MEHNAH DI BUMI UK (Bahagian2)


"Hari ini ada perlawanan bola jaring.."

Bisik hati saya girang. Setelah mengumpul kekuatan, pastinya saya pergi ke sekolah dengan senyuman. Tiada lagi kerisauan yang membelit jiwa. Tiada masalah yang menggugah rasa. Yang ada hanyalah ketenangan yang membelai jiwa.

Ketika melangkah, kepenatan yang dirasakan tidak sedikitpun dilayan. Pergi dengan girang, hati penung senang, sementara harapan saya untuk mengharumkan nama sekolah menyala-nyala. Aku datang untuk berjuang buat Islam, YA ALLAH!

Sementara berjalan, hati saya tak pernah berhenti berdoa, moga-moga kejayaan menyebelahi sekolah kami. Meski, saya hanya bermastautin di sini, bukanlah ia tanah tumpah darah saya, bukanlah juga tempat kelahiran, jauh sekali asal saya dari negara Barat ini. Pun begitu, di sinilah saya belajar erti perjuangan yang berpijak di bumi nyata. Bukan khayalan semata-mata.

Masa dirasakan begitu pantas. Sepanjang kelas Matematik, saya menumpukan perhatian. Langsung terlupa semua masalah yang lepas mahupun debaran terhadap masa yang datang. Inilah cara saya. Walaubagaimana keadaan sekalipun, belajar tetap belajar. Hal peribadi? Nanti!

Tamat persekolahan, saya pun bergegas ke PE department. (Physical Education department). Semangat saya membara. Tak terhenti-henti usikan teman-teman saya menyinggah melihatkan senyuman saya. Excited sangat, fikir mereka barangkali.

Siap semuanya, saya menunggu pasukan lawan tiba. Melihatkan itu, saya berkenalan dengan ramai di antara mereka. Sejenak saya teringat kenangan perlawanan bola jaring dahulu di Durham Johnston. Ah, yang lepas, lepas!

"Iffah, I'm sorry. I didn't tell you. But you'll not be able to join this cup game." Khabar teman saya langsung membuatkan saya terperanjat. Entah kenapa hati saya goyah. Saya meninggalkan hall itu secepatnya. Duduk. Sedih.



"Kenapa aku ni? Cepat sangat sedih. Lemah. Mengada!" Kutuk hati saya sendiri. Saya menyedari itu. Seringkali terasa.

"Semangat dari pagi tadi yang girang rasa macam lumpuh terus aje. Latihan-latihan sebelum ni yang menagih kesabaran macam tak ada makna. Inikah penghujungnya?" Desir perasaan kecewa dari lubuk hati ini.

"Ish, sepatutnya ujian kecil macam ni hanya dikerling sebelah mata dengan senyuman. Dikerling sebelah mata kerana tak perlu ambil hati, senyum kerana redha dan memahami."

Saya cuba bermuhasabah diri. Ada hikmahnya. Pun begitu saya tertanya-tanya. Kenapa bukan guru saya yang memberitahu saya?

Setelah pergi bertanya, memang benar. Ingin bertanya kenapa, saya tak sedia. Saya tahu perasaan saya kini bagaimana. Dengar sebaris ayat pun lemah. Buat apa nak cari pasal?

Saya duduk memerhati sahaja perlawanan berlangsung. Dari awal ke akhir, pasukan sekolah saya kalah teruk. Kelihatan teman-teman saya yang kepenatan mengeluh.

"Iffah, I don't get this. Why don't you join us?"

Saya menjungkit bahu tanda tidak tahu.

"Why don't you ask?" Soal mereka lagi.

"Can't be bothered." Jawab saya acuh tak acuh Sebenarnya saya tak suka bercakap dalam keadaan tension. Tau kenapa? Adakalanya diam itu lebih baik. Diam lebih baik dari mengeluarkan kata dari perasaan geram. Berkata-kata dalam keadaan geram akan menimbulkan banyak masalah. Perkataan yang meniti di bibir terjuih tanpa sedar. Hati sebagai raja organ tubuh dikuasai marah, ingin diputarbelitkan bagaimana lagi bahawa lidah kita pasti tunduk patuh kepada hati.?

Saya diam.

"We are the loser. Oh My God. By the way, if you're with us, you can control other people aswell. You're quite good at marking Iffah." Analisis kawan saya membuatkan saya mengeluh. Itu katamu.

"Thanks."

Pendek jawapan saya sambil kami semua melepaskan keluhan panjang....

BELUM SATU, DAPAT SATU

Pulang ke rumah buat kedua kalinya saya memberi salam perlahan tanpa cerita yang panjang lagi seperti biasa. Saya naik ke atas katil di dalam bilik lalu mengulangi lagi keadaan sebelumnya.

Bermuhasabah diri.

Saya teringat Syifaa. Kerana dialah saya menjawat jawatan Penolong Ketua Kelas walaupun saya merupakan pelajar baru. Kerana dia jugalah selalu membuatkan saya berfikir panjang, kerana saya sering diingatkan. Kerana dia jugalah hari-hari saya yang kesunyian bertukar menjadi kegembiraan. Kami ke mana-mana berdua. Macam 'belangkas', kata yang lainnya.

Sehingga kini jika saya tak mampu untuk menceritakan semuanya kepada bonda dan ayahanda, kata-kata Syifaa yang dahulunya sering singgah ke minda. Inilah sebabnya, jika pembaca setia ingin tahu kenapa kebanyakan coretan saya pasti berselitkan nama Syifaa.

Pun begitu, setelah istikharah pada malamnya, ketenangan itu menjelma semula. Saya melangkah dengan kekuatan walaupun saya tak nafikan gambaran dua hari berturut-turut itu tetap terbayang-bayang. Saya mesti sibukkan diri dengan pelajaran. Kerana itulah satu-satunya harapan saya untuk melupakan semuanya.

Pergi ke sekolah buat hari seterusnya. Saya melangkah dengan perasaan yang berdebar-debar walau tenang. Berdebar kerana saya yakin, ujian tak pernah berhenti. Saya senang dengan ujian, kerana dengan ujian akan mendekatkan diri kepada Tuhan. Namun saya takut, andai iman diuji saya akan kehilangan iman yang sangat diperlukan.

Sangkaan saya benar, pada hari itu, ujian yang lebih besar perlu ditempuh. Mungkin pernah saya tempuhi sebelumnya. Tetapi saya tidak sangka ia hadir di saat-saat saya dalam dilema kini..

Kerana ia bukanlah noktah kepada episod kehidupan.

...BERSAMBUNG...

Gantungkan azammu setinggi bintang di langit,
Rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Kedua-duanya adalah sesuatu yang berharga. Kerana itu, letakkanlah ia di tempat yang sebaik-baiknya.

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...

Comments

Popular Posts