MAHKOTA PALING BERHARGA

Saya menghela nafas. Udara yang nyaman dihirup dengan hati yang tenang. Mata saya melirik ke arah langit yang kelihatannya cerah.

Nafas dilepaskan.

Kepulan awan mula berarak mengikut rentak angin yang bertiup. Sesekali ia bergerak menutupi sang mentari dari menampakkan cahayanya. Uniknya ciptaan Tuhan. Takkan mungkin kita sebagai manusia mampu mencipta kejadian yang indah seperti awan dan mentari pagi ini. Minda yang kusut menjadi tenang. Hati yang diamuk resah menjadi damai, jiwa yang tenggelam dengan perasaan bagai ditiup perlahan untuk mengembangkan kelopak iman.

Saya menghela nafas lagi. Minda saya terfikir, apakah saya bakal mempunyai waktu untuk merenung sejenak seperti ini lagi tatkala saya kembali ke tanah air? Di Malaysia, saya bagaikan dicemburui masa untuk merenung siapa diri saya sebenarnya. Pelajaran, peperiksaan, kelas tambahan, kerja rumah, semuanya seolah-olah ternanti-nanti giliran mereka untuk mendapat perhatian saya.

Seketika saya menjadi geli sendiri tatkala memikirkan kesibukan kita di Malaysia. Pulang ke rumah, tak ada masa nak bermesra dengan keluarga. Balik-balik terus terlentang di atas katil. Alangkah tidak teraturnya keadaan saya waktu itu!

Saya mengeluh. Pantasnya masa berlalu.


MALAYSIA!

Bagaikan semalam, saya menghadapi tekanan setiap kali menjelang peperiksaan. Waktu 24 jam yang ada dalam sehari umpama sirna di mata saya. Tidak terkejar saya untuk melakukan kesemuanya. Walaupun saya menetap di Pulau Pinang dan bersekolah di Kedah, saya tidak duduk di asrama dan perlu berulang-alik dengan menaiki bas separuh jalan, sementara separuhnya lagi akan diambil Ummi/Ayah menaiki kereta. Letihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Paginya saya bangun sekitar jam 5 pagi, keluar rumah 6:10 sementara bas bakal tiba sekitar 6:30 pagi. Perjalanan ke sekolah(menaiki bas) memakan masa lebih kurang 40 minit.

Tiba di sekolah, Syifaa, si teman yang sering berkepit dengan saya,(^_^) terus sahaja turun dari kelas sebaik sahaja menyedari ketibaan saya. Masa lebih kurang 10-15 minit yang bersisa dipenuhi dengan membersihkan kelas, memantau keadaan kelas(saya merupakan penolong ketua kelas) dan membantu guru ataupun mengulangkaji pelajaran. Pendek kata tidak mempunyai masa nak berborak-borak pada suasana pagi itu. Meskipun udara yang disedut amatlah menyegarkan.

Pada waktu rehat, saya dan Syifaa hanya memakan dadih jagung;itulah kegemaran kami. Waktu itulah saya boleh bersembang, bergelak ketawa, sebelum pergi menunaikan solat dhuha di surau. Pada waktu itu barulah saya dapat merasakan nikmat waktu rehat ^_^. Kerana di sekolah sebelumnya, saya merupakan seorang pengawas. Tak laratnya =.=

Tamat persekolahan, perjalanan pulang ke rumah pula yang harus diredah =.= Tambahan pula, ianya memakan masa yang begitu lama. Apatah lagi, Ummi terpaksa hadiri mesyuarat-mesyuarat dan segala macam urusan. Duduklah saya dalam rumah kawan saya tu. Hmm, sabar je lah. T_T

Sampai rumah sekitar 5:30-6:00 petang. Bayangkan, sekolah yang sebenarnya tamat pada 2:20 petang. Berapa jam saya habiskan untuk pulang ke rumah!

Hanya Allah yang tahu letihnya. Jam 7:45 malam, saya perlu menghadiri kelas tuisyen pula!

Begitulah hari-hari saya berlangsung. Tamat tuisyen sekitar 10:30 malam. Waktu inilah waktu yang amat menyeramkan saya. Dalam malam yang gelap gelita, saya perlu berdiri di hadapan bangunan tuisyen. Tambahan lagi, dalam kelas tu, rasanya saya aje yang bertudung. Tak rasa macam dalam kelas melayu langsung! Di manalah sistem Islam yang sebenarnya? Apatah lagi sifat mereka pun, alahai, tersengih juga memikirkannya..Namun,Alhamdulillah, tatkala melihat kereta Proton Perdana di hadapan mata,..

