DI HARI KEMENANGAN!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

"Bertukar senyuman dan salam, ziarah menziarahi.. Tutur dan kata yang sopan, saling memaafi.. suasana hari raya, walau di mana pun jua, memberikan ketenangan, dan mententeramkan jiwa..."



Saya melepaskan nafas lega setelah selesai menjalani latihan untuk persembahan di hari lebaran nanti. Di sini, bakal diadakan majlis untuk menyambut hari raya, dengan memonteng sehari/2 hari ke sekolah :/ Pada saya, biarlah sehari sahaja yang tidak saya hadiri. Perbezaannya amat terasa yang kami di sini hanya bercuti satu hari :(( sementara di Malaysia seminggu :/. Jadi pelajar-pelajar di sana, janganlah asyik merungut cuti sedikit sahaja!


"Tak sabar nak raya..." Salah seorang 'adik angkat' saya di sini berkata. Serentak kami ketawa melihatkan keletah adik perempuan kami yang berusia 8 tahun itu.

"Orang bersedih sebab Ramadhan nak tinggalkan kita.." Luah ibunya sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Betul.. " Kata saya seraya menjeling ke arah wajah 'adik angkat' itu sekali lagi dengan senyuman melebar.

Benar, sebulan berpuasa, sebulan menahan lapar dan dahaga, sebulan menahan dan mengawal amarah serta berlumba-lumba mengumpul amalan, pastinya meninggalkan banyak kenangan dan ganjaran serta kebaikan yang dapat dikongsi bersama.

Justeru itu saya menginsafi akan..

Tetamu Istimewa Kita

Genap sebulan tetamu istimewa kita bertandang, tiba masanya untuk 'dia' pulang. Entahkan adakah kesempatan tahun depan untuk kita menyambut kedatangannya semula? Atau ajal menjemput terlebih dahulu? Atau saat itu kita sudah hilang semangat untuk menyambut tetamu istimewa kita itu? Terlalu banyak kemungkinannya....

"Alhamdulillah..." Lafaz Ummi.

"Tahniah kakak.." Kata Ayah.

Saya tersengih melebar hingga ke telinga. Mana tidaknya, berjaya mengkhatam Al-Quran sekali lagi!

Sebak merangkumi seluruh dada. Entah kenapa, apa yang nak disedihkan? Atau terharu? Atau saya perasan akan takbur yang mula melanda?

Direnung semula kad manilla yang menjadi inpirasi saya untuk terus berjaya..

3 Tahun Akan Datang: Khatam Al-Quran 10 kali.


Semakin lama menatap target-target hidup saya, semakin galak manik-manik jernih di mata memperlihatkan permatanya. Akhirnya, takungan itu tumpah jua.

11 Tahun Akan Datang: Saya Adalah; Seorang Pakar Psikologi

Seorang Pendakwah

Seorang Penulis

YANG BERIMAN..

Semakin galak pula air mata menghujani wajah ini. Entahkan, maut menjemput sebelum dapat saya langsaikan kesemua cita-cita saya.

Begitu juga Ramadhan yang telah berlalu. Semakin sebak di dada memikirkan hibanya rasa. Adakah amalan-amalan yang telah saya usahakan itu mendapat tempat di sisi-Nya.

Tetamu Istimewa ini semakin jauh mengangkat 'kaki'... Semakin jauh pula mata merenung pemergiannya. Andai punya kuasa untuk menarik hujung 'jilbab' nya, pasti dipohon untuk terus bersama kami di sini. Bulan yang penuh rahmat dan berkat ini merupakan penghulu buat bulan-bulan lain, pastinya mendapat tempat di hati mereka yang berjaya meraih pahala di malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Lautan Kenangan


*Saya masih ingat, seandainya saya berada di Malaysia, duit raya dapat saya terima, di sini tidak :((*

Hehe..

Saya masih ingat lagi, di Malaysia, di penghujung tahun sebelum hari raya, kad raya diserahkan buat guru-guru tercinta. Juga kawan-kawan sahabat-sahabiah semuanya. Semakin berputik rindu di hati. Betapa, merenung kenangan itu indah, dan menyelami yang lepas itu perit.

Masih terbayang, di hari lebaran saya tunduk menyalami nenek di kampung sana. Juga Wan, Wan.. Setahun sudah pemergian Aki ke Pangkuan Ilahi...

