EMNEYA CONTEST

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Emneya, itulah nama yang sentiasa meniti di bibir orang-orang yang beriman. Yang mendambakan seorang gadis solehah untuk berdamping bersama, kerana untuk berjaya kuncinya adalah berdamping dengan orang-orang yang bertaqwa. Semenjak kecil, Emneya terpaksa susuri hidupnya dengan segenggam tabah dan kesedaran yang masih berputik di hati. Mak Wa, adalah insan yang dikirim oleh Yang Maha Kuasa untuk menghulur sedikit cahaya harapan buat Emneya. Tatkala nafas dan nyawa bayi kecil Emneya umpama di hujung tanduk, Mak Wa hadir dengan belas ihsan sebagai hamba-Nya. Dikutip tubuh anak kecil yang masih bernafas, lalu dibelanya tanpa rasa culas akan ganjaran yang telah Dia janjikan.

Namun, seterang manapun cahaya mentari menyinari dunia pada siangnya, di sebelah petang akan dilabuhkan juga tirainya. Begitulah suratan hidup Emneya. Sudah lelah menempuh badai yang melanda, dia perlu juga mengorak langkah seterusnya. Linangan air matanya tumpah jua akhirnya. Sekujur tubuh milik Mak Wa insan yang sudi memeliharanya ditatap penuh hiba. Insan yang banyak berjasa itu akhirnya pergi menyambut seruan Ilahi. Sementara Emneya perlu meneruskan hidupnya seorang diri.

Masa yang berlalu akhirnya menentukan kebahagiaan menyinari hidup Emneya semula. Dengan satu kalimah suci yang dilafazkan, terikatlah jiwa dua insan.Sudah suratan Ilahi, Syed Erman Syed Hanief akhirnya berjaya memetik bunga yang sedang kembang di taman larangan iman. Bunga itulah yang menjadi penyuluh hidupnya selama ini. Santun budi dan pekerti, wajah suci yang menarik hati, membuatkan Erman begitu menyenangi isterinya. Emneya begitu bahagia di samping suami tercinta.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hidup Emneya umpama dedaun hijau yang berguguran. Padahal masih cantik untuk menghiasi dedahannya.Kebahagiaannya bersama suami bagai disentap setiap kali wajah ibu mertuanya ditatap. Pelbagai cara dan strategi, hasutan demi rancangan dilakukan oleh ibu mertuanya untuk memisahkan Emneya dan anaknya. Derita Emneya kian memuncak, kesedihannya kian membuak, namun dikuatkan hati untuk terus berdiri. Namun dia kian goyah, apatahlagi semenjak nama Ku Sarah menjadi sebahagian dari punca deritanya.

Kepada Allah lah dia berserah. Dasar hidup di dunia pastilah berbayar dengan cubaan.

Apakah kesudahannya? Adakah Emneya mampu bertahan? Apa lagi rancangan ibu mertua Emneya terhadap dirinya? Masih adakah secebis kepercayaan daripada Erman untuk Emneya? Ikuti kisahnya di laman Pena Farhana.

Untuk sebarkan contest ni, saya tag lima orang untuk join contest ni. Syarat-syarat penyertaan boleh didapati di laman Pena Farhana. Dan untuk itu, saya cuma ingin menerangkan ini hanya ringkasan semata-mata. Nak tahu kisahnya, pergila jenguk Pena Farhana. Bagus ceritanya. Suspen betul. (^_^)


Ha, nah amek! Amek! Bukannya free je tau. Ada hadiah ^_^ Haha. Sebenarnya saya hanya join kerana jalan ceritanya memang menarik. Rugi tak baca. Baca cepat. Kalau tidak kena cubit ^_^.

Buat sahabat-sahabat yang lain, join lah contest ni. Moga kita mampu mencontohi Emneya dalam cerita ni. Amiin. :)

Comments

Popular Posts