Hati saya berbunga-bunga gembira!

Jangan ditanya.. Kerja sekolah/tuisyen di Malaysia.. Tahulah banyak mana..

Berjagalah saya sampai pukul 2-3 pagi. Menjelang peperiksaan, si teman yang murah hati, Syifaa sering mengajak saya untuk mengulangkaji bersama.Di hatilah saya memanjatkan doa, moga usaha saya ini mendapat tempat di sisi-Nya.

Sesungguhnya setiap umat itu perlu membayar atas segala kesenangan yang diperolehinya. Di samping, mereka juga perlu membayar untuk kesenangan yang telah mereka rasakan, dan yang akan mereka genggamkan..

Kerana, dalam setiap apa yang kita impikan, percayalah, di situ adanya..

KETENTUAN

Kata orang, tanpa permulaan, tiada kesudahan. Tiada usaha tiada berjaya. Untuk gagal ada seribu cara tetapi untuk berjaya hanya ada satu cara iaitu USAHA ^_^

Di sini, saya ingin berkongsi sebuah kisah yang dipetik dari blog seorang akhowat. Moga dapat dimanfaatkan bersama.

Di satu sudut alam rimba, terdapat dua pohon yang membesar di hutan. Kedua-duanya mempunyai rasa yang sama, ingin berjaya. Mereka mula menyemat harapan dan impian untuk menjadi sesuatu yang berharga.

“Aku berharap, suatu hari nanti aku akan menjadi peti simpanan harta. Aku akan diisi dengan emas, perak dan barangan emas yang begemerlapan. Badanku akan diukir dengan ukiran yang indah dan menawan. Semua orang akan memuji kecantikan dan keindahan yang menyerlah pada tubuhku,” kata pohon pertama memasang angan-angan.

“Aku pula mengimpikan akan menjadi sebuah kapal yang besar dan gagah. Di tubuhku ini, aku akan membawa raja dan permaisurinya belayar merentas lautan sehingga ke penjuru dunia. Semua yang berada di atasku akan merasa selamat kerana kekuatan binaanku dan keampuhan tubuhku,”pohon kedua pula menyuarakan impian.

Selang beberapa tahun kemudian, datang pula sekumpulan pembalak. Salah seorang dari mereka meninjau ke batang pohon pertama.

“Pokok ini tampak kuat. Aku akan tebang ia dan berikannya kepada tukang kayu…” terdengar bicara si pembalak. Pohon pertama berbunga rasa. Dia yakin, angan-angannya untuk menjadi peti simpanan harta akan menjadi nyata.

Sementara itu, seorang pembalak lain mendekati pohon kedua.

“Pokok ini, batangnya utuh dan teguh. Aku akan tebang ia dan menjualnya ke limbungan kapal,” kata pembalak tersebut. Pohon kedua tersenyum gembira. Dia yakin impiannya untuk menjadi sebuah kapal yang besar dan kukuh akan terlaksana.
.
Sebaik sahaja sampai di tempat tukang kayu, pohon pertama diambil dan dijadikan sebuah kotak kayu yang digunakan sebagai bekas makanan untuk haiwan ternakan. Ia kemudiannya diletakkan di dalam bangsal. Pohon pertama berasa sangat sedih. Musnah sudah angan-angannya dulu. Dia kini bukanlah sebuah peti simpanan harta yang begitu berharga dan bergemerlapan rupanya, tetapi sebaliknya hanya kotak kayu biasa berisi timbunan jerami kering.

Pohon kedua pula sampai ke limbungan kapal. Di sana, dia dipotong dan dijadikan sebuah bot kecil untuk menangkap ikan. Sebagaimana pohon pertama, pokok kedua juga sangat kecewa dan tidak gembira. Dia tahu, impiannya dulu untuk menjadi sebuah kapal yang kuat dan kukuh, hanya tinggal impian semata.

Tiga tahun berlalu, dan kedua-dua pohon itu semakin melupakan impian dan harapan yang pernah mereka semai suatu ketika dahulu.....
.
Masa terus berlalu sehinggalah pada satu hari, sepasang suami isteri yang entah dari mana datang ke bangsal, di mana pohon pertama berada. Di bangsal ini, si isteri melahirkan seorang bayi. Oleh kerana tiada tempat lain yang sesuai untuk meletakkan bayi mereka yang masih kecil, pasangan suami isteri tersebut membaringkan anak mereka pada tubuh pohon pertama yang telah menjadi kotak kayu berisi jerami kering. Hanya kotak itu sahaja yang dapat memberikan sedikit keselesan kepada si kecil yang belum mengerti apa-apa.

