ANGIN YANG MEMBAWA DIRI


Saya letih. Perjalanan saya dihentikan.

Tiba-tiba angin yang bertiup semakin kuat itu bagaikan mampu menarik tubuh saya. Saya mula gementar dan berpaut pada pagar rumah yang saya lihat.

Angin kali ini begitu kuat, sehingga rintikan hujan juga bagai terbawa bersama ke arah tiupan bayu.

Namun, kali ini berbeza.

Perjalanan pulang dari sekolah yang biasa memakan masa lebih kurang 20 minit, bertambah dua kali ganda. Ia memakan masa hampir 45 minit.

Sepanjang perjalanan, bibir saya tidak berhenti mengucapkan kalimah Allah.

Risau.

Ketika itu, hati saya disapa satu perasaan lain.

Dan perasaan itulah, mendorong saya untuk menjadi muslimah yang berani, tak takut kepada mati, dan hanya gentar terhadap ILAHI..

Saya melihat pokok yang besar di hadapan saya yang seakan-akan bakal runtuh. Saya tak punya pilihan lain.

Itu sahajalah jalan saya.

Istighfar Iffah.

"Ya Allah, jadikanlah aku mujahidah yang tidak tewas di medan nafsu!"

Perlahan saya mengorak langkah merentasi laluan batang pohon yang saya anggarkan bakal runtuh itu.

"Bushh.."

Saya terdengar satu pohon yang seakan-akan runtuh.

Tetapi ia jatuh perlahan-lahan di belakang saya.

Seketika, saya jadi ingat akan satu wajah.

"Watch outtt!!!" Saya menjerit lalu menolak seorang kanak-kanak yang sedang bermain di situ. Pohon itu pun jatuh di hadapan kami. Saya ikut terjatuh.

"Alhamdulillah, ya ALLAH, Alhamdulillah... Alhamdulillah.." Saya jadi tak keruan. Dengan pohon sebesar itu, rasanya kalau hempap budak tu, penyet kot!

Angin yang kuat masih belum berhenti. Ia kian mengganas. Tiupan bayu yang disanjungi satu ketika dulu kini dianggap taufan. Saya tak punya banyak masa. Sebelum keadaan lebih teruk, saya perlu pulang ke rumah. Dengan tiupan angin yang terlalu kuat, membuatkan pejalan kaki berjalan dalam keadaan terhuyung hayang.

Hanya kepada Allah saya berserah.


YANG GEMENTAR HILANG

Saat ini, saya merasa bersyukur.

Jika tidak kerana peristiwa ini, saya tak akan 'praktis' perasaan berhadapan dengan sesuatu seperti ini.

Seolah-olah punya pilihan.

Mati dalam keadaan kebaikan atau mati dalam keadaan keburukan.

Husnul Khatimah atau Su'ul Khatimah.

Mati dalam keadaan membantu yang lain atau mati dalam keadaan keegoan sendiri.

Alhamdulillah, kami selamat.

Di saat-saat saya menulis ini, masih kedengaran tiupan angin di luar. Angin terlalu kuat sehingga dapat melahirkan suara umpama wisel.

Saya merasa tercabar.

Di saat-saat ini, saya mula mencabar diri sendiri.

Kuatkah engkau wahai Iffah? Berjalan kaki ke sekolah dalam keadaan begini? Lalu menghadiri perlawan bola jaring lagi, dalam keadaan yang begitu sepi?

Kuatkah engkau wahai diri? Engkau sendiri dinasihati guru untuk melakukan yang terbaik bagi menempatkan diri di top-top-top set sekolah? Mampukah engkau?

Kuatkah engkau wahai Iffah? Science dan English, Maths dan PE, kini menagih kekuatanmu untuk terus berjuang?

Di kala ini saya sering dilema.

"I hope you're doing well Iffah. This practical assessment is pretty important for you. It is because, I'm going to set your silver and gold target for you, and the result will place you whether in this top-top set, or set 2."

"If you get lower level than what you're expected to get, then you'll be very happy in set 2. Remember, this is your chance to be in a class that is top of the school. I hope you're doing well. Try your best and remember, it is not that easy to stay in this top-top set. You need to work very hard at all time. "

Pesan Dr. Willis, guru science itu tak pernah sunyi dari minda saya.

Ia bagaikan satu beban yang membuatkan saya gentar mendengarnya.

Jangan, Iffah.

"Iffah, it is very hard to be in a top-top set for English in this school. This assessment will place you in a class or a set or where you should be. It is so wonderful that you've been in this class for two weeks but now you're going to face this assessment and I hope you'll try your best." Pesan guru English saya.

"Iffah, remember this your chance to be in a top-top set class of the school in Maths.."

Ya ALLAH!

"Iffah, you're going to have a netball match, you're one of the chosen people to be in our netball team, it is next wednesday and.."

Ya ALLAH, bantulah aku.

Tanggungjawab ini tergalas di bahu seorang yang kerdil sepertiku. Aku tidaklah sempurna wahai manusia. Seandainya aku gagal, maafkanlah aku. Hakikatnya aku hanyalah hamba yang menagih redha dan kasihNya.

Seandainya aku berjaya, usahlah memuja aku kerana yang memberi buah kejayaan itu adalah Yang Maha Pencipta.

Yang menyelamatkan aku dari nafsu durjana juga adalah Yang Maha Kuasa.

Tiada yang lebih hebat melainkan Yang Esa.

Saya letih. Aduhai Iffah. Tahukah dirimu berapa ramai yang terbiar di luar sana tanpa pendidikan yang baik?

Berapa ramai di luar sana yang mengimpikan untuk berada di luar negara dan merasa bagaimana cabaran berhadapan dengan orang yang berbeza agama?

-Tapi tak cukupkah apa yang aku perbuat selama ini?

Aduhai Iffah, ketahuilah hidup ini memang untuk berjuang. Dirimu kini adalah Iffah yang sama tetapi berbeza.

Sama kerana membawa identiti yang serupa.

Berbeza kerana kamu mungkin dipandang hina atau mulia.

Bergantung kepada kaca mata manusia.

Iffah, hal peribadi letak ke tepi. Jangan biarkan angin itu membawa dirimu. Engkau yang harus membawa dirimu sendiri.

Usah kau peduli perasaan yang bersulamkan panahan syaitan itu. Ingatlah cita-citamu. Panahkan ia ke langit jika ingin menyusuri pelangi kejayaan.

Tempuhlah badai yang melanda, dasar hidup di dunia mestilah berbbayar dengan cubaan.

Iffah, ingat cita-citamu.

Bantulah aku ya ALLAH!

p.s: UK kini dilanda angin yang kuat. Rasanya semakin mencabar pula liku hidup ini. Ya Rabbul Izzati, tabahkan hati hambaMu ini..

Blog ini juga mungkin bakal berehat seketika.. Doakan saya ya semua.. Gementar sekali rasanya.. Semuanya terasa berta di bahu ini.. :'(

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...


Comments

Anonymous said…
cite yg baek..
view my link too..
http://sitinadiyaahmad23.blogspot.com/
bru b'jinak dlm arena blog..
tq
Alhamdulillah. nnti say ziarah :)

Popular Posts