Muqaddimah

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, Pemurahnya DIA dengan izinNya mempunyai kesempatan untuk menulis pada masanya. Namun, komitmen sebagai pelajar Year 10 mungkin menyebabkan keperluan meluangkan masa untuk pelajaran lebih utama buat seketika. Afwan andai jarang menulis. Moga bermanfaat apa yang ada :)

Sunday, 26 September 2010

BERKADAR TERUS DENGAN PENGORBANAN...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya rasa bagai kelu lidah ini untuk bersuara. Ya Allah, ternyata hidup saya ini memang untuk menyesuaikan diri... Ya Allah, berikanlah kekuatan untukku. Moga-moga, dengan jawapan ini, akan memutikkan kasih dan sayang lebih bermakna dalam keluarga kami. Iffah, ceriakan hidupmu... Untuk berjaya kan............

Sejenak, saya teringatkan pengangan saya teguhi selama ini..

Tuesday, 7 September 2010

DI HARI KEMENANGAN!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

"Bertukar senyuman dan salam, ziarah menziarahi.. Tutur dan kata yang sopan, saling memaafi.. suasana hari raya, walau di mana pun jua, memberikan ketenangan, dan mententeramkan jiwa..."



Saya melepaskan nafas lega setelah selesai menjalani latihan untuk persembahan di hari lebaran nanti. Di sini, bakal diadakan majlis untuk menyambut hari raya, dengan memonteng sehari/2 hari ke sekolah :/ Pada saya, biarlah sehari sahaja yang tidak saya hadiri. Perbezaannya amat terasa yang kami di sini hanya bercuti satu hari :(( sementara di Malaysia seminggu :/. Jadi pelajar-pelajar di sana, janganlah asyik merungut cuti sedikit sahaja!