Pohon pertama bagaikan turut merasai keperluannya saat ini. Kini dia menyedari, walau tidak dapat menjadi peti simpana harta dengan kilauan emas permata yang berharga, dia kini sedang memegang satu ‘harta’ yang sangat penting dan bernilai sepanjang masa. Seorang anak kecil yang diharapkan akan membesar dan berbakti kepada dua ibu bapanya.

Beberapa tahun selepas itu pula, sekumpulan nelayan menggunakan bot kecil yang diperbuat dari pohon kedua. Nelayan-nelayan itu mula bergerak ke tengah samudera luas untuk menangkap sebanyak mungkin ikan. Tiba-tiba, ribut besar melanda. Lautan yang tenang mula mengganas. Bot kecil itu terumbang-ambing dihempas badai.

Saat itu, pohon kedua yang telah menjadi bot kecil tersebut merasa tidak mampu untuk menyelamatkan nelayan-nelayan di dalamnya sehinggalah dia melihat kesungguhan seorang nelayan mengawal kemudi sambil berteriak memberi arahan kepada rakan-rakannya untuk terus berjuang menentang gelombang.

Ribut yang melanda akhirnya reda. Suasana kembali tenang. Dengan senyuman lega, nelayan itu berkata, “Kita selamat.”

Pohon kedua yang telah menjadi bot kecil itu merasa amat kagum dan gembira. Dia menyedari bahawa di atas tubuhnya kini berdiri seorang ‘raja’ yang gagah dan berjasa.

Begitulah takdir menentukan.

Mereka mula menyemat impian untuk terus berusaha menjadi sesuatu yang berguna. Impian dan harapan yang baru terus disematkan untuk menjadi lebih berjaya. Percaya kepada takdir, kerana ia yang menentukan.
*
Saya menatap keputusan peperiksaan dengan linangan air mata. Dengan pencapaian sebanyak 13 A dapat membuatkan saya begitu gembira.

Inilah qada' dan qadar Allah. Bersusah dahulu bersenang kemudian. Percayalah dengan ketentuan Allah. Sekiranya kita terus-terusan merungut, mengeluh, menyalahkan takdir..

Umpama melanggari rukun iman yang keenam!

Na'uzubillah.

HADIAH PALING BEHARGA

Saya mengangkat muka. Langit yang cerah tadi ditatap penuh hiba. Apatah lagi, langit yang cerah tadi sudah mula mendung. Tiada lagi kepulan awan umpama kapas yang bersih di udara. Semuanya tenggelam di sebalik langit yang mula menghitam. Bagai turut menyambut rentak renungan saya yang semakin menjauh..

Renungan saya melayang lagi. Kali ini ke arah majlis ceramah yang saya hadiri tempoh hari.Duhai pembaca, dan buat mereka yang meninggalkan pelbagai jenis jawapan untuk entri ini, terima kasih. Jawapan yang saya terima melalui facebook, blog ini dan e-mel telah pun dibaca.Dan setelah dipilih jawapan-jawapannya.. Saya ingin hadiahkan sesuatu untuk jawapan terbaik. ^_^

Alhamdulillah, respons yang saya terima semuanya memuaskan. Kebanyakannya daripada Auntie-auntie di Durham :) Kan dah cakap, duduk di sinilah ada masa nak berb-l-o-g-g-i-n-g. Balik Malaysia, tinggallah kot. :D

Jawapannya berdasarkan soalannya iaitu, apakah bertudung itu merimaskan dan memanaskan?

Saya kongsikan jawapan terbaik dan jawapan yang menarik :)

Jawapan terbaik : Auntie Amalina

Qul naaru jahannama ashaddu harro.Lauu kaanu yafqohuun.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Api Neraka Jahanam lebih panas membakar", kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami.

-Katakan, ayat At-Taubah ayat 81 ini merupakan ayat Allah, dan Iffah adalah hamba-Nya.Mustahil kepanasan dan kerimasan dunia mampu menandingi azab yg amat pedih.

Iffah: Syukran Auntie Amalina. Macam tahu-tahu aje inilah yang Iffah nak tulis di blog ini nanti. Moga kita semua terus istiqamah dalam mengenakan mahkota paling berharga kita ini. Insyaallah. Teruskan perjuanganmu ukhti!

Jawapan menarik : Auntie Aisyah

Jawapan yang agak keras:Memang panas, memang rimas...Tapi neraka tu lagi panas!

