MEHNAH DI BUMI UK(Bahagian 3)

"Okay, listen eveyone. So, today, we're not doing that much but, we're going to do.. Enlargement. Here's the sheet, I'll ask.. Thomas to hand it out for you. Do you work, and see how much you have learnt.." Buka bicara guru Matematik saya. Melihatkan kertas itu, saya terus memulakan kerja tanpa berlengah lagi. Sesungguhnya berada di dalam kelas tertinggi seluruh sekolah bukan alasan untuk menggoyangkan kaki dengan sewenang-wenangnya. Tetapi itulah titik tolak permulaan kepada sebuah usaha dan cita.

Sedang leka menjawab, saya terdengar suara pintu kelas terkuak.

Menyedari ianya tiada kaitan dengan saya, saya hanya bersahaja dan menyambung kerja.

Kedengaran derapan tapak kaki guru saya menapak segenap ruangan kelas.

"Iffah.. Sorry, it's not from me. Hannah, sorry, it's not from me." Guru tersebut hand out surat-surat bertulis. Saya menerima dengan kehairanan yang teramat sangat. Dengan perkataan 'sorry' itu, bagaikan ada yang tak kena. Saya menggaru-garu kepala sebelum membuka isinya.

"Dear Parents,

I'm very dissapointed to tell you that your child will be placed in detention after school.."

Sebaris ayat yang belum habis sahaja membuatkan nafas saya bagai terhenti!

Saya belum percaya sepenuhnya.

Diteruskan bacaan.

Dengan debaran.

"because your child has been late for 5 minutes to his/her lesson. We've made it double and we really hope that you will understand about this matter.

Length of time : 10 minutes

Teacher : Mrs Taylor

Place : H5"

Saya meletakkan surat. Minda saya berpusing memaksa memori untuk mengingati kembali. Gagal. Saya tidak tahu bila masa saya lewat ke kelas.

Saya memandang teman saya di sebelah.

"What did you do?" Soalnya.

"I haven't got a clue." Keluh saya perlahan.




"Iffah, it is when we had to wait for Rachel." Ujar Hannah. Ya! Minda saya terus sahaja segar bugar kembali. "We have to meet Mrs Taylor, it is not even our fault!" Sambung Hannah. Mata saya bercahaya. Percaya bahawa saya punya harapan.

Hal ini terjadi kira-kira setelah seminggu saya bersekolah. Pada pagi sebelum sesi persekolahan bermula, Mrs Taylor berjumpa dengan saya di perpustakaan. Guru itu maklum di mana saya bakal berada pada waktu pagi. Dia meminta bantuan saya dan Hannah untuk membantu pelajar baru yang bakal tiba. Guru tersebut sebenarnya ingin meminta bantuan saya, tetapi saya baru seminggu berada di sekolah itu lalu meminta bantuan saya dan Hannah serentak. Kami diarahkan untuk menunggu pelajar baru itu. Hampir 5 minit, kami pun berjumpa dengannya.

Pada hari pertama pelajar baru itu tiba, banyak masalah timbul. Dia ditahan dalam kelas Geography kerana asyik bersembang. Ramai di kalangan kawan-kawan saya mendengus marah dengan pelajar tersebut. Katanya, kurang ajar, macam-macam lagi. Saya cuba bersangka baik, mungkin pelajar itu tidak serasi dengan keadaan lagi.

Ketika berjumpa dengan Mrs Taylor untuk memberitahunya bahawa kami menerima surat yang mengatakan kami memperoleh detention, Mrs Taylor terkejut dan berkali-kali memohon maaf dan berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"I'm very sorry about that. Just ignore it, you don't have to go, just ignore it." Katanya.

Saya dan Hannah begitu gembira. Hampir-hampir sahaja dapat detention. Kami pergi membawa senyuman memanjang.

KARENAH PELAJAR BARU

Hari kedua pelajar baru tersebut berada di sekolah. Semakin bingit suara-suara teman-teman saya tidak berpuas hati. Tidak kurang juga guru-guru yang bertanya dengan saya, sama ada susahkah berada di sekolah ini memandangkan saya juga pelajar baru. Saya menggeleng dan menyatakan terpulang kepada individu.

