SULAMAN TAQWA


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

"Mulia hidup bersulam taqwa Mulia hatimu kau syuhada' Pergi rohmu ke alam tinggi Terbang menuju ke syurgawi.."

Insafnya menyelubungi segenap ruangan iman di hati. Berjuraian air mata menangisi kealpaan diri ini. Satu persatu kekuatan jatuh di saat yang genting;ketika saya berhadapan dengan peperiksaan besar kini.

Ya, tidaklah sepenting mana peperiksaan ini. Bukanlah UPSR, bukanlah PMR, bukanlah SPM ataupun dikenali sebagai O-level(GCSE) ataupun lebih besar daripadanya A-level. Ia hanya assessment biasa, lagipula ia bukan penentu apa-apapun.

Menang tak bermakna kalah tiada apa.

Namun, saya adalah seorang MUSLIM.


Muslim, setiap saatnya terikat dengan syari'at. Muslim, setiap waktunya diisi dengan jihad. Muslim, hari-harinya dilalui dengan cabaran. Muslim, mengisi detik-detik hidupnya dengan ibadat. Muslim, ikhlas berjuang dunia akhirat!

Seorang muslim, terikat dengan prinsip perjuangan. Namun, satu kesilapan tatkala kita sedang 'berjuang'.

Perjuangan, ertinya cabaran. Mengharungi jalan teratur dengan halangan. Ujian, mencabar kesabaran. Namun, tahukah sahabatku?

Bersabarlah! Kerana Assabru Minal Imaan. Sabar itu separuh daripada iman. Itulah sebenarnya kualiti yang ada pada seorang muslim yang beriman, tidak ada pada kafir yang kufur kepada Tuhan!

Ethics and Philosophy Sedunia

"Buka muka surat 86-91, semua jawapan ada di dalam buku."

Semuanya bersorak apabila guru kami, Mr Bowman rupanya tidak hadir pada hari Jumaat. Mr Bowman, agak digeruni oleh sekian pelajar-pelajarnya. Saya rasa, ini kali pertama saya menggeruni seorang guru.

Saya faham, sebagai seorang guru Ethics/Philosophy, dia tidak teragak-agak menceritakan masalahnya kepada pelajar-pelajarnya. Ethics and Philosophy ini subjek terbuka, masalah peribadi pun dibenarkan untuk dicampur adukkan!

Lalu, lebih kurang sebulan yang lepas, guru berusia 30-an membuka kisah hidupnya. Seorang jiran dan teman yang kematian anaknya lalu isteri yang sarat mengandung di rumahnya getar akan ketibaan anaknya dua minggu lagi.

Kerana itu, guru saya ini mempunyai masalah mengawal kesabaran. Sekali sekala meminta maaf, namun akhirnya terlepas keluhan.

"Imam Al-Ghazali said.. Ahh I wish I was one of them."

Semua mata di dalam kelas saling berpandangan. Saya tersenyum.

Saya mengangkat tangan. "Yes Iffah can you read it out please?."

Segelintir pelajar mula kagum. Kata mereka, bagaimana saya dapat menyebut perkataan Arab dengan baik. Tanya mereka lagi, intonasi membaca Al-Quran dan ayat Bible saya baik. Saya jawab, saya selalu membaca Al-Quran. Muslim takkan berjaya tanpa Al-Quran. Al-Quran penyuluh hidup kami.

Ternyata, berkat yang Nabi SAW mengajar kita untuk bermanis bersama teman, akhirnya diperoleh bangsa ini. Mulut mereka tidak lekang dari senyuman dan tawa, lidah mereka tak pernah kering dari memuji, mungkin sekali sekala terkeluar juga bicara tidak senangnya, namun bibir tidak lekang dari senyuman. Bandar mereka bersih dari segala kotoran, rumah mereka tidak perlu pagar beraturan, mengelilingi rumah takut pencurian.

