BERKADAR TERUS DENGAN PENGORBANAN...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya rasa bagai kelu lidah ini untuk bersuara. Ya Allah, ternyata hidup saya ini memang untuk menyesuaikan diri... Ya Allah, berikanlah kekuatan untukku. Moga-moga, dengan jawapan ini, akan memutikkan kasih dan sayang lebih bermakna dalam keluarga kami. Iffah, ceriakan hidupmu... Untuk berjaya kan............

Sejenak, saya teringatkan pengangan saya teguhi selama ini..


Kejayaan Itu Berkadar Terus Dengan Pengorbanan!

Maka, saya yakin untuk mengatakan ini..

"Ummi..
Kakak tak ada masalah untuk pindah.."


Luahan Untuk Ummi

Sebetulnya, di hati ini ingin menambahkan segenap ayat lagi buat ibunda tercinta.

"Ummi..
Kakak tak sanggup melihat Ummi berulang alik dari kerja ke rumah..
Siang ke malam...
Dari jarak yang jauh..
Dengan letih dan lelah..
Walaupun...

Kakak terpaksa menahan marah dan perasaan..
Terhadap adik-adik..
Yang,
Akal mereka kecil lagi..
Mereka belum memahami..

Sedang kakak yang menanggung perasaan..
Ingin mengatakan yang kakak tak tahan..
Malam berjaga,
Adik menangis kepada kakak..
Sedang esok di sekolah kakak perlu menanggung perit mata.
Menahan rasa mengantuk tidak terkira..

Ummi faham..
Ummi hadiahkan kakak...
Sejumlah wang setiap akhir bulan..
Ummi tahu..
Walau kakak tak pernah bersuara..
Mengenai itu semua..
Tapi Ummi TAHU..
Ummi TAHU..
UMMI TAHU..."

Di sekolah..
Semua kawan-kawan bertanya..
"Kenapa awak tak ada hanphone?..
Kenapa awak tak pergi bandar?..
Kenapa awak tak ada camera?..
Kenapa awak tak boleh datang ke rumah?...
Kenapa awak tak ada lelaki istimewa?.."

Kakak menjawab dengan tenang..
Akan pegangan yang kakak teguhi..
Akan agama yang kakak anuti..
Akan ajaran yang kakak fahami..
Semuanya adalah dari,
Lidah Ummi..

Semua kawan-kawan..
Pelik..
Mereka cuba salahkan Ummi..
Tapi,
Kalau ada anak yang betah menahan semua ini,
Dia memang anak derhaka..

Kakak bukan anak derhaka kan Ummi?
Kakak sanggah semua cakap mereka,
Kakak lawan mereka..
Kadang-kadang, cikgu sendiri pun..
Jumpa kakak..
Kenapa kakak terlalu bekerja keras..

Kakak jawab..
Sebab kakak nak kejar impian kakak..
Cita-cita kakak..
Dan..
Kakak nak kejar CINTA UMMI DAN CINTA ILLAHI.."

SAYANG UMMI!

Akhirnya, saya menyatakan persetujuan untuk berpindah. Mungkin, ada lagi sesi pengembaraan yang bakal menjadi pengalaman untuk saya. Kejayaan itu berkadar terus dengan pengorbanan.Semakin banyak perngorbanan yang dilakukan, Insyaallah semakin besar pula kejayaan di hujung jalan.

Alhamdulillah, ya Allah. Mungkin, ini adalah antara titik-titik kejayaan yang Engkau anugerahkan untukku.....

Pada 24 September 2010, sekali lagi harapanku tercapai! Subhanallah!


Dari kiri:Saya, Anis dalam perjalanan ke sekolah

"If your name appear on the screen I want you to stand up and come forward please."

Well done,

Iffah

Ella

Helen

Flora

For your ahievement for this assessment.

You got full mark! Keep it up!

Alhamdulillah, peperiksaan terbaru bagi subjek German, saya memperolehi markah penuh -10/10. Selain saya, tiga pelajar perempuan lain turut tersenyum bangga. Rata-rata di dalam kelas hanya memperoleh 1-5 /10 sahaja. Syukur ya Allah, Engkau Maha Mendengar.

Alhamdulillah!

Kejayaan Itu Berkadar Terus Dengan Pengorbanan

Saya tenang melangkah ke kelas sains. Di situ, semua kawan-kawan saya sudah menunggu untuk pergi bersama.

"Iffah are you leaving?"

"Maybe.."

"Arhh.. No.."

"I have to admit it don't I? And so you.."

Kelihatan matanya berkaca-kaca.. Semua ini mengimbas kembali detik-detik saya bakal meninggalkan Sekolah Rendah Al-Islah dulu..

"Iffah betul ke anti nak pindah?"

"Ya..."

"Janganla..."

"Ana kena pergi.. Nanti Insyaallah kita jumpa lagi ya?"

Walaupun hati tak mengikut sama..

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

Hati ini terus bercerita akan impian seterusnya. Agar, satu hari nanti semua impian yang dilakarkan di langit itu menjadi satu pelangi. Hingga satu saat nanti, tubuh ini dapat menyusuri pelangi di atas awan sana. Visi yang harus dibesarkan itu menjadi pemangkin kejayaanku. Buat ibunda dan ayahanda, moga satu ketika nanti matamu bersinar bahagia dengan kejayaan lebih bermakna.. Andai aku tak dapat membanggakanmu dengan sinar cemerlang UPSR ini..

"Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga.."

Insyaallah.. Saya bersedia, untuk memulakan kembali, jalan pengembara ini..

Perjuangan yang benar-benar meninggalkan lebih dan lebih dan lebih banyak untukku. Semuanya kerana PENGORBANAN yang telah dilakukan.

Sesungguhnya, setiap satu kejayaan yang berkadar dengan PENGORBANAN akan lebih bermakna dan semakin banyak pengorbanan yang telah kita lakukan semakin besar lagi kejayaan yang kita ciptakan walaupun arah kita itu tidak kita sedari.

Di Durham Johnston Comprehensive School ini, saya terasa lebih bermakna.. Sangat sayang. Tapi, sayang itu tak sama. Sayang, untuk Allah, Rasul, ibu dan bapa... Adalah lebih bermakna.

Kuatkan aku ya Allah!

"Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi......."


Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...

Comments

saRa k3c!k said…
iffah..nk pindah mane?
Pindah ke Darlington.. Huhu, maaf lmbt balas :')

Popular Posts