BERSAMA AYAT CINTA

Seorang wanita dibelai oleh teman lelakinya. Si lelaki menutur kata sarat cinta mengharap teman wanitanya mendengarnya.

Si wanita mendengar penuh gembira. Terasa hidupnya berbunga-bunga. Sang lelaki tidak berpuas hati. Diutusnya surat mengandungi bait-bait ayat cinta darinya. Si wanita menghargai. Dibacanya berulang-ulang kali.

Persandingan berlangsung. Sepanjang pernikahan, sang lelaki memanggil isterinya. Mengharap panggilan disahut. Iya, panggilan suaminya tak pernah diabaikan. Bukti cinta luhur dihulurkan.


Saya termenung.

Luhurkah cintaku?

Adakah cinta seseorang yang dirindui itu berbalas? Seperti cinta sang lelaki di atas?

Adakah aku mampu mencintai dan menghargai, seperti wanita di atas?

Si lelaki menutur kata, mengharap si jantung hatinya mendengarnya.

Allah menutur kata sarat cinta, menyuruh wanita menjaga auratnya kerana Allah sayangkan golongan wanita. Dia berharap kita mematuhiNya.

Berbalaskah cintaNya?

Sang lelaki mengutus surat bersama bait-bait ayat sastera cinta di dalamnya. Dia berharap wanita itu membacanya. Berulang kali. Menghargai.

Allah mengutus surat bersama ayat-ayat cintaNya melalui Al-Quran. Sesiapa yang membacanya beroleh pahala berkali ganda. Menjulang-julang tingginya jika ikhlas tanpa bersandiwara. itulah cinta luhurNya.

Berbalaskah cintaNya?

Sepanjang pernikahan, sang lelaki memanggil isterinya. Berharap si isteri menyahut dan segera datang kepadanya.

Allah memanggil kita. Laungan azan lima kali sehari tanda Dia rindukan sendu rintihan hambaNya. Segeralah datang kepadaNya. Solat di awal waktu dibalas pahala. Solat yang ikhlas penuh rindu dibalas keimanan tanpa culas. 

Adakah kita segera menyahut? Atau melewatkan? Adakah kita rindukan Dia? Adakah kita kensunyian tanpaNya? Di mana bukti cinta luhur kita?

Merdu bacaan Qari dan Qariah menyapa gegendang telinga. Ada perasaan insaf mengusap rasa. Saya keluar sebentar dari dunia pelajar dan kini mendengar bait-bait cinta dari Tuhanku dan Tuhanmu. Saya tenggelam... Bersama ayat cinta.




Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum anakanda Iffah,
Membaca entri anakanda kali ini amat meruntun hati. Betapa Allah amat menyintai hambaNya...malangnya amat ramai hambaNya yang selalu lupa akan Dia....
Aini said…
As Salam buat Adik Iffah,

Very well and beautifully written. Hopefully, adik Iffah tak kisah if one of these days Aunty might take this entry to share with others in my blog.

Thank you!
Macedonia said…
huhu, sedapnya suara dia macam adik ahmad saud (baca yasin)

ye, solat lewat, lalai solat, neraka wail.Pedihnya takut.Seorang sahabat saya: M, smlm saya mimpi, ada sesuatu yg datang,(panas sangat),jika kau lewatkan solat rasalah azab yg lebih perit dari ini.

cakap dia pedih sangat, berair mata dia... bye Iffah
Anonymous,
Waalaikumussalam. Dah lama ingin berkongsi dengan pembaca, tetapi dek kekangan masa dan ketandusan idea tertangguhla nampaknya. Alhamdulillah, diberi peluang olehNya.

Iya... Ayuhlah kita bantu sahabt-sahabat kita. Mereka perlukan khalifah.

Auntie Aini.
Syukran. Insyaallah, I won't mind. You're welcome. And thanks for visiting. :))

Macedonia,
Na'am.. Merdu bacaannya menggamit cemburu. Cemburulah dengan orang yang beriman!

AzabNya jangan diragui.
sungguh Allah itu sayang sama kita, sungguh menyentuh hati teks ini.. trima kasih atas peringatan ,harap2 suma orang dpt melihat dan membaca blog ini .
sungguh menyentuh hati, betapa Allah itu sayang sama kita semua, cuma manusian ini saja yg lalai, trima kasih ats peringatan, moga ramai lagi yg mmbaca blog ini dn ambil iktibar darinya .. insyallah ..
Insyaallah. Moga-moga kita semua bahagia dengan tulus cinta bersamaNya~
iqbalsyarie said…
Kretif :)
Mudah difahami, cuma kalau tambah contoh, mesti lagi best dan meruntun hati! Tahniah dan terima kasih :)
Terima kasih Iqbal Syarie

:) memang nak tambah, tapi saya kesempitan waktu sebagai pelajar. huhua. sama-sama. :)

Popular Posts