SURATAN KALI INI



"Alamak.. Terlajak jalan la pulak.. Tu la.. Sekolah besar sangat.."

Rungut saya sendiri tatkala selesai sahaja menghantar register lesson ke reception, sepatutnya saya kembali ke kelas bahasa german kembali, namun dek tenggelam oleh lamunan, saya terlajak hingga ke tempat yang sepatutnya. Terpaksalah saya berpatah balik. T_T

Entah kenapa. Terasa berdebar sekali melangkah ke kelas. Hari itulah hari terakhir saya di Durham Johnston ini. Sebelum melanjutkan perjuangan seterusnya dalam lembah yang lain. Terasa hiba di dada. Saya tewas lagi. Air mata berlinangan. Banyak sungguh kenangan di Durham Johnston ini.


Tidak selalu mendung


Awan tidak selalunya mendung.Pertama kali tiba, terasa teramatlah lelah berhadapan dengan semua ini. Sudahlah bahasa, slang orang sini pula teramatlah berbeza dengan English di Malaysia. Seandainya perkataan 'back' kita sebut seperti 'bek' di sini mereka sebut 'bak'. Bahasa baku. Macam kelantan pula bunyinya.

Sementelah, rakan-rakan yang baik hati sentiasa sibuk. Tatkala itu, saya berjumpa dengan tutor group saya(guru kelas) lalu menceritakan saya yang baru tiba di negara ini sedangkan saya bakal menghadapi peperiksaan UPSR, namun terpaksa tinggalkan impian untuk mencapai 5A itu. Guru tersebut berjumpa dengan badan yang bertanggungjawab membantu pelajar. Kata perempuan muda yang dikenali sebagai Katriana Rose itu, setelah memberi saya ujian, dia dapati saya tak perlu mengikuti kelas bahasa Inggeris tambahan. Level saya sudahpun mencapai high level 4, yang mana kebanyakannya orang putih sahaja yang boleh buat. Dia tak mampu berbuat apa-apa kerana ujian itu adalah evidence untuk membenarkan saya ikuti kelas itu ataupun tidak. Guru-guru di sekolah itu tidak ada kepakaran dalam bidang ini, harapan saya hanyalah kepada Katriana Rose itu.

Akhirnya dia katakan, dia boleh menjenguk saya sekali-sekala. Namun dia akan membantu untuk meminta kelonggaran kepada pihak sekolah agar tidak membenarkan saya mengambil bahasa Perancis, saya menolak. Saya katakan itu kelebihan yang saya sepatutnya ambil oppurtunity. Maka tinggallah saya keseorangan bertungkus lumus cuba menangkap sistem mereka yang sangat tinggi.

Rupanya berada di tempat orang ini tidaklah semudah yang saya sangka. Masa terus berlalu sehingga genaplah setahun saya berada di sini. Ketika inilah kejayaan menyusuri kehidupan saya. Pulang sahaja dari sekolah saya memeluk Ummi dengan linangan air mata bahagia tiada tandingannya. Nama saya terpampang di language corridor di sekolah sebagai pelajar cemerlang yang dapat menguasai tujuh bahasa. Mrs Boetcher, menjemput saya untuk menyertai philosophical club. Dr Tournier , guru German saya,melantik saya sebagai peserta terbaik German untuk menyertai pertandingan bahasa German. Lalu membawa saya bertemu dengan warganegara Germany sendiri. Setiap kali akhir sahaja persekolahan, saya pulang dengan hati yang berbunga kembang. Akhirnya, setelah setahun saya bertungkus lumus,Dia kabulkan jua impian yang telah saya pendamkan selama ini!

Langit tidak selalu cerah


Awan tak selalu mendung,langit tak selalu cerah. Perjuangan tak selalunya pahit, kehidupan tak selalunya manis. Begitulah perumpamaan hidup ini. Dengan jujur, saya katakan dengan hati yang hiba, penuh sebak dengan beratnya..

