RINTIHAN AIDILADHA


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saat-saat terakhir di Durham Johnston ini, saya dijemput ramai teman-teman untuk bertandang ke rumah mereka.

Antara rumah yang telah saya datangi adalah rumah Holly. Kepada dia, saya menjawab soalan-soalannya mengenai Islam dengan debaran yang tiada henti. Kelak andai saya tersalah memberi informasi dikhuatiri menyalahi persepsi agama suci ini.

"Iffah kenapa awak tak join philosophical club? Awak boleh berdebat tentang kewujudan Tuhan, kewujudan kejahatan dan sebagainya."

"Holly, berdebat dalam kelas pun saya dah penat. Lagipun, tak mungkin guru saya tu nak terima saya masuk. Setakat dalam kelas pun kawan-kawan memandang rendah pada saya. Saya Muslim.."

"Dan Muslim biasanya tak lemah semangat. Kawan-kawan yang rendahkan awak tu yang tak kenal awak. " Lembut Holly memujuk.


Namun, saya masih bersedih. Saya terangkan padanya, tatkala saya temui semula kekuatan nanti, Insyaallah akan saya perluaskan lagi perjuangan ini. Saya masih di bawah. Masih mencari tangga untuk ke atas.

Doa Hamba

Ya Allah. Dengan Nama suci-Mu aku bermohon. Walaupun perbezaan menjadi jurang pemisah antara kami, tapi Kau kekalkanlah ukhuwwah ini.

Walaupun, pernah tersimpan dendam di hatinya, Kau padamkanlah ia dengan RahmatMu.

Lembutkanlah hatinya untuk berdamai denganku.

Dengan RahmatMu, aku memohon.

"Sesegar hijau daunan Begitulah kita diibaratkan Tiada siapa yang bisa memisahkan kita Antara kita semua.."

Nasyid yang bakal menjadi tema saya membuat persembahan sempena Aidiladha nanti bergema di telinga.

Rintihan Aidiladha

Teramatlah, lemah rasanya diri ini kini. Justeru itu, sengaja saya meminta izin Ummi untuk tidak ke sekolah sempena Aidiladha ini.

Biarpun, bukan itulah maksud saya. Kekuatan yang ingin saya cari. Ummi, maafkan kakak.

Miss/Mrs/Mr _________, forgive me.

My friends dearie, I'm sorry.

ALLAH, bantulah aku.

Sahabiah, tinggalkanlah sepatah dua kata pembina quah dalam identiti muslim ku ini.


Biarpun ini silap. Kekuatan itu perlu dibina. Tak perlu tunggu untuk ditemui. :'/

Sempena Aidiladha yang bakal menjelma, moga Allah menghadirkan ibrah yang lebih baik untuk saya pelajari, akan kekuatan yang Hajar lalui.

Demi, perjuangan ini hanya untukNya.


"Agama Islam penuh rahsia." -Holly Gray

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...


Comments

Kak Hajar said…
salam,Iffah!
heppi eid adha.
semoga hilang rasa 'diri' dari dlm diri; moga dlm hitungan setiap mujahadah disuluh redha-Nya. allahu akbar, walillahil hamd.
Wslm.

Tengs! :') Sket pala la ngan suma niey~ Moga ada kekuatan, ya? Kak hajar doakan saya k? :/ <3
Tabahkan hatimu wahai puteri islam, Allah akan tunjukkan jalan, insya allah
Terima kasih, may Allah bless you always :')

Ya,di sisi Allah pejuang itu jalannya sentiasa bercahaya! Moga kita tergolong dalam golongan pejuang itu..

Popular Posts