PERSOALAN: MAHKOTA PALING BERHARGA


Masih mencari idea untuk menulis.

Tatkala bertemu dengan remaja bertudung 'cara remaja' itu, hati saya dihambat pertanyaan yang terlalu banyak menerpa fikiran. Apa kena aku ni? Biasanya rilek aje naj berkenalan dengan sesape pun. Ini tidak. Berdebar-debar.

Oh, rupanya Allah telah menghantar seorang hamba-Nya yang mengingatkan saya. Akan tugas saya yang sudah bertahun saya tinggalkan.

Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Agama Islam.

Alangkah, sudah lama tidak menjalankan tugas seperti ini.

Kali ini, saya cuba menjalankan tugas dalam keadaan yang berbeza. Saya menjalankan tugas tanpa jawatan. Tetapi saya menjalankan tugas dengan amanah. Amanah dari seseorang yang seandainya saya abaikan, saya akan menerima padahnya di akhirat sana.

Apa lagi jikalau bukan amanah sebagai Khalifah Allah. Menyampaikan risalahNya kepada umatNya.

Dengan hati yang tidak sabar menanti, saya pun hadir ke majlis ceramah sempena Maal Hijrah. Ternyata ada sesuatu yang menanti..

"Iffah sukarela ke bertudung?"

-Ye. Dan kalau boleh saya nak ajak orang juga.

"Kenapa? Tak rimas? Tak panas?"

Remaja itu terus-terusan bertanya.

Tinggalkan pandangan anda. Apa yang sepatutnya saya jawab :)

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...



Comments

Anonymous said…
vid ini mungkin boleh m'bantu persoalan2 yg ditanya ;)
http://www.youtube.com/watch?v=CWsXlBUizTg&feature=player_embedded
Aisyah said…
salam

(jawapan agak kasar) memang panas kak, mmg rimas...tapi neraka tu lagi panas....

(jawapan agak lembut) saya rasa sangat seronok kak bila betudung...dan saya rasa sangat berkeyakinan...kerana saya merasa Allah bersama saya & memelihara saya, dan dengan bertudung ini kita tidak diganggu oleh lelaki-lelaki jahat dan dapat mejaga kesopanan saya.

Cuba kita pakai skirt dan lalu di hadapan sekumpulan lelaki - sure kena kacau punya, silap-silap boleh kena raba free free je dengan mereka

Tapi bila kita bertudung, dan jalan pun tunduk bawah - bila lalu di sekumpulan orang lelaki, mereka akan hormat dan tak kacau kita insyaAllah.
deena farhana said…
salam buat adik iffah...kak deena teruja membaca entri iffah..teruskan ye, inshaallah..kak deena akan selalu singgah :)
to that Anonymous:terima kasih, insyaallah bernilai di sisi-Nya

Auntie Aisyah : Subhanallah, nanti saya masukkan :)

kak deena : waalaikumussalam ^_^

Saya lagi teruja membaca cerpen akak, akak ada bakat yang tinggi dalam menulis. Nanti buatlah novel, cerpen Emneya tu best dan bermanfaat, seronok membacanya :)

Popular Posts