PASRAH DAN MENYERAH KALAH ITU BERBEZA

Alhamdulillah, ini hanya catatan hati yang biasa dari hati saya Tidak mahu menekan pada apa-apa peringatan yang memberatkan selain perkongsian mengenai perjalanan kehidupan.

Pasrah dan menyerah kalah itu berbeza. Ya, ianya berbeza!



Ketika saya pasrah dengan keadaan yang ditentukan oleh Takdir pada hidup saya di hadapan, ia tidak bermakna saya perlu menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Manusia perlu berusaha. Hatta di dalam peperangan Badar yang diceritakan Allah di dalam Al-Quran sekalipun, pahlawan Islam dibantu oleh ribuan malaikat untuk menggapai kemenangan. Tetapi walaupun dibantu oleh malaikat, mereka tidak pulang ke rumah dan pasrah serta menyerah sahaja, mereka ikut berusaha. Kerana pasrah dan menyerah kalah itu berbeza!

Sedangkan, jika hanya satu malaikat yang membantu pun dengan se-nang ka-cang sahaja boleh menjulang piala kemenangan, ini pula ribuan malaikat. Tetapi mereka tidak berganjak. Mereka perlu berusaha.

Tatkala manusia mendakwa perjalanan hidup kita telah ditentukan oleh Allah semenjak kita belum lahir lagi, saya menyemat keyakinan bahawa hidup adalah ujian dalam membuat pilihan. Allah mengurniakan 'free will' iaitu satu konsep anugerah yang tiada pada makhluk lain. Kita adalah manusia yang boleh menggunakan free will untuk membuat pilihan. Dan di sini pilihan saya, menggoyangkan kaki dan menyerahkan segalanya pada Yang Esa atau belajar dan berusaha demi agama.

Saya memilih belajar.

Iya, memang Allah menentukan kehidupan kita. Tetapi ketahuilah akan peringatanNya. Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan jika mereka berusaha. Dia tidak akan memberikan nikmat kejayaan menjulang begitu sahaja. Hatta jika kita peroleh nikmat tanpa usaha sekalipun, kita dapat rasakan perbezaan yang berkat dan yang tidak berkat.

Ketika ramai remaja, muda-mudi semua mendakwa mereka tidak perlu berusaha untuk menjadi soleh dan solehah, kerana memang sudah Allah tentukan mereka akan menjadi begini. Alahai manusia! What's the point of having free will if we didn't make choices?

Kita ada free will. Kita berkebolehan untuk menetapkan pilihan. Saya memilih untuk menentang. Tawaran lelaki dan perempuan untuk hanyut bersama mereka seboleh-bolehnya diketepikan.

Saya memilih untuk mengetepikan.

Di saat ramai mereka semua memilih untuk berada di atas tikar sejadah tanpa menghiraukan dunia dengan harapan memperoleh redhaNya. Ketahuilah seandainya dalam waktu yang sama, anak dan isteri, ibu dan bapa, saudara dan mara semuanya menderita kerana kita. Tidak sesekali Allah akan menerima. Hayatilah keseimbangan Hablu minallah wa hablu minannas. Hubungan dengan Allah dan hubungan bersama manusia. Allah memperingatkan kita untuk tidak melupakan bahagian kita di dunia. Juga sesama manusia. Kita ada tugas yang lebih penting iaitu membimbing hamba-hambaNya!

Saya memilih membimbing.

Tak perlu beralasankan pasrah sebagai cara untuk menyerah. Pasrah dan menyerah kalah itu berbeza.

Buktinya?

Saya gunakan pengalaman saya sendiri.

Jika kalian membaca blog saya yang sebelum ini, klik sini. Insyaallah di dapati kebanyakannya saya banyak mengeluh sahaja akan cabaran dan ujian di sekolah. Dihina, dipandang rendah bahkan semuanya.

Mengeluh dan berkeluh kesah, adakah nasib akan berubah?

Sedang jika saya belajar, pasrah dan tabah, belajar dan berubah, Insyaallah, ganjaran yang setimpal Allah akan hadiahkan..

Alhamdulillah!

Bertarikh 5 Mac 2011, nama saya tersenarai sebagai lima pelajar cemerlang sekolah. Saya dihadiahkan sekeping kad jemputan untuk menghadiri special award assembly bersama lebih 286 pelajar paling cemerlang di sekolah. Dalam 286 pelajar itu, Alhamdulillah syukur dipanjatkan, saya terpilih sebagai pelajar cemerlang yang tidak pernah direkodkan sebarang negatif.

Hadiah pelajar cemerlang dianugerahkan. Dua hari sebelumnya, saya terpilih sebagai pelajar cemerlang minggu itu dengan hadiah sebuah novel.

Pada hari Jumaat, 25 Mac 2011, saya diberitahu Ummi bahawa berita mengenai saya memperoleh special award tersebut tersiar dalam surat khabar hari itu.