"Maafkan saya cikgu, saya tak dapat sertai pertandingan tu. Saya bakal berpindah ke Darlington minggu hadapan.."

Redup pandangan segenap ruangan kelas itu mengasak hati saya untuk menahan air mata..

Tersentak lamunan saya.

"Suprise!!"

Ya ALLAH ! Besarnya erti perjuangan ini!

Bergenang air mata saya. Tulusnya hati mereka semua. Ternyata, selama saya keluar dari kelas untuk menghantar register itu, secepat kilat mereka siapkan suprise untuk saya. Hadiah demi hadiah, sekeping kad yang ditandatangani oleh semua pelajar dalam kelas itu, senyuman dan esakan dari teman-teman, sudah cukup membuatkan hati saya hiba. Susah payah selama ini, tanpa sokongan dari sesiapapun di sekolah itu melainkan ibunda dan ayahanda, terasa hilang. Yang terimbas hanyalah kenangan yang akan selalu segar di ingatan.

Kami berpelukan sementara pelajar lelaki .. "Aaawwww!" Sekelian pelajar dalam kelas itu tertawa riang bersama, buat terakhir kalinya...

3 Disember 2010. Itulah detik yang tak akan saya lupakan. Kelak, penghujung tahun 2012, tamatlah detik ayah berjuang dengan PhDnya, doa tulus dari anakmu akan terus mengiringi perjalanan hidupnya.

Insan bernama ayah

Saya tersenyum. Pastinya impian ayah itu akan membantu saya untuk fasih berbahasa lain pula.

"Ayah, kalau boleh, Insyaallah kalau pass PhD, ayah nak bukak firm international punya, duduk dekat Spain ke, Germany ke, France ke..."

Hari demi hari berlalu. Ayah sudahpun 2nd year PhD. Saya katakan kepada ayah, mujurlah saya sudahpun belajar ketiga-tiga bahasa itu sedikit demi sedikit. Walau tidak sefasih warganegara mereka, saya bangga. Bangga dan ingin membanggakan ibunda dan ayahanda.

Mengenangkan perjuangan ini, air mata menjadi sangat murah. Selama saya di sini, ayah sering menjadi insiprasi saya untuk terus berjaya. Bukanlah perdana menteri Amerika, bukanlah jutawan bukanlah artis, bukanlah sebarang orang. Ayahandaku sendiri.

Ayah menjadi inspirasi saya untuk terus berjaya. Di hari terakhir saya di sekolah itu, saya semat di hati, untuk terus berjuang sebagai hamba-Nya, mencipta kejayaan demi kejayaan, walaupun tak dapat saya balas segala jasa Ummi dan Ayah, sekurang-kurangnya dapat saya puaskan hati mereka. Walau tidak terbayar kesusahan mereka, semoga terlukis senyuman di wajah mereka suatu hari nanti!

Suratan kali ini

Saya menutup langsir. Jarum masa sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Seluruh isi rumah sudah pun lena dibuai mimpi. Saya masih berjaga. Saya susah untuk menutup mata. Pusing ke kanan, tak kena. Pusing ke kiri tak kena. Duduk tak kena baring tak kena. Berdiri,melompat lagilah tak kena!

Perlahan-lahan saya keluarkan semua kad-kad, surat-surat dari sahabat-sahabat di sini. Isinya lebih kurang sama dengan sahabat-sahabat di Malaysia dahulu. Hanya bahasa yang membezakannya.

Sebak. Sayu. Hiba. Gembira. Terharu. Segala jenis perasaan bercampur baur. Orang kata macam nasi campur. Hehe.

Panjang lagi rupanya perjalanan ku ini. Masih ranjau berliku. Masih mentah dalam kehidupan yang masih bersisa. Pengorbanan yang telah aku lakukan pun sebesar zarah. Suratan perjalanan Nabi Muhammad SAW terbayang-bayang di fikiran.

