UBATI HATIMU



Menyusuri kehidupan ini, terasa bingung dan lemah di hati. Menyedari fenomena yang semakin berleluasa kini, semakin mengecil kekuatan di naluri. Berhadapan dengan ujian perjuangan, terbayang di kepala tumbangnya diri suatu ketika..

Betapa, di arus globalisasi kini, pilihan yang perlu dibuat mengasak sukma. Meredah ke hadapan adalah sesuatu yang menakutkan. Berdiri di tempat yang sedia ada tidak diketahui apa pula yang bakal menimpa. Melangkah ke belakang? Ingin ketinggalan dalam berjuang?

Semuanya kerana 'penyakit' di hati. Duhai ummat, ubati hatimu.



Mengubati kesakitan dan keperitan di hati tidaklah sesukar yang sesetengah dari kita sangkakan. Biarpun, ada pepatah yang mengatakan...

Parut di kulit ada harapan, parut di hati selamanya berkekalan.

Pepatah itu adakalanya benar berdasarkan bukti-bukti yang menyusuri kehidupan kita sehari-hari. Yang adakalanya amatlah menggusarkan hati dan jiwa. Namun ingatlah, titik-titik hitam itu bisa dihilangkan.

TITIK-TITIK HITAM

"Kalau kita berjalan di satu jalan, kita bertemu dengan sahabat kita. Mungkin, ketika itu kita pun bersuara..

"Oi! Mamat! Hang dok buat apa! Dok renung teringat dosa ka?"

Alangkah, bagaimana agaknya perasaan sahabat kita? Mungkin ada yang jenis, cool saja.. Katalah apapun, aku kisah apa.. Tapi lain manusia lain hatinya, lain bunga lain kelopaknya. Hati manusia itu banyak jenisnya. Ada yang keras, ada yang lembut, ada yang ikhlas, ada yang karut! Bagaimana jikalau hati yang kita berbicara bersama tadi adalah yang lembut. Baru ditampar berlumuran darahnya. Bukan seperti yang keras, disepak terajang apa dikesahnya. Mungkinkah, tersirat dendam di hati mereka?

Yang pasti, akan hinggap satu titik hitam di hati kita, dek c-e-l-u-p-a-r nya lisan kita tadi."

Hati keanakan saya tersentuh. Mungkin kerana isi ceramah yang pada saya begitu bermakna, sejuta nilainya membuatkan saya mampu mengingati pengisiannya walau sekian tahun terus berlalu.

Ketika saya menghadiri ceramah ini, saya berusia lapan tahun dan menetap di asrama. Semenjak saya berusia tujuh hingga sembilan tahun, saya dididik mengikut acuan Islam di sebuah sekolah swasta agama berdekatan dengan rumah. Di situlah, tempat saya menerokai alam kanak-kanak saya selama tiga tahun lamanya.

Berbalik kepada isu ceramah tadi, pengisian ceramah pada bulan Ramadhan, selepas solat dhuha oleh seorang guru matematik rupanya amat bermakna. Benar, adakalanya meluncur sahaja kata-kata dari lisan kita. Bertemu dengan seorang sahabat di jalan, satu titik hitam hinggap di hati. Bertemu dengan saudara di kampung, kita pentingkan diri sendiri lalu hinggap lagi setitik hitam di hati. Hari-hari yang kita lalui terus bersemadi dengan lumuran h-i-t-a-m di hati. Alangkah !

CUBITAN BUAT SI KECIL

"Adduhh.. Kakak! Nape matahari tu terang 'sengat'... Naughty la matahari nieyh.." Ucai dengan bibirnya yang muncung masam mencuka mengatakannya pada satu hari.

"Alaahh.. Duk kat sini kan jarang ade matahari terang macam ni.. Hari ni baru ada matahari, kalau tidak..Mendung je langit tu, kan?"

"Mendung tu ape? Kakak, sakit laaaa..."

"Sakit ape?" Cemas sebentar saya dibuatnya. Maklumlah, Nusair adik bongsu saya yang seorang ni baru sahaja keluar dari hospital. Disebabkan demam dan terkena infection, dia terpaksa stay in hospital for few days. Risau juga saya dibuatnya.

"Sakit HATI laaa!"

Ishh.. Geramnyaaa...

"Kenape sakit hati?" Ada pula modal saya nak 'bermanis' dengannya. Senyuman dikuntum di bibir mengenangkan aksinya yang agak serius. Pandai pula buat muka serius. Dulu tak pandai.

"Tu 'dier' tu. Sebokkk je. Ucai potong tangan baru tahu."

Pecah ketawa saya. Perlahan-lahan tangan saya 'hinggap' ke peha si Nusair kemudian Nusair meraung kesakitan.

"Kakak! Nape cubit?" Kata Nusair mencebik.