Baca berita itu secara online di SINI.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang menganugerahkan kejayaan ini.

Kelak, ia akan menjadi satu kenangan yang tak akan mampu dilupakan. Saya terharu, betapa baiknya DIA.

Kejarlah cita-cita. Sementara masih diberi peluang sebelum melangkah untuk menjadi lebih dewasa. Kelak, ketika saya melangkah ke alam pekerjaan, saya pasti akan merindui semua kenangan indah di usia mentah. Namun, belajar itu tak pernah berhenti. Walau ketika berpijak pada dunia kerjaya, masih banyak pelajaran dan ilmu yang harus dikutip demi meneguhkan kedudukan di persada dunia.

Ketika saya tersenyum menyentuh helaian akhbar Herald Post ini, saya dikejutkan dengan e-mel seorang sahabat saya di Malaysia yang kecewa dengan cinta.

Sambil itu, saya membaca blog seorang ukhti yang juga seorang pengunjung blog saya, mungkin tua beberapa tahun dari saya. Kebanyakan artikel di blognya sarat dengan peringatan tentang cinta remaja.

Saya faham, sangat faham mengapa remaja yang mendamba redhaNya tak terhenti-henti mengingatkan semua akan cinta. Begitu ramai remaja di luar sana hanyut semata-mata kerana cinta. Walhal, jika ada jodoh ianya takkan ke mana. Biarlah soal jodoh itu Allah tentukan bila sampai masanya. Janganlah ketepikan pelajaran semata-mata kerana kasih seorang yang bernama lelaki. Persiapkanlah diri kita dengan menjadi seorang muslimah solehah kerana wanita solehah tetap pilihan setiap lelaki yang beriman.

Kejar cita-cita. Buat perancangan dan strategi yang berpijak di bumi nyata. Bukan khayalan semata. Kerana ianya berbeza. Sangat berbeza!

Selepas akhbar mengenai award saya itu tersiar, saya menyedari Hannah dan beberapa sahabat saya yang lain menjauhkan diri dari saya. Apatah lagi dengan gold star badge yang dikenakan saya sebagai tanda pelajar cemerlang, saya semakin menyedari bahawa saya perlu berbuat sesuatu untuk tidak mengeruhkan keadaan.

Saya pasrah dengan ujian yang diberikanNya. Namun, pasrah dan menyerah kalah itu berbeza. Pada hari Isnin, saya ke sekolah dengan senyuman mesra buat Hannah. Keychain yang bertulis 'Bestfriend Forever' dan kad ucapan terima kasih kerana sudi menjadi teman saya dihadiahkan buatnya. Saya melihat riak gembira tidak terkira terukir di wajah Hannah. Sepanjang hari dia menunjukkan hadiah dan kad yang dihadiahkan saya itu buat semua. Kami bersahabat lebih rapat selepas itu. Tidak lagi menjauhkan diri seperti sebelumnya.

Menyedari kejayaan saya itu punca jurang antara teman-teman saya, saya menanggalkan gold star badge yang menandakan pelajar cemerlang itu lalu disimpan di dalam poket. Tidak mengapa, kejayaan yang satu itu sudah cukup membuatkan saya gembira. Saya tidak mahu nama dijulang. Biarlah saya kelihatan seperti pelajar biasa, tetapi ia dinilai di sisi Allah.

Selepasnya, hubungan saya dengan teman-teman menjadi lebih baik. Mrs Taylor, Head of year 8 bertemu dengan saya, bertanya mengapa saya tidak mengenakan gold star badge itu, saya mengatakan kerana saya tidak mahu menunjuk tanpa memberitahu perihal sahabat-sahabat saya.

Itulah bezanya pasrah dan menyerah. Benar, serahkan segalanya kepada Allah, tetapi berusahalah sehingga berjaya menggapai bintang yang lebih tinggi.

Insyaallah, ada hari, waktu dan saat, saya akan coretkan lagi perjalanan kehidupan seorang pelajar di perantauan. Penuh perbezaan, cabaran dan ujian dalam membuat pilihan. Apatah lagi kini hidup saya terasing dari mana-mana orang melayu yang biasanya dihuni ramai mereka di Bowburn. Sebaliknya di Darlington, sayalah satu-satunya pelajar melayu di sekolah.

Mungkin ramai yang meyarankan untuk 'solehah' di rumah dan 'solehah palsu' di sekolah. Di sinilah ujian dalam membuat pilihan. Doakan saya, moga-moga terpelihara dari duri-duri syaitan yang tidak membawa erti apa-apa.

Moga bertemu lagi di lain hari, waktu dan saat. Insyaallah.