Kerana deritanyalah saya mendirikan sembahyang kepada Allah kini. Kerana deritanyalah Islamnya diriku. Kerana deritalanyalah pemergian Aki,datukku pergi dalam menyebut kalimah syahadah pengakuan suci terhadap Ilahi. Kerana deritanyalah kita dapat menikmati nikmat Iman,Islam dan Ihsan ini.

Murah sekali air mata ku ini. Peti air mata ini terbuka jua kuncinya. Kepada Allah saya luahkan semua yang saya pinta. Agar diberi kekuatan untuk meneruskan suratan seterusnya.

Suratan kehidupan. Alangkah, indahnya.. Menyedari keindahan suratan hikmah di sebalik musibah yang berlaku ini membuatkan saya semakin insaf. Tersirat hikmah di sebalik musibah. Ya ALLAH, kuatkan aku untuk suratan seteusnya..

Begitulah suratan kali ini. Kita hanyalah hamba kerdil di hadapan Ilahi. Kita miliki harta, kita miliki keluarga, kita miliki saudara, tetapi hakikatnya semua itu hanyalah pinjaman sementara. Hakikatnya, daripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali. Moga tatkala kita pergi tak kembali itu nanti, hijab yang terbuka nanti adalah liputan pahala yang tiada sudahnya. Bekalkanlah amalan dan kekuatan sepanjang perjalanan kehidupan. Moga-moga berakhirnya kehidupan ini dengan hembusan nafas terakhir sebagai seorang hamba soleh dan solehah sebagai mujahadah Islam yang begitu bermakna.

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah


Ya Allah, kabulkan doa hambaMu..

Comments

bidadari besi said…
subhanallah dik...(",)

catatan pengembaraan yang penuh dengan sejuta makna...syukurlah dirimu terpilih untuk melaluinya...

yg hilang pasti akan dikenang...oleh itu, hargailah tiap detik yg dilalui samaada pahit atau manis..

selamat meneruskan perjalanan...(^_^)
Alhamdulillah :')

Syukran ukhti, masa menulis ni menitis air mata. ya2... yang hilang pasti dikenang! Kagum dengn ukhti, selamat berjuang di universiti sana! moga pulang dengan kejayaan yang lebih bermakna :)
ateh bie said…
salam iffah..
dah lama tak tulis apa2..
cuma kali ni..sebak sangat bila berbicara pasal ayah..

teruskan perjuanganmu dik...
semoga Allah sentiasa melindungimu..
HHS said…
salam iffah.
mashaAllah.
speechless.bangga kak hajar dengan iffah. :')
moga kejayaan terus mengiringi dirimu dan mampu bertabah dihujung sana.
miss u dear!
lama rasenya tak sembang ngan iffah,huhu. :'/
Iffah said…
Kak Hajar..

Lama tak bersembang, macam-macam dah yang berlalu, kak.. Terima kasih ats komennya, nanti kita bersembang lagi.. Ni ni, apa cerita? Ta'aruf betul2 pun kita tak buat lagi tau.. :D Moga tabah terus dengan kembara ilmu-mu kak! <3<3<3<3
Anonymous said…
Salam Iffah,

Sounds like you won't be coming back to Malaysia...

Please feed your readers with a new adventure story ..@ Darlington... :)


Love,
Harr
tahniah dik....adk mmg seorg anak yang baik....
Harr, I know,but I might go back,too! Sebab UPSR dah miss, PMR memang niat tak mau ambik, sebab nak GCSE(SPM dekat sini punya) tapi SPM 'kena' la ambik..

And want to take A-level too! Tapi x au la,that's just my dream :D

I will always come up with stories, Insyaallah,<3
Kak Rauhah,

IAlhamdulillah dan Insyaallah, kita semua berimpian untuk menjadi seperti itu<3<3

Moga akak tabah berjuang selalu<3
Ateh !

Sorry , perlu didelete komen balasan untuk ateh tu, ada yang x kena :(

Hehe, ateh ape khabar ? Lama tak pergi blog ateh, tak sempat . blog sendiri aje. harap2 boleh bertemu, kirim salam ke fatimah :)

Popular Posts