KERANA CINTA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Sedih,memerhati sekeliling kini.

Pada mulanya,saya tidak berani untuk menyentuh tajuk ini. Terasa,terlalu muda untuk turut berbahas kerana cinta. Namun semenjak teman rapat saya sendiri terjebak dalam hal-hal seperti ini..

Saya perlu bangun berdiri.

Penting sangatkah cinta?

Ya, ianya penting. Kita semua perlukan cinta.


Antara empat cinta


Cinta..

Adalah nikmat indah yang tiada terkata

Kurniaan Ilahi kerana kasih-Nya

Untuk merasai detik mencintai dan dicintai

Mengharungi duri menyusuri pelangi

Meninta memori,indah berseri

Dalam meredahi arus duniawi

Mencari nikmat cinta yang abadi


Kerana cinta..

Sanggup melalui lautan api

Sanggup mendaki bergunung tinggi

Sanggup merentas lautan terbentang

Sanggup menghabiskan segala harta

Sanggup mengorbankan insan tersayang



Cintaaa!

Ertinya amat meluas sehingga matlamat sebenar culas

Ke mana perginya jernih akal yang bernas

Ke mana perginya kuntuman jiwa yang ikhlas

Mengapa perlu mengaburkan jiwa yang telah bercahaya

Mengapa perlu mengundah-gulanakan hati yang telah lara

Mengapa perlu menghitamkan hati yang telah suci

Mengapa perlu menggugurkan urat yang telah bersih

Lagi talhah,rahim dan rahmah


Tak perlu tanya mengapa

Kenapa

Di mana

Apa dan bila

Semuanya terjawab


Kerana cinta

Destinasi cinta

Cinta,cinta,cinta selamanya.


Bertanya lelaki ini dengan satu komen di blog saya. "Pernahkah anda menjumpai cinta pertama?"


Saya jawab "Ya.Cinta Allah Ta'ala."


Benar.


Kita dikurniakan dengan tiga jenis cinta yang telah pun dikurnia nikmatnya sekeliling kita. Hanya, tidak kita sedari kewujudan cinta ini.


Cinta pertama Allah Ta'ala. Kerana cinta ini, bersedia Dia menghadiahkan apa jua kemahuan yang diinginkan. Walau tak pernah betemu tetapi hati tetap bertaut. Jauh di mata dekat di hati. Basah bibir dengan ayat-ayat cinta zikir Ilahi. Ah,nikmatnya cinta ini.


Namun, hebatnya cinta pertama ini, walau Dia sudah punya kekasih, tapi cinta kita pada-Nya tak pernah ternoda. Malahan,kita punya hak untuk mencintai Kekasih-Nya juga. Itulah cinta junjungan, Rasulullah SAW. Suci budi pekertinya takkan dinafi. Pesan junjungan sentiasa terpahat di hati. Betapa untungnya mereka yang dapat menikmati nikmat cinta pertama ini..!


Cinta kedua,tanpa redhanya tiadalah redha dari cinta pertama.


Benar.


Cinta ibu dan bapa.


Dicintai dan mencintai. Dihormati dan dikasihi. Mendidik,memeliharai dan mengajari. Akan dibalas pula dengan menghormati menyayangi dan memberi. Ah, indahnya cinta ini.


Andai,cinta kedua berusulkan cinta pertama. Semestinya cinta ketiga berusulkan cinta kedua dan pertama. Sahabat sahabiah. Kalianlah cinta ketigaku. Mengukir memori,kenangan manis dan pahit. Bergelak ketawa menjalin ikatan bersama membina quah kerana Allah. "Ana uhibbuki fillah ya ukhti" . Antara ayat-ayat cinta yang termeterai atas nama persahabatan ini.


Ah,cinta. Alangkah!


Mencari lagi?


Sungguh. Manusia tak akan puas dengan apa yang telah ada.


Ketahuilah. Merenung mata ke mata 'turun ke hati' ??


Adalah penyumbang kepada ini.

Bertepuk tampar berbalas surat sumber kepada ini


Dengan "Kite sayang awak" "Jangan tinggalkan saya" dan sebagai-bagai-bagai-bagai nya lah,semua itu PENYUMBANG.


Wahai sahabat. Dahulu, saya hanya bermain. Kepala saya hanya fikir MAIN MAIN MAIN MAIN MAIN MAIN. YEAAAY. Tapi sampai satu ketika..Asyik bermain.Hingga tersedar dari alam mimpi.


Apa ini?


Duniakah?


Manusiakah?


Dunia..Manusia..?


Kerana apa??


Mengapa?


Tiada..hatikah??


Tapi..Kenapa??


Bagaimana??


Bila??


Apa??


BILA APA KENAPA BAGAIMANA KENAPA KENAPA KENAPA KENAPA????!!!