DEDICATED students have been acknowledged for their success at a special reward assembly
.Baca berita itu di Gazettelive

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membantu agama Allah, nescaya Dia akan membantu kamu (mencapai kemenangan) dan mengukuhkan tapak pendirian kamu."(Muhammad:7)

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah

Comments

bidadari besi said…
salam sayang dik...(^_^)

subhanallah...akak tumpang gembira dengan kejayaan yang kamu capai ini...(",)

moga ia menjadi satu paradiqma untuk terus maju kehadapan. akak doakan moga kamu terus berjaya di dunia dan akhirat.

~Mulianya kita kerna Islam~ (^_^)
Macedonia said…
Tahniah ^_^.

Harap kita sama-sama dapat perbaiki diri, sebagai hamba, anak,sahabat dan pelajar...

Be the best ^_^ ^_^ ^_^ Bye
Salam buat semua,

Ukhti Asma:

Alhamdulillah! Pujian menjulang tinggi buat Ilahi. Terima kasih buat ukhti, kerana ukhti juga yang perantara dalam membangkitkan semangat saya. Alhamdulillah, Allah yang mampu membalas.Insyaallah, dan saya sangat setuju. Kita mulia kerana Islam :)

Macedonia, syukran wa alhamdulillah :) moga bahagia bersama redhaNya~
salam,iffah sayang.
mabruk alayki ya ukhti! :')
terus mendoakan di kejauhan moga Allah kurniakan yang TERBAIK untuk iffah di sana. luv u dear!
laniaz_ said…
Your thinking is so much mature compared to any other teenagers i know. In fact i know several university students who are more childish than you.

Banyak membaca ke? Kawan dengan orang lebih dewasa? ke didikan parent?
Kak Hajar,

Kak Hajarku sayang, kalau sayang saya pun, periksa buat leklok k, rehat sikit.. nie sampai sakit.. eventhough saya cakap ni tak serupa bikin, saya pun dua minggu batuk-batuk macam nenek tua ni.. ish.. dah tua dah :P
Terima kasih,ni nak periksa geography ni.. Doakan ya! <3

laniaz,
Banyak membaca-yes! Novel dan majalah tak kira jenis. Cuma bab-bab kahwin yang malas nak baca. Takut cepat tua :P.
Sebenarnya 3 tahun berada di Tahfiz lepastu pindah ke sekolah kampung kebangsaan secara mengejut memberikan saya banyak pengalaman. Pengelaman menjadi AJK Pers. Agama Islam, and lain2 lah. Waktu di sek keb dalam masa setahun sahaja effect cara perbualan saya. Saya tak kuat untuk kekalkan jati diri seorang muslim. Alhamdulillah sebelum jadi lebih teruk, Ummi hantar balik sekolah agama. Waktu tu;ah merenung balik semua yang lepas. Alhamdulillah, lebih matang :)
Aini said…
As Salam,
Tahniah buat adik Iffah. Aunty memang speechless sangat. Tu yang selalu jadik silent reader jer tu but whatever it is, you never fail to amaze me and dengan penulisan adik Iffah sedikit sebanyak memberi kesedaran pada Aunty sendiri.

"If you desire Allah to be persistent in granting the thing you love, be persistent in doing the things He loves." [Imam Ahmad Ibn Hanbal]

Terima kasih.
ateh bie said…
salam iffah..

tahniah dik...suka jawapan2 iffah di atas...

teringat iffah tiba2 sebab baru semalam ummi fatimah tanya...
fatimah x tanya khabar iffah?
iffah apa khabar?
iffah sihat...
imannya?
maaf,maksud ayat ummi fatimah ialah bagaimana dugaan iman di sana?

tapi meneliti yang iffah satu2nya pelajar melayu + muslim di sana..kami semua sangat yakin dan berdoa iman iffah semakin hari tidak dapat digugat walauapa pun dugaan..insya Allah

mungkin yang disini yg lebih kami risaukan..mohon doa dan dorongan iffah ya...terima kasih dik..
Auntie Aini,
Salam sayang kembali,
Oh tak ape. Saya pun sekarang ni jarang menegur sahabat blogger. Letih balik sekolah, ulangkaji etc etc. Baca and ziarah pun boleh kira dengan jari je. Hmm, tak istiqamah nampaknya saya ni.

Iya, sangat setuju dengan auntie.. Jika ingin disayangi kita juga harus menyayangi..

Ateh..

Subhanallah, lamanya tak sembang and leave comment dekat blog ateh. ye lah, ateh kurung sayang kat luar tak bagi masuk blog ateh kan... hehe..

Na'am, kita hidup di dunia dengan membayarnya dengan ujian. Ujian kita sentiasa bertapiskan pilihan. Di sini, identiti saya membantu saya membuat pilihan. Dah terang-terang mereka kafir. Buat apa nak ikut? Sedang di Malaysia, ada muslim yang bercinta sebelum nikah, ada muslim yang menagih dadah, ada muslim yang mengabaikan Allah. Na'uzubillah.. Moga-moga semua kita mampu menghadapi ujian dalam membuat pilihan.

Kirim salam buat Fatimah, Umminya dan semua, ya. :)

Popular Posts