Jawapan yang agak lembut:Saya rasa sangat seronok bila betudung...Dan saya rasa sangat berkeyakinan...Kerana saya merasa Allah bersama saya & memelihara saya, dan dengan bertudung ini kita tidak diganggu oleh lelaki-lelaki jahat dan dapat mejaga kesopanan saya.

Cuba kita pakai skirt dan lalu di hadapan sekumpulan lelaki - sure kena kacau punya, silap-silap boleh kena raba free free je dengan mereka

Tapi bila kita bertudung, dan jalan pun tunduk bawah - bila lalu di sekumpulan orang lelaki, mereka akan hormat dan tak kacau kita insyaAllah.

Iffah: Syukran Auntie Aisyah,alhamdulillah. Moga kita sentiasa terpelihara dari kejahatan manusia dan makhluk-Nya.

Buat dua muslimah ini, sudi-sudi amek la 'menatang' nieyh =]

Untuk letakkan ia, Design|Add a gadget|Picture|Save :) [kena save dulu picture ni ke dalam komp!]
*
Pendapat yang ada di atas memang benar. Malahan, ia juga dapat dirasai oleh kaum wanita non-muslim juga.

Saya mula men'search' hal-hal berkaitan di youtube. Respons yang saya terima, ada juga 'non-muslim hijabi' ! Salah seorangnya, pernah menjadi mangsa kejahatan lelaki.

Sebelumnya, dia adalah wanita yang berpakaian pakaian yang terdedah. Setelah musibah besar itu menimpanya, dia mula hilang harapan dan merasa tidak berguna. Sehinggalah, dia terlihat seorang muslimah yang berpakaian sopan dan bertudung litup melintasinya..

Lelaki-lelaki di kawasannya hanya berbisik sesama sendiri dan membiarkan muslimah itu berlalu pergi. Muslimah itu menundukkan pandangan dan berjalan secara perlahan dan tidak menghentak-hentakkan kaki. Jauh sekali niatnya untuk mengambil perhatian. Sejenak wanita non-muslim itu berfikir, pasti ada rahsia wanita itu yang tersembunyi. Pasti ada sesuatu yang memeliharanya dari ternoda dek najis dunia.

Dia memulakan langkah dengan pertanyaan. Akhirnya kini, dia adalah wanita muslimah yang mahal, mahal harga dirinya. Tidak disentuh dan terpelihara kecantikannya untuk suaminya sendiri. Itulah hadiah yang paling bernilai seumur hidupnya.
*
Pahlawan dan tentera di zaman kegemilangan Islam dahulu pun pernah jatuh dan mengawal hawa nafsu. Dek kepanasan dan terikan mentari yang membakar, mereka tewas dan tidak mahu turut berjuang dalam peperangan. Bahkan, ada yang menghasut orang lain untuk tidak turut serta. Mereka katakan," Jangan kau pergi berperang sama. Hari ini panas,pasti kau menderita."

Hal ini sampai ke pengetahuan Rasulullah SAW. Dengan itu, Allah berfirman,

قُلۡ نَارُ جَهَنَّمَ أَشَدُّ حَرًّ۬ا‌ۚ

"Api neraka jahannam itu lebih panas membakar."
(At-Taubah:81)

Lagipula, azab yang akan disampaikan itu jelas.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."( Al-Ahzab : 59 )

Memang, hukum tidak bertudung ini adalah satu dosa yang kecil. Tapi ia bergantung kepada perkiraan. Dosa kecil yang bertambah-tambah akan semakin membesar.Seutas rambut dilihat oleh seorang lelaki sudah menjadi satu dosa. Rambut kita bukan seutas duhai sahabat. Beribu, atau mungkin berjuta. Di dunia ini juga bukan seorang lelaki. Dan bukan seribu lelaki yang menahan pandangannya. Bayangkanlah berapa dosa yang telah kita cipta dalam sehari.

Tidak termasuk, aurat lain. Berlengan pendek atau berbaju ketat, berseluar sendat bertudung jarang, setiap hari menjadi tatapan orang, ke sekolah, ke pasar, ke pusat membeli belah, ke tempat kerja, aduhai!

Duhai Muslimah, Allah begitu menyayangimu.. Kerana itulah Dia perintahkan kita menjaga tubuh kita. Supaya kita menjadi mahal, kecantikan kita terpelihara buat yang layak sahaja. Bukankah itulah hadiah yang paling berharga?


OH MUSLIMAH..

Tersentak seketika lamunan saya. Gerimis rintikan hujan sudah mula menitik ke bumi. Turun juga rezeki dari Allah ini. Getus hati saya sendiri.


Di sini, tiada hujan lebat seperti di Malaysia. Guruh dan petir juga jarang sekali. Saya tersenyum sendiri.

