Muqaddimah

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, Pemurahnya DIA dengan izinNya mempunyai kesempatan untuk menulis pada masanya. Namun, komitmen sebagai pelajar Year 10 mungkin menyebabkan keperluan meluangkan masa untuk pelajaran lebih utama buat seketika. Afwan andai jarang menulis. Moga bermanfaat apa yang ada :)

Friday, 21 January 2011

MAHKOTA PALING BERHARGA

Saya menghela nafas. Udara yang nyaman dihirup dengan hati yang tenang. Mata saya melirik ke arah langit yang kelihatannya cerah.

Nafas dilepaskan.

Kepulan awan mula berarak mengikut rentak angin yang bertiup. Sesekali ia bergerak menutupi sang mentari dari menampakkan cahayanya. Uniknya ciptaan Tuhan. Takkan mungkin kita sebagai manusia mampu mencipta kejadian yang indah seperti awan dan mentari pagi ini. Minda yang kusut menjadi tenang. Hati yang diamuk resah menjadi damai, jiwa yang tenggelam dengan perasaan bagai ditiup perlahan untuk mengembangkan kelopak iman.

Saya menghela nafas lagi. Minda saya terfikir, apakah saya bakal mempunyai waktu untuk merenung sejenak seperti ini lagi tatkala saya kembali ke tanah air? Di Malaysia, saya bagaikan dicemburui masa untuk merenung siapa diri saya sebenarnya. Pelajaran, peperiksaan, kelas tambahan, kerja rumah, semuanya seolah-olah ternanti-nanti giliran mereka untuk mendapat perhatian saya.

Seketika saya menjadi geli sendiri tatkala memikirkan kesibukan kita di Malaysia. Pulang ke rumah, tak ada masa nak bermesra dengan keluarga. Balik-balik terus terlentang di atas katil. Alangkah tidak teraturnya keadaan saya waktu itu!

Saya mengeluh. Pantasnya masa berlalu.

Saturday, 8 January 2011

PERSOALAN: MAHKOTA PALING BERHARGA


Masih mencari idea untuk menulis.

Tatkala bertemu dengan remaja bertudung 'cara remaja' itu, hati saya dihambat pertanyaan yang terlalu banyak menerpa fikiran. Apa kena aku ni? Biasanya rilek aje naj berkenalan dengan sesape pun. Ini tidak. Berdebar-debar.

Oh, rupanya Allah telah menghantar seorang hamba-Nya yang mengingatkan saya. Akan tugas saya yang sudah bertahun saya tinggalkan.

Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Agama Islam.

Alangkah, sudah lama tidak menjalankan tugas seperti ini.

Kali ini, saya cuba menjalankan tugas dalam keadaan yang berbeza. Saya menjalankan tugas tanpa jawatan. Tetapi saya menjalankan tugas dengan amanah. Amanah dari seseorang yang seandainya saya abaikan, saya akan menerima padahnya di akhirat sana.

Apa lagi jikalau bukan amanah sebagai Khalifah Allah. Menyampaikan risalahNya kepada umatNya.

Dengan hati yang tidak sabar menanti, saya pun hadir ke majlis ceramah sempena Maal Hijrah. Ternyata ada sesuatu yang menanti..

"Iffah sukarela ke bertudung?"

-Ye. Dan kalau boleh saya nak ajak orang juga.

"Kenapa? Tak rimas? Tak panas?"

Remaja itu terus-terusan bertanya.

Tinggalkan pandangan anda. Apa yang sepatutnya saya jawab :)

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...



Saturday, 1 January 2011

UBATI HATIMU



Menyusuri kehidupan ini, terasa bingung dan lemah di hati. Menyedari fenomena yang semakin berleluasa kini, semakin mengecil kekuatan di naluri. Berhadapan dengan ujian perjuangan, terbayang di kepala tumbangnya diri suatu ketika..

Betapa, di arus globalisasi kini, pilihan yang perlu dibuat mengasak sukma. Meredah ke hadapan adalah sesuatu yang menakutkan. Berdiri di tempat yang sedia ada tidak diketahui apa pula yang bakal menimpa. Melangkah ke belakang? Ingin ketinggalan dalam berjuang?

Semuanya kerana 'penyakit' di hati. Duhai ummat, ubati hatimu.