA-HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY' yg akak br baca..pernah baca x?mgkin bleh membantu penulisan iffah sedikit sebanyak..Insya Allah :)
salam alaykk~

my dearest,iffah~! Alhamdulillah..congrates! how i'm proud with you~! subhanallah.~

moga kaki terus melangkah dengan penuh cemerlang wahai adikku yang kusayangi kerana Allah semata-mata..~
walau mungkin pernah terjatuh,bangkitlah~! kita tidak selamanya akan berada di atas mahupun di bawah selalu~..roda kehidupan senantiasa berputar..

kak hajar doakan moga iffah terus sukses dalam life,study dan tak lupa pada agama(Islam)..remember Allah always~

honestly,gembira sangaat dapat kenal iffah ni..matang dari usia sebenar..alhamdulillah~ :)

Last but not least;
SANAH HELWAH IFFAH NABIHA~!
Keep cheers,may Allah bless you always dear~
xoxoxo
Anonymous said…
Iffah,

congratulations! ha, kan betul auntie cakap!

regards
auntie aisyah
Salaam to all ;)

Islam untuk semua, yang pasti kita tak akan bangkit selagi tidak berfikiran positif, itu kata ayah.

Semenjak saya berterus terang dengan umi dan ayah, semakin bersalah saya andai tidak mengabulkan harapan mereka. di hari lahir ini, saya tak harapkan hadiah dari ayah sebenarnya, bila melihat ayah bekerja tanpa henti. tiba-tiba, ayah tinggalkan hadiah di atas katil dlm bilik. terasa pula betapa andai saya hampakan harapan dia; agar saya dapat membintangi nama muslimah di kalangan kawan-kawan saya!

ALANGKAH BESARNYA KASIH MEREKA!

ateh dan kak hajar: terima kasih, akak berdua follower setia saya sepenuhnya selama ini~ <3

auntie aisyah: Insyaallah.. rahsia ni, auntie ni auntie favourite saya tau! ;)
harr said…
Salaam Iffah,

Congrats on yr achievements! :) Alhamdulillah.


Regards,
Harr
wslm harr,,

alhamdulillah, maybe one day i will see who you are actually! :)
harr said…
i quess u already 'see' me..it's just that u didn't realise... no worries sweatie... i'm just nobody :) afterall...
u just nobody? ahahah, is that true? i actually already see u but i don't even know who?ahahah cuz i'm being retarded :)
se k3c!k said…
iffah..tlambat lagi tak kalo nk ucap tahniah..da lame x melawat blog2 org sbenarnye..kagum dgn pencapaian iffah..lagi2 dlm ethics tu.. n happy belated burfday dik..moga perjuangan mu sntiasa drahmati Nya..amin..
Alhamdulillah.. terima achu.. x lmbt pun.. blm msk year 8 lgi.. hhihihi :D oo samelah kite, mkin sibuk skrg, harp org je dtg jenguk blog, diri sendiri x de maser :(

Popular Posts