SUARA HATI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kesejukan menggigit tubuh tak terasa lagi. Lebih-lebih lagi tatkala mata membaca isi akhbar terbaru dua tiga hari yang lepas.

"Ayah, bukan ke kelab malam tu yang macam menari-nari tu,kan?"

"Ye la."

"Pastu,bende tak elok la?"

"Ye la."

"Habis tu, takde maksud lain dah kan?"

"Ye la."

"Ye la aje!"

Hehe ;D

Siapalah seorang pelajar yang 'baru lahir pagi tadi' berumur 12 tahun ingin menyuarakan pendapatnya. Minat mahupun bakat dalam bidang politik pun tak ada. Apatah lagi keseronokan alam kanak-kanak pun masih dirasai. Semestinya tidak mendapat tempat di kalangan orang-orang yang berilmu lagi baik akhlak dan pengalamannya.

Namun, pada saya ini bukan lagi soal politik. Tapi ini soal agama. Baru-baru ini saya telah mengikut ayah pergi berceramah di Scarborough dan saya tertarik pada input yang diberikan.


Fiqh Al-Awlawiyyat dan juga Fiqh Al-Ikhtilaf menarik perhatian saya. Tajuk yang menjadi kegemaran ayah selama 12 tahun bergelar peguam dam penceramah akhirnya mengalir pada anak sulungnya, ;D.

Ingin baca artikel ayah berkenaan itu, sila klik sini.

Fiqh Al-Awlawiyyat, iaitu kefahaman dalam keutamaan amat penting dalam kehidupan. Akhbar yang telah saya tatap dua tiga hari yang lepas pun ada kaitannya.

Antara AKHIRAT atau DUNIA

Kelihatannya, hala tuju kita lebih kepada dunia.

Saidina Umar Radiallahu 'anhu

Menyusuri perjalanan hidup beliau semasa hayatnya, banyak menginsafkan diri ini.

Tatkala rakyatnya lena diulit mimpi, beliau turun memantau keadaan rakyatnya. Seketika, terdengar tangisan anak-anak kecil di sudut tempat yang sunyi di hening malam.

Beliau menghampiri khemah tersebut. Bertanyakan keadaan wanita itu dan anak-anaknya, beliau menangis lalu menyesali akan penderitaan yang dialami wanita itu.

Memasukkan batu ke dalam periuk agar anak-anaknya menyangka ibunya sedang memasak lalu tertidur. Berselimutkan pasir bagi menahan sejuknya. Tangisan anak-anak menahan kelaparan tenggelam di hening malam. Asbab-asbab ini menyebabkan berjuraian air mata Khalifah Umar Al-Khatab, menangisi betapa Allah akan menyoal beliau di akhirat kelak, atas penderitaan yang dialami wanita itu dan anak-anaknya.

Kerana seorang wanita, Khalifah yang telah terjamin syurga untuknya, yang telah bersabda Rasul Allah: Mana-mana lorong yang dilalui oleh Umar Al-Khatab, akan berlarilah syaitan-syaitan bertempiaran kerana takutkan Umar menangis mengenangkan khilaf dirinya. Seorang pemimpin Islam yang diidam-idamkan di saat ini.

Kini?

Wujudkan kelab-kelab malam?

Saya ragu-ragu akan maksud 'kelab malam' kerana beberapa orang teman saya di facebook menulis 'Ini yang terbaik' dan 'Bagus!' kerana itu saya tanyakan kepada Ayah, apa maksud kelab malam sebenarnya?

Inilah yang dinamakan zaman menggenggam bara api. Bara yang teramat susah untuk digenggam. Amat senang tersasar, terjatuh. Terkeluar dari landasan sebenar. Mencari cinta dan redha Ilahi akhirnya terkeluar dari maksud yang sebenar. Lalu terciptalah slogan menuju murka dan azab yang menanti!

Suara Hati

Sedih, saya hanya mampu meluahkan perasaan di sini. Satu laman teknologi yang banyak menyimpan rahsia hati. Suara kecil dari sang anak yang hanya mampu menulis dalam sekian banyak arus duniawi yang menerpa.

Hanya inilah yang mampu saya lakukan. Bersuara menentang yang sedang berlaku, tak mampu. Manakan tidak, suara dari hati takkan kedengaran!

Kerana itu, mohon jasa baik kalian andai punya masa dan waktu, jika tidak menggunakan blog saya sekalipun, sampaikan! Semoga akhirnya suara hati ini berubah menjadi suara dunia.

Akhirnya, kita semua mengidamkan pemimpin dunia yang baik akhlaknya, baik budinya, baik tuturnya dan baik pemikirannya.

Agar, akan wujud semula suasana Islam. Agama yang mulia dan dimuliakan.

Terima kasih Ummi, atas artikel itu!

"Ya Allah, kami rindu akan suasana Islam-Mu yang indah. Subhanallah! Ya Allah, sucikanlah hati-hati kami dengan agama-Mu. Ya Allah! Kurniakanlah nikmat islam-Mu menyulami hidup kami seperti zaman Nabi-Mu. Ya Allah! Bantulah kami menabatkan diri di medan jihad-Mu!"
Ya Rabbul Jalil, dengarlah suara hati hamba-Mu ini!

Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

** Baca artikel 'zon hiburan' tersebut di sini


Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...


Comments

Popular Posts