Banyak yang ingin mereka tahu. Adakalanya saya terasa kelakar pula. Saya yang aneh di kalangan mereka, tetapi mereka hanya tersenyum dengan jawapan saya. Malahan, mereka menyokong, itu yang membuatkan saya sentiasa 'happy', mereka tahu saya mendapat tekanan dari sebilangan pelajar, dan lebih saya terharu, mereka sanggup menemani saya di saat saya diganggu segelintir pelajar kurang sopan. Kata mereka, "She's nice, she's my sister, you break her heart, I'll break your face."

M'haha, kelakar pulak =]

Berbalik kepada tajuk asal, sejenak saya belek buku tersebut. Mata saya menangkap ayat-ayat Al-Quran, kisah-kisah Nabi yang dapat saya recognized. Senyuman menguntum di wajah.

Buku Ethics and Philosophy yang digunakan sedunia. Mempunyai ayat-ayat Al-Quran, gambar-gambar masjid, kisah-kisah Nabi di dalamnya. Writer buku ini juga bukan orang Islam. Ya Allah, bangsa lain sudah lama mengkaji Al-Quran. Mereka sudah lama menjadi Islam sebagai panduan. Kemanisan iman sudah lama menjadi pakaian.

Inilah yang dinamakan perjuangan ilusi. Kita sibuk bergaduh sesama sendiri, selalu berjuang di alam mimpi. Tanpa berpijak di alam realiti. Ayuhlah, kita bina empayar perjuangan hakiki. Menuju alam yang abadi, Insyaallah.

Perjuangan hakiki, bukan ilusi!

"Iffah, taatnya awak pada agama awak."

M'haha, kelakar lagi saya rasa. Itu kata teman saya ketika dia mencari-cari di mana saya. Lalu menemukan saya yang sedang solat di bilik mesyuarat.

Pengalaman pertama bagi saya, teman saya, Alicia meminta saya untuk membacakan satu surah Al-Quran tanpa diterjemahkan di hadapannya. Saya masih ingat, muka saya merah padam menahan malu. Tehehe, nak tergelak pun ada. Sepanjang satu hari itu, Alicia tetap berkepit dengan saya. Nak tanya apa lagi tu. Kadang-kadang tanya benda pelik, adakalanya mampu menginsafkan. M'haha.


Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Alhamdulillah, semua ini kenangan yang takkan mampu saya lupakan. Biarlah, akan dicoretkan sebagai suratan yang menjadi kenangan. Yang penting, di mana saja kita berada, hati bersulam taqwa mesti dipentingkan. Sulaman taqwa, bukan sulaman dosa.

Biarkan, perjuangan hakiki ini bersulam taqwa. Insyaallah.
Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...


Comments

bidadari besi said…
salam sayang ukhty..

subhanallah...nice sharing dik...so nice..(",)

bersyukurlah berada di kalangan mereka kerna itu membuatkan diri mu semakin dekat dgn Allah s.w.t...

akak doakan mrk peroleh hidayah kerna ada "cahaya" disana yang cuba mencerahkan "kegelapan" hidup mereka..ameen ya robb...(^_^)
salam sayang kembali ^_^

Alhamdulillah yang baik dari Allah.

Adakalanya, terasa sunyi sahaja. Ya Allah, di sini tempat untuk bersendiri tak ada. Kami tak di benarkan untuk keluar rumah berseorangan langsung oleh polis. Nampak sahaja kami (apatah lagi saya ni pendek nak dibandingkan dengan mat saleh) ha, kena samanlah. Akhirnya tatkala solat lah yang menjadi sumber kekuatan. Solat pula nak menangis tatkala doa pun tak senang kerana kedengaran pula ummi dan ayah. Susah pulahati mereka nanti. Akhirnya, hanya hati yang bertaut kunci peti air mata kepada Allah T_T

Namun, kata dari mulut hanya akan terasa di telinga, kata dari tangan akan terasa di badan, kata dari mata akan terasa di mata tetapi kata dari hati akan terasa di hati.. ^_^

Syukran Ukhti! ;')

Popular Posts