MEHNAH DI BUMI UK


Saya resah. Gelisah.

Ke mana agaknya si dia?

Sepatutnya semalam lagi sudah sampai. Tapi tak sampai-sampai lagi. Desir hati saya sendiri.

Saya duduk. Mata saya menangkap satu imej di hadapan mata.

Susunan buku-buku di hadapan mata membuatkan saya melonjak gembira.

Ummi mentafsir lirikan mata saya.

"Ha, nak sangat buku melayu kan.. Belilah.." Ummi memahami.

Ayah menghulurkan sejumlah wang sementara saya rambang mata melihatkan buku-buku di hadapan mata.

Dua buah buku menjadi pilihan. Novel yang tebal berkisarkan sebuah perjuangan.

Ketika membeli, saya menguntum senyum buat seorang muslimah yang ditugaskan untuk berurusan dengan pelanggan. Rasa macam pernah nampak. Saya hanya berlalu.

'Bahaman' saya pada buku-buku tersebut memang teruk. :)) . Dua buah novel itu dihabiskan dalam dua hari. Setahun lebih juga saya tidak membaca buku seumpamanya.

Teringat kepada saudara mara di Malaysia. Sewaktu saya berusia 9 tahun, saya sering dihadiahkan buku cerita. Mereka tahu dengan minat saya.

Mungkin itulah sebabnya saya suka menulis. Bidang penulisan membuatkan saya berani dan yakin. Pena yang bersuara sentiasa membelai hati yang lara. Pena itu boleh dipercayai, dia tak pernah bersuara terhadap manusia lainnya. Hanya mata yang mencari di sebalik tulisan yang tersembunyi. Dan mata saya sendiri membahayakan dirinya (^_^)

Disebabkan itu juga, saya memakai cermin mata di usia yang begitu muda. 8 tahun o.O

Saya membaca dan sekali sekala mengangkat muka. Si dia tetap juga tidak hadir...

ALAHAI GURU

Saya membawa sepinggan nasi ke meja. Kelihatan seorang perempuan tersenyum lalu mengizinkan saya duduk di mejanya. Makanan yang dijamah tidak pula mendapat perhatian saya. Renungan saya menjauh ke arah perjuangan di sekolah. YA ALLAH, mungkin kejayaan aku bukan di sini..

Coretan saya kali ini, berkisarkan perasaan saya yang pernah bersangka buruk dengan guru sendiri. ALLAH menguji, saya terima, tetapi jika iman menepi, hati berduka..
*


Saya mengeluarkan pen lalu menjawab 'key words' music yang perlu diterjemahkan ke bahasa latin. Sedang leka menjawab..

"Iffah!" Saya mengangkat muka. Guru tersebut tersenyum lalu memandang ke arah seorang perempuan di hadapan. Saya memahami lalu bangkit mengemas barang sendiri dan mengikuti pelajar tersebut.

Sambil berjalan, saya melayan perasaan. Ada apa agaknya ya?Setakat ni, tidak ada apa-apa pun yang berlaku. Saya telahpun mengambil ujian Science, Maths dan English dan keputusannya diluluskan. Saya berjaya menempatkan diri di top set sekolah. Hanya perlawanan bola jaring yang belum berlansung. Mungkin, bola jaring lah agaknya. Tetapi kenapa Hannah, teman saya tak ikut? Berbagai perkara difikirkan.

Ketika masuk ke sebuah kelas, hanya tiga orang pelajar sahaja yang ada di dalam kelas tersebut. Saya menangkap wajah seorang pelajar lelaki. Ya, saya kenal dia. Pelajar yang setahu saya paling kurang ajar, bahasa lembut kepada jahat. Dia sering mengganggu teman-teman saya. Bukan tak pernah kacau saya, tapi takut! Apatah lagi saya pelajar baru, dan saya memegang prinsip dalam hal sebegini bahawa kita perlu tegas. Disebabkan itu juga, pelajar tersebut seakan-akan benci dengan saya. Niatnya untuk mengganggu teman-teman saya sering terbantut.

Terkadang teman-teman saya risau. Menurut mereka pelajar tersebut bukan calang-calang pelajar. Ramai yang dah kena, kata mereka.