Aki, meninggal pada 27 Ramadhan, dikebumikan pula pada 28 Ramadhan. Tahun lepas, merupakan tahun pertama saya meraikan lebaran tanpa aki di sisi. Selama 11 tahun saya bersama gelak ketawa dengan Aki, saya agak sukar menerima kenyataan pada awalnya..

Hanya sekali itulah saya mengunjungi kubur aki, kerana seminggu selepas itu adalah tepat waktu untuk saya berangkat ke sini. Semoga Aki bahagia di alam sana..

Iffah rindu Aki!

Di Hari Kemenangan

Dengan semua usaha kita selama sebulan, di hari mulia ini, saya mengucapkan tahniah untuk kalian yang telah berjaya melalui detik-detik latihan di 'akademi' Ramadhan ini.

Hari kemenangan ini seharusnya dirai untuk kita yang telah berusaha meraih pahala justeru itu inilah saatnya untuk bergembira meraikan hari raya.

Di hari ini jua, sekelian umat memohon maaf andai ada salah dan silap selama mereka berukhuwwah. Moga-moga dengan itu kita akan terus hidup seiring dengan kebangkitan islam kini.

Kerana itu, saya ingin memohon maaf andai ada kata-kata yang mengguriskan jiwa, entri-entri yang tidak menepati masa, janji-janji yang hanya sekadar bermain kata, atau apa-apa sahaja salah yang dapat meretakkan ukhuwah.

Selain itu, di hari kemenangan ini, saya denga rasa terharu berterima kasih untuk kalian yang tak jemu-jemu memberikan sokongan, komen-komen, jejak-jejak yang ditinggalkan, moga syurga menjadi tempat pertemuan.

Award ini buat kalian yang telah meninggalkan jejak selama ini..






Lima muslimah di atas ini disenaraikan kerana mereka banyak meninggalkan jejak di laman ini!

Juga Kad Raya untuk anda! Silalah ambil =)




Selesai menggantung kad ini, janganlah segan silu nak beritahu saya yang anda menghargai kad ini.. Tinggalkan jejak di chatbox di sebelah tu, kemudian saya akan visit laman anda! =]

Buat yang terakhirnya,..


Selamat Hari Raya

Maaf Zahir

&

Batin

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi,Insyaallah

Comments

ateh bie said…
salam aidilfitri buat iffah &keluarga..semoga aidilfitri di perantauan memberi seribu satu kebahagiaan..kebahagiaan dalam redhaNya..amin..

tahniah iffah dapat khatam al-Quran dengan baik, Insya Allah mudah2an segala impian iffah akan dipermudahkan dan dikabulkan Allah..

masih kekok tuk menulis sbb terharu..impian iffah sama dgn impian akak satu waktu dulu..tp mungkin tiada rezeki utk itu...Insya Allah doa akak sntsa mengiringi iffah..

btw,terima kasih ya atas award iffah..aduh..malu la iffah, bukan komen yg hebat2 dan membina..hnya insan kerdil mengutip mutiara dan menumpang menadah ilmu dan pengalaman..spttnya iffah yg perlu dpt award besar2..jazakillah iffah.. :)

p/s:nnt akak emel gmbr ketupat n rendang tau.hihi..
Ummu Ammar said…
Iffah..

Teruskan usaha dan cita2 murni adik penuh istiqamah..malu pula terasa bila gadis semuda Iffah punya visi sebesar itu sdgkan yg lebih veteren mcm UA ni lbh disibukkan dgn hal-hal dunia..
Ummi said…
Untuk anakanda Iffah,

Taqabbalallahu minna waminkum...

Salam untuk keluarga, ya Iffah.
Salam Semua..

Maaf lambat membalas.. Sebabnya agak sibuk dengan urusan harian. Saya pun manusia, sekali sekali terleka dengan hal-hal dunia juga.

Alhamdulillah terima kasih saya juga..

UA: Setiap dari kita ada visi dan misi. Semangat saya itu tanpa disedari datang dari UA juga. Terima kasih atas semangat itu, ya!

IFFAH NABIHA AHMAD JAILANI
Makbonda said…
Terimakasih Iffah,maaf lambat respons,atas kesibukan mengurus rumahtangga.

Taqabbalallahu minna waminkum..

Semoga Allah terus memberi kerahmatan.

Popular Posts