Teringat nenek dan atuk di kampung. Wan di Pahang juga. Malam-malam tidur di sana berselimut kerana tidak mahu dihinggapi nyamuk. Aduhai, kehidupan di sini begitu berbeza. Sudah lama tak merasa gigitan nyamuk ni..

Siang hari, selalu sahaja mengibas-ngibas di sana sini, atas dan bawah, kanan dan kiri bagi menghalang si lalat hitam menghinggapi makanan ataupun kepala kita. Entah kenapa terasa rindu pula pada lalat yang selalu kena pukul tu (^_^)

Indahnya kenangan. Saya ketawa kecil. Tiba-tiba terdengar suara Ummi di dapur.

"Kakak.. Mai lah tolong Ummi ni.."

Addoii.. Terlupa la pulak. Saya menutup langsir bilik yang terbuka. Kalau tak tutup kena marah la pulak. Hiii...

Selesai membantu Ummi, saya duduk di atas sofa. Pandangan dilontarkan lagi di luar. Nyaman terasa menyedut udara. Langit yang mendung mulai tenang. Rintik-rintik hujan yang membasahi bumi mulai reda. Yang tinggal hanyalah tumbuhan hijau yang segar setelah menyedut minumannya.

Saya tersenyum lagi. Mengenangkan keindahan muslimah yang mahal bak bidadari. Menanti di syurga dan menikmati, segalanya diberi, semuanya dikecapi..

Renungan saya semakin menjauh.. Terbayang-bayang sajak mengenai muslimah yang pernah saya postkan di blog saya yang lama..

MUSLIMAH YANG DIRINDUI………
Adalah perempuan yang dimata dan
wajahnya….
terpancar sinar Nur Ilahi…
Lidahnya basah dengan zikrullah…
Di sudut hati kecilnya…..
Sentiasa membesarkan Allah….

MUSLIMAH YANG DICINTAI…
Yang menutup auratnya….
Dari pandangan mata ajnabi…
Kehormatan dirinya menjadi mahal
nilainya….
Di sanjung tinggi..
Penduduk langit dan bumi..

MUSLIMAH YANG DIIMPIKAN…
Adalah yang mendekatkan…
Hatinya yang telah jauh…
Kepada AR-Rahman,AR-Rahim…
Di saat orang lain dilamar kebendaan….

MUSLIMAH YANG DIKASIHI…
Yang bersyukur dengan apa yang ada…
Yang bersabar pada yang tiada….
Cinta pada hidup yang sederhana….
Yang tidak bermata benda…..

MUSLIMAH YANG DISUKAI…
Menjadi dian pada dirinya sendiri….
Menjadi pelita untuk putera-puterinya….
Yang bakal dilahirkan……
untuk menyambung perjuangannya di
belakang hari….


Saya menghela nafas. Sayup-sayup kedengaran suara adik perempuan saya memekik.

"Jom pergi taman!" Katanya mengharap.

Saya mengangguk kecil. Layan je lahh (^_^)
*
Sambil berjalan, saya mendongak wajah ke langit. Bermula dengan cerah dan sinar, sejuk dan segar, bertukar menjadi mendung dan sirna, merintih pula, namun di sebalik rintihan hujan itu, punya kebaikan yang tersirat. Di saat-saat ia merintih, 'air mata'nya memberi khasiat kepada alam hijau. Memberi sejuk kepada yang panas, memberi rezeki buat yang kemarau.. Allah Maha Hebat!

Dengan kesirnaan mentari, kehilangan kecerahan, kemunculan mendung, rintikan hujan, di akhirnya akan muncul sesuatu yang lebih indah dan bermakna. Sesuai dengan fitrah kehidupan kita. Adakalanya gembira. Senyum memanjang, ketawa riang.. Dan adakalanya juga berduka. Punya sedih dan tidak terhibur. Namun seperti langit, di penghujungnya ada yang menanti..

Dan saya hanya tercari-cari 'penghujung' itu.

Seketika leher saya dipanjangkan. Sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Ke atas dan 'ke bawah'. Kemudian mata saya menangkap ke arah satu imej dan saya tersenyum.


Pelangi indah!

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...


Comments

Makbonda said…
Subhanallah,terhiburnya Makbonda membaca.Teruskan menulis.Semoga Allah memberkati dan merahmati.
Alhamdulillah, Makbonda. Terima kasih kerana menyokong. Insyaallah, moga Makbonda juga terus istiqamah dengan barakah yang melimpah dari Allah di atas segala kerja dakwah yang telah digerakkan. Insyallah. :')

Popular Posts