-Kerana cinta.


Dahulu, saya rasa terlalu muda. Bermula dengan usia 20-an. Meningkat hingga 16-17 tahun. Kemudian 15. Dalam masa yang begitu singkaaaaaaaaat.


12 tahun???!!!


Astaghfirullah.


Hanya tunggu masa untuk cinta keempat.


Muka saya memerah padam apabila guru bertanyakan soalan itu ke arah saya.

Okay. So Iffah. Why did you write your relationship status as single.Do you do not want to have boyfriend?


Ketika itu, guru saya ini, Mr Johnston adalah guru yang sangat terkenal pandai menarik minat pelajar-pelajarnya dalam 'enjoy' subjeknya. Ketika itu, kami mempelajari mengapa Queen Elizabeth tidak mahu berkahwin. Kami perlu menulis surat cinta kepada Queen Elizabeth.Lalu guru saya mengarahkan siapa yang single mesti menuliskan sesuatu di bukunya.


"I can't be bothered to have a boyfriend."


Semuanya menahan ketawa. Mereka ni, kalau ada seorang pelajar perempuan yang 'cool' untuk dikacau sayalah. Herh.Namun saya bangga kerana mereka tetap menghormati prinsip saya yang tidak menyentuh tangan lelaki mahupun bercakap yang terlalu banyak dengan mereka. Kata mereka, itulah yang membuatkan mereka senang berurusan. Kata mereka, "Don't need to have an argument with her or her boyfriend or her parents..etc etc."


Berbalik kepada tajuk asal..Lelaki di belakang saya pula menambah "Nono,I know why!Because she's scared if her boyfriend will be a gay."


Haha, we all burst out laughing. ;D


"No cause I'm a lesbian LOL" Kata saya bergurau hingga kami melepaskan tawa dalam jangka masa yang begitu lama.


"Actually. I'm here bacause I want to be sensible person.Not for attracting boys. I'm not pretty, not skinny, and not bothered! :)"


Guru kelas memuji jawapan itu dan semua rakan-rakan di dalam kelas ketawa sambil menepuk tangan.


Menghormati dan dihormati


Iffah. Rachel Harvey. Holly Gray.


Dan beberapa pelajar lain di dalam perhimpunan.


Kami semua bangun dengan penuh tanda tanya.


Lalu kami dianugerahkan dengan gelaran 'sensible girls' kerana sentiasa 'dress modestly' ke sekolah.


Ternyata,guru History saya menyampaikan asbab saya tidak bercinta kepada guru besar. Lalu mengadakan perhimpunan untuk pelajar perempuan dan menjadikan asbab itu sebagai slogan untuk kami.


We're here because we want to be a sensible person,not for attracting boys.


Mereka pun memahami bila perlunya cinta.


Janganlah,kerana cinta sanggup kita menggadai agama. Agama itu adalah segala-gala. Nantikan sahaja waktu untuk cinta yang keempat ini tiba. Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik. Jangan kau gadai maruahmu kerana ianya hanya satu dalam seribu. Jangan kau biarkan lelaki menyentuhimu atau mengotori jiwamu dengan janji-janji palsu kerana ianya hanya akan berakhir dengan dosa dan murka dari Yang Esa. Juga menghadapi tohmahan keluarga sanak saudara sahabat handai jua makhluk-Nya.Duhai kaum Adam jangan kau lembuti hatimu sendiri dek kelembutan gemalai tubuh gadis-gadis jalanan. Fitnah terbesar adalah fitnah wanita..INGATLAH! Duhai sahabatku sucikanlah hatimu kerana Allah ada sebagai PENENTU JALAN HIDUPMU.


Cintai Dia sebelum mencintai makhluk-Nya.


Moga terus bahagia di alam cinta bersama-Nya.


Kerana cinta.



Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang.


Jumpa Lagi, Insyaallah...



Comments

Anonymous said…
assalamualaikum,
nice entry, iffah :) but i think you forgot one thing, our 2nd love is RasulullahSAW <3 i hope you put that in mind eventhough you didn't in this entry, okay! ^^ teehee~
Waalaikumussalam Anon!! :)

Alhamdulillah,ada yang mengingatkan! Dah edit, saya selitkan cinta Rasulullah tu pada cinta pertama. Read it,dear? Alhamdulillah, moga ukhti thabat selalu dengan kesemua jenis cinta ini.. :')

Thnx for reminding me again,sis!! :)
Ibnu_ghazali said…
salam..

oh, karangan mengenai cinta Allah..

tak semestinya tidak punya kekasih itu menandakan seseorang itu gay or lesbian..

mungkin kerana dalam hatinya sudah menemui cinta sejati~
queenappa said…
nice essay,dear!!!
thanks ! I got nice readers , too ! :)

Popular Posts