Kita ada undang-undang, sahabatku. Saya muslim, buat apa yang berlembut? Cuma tambah masalah. Dia sendiri nampak saya terus lari. Memang saya tahu, golongan seperti ini berani di hadapan perempuan. Ingatlah wahai wanita, berlembut bertempat. Jika ianya melibatkan maruah dan agama, tegaskanlah suara!

Imam Al-Ghazali pernah berkata; Sabar itu tiga kali. Yang keempat bukanlah sabar, tetapi pengecut!

Maruah perlu dipertahankan. Saya menggeleng-geleng kepala. Mengelamun lagi!

Guru di dalam kelas itu menyuruh saya duduk. Saya masih terpinga-pinga. Saya diberikan satu kertas soalan. Menatap kertas ujian itu, saya seakan-akan benci. Kaki saya menggeletar ingin dihentak-hentakkan. Sebaris ayat terlintas di kepala ingin bersuara. "I'm not two years old!!".Niat untuk memarahi guru tersebut terpacak di hati. Tahu apa soalannya?

4+2, 2-1, 3+2. Ingat saya budak tadika ke?

Pen yang digenggam bagai tak mahu menari lagi. Saya dikuasai marah. Sebelum saya membuka mulut, pelajar-pelajar tersebut terlebih dahulu bersuara.

Kedengaran empat huruf yang famous tu dikeluarkan. Dia tidak mahu menjawab kertas soalan itu. Manakala seorang pelajar perempuan di perjuru kelas pula menghentak-hentak kaki sambil mengeluarkan alat mekapnya. Tanpa menghiraukan kertas soalan tersebut.

Seorang lagi menjerkah-jerkah guru tersebut. Saya mengerutkan dahi. Tingkah budi pelajar-pelajar ini semakin membuatkan saya geram. Apa kaedah la tiba-tiba saya ditempatkan bersama mereka? Apa salah saya buat? Lebih baik dapat detention beratus kali, fail kertas periksa beribu kali lepas tu masuk kelas ni!

Tiba-tiba, ayat 'dapat detention beratus kali' itu bergema.

Saya teringat kisah Nabi Yusuf dipenjarakan.Dia tak pernah bersalah, dia tak pernah menyentuh Siti Zulaikha. Namun rela hatinya mengatakan penjara daripada zina. Rela dia bersuara demi cintaNya yang suci dari cinta manusia yang akan mati. Rela hati seorang Nabi menghabiskan waktu di segenap ruang penjara, daripada bersenang berasmara bersama wanita.


Saya mengambil iktibar dan menghela nafas. Walau tak pernah dapat detention sekali, namun jika ianya takdir ILAHI, siapa saya untuk merubahnya?

Sebelum sempat saya bersuara lantang memberitahu bahawa saya tidak suka diperlakukan begini, saya teringat akan semua harapan bonda dan ayahanda. Wajah-wajah orang-orang yang saya sayangi satu persatu terlintas di kepala. Ummi pasti sedih andai saya menghina guru saya. Ayah pasti berduka jika saya menghancurkan harapannya. Ustaz dan Ustazah, Muallim dan Muallimah pasti kecewa andai saya persiakan didikan mereka selama 8 tahun lamanya. Saudara mara di Malaysia pasti tidak bergembira, jika tahu saya menghina guru saya. Syifaa sendiri pasti berduka, andai dia tahu sahabatnya tidak menghargai gurunya.

Sebaris ayat yang ingin dilontarkan terkubur bersama wajah-wajah orang-orang yang tersayang.

"Iffah cucu harapan Aki.." Antara ayat dari arwah Aki, datuk sebelah Ummi.. Pergi sudah datukku. Perginya betul-betul seminggu sebelum saya berangkat ke UK. YA ALLAH, apa agaknya perasaan arwah andai saya hancurkan harapannya?

Saya sebak. Kesemua api kemarahan yang membara perlahan-lahan mengecil dan tidak lagi menyala. Suluhan api kemarahan yang menggembirakan syaitan itu mati disimbah iman. Iman yang digambarkan bersama manik-manik air jernih yang bertakung di bibir mata..

Mungkin, tersirat hikmah di sebalik apa yang saya lalui. Menjadi seorang remaja muslim di bumi UK bukanlah sesuatu yang mudah. Hati mesti cekal dan tabah. Sabar dan pasrah, nescaya terpelihara iman dan amal selama jasad masih bernafas, Insyaallah.