"Kakak nak cubit supaya Ucai sakit. Dah sakit di hati kan? Sekarang kakak nak bagi Ucai rasa sakit di peha pula. Ucai tahu tak, nasib baik Ucai sakit di hati. Sakit di hati dapat diubat sebenarnya. Tapi.. KITA yang tak mahu ubatinya." Tersenyum saya sendiri. Mengenangkan matahari yang menjadi mangsa leteran adik bongsu saya dan juga 'cubitan kecil' yang hinggap sebagai 'balasan' untuk si Nusair, merupakan asbab untuk menerangkan sesuatu sebagai makanan rohani buat pembaca..

SATU MATAHARI, SATU HATI

"Ye la tu... " Rengek si Nusair. Saya mengangkatnya ke dalam rumah seraya membiarkannya menonton tv.

Tadi menangis. Sekarang diam pula. Apalah kaedahnya. Mungkin begitu agaknya saya sewaktu dalam lingkungan usia si Nusair. Bahkan mungkin Ummi lebih penat lagi mengasuh saya. Sekurang-kurangnya kini, Ummi mempunyai saya, Nabhan, Kak Chik..Dan semestinya ayah di sisi untuk membantunya mengasuh si Nusair. Maklum sahaja, ketika saya masih kecil, saya dan Nabhan berbeza usia hanya setahun. Ayah pula pagi hingga ke malam bekerja di Malaysia. Tinggallah Ummi keseorangan membela kami berdua yang kedua-duanya masih kecil. Kasihan Ummi.

Kini, semuanya semakin berubah. Ummi tak perlu lagi risau. Nusair pula semakin membesar. Segala keletahnyalah yang mengukir keceriaan buat keluarga kami. Ya ALLAH, bahagianya mencari redha-Mu!

Pinggan yang dibasuh seolah-olah tidak mendapat perhatian dari saya langsung. Tangan saya bergerak tidak seiiring dengan hati dan pemikiran saya. Pemandangan salji yang memutih di luar juga tidak mampu menarik perhatian saya. Menyuapkan makan buat Si Kecil juga tidak mampu menarik selera saya. Masih terbayang-bayang skrin komputer tulisan seorang hamba Allah, mengenai ujub zaman moden ini.

Pengisian ceramah oleh seorang ustaz yang saya ikuti dahulu, ada benarnya. Namun sedarkah kita, zaman kian berubah. Kini titik-titik hitam itu juga dapat hinggap di hati dengan mudah!

Berfacebook sahaja dapat menambahkan penyakit di hati. Berblogger sahaja kian bertambah titik hitam di naluri. Menziarahi sahabat-sahabat dan saudara mara sahaja semakin takbur sanubari!

Maka awas wahai da'ie!

Penyakit di hati sebenarnya berpunca dari kita sendiri. Apalah lagi alasan kita untuk berdalih menyalahkan orang lain. Adakah, dengan mengatakan sahabat kita menyakiti hati kita, dapat dijadikan alasan untuk bermusuhan? Adakah, dengan mengatakan masa silam itu menghalang kita untuk berubah? Adakah, dengan kelebihan yang kita ada dapat dijadikan asbab untuk takbur dengan manusia dan juga Sang Khaliq?

Duhai Rajul penegak islami.

Duhai muslimah solehah perhiasan duniawi.

Segala penyakit hati itu berpunca dari diri kita sendiri. Ubatnya ada. Al-Quran, Zikir, Doa dan musuhi nafsu! Hanya KITA sahaja yang tidak mahu mengubatinya.

Namun, ingatlah ! Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Cegahi hatimu dari segala penyakit hati. Jauhi takbur, jauhi benci , jauhi cinta yang bersulam nafsu terburu. Insyaallah, hati kita akan terus bersih dari segala noda hitam yang menarik kita mendekati azab api neraka.

Jadilah seperti matahari. Mungkin pada malamnya, cahayanya mulai suram tenggelam diganti bulan. Namun, ia tetap taat kepada fitrahnya. Tunduk dan patuh pada Allah Yang Esa. Setiap pagi cahanya tetap memancar. Meski tidak mempunyai pilihan lain, namun dia tahu, Islam adalah pilihan yang terbaik. Walau sudah berbakti untuk menyuluh kehidupan kita selama beribu atau berjuta tahun lamanya, ia tetap menjalankan tugasnya.

Kerana dia makhluk Allah, punya fitrah yang sudah dicatatkan oleh Yang Maha Esa.

Akhirnya, cegahi yang mana yang belum menghinggapi, ubati yang mana yang telah bersemi. Bersamaan tahun baru yang sudahpun menampakkan sinarnya. Ayuh, bersihkan hatimu, ubati dan cegahi..

Dan jadilah seorang hamba yang taat pada fitrahnya!

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...


Comments

Popular Posts