Pelajar tersebut bagi saya di antara kawan, tidaklah teruk pun. Dengan saya baik saja. Dengan guru memanglah perangai dia tu naik sikit. Tak hormat, dan sebagainya.

Sehinggalah pada satu hari, saya punya 'konflik' dengan dirinya sendiri yang menjadikan perpecahan berlaku.
*
Saya dan Hannah berjalan beriringan menuju ke kelas ICT. Kami tak boleh lewat. Bimbang kena detention pula. Detention adalah berupa denda buat pelajar-pelajar. Saya suka cara detention ini. Denda pun denda buat pelajar, tapi tak timbulkan masalah seperti lebam lebam, sakit dan sebagainya. Dendanya adalah kita perlu tunggu di dalam kelas sewaktu orang lain sudah pulang, dan sama ada diberi kerja lebih atau perkara lain. Saya sendiri kurang pasti, kerana saya tak pernah dapat detention. Rekod detention ini pula akan disimpan, bermakna tercatat bahawa kita pernah dapat detention, berapa kali, salah apa, berapa lama, semuanya direkodkan. Apabila beroleh detention, bermakna rekod buruk tercatat dalam sistem kita.

Jika didapati terlalu banyak detention, pelajar tersebut akan dimasukkan ke dalam 'unit'. Ini adalah sesuatu yang saya sangat tidak tahu. Yang saya tahu, apabila dimasukkan ke dalam unit hingga beberapa kali, akan terus dimasukkan ke sekolah khas di mana di situ bimbingan yang khas untuk terapan didikan yang baik lebih berkesan.

Saya suka cara mereka. Tak adalah bising-bising cikgu rotan lah. Lebamlah. Pelajar kat sini tak ada sorang pun yang tendang cikgunya. Mereka di sini lansung tak terlintas di fikiran untuk tendang cikgu. Ya lah, sistem mereka tengok VCD, pasti ada tulis had umur berapa tahun boleh tengok. Begitu juga siaran televisyen. Jika sampai satu masa nanti Malaysia dapat hilangkan semua tiruan cara hidup Barat yang salah di sisi agama, kemudian tiru yang benar dan bermanfaat.. Alangkah !

Berbalik kepada tajuk asal.

Tangan saya ditarik Rachel.

Saya tergamam.

"Iffah, Hannah, please... Come with me.. Please come with me to the toilet.."Rayunya.

Hannah menggeleng dan terus melangkah.

Genggaman Rachel pada tangan saya semakin kuat sehingga memaksa saya untuk meleraikannya.

"I'm sorry. I can't be late to the lesson." Jelas saya. Meskipun sebenarnya saya tak sampai hati.



"Please.. I'm bored.. I want to smoke." Terkejut saya mendengar jawapannya seraya meleraikan tangan dan menyambung perjalanan setelah meminta maaf kerana tak mampu untuk membantu.

"Alhamdulillah. Sempat.." Monolog hati saya ketika sampai di kelas. Kelihatan pelajar-pelajar lain sedang beratur.

"Oh My God. Iffah. Did you go with Rachel?" Soal Hannah.

"No.. She kept forcing me. " Jawab saya.

"She can't really do that!" Dengus Hannah. Saya hanya menguntum senyum. Baik diam.

"Yo yo yo. What's up?" Sapa seorang lelaki. Giliran saya mendengus.

"Awaahhh... Rachel what's up?" Sebelum saya membuka mulut, kedengaran seseorang sedang menangis dan seseorang sedang melontar pertanyaan. Saya tinggalkan Hannah sendirian bersama lelaki itu dan mengorak langkah menuju ke arah Rachel.

"Rachel, are you alright?" Saya memegang tangannya. Segera dia lepaskan dan berlalu pergi mengesat air mata. Saya terpinga-pinga.

"Aku silap cakap ke tadi?" Hati saya tertanya-tanya. Andaikan benar, maafkanlah... Andaikan tidak, berserah sahajalah... Sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang benar. Semangat saya semalamnya masih belum lumpuh atas apa yang terjadi. Meski, debaran itu tetap ada.