Sepanjang ujian, saya menahan hati. Ada ujian reading, car, book, me, pretty. Perkataan-perkataan ini bagaikan bergema. Saya masih tertanya-tanya. Level saya dalam English mencapai level 6 dan level 7. Begitu juga Mathematic. Level 6. Kenapalah sampainya di kelas ini..

Sisa hari tersebut di sekolah dipenuhi soalan-soalan dari teman-teman saya.

"You're usually in a joggy mood. But you seem really really sad. Did something happen?" Begitu antara soalan yang diutarakan.

Saya hanya menjawab dengan sebaris senyuman. Pulang ke rumah, saya hanya memberi salam perlahan seraya terus sahaja naik ke bilik. Tidak dinafikan saya masih kecewa. Berhempas pulas belajar selama berbulan-bulan untuk menangkap sistem mereka yang tinggi, di kelas ini pula saya ditempatkan. Benarlah ujian dalam kehidupan itu berbeza corak. Andai di Durham Johnston saya menghadapi soalan dan tohmahan teman-teman, di sini berbeza pula. Seketika saya membandingkan keadaan saya di Malaysia.

Di Malaysia perjuangan saya berpijak pada dakwah menarik pelajar yang lalai dalam agama untuk menjadi lebih baik. Juga kesempitan waktu dan masa merupakan cabaran buat saya. Pun begitu saya tetap score dalam peperiksaan. Penerangan guru-guru yang tidak pernah jemu membuatkan saya tertarik dan terus menumpukan perhatian. Saya menghela nafas. Keadaan saya di sini berbeza.

Saya teringat hari terakhir saya di Malaysia.

"Iffah, pergilah ke UK dengan kekuatan. Kami yakin anti boleh lakukannya, Anti pergi dengan amanah. Apa yang anti buat sering ada kaitan dengan kami. Anti gagal, kami gagal. Anti berjaya, kami berjaya. Jika gagal jangan putus asa. Jika berjaya kami gembira. Di sana nanti anti akan hadapi perbezaan, gagahkan diri dengan kekuatan dan doa, anti pergi membawa seribu harapan.. Harapan ana, Fatimah, Nadiah, Mardhiah, Nawal dan semua yang sayangkan anti.. Muallim Muallimah, semuanya sayang dan ingin anti berjaya. Kalau anti berjaya mereka semua akan percaya pada orang islam. Buktikan kita boleh menang. Ingat janji kita, tau... Hadiah-hadiah ni tanda kami mengharap dan takkan lupa, bahawa kami menanti anti membawa pulang khabar gembira.. Tidak berjaya sekurang-kurangnya anti gembira dengan pengalaman dan akhlak Islam yang menonjol, akhlak mulia.."

Pesan Syifaa yang hampir dua tahun lalu membuatkan saya mengalir air mata.

Benar, saya memegang seribu harapan.

Esoknya, saya pergi dengan harapan yang subur. Pergi dengan tempias ikhlas untuk belajar. Saya pelajar yang ingin belajar, bukan ingin berkurang ajar. Jika sampai satu masa nanti kuasa ALLAH menentukan keputusanNya saya berada di kelas yang bawah, dihuni pelajar nakal dan jahat, saya rela menerima. Kerana saya pelajar yang ingin belajar, bukan berkurang ajar.

Hari itu, saya pergi dengan semangat yang membara. Perasaan ingin menimba ilmu menyala-nyala. Namun, awan tak selalu mendung, langit pula tak selalu cerah...

..BERSAMBUNG...

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...


Comments

Makbonda said…
"Hati mesti cekal dan tabah. Sabar dan pasrah, nescaya terpelihara iman dan amal selama jasad masih bernafas, Insyaallah."

Syabasy,Teruskan,makbonda follow.
Alhamdulillah. Terima kasih Makbonda. Saya sangat berterima kasih kerana sudi follow blog yang tak seberapa ni. Andai ada salah silap, janganlah segan silu menegur, ya.
amalin shafirah said…
i.Allah..Allah ma'aki:)
Alhamdulillah. Jazakillah ya ukhti. :) Insyaallah Allah bersamamu juga :) salam ukhuwah.

nantikan sambungannya, ya :)

Popular Posts