Akan sampaikah satu lagi ujian menduga? Kuatkah aku? Siapkah hatiku dengan kekuatan spritual? Walaubagaimanapun, moga-moga aku tabah menghadapi, walau sekecil dan sebesar mana dugaanya sekalipun..
*
"Hannah, do you know when we didn't want to go to the toilet with Rachel when we were about to go to ICT?" Soal saya kepada Hannah pada waktu rehat.

"Yeah?" Kata Hannah. Jawapan yang bertapiskan soalan.

"I saw her crying. I don't how come." Sambung saya.

"When?"

"Just after that!" Jawab saya. Hannah juga kelihatan keliru.

"Well... Aaaahhh! aaahh!" Ayat saya tergantung dan menjerit ketika saya menyedari leher saya bagai dipegang seseorang.

"Philippa! Leave her alone!" Kata Hannah ketawa. Saya mengejar Philippa seraya memijak kasutnya. Dia mengaduh lalu menampar belakang saya. Saya menolaknya dan dia cuba mencuit pinggang saya tetapi saya berjaya mengelak dan dia tercuit pinggang seseorang yang lalu di situ!

Kami semua ketawa hingga mengalirkan air mata lantaran tidak tahan. Perut terasa sakit dan lenguh kerana asyik ketawa.

"5 year old game." Analisis Hannah apabila melihatkan saya dan Philippa masih ketawa dan mencuit-cuit bahu kami sesama sendiri.

"By the way, Iffah. I got something very very very very very very important to tell you." Katanya.

"Ahaaaa....?"

"Do you know when you said that Rachel cried? She cried because of you and Hannah. But apparently she said that it was you. I've been following her since this morning. Apparently she heard that some people talked about the differences between you and Rachel.. And then she was really angry and I think she doesn't like you since she heard that.. And then she told some people that you were the one who invited her to go to the toilet and smoke." Bait-bait bicara Philippa membuatkan saya dan Hannah terkejut besar.

Serentak dengan itu, pelajar-pelajar lain mengerumuni saya.

"Iffah do you smoke?"

"No..I.."Ayat saya terhenti.

"You're the worst person I've ever met! You forced Rachel to smoke with you!" Saya tergamam sendiri.

"You fool! She said she doesn't smoke!" Bantah yang lainnya.

"Iffah just ignore them!" Sanggah Emily, rakan sekelas saya yang bertubuh kecil menghalang mereka. Hannah dan Phillipa serta beberapa pelajar lain menarik tangan saya untuk lari dari mereka. Sah, tercipta jurang antara saya dan Rachel.....

Ketika itu, heboh sekitar department of Year 8, bahawa kami bertengkar.

Sehingga ke petang saya termenung. Ya ALLAH..

Mulai hari itu, ramai di antara kami berpecah belah. Beberapa pelajar berada pada pihak Rachel. Ketika inilah yang menambah rumit keadaan. Kerana kebanyakannya berada di pihak saya. Disebabkan itu, Rachel menambahlagi berita 'sensasi' yang akhirnya berjaya mengubah pendirian beberapa orang sahaja di kalangan mereka yang berada di pihak saya.

Di waktu ini, saya rela tidak mempunyai teman, asalkan dia tidak menambah apa-apa lagi mengenai saya. Beratnya menghadapi fitnah. Walau sebenarnya bukanlah itu sahaja yang disebarkannya. Namun, demi memelihara 'keselamatan' diari kehidupan saya juga, saya tidak boleh menulis segala-galanya di sini. Lantaran begitu banyak hal-hal yang memalukan.



Bijak juga pelajar baru itu, dia berusaha agar hal ini tidak sampai ke pengetahuan guru. Ianya berjaya. Kerana saya sendiri tidak mahu ia menjadi besar.

Sepertimana coretan saya sebelumnya, Imam Al-Ghazali pernah berkata, sabar itu tiga kali. Yang keempat bukan sabar, tetapi pengecut.

Maka, tiga kali 'berita sensasi' sampai ke telinga. Saya mengambil langkah untuk bersemuka dengannya. Ditemani oleh ramai yang lainnya.

Di sini, saya temui jalannya.

Terima kasih ya ALLAH.




Engkau Maha Mendengar.


...BERSAMBUNG...

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...

Comments

Popular Posts