MEHNAH DI BUMI UK(Bahagian5:Akhir)

Saya cuba membalas komen di facebook dengan pantas. Tiada masa untuk duduk tenggelam bersama kemanisan berbicara sesama manusia. 

Begitu banyak matapelajaran yang perlu diulangkaji. Kedudukan saya di kelas tertinggi sentiasa menagih tenaga yang masih bersisa untuk menelaah pelajaran.

Adakalanya, saya dihimpit kemalasan yang teramat, tertekan dengan keadaan. Namun, satu malam yang cerah dengan hidayah sentiasa membuatkan saya bersemangat untuk berjuang dalam gelumang seorang pelajar. Malam itu, sentiasa menaikkan semangat saya untuk terus belajar dan terus belajar. Tanpa saya sedari, semangat itulah yang membawa seribu erti dalam menggapai bintang di pentas kehidupan ini.

MALAM YANG CERAH BERSAMA HIDAYAH

Di atas katil, saya duduk bersimpuh dalam memegang hati yang lara. Tiga bulan pertama saya di sini, saya tak mampu menyerasikan diri dengan keadaan yang jauh berbeza. Di Malaysia seberat mana pun orang menghina, saya tetap punya kedudukan sebagai pengawas dan mereka juga hanya dapat menghina dengan perkataan yang amat 'terhad'. Itupun kerana mereka tahu saya dapat bertolak ansur.Sementara di sini, yang dapat saya lakukan hanya bersabar walaupun saya mempunyai hak untuk membawa perkara seperti ini kepada pihak sekolah. Namun, saya memilih untuk terus bersabar dan sedikit sebanyak ia menjejaskan semangat saya untuk belajar di perantauan.

Di Malaysia, keletihan saya dalam sehari-hari tidak pernah menghentikan usaha saya. Kerana saya begitu yakin di hujungnya adalah deretan A di dalam keputusan peperiksaan dan pahala yang berganda kerana membantu agamaNya. Itulah harapan yang saya sematkan jauh di dalam hati. Pelajar yang ingin berjaya dan ingin bekerjaya pastinya mengharapkan kegemilangan yang menjulang tingginya, dan saya adalah salah seorang yang mengimpikan keadaan seperti itu.

Di waktu itu, saya tidak terhenti-henti membandingkan keadaan saya di Malaysia dan di bumi UK ini. Jauh di tengah malam yang kelam, saya menangis  bersama semangat yang hilang.
                                                                        **************
Saya bangkit dari tidur bersama nafas yang tersesak-sesak. Ketakutan menjengah, andai apa yang saya mimpi itu adalah realiti. Saya melihat sekeliling bilik saya, fahamlah saya bahawa saya hanya bermimpi.



Namun, hati saya dihambat seribu persoalan. Tiba-tiba terbayang esakan yang pernah saya tangiskan kerana tidak tahan degan keadaan di sini. Saya mengira hikmah di sebalik semuanya dan kaitan dengan mimpi saya. Fahamlah, bahawa saya sudah tersilap langkah.
                                                    **************
Di tengah gua yang gelap, saya menangis ketakutan diikuti tangisan teman-teman yang lain. Kedengaran riuh suara peluru mencari mangsa. Sementara kami semua tidak terhenti-henti menangis dan memohon belas simpati dari Pencipta. Hati kami memberontak geram atas semua umat islam, kalian tidak fikirkah keadaan kami di sini?!

Tiba-tiba terdengar seorang guru kami berkata,"Ayuh pulang ke khemah. Insyaallah sekarang kita dah boleh keluar." Di waktu itu kami memeluknya dengan tangisan. Dia bagaikan terharu. Kami melangkah pulang ke khemah dan tidur walau dalam kengerian yang berganda-ganda.

Paginya, saya bangun dan pergi ke sekolah. Dua minit saya terlewat ke kelas kerana berjalan begitu perlahan. Sampai sahaja ke kelas, saya dimarahi guru dan dirotan di tapak tangan. Di situ, saya menghamburkan lagi tangisan, usahlah hati sakit dihimpit derita kehilangan keluarga, apatah lagi kini saya dimarahi guru yang disayangi.

Habis sesi persekolahan, guru saya memanggil saya. Di situ, dia mengusap hati ini dengan kata-kata sarat motivasi:

"Iffah, dua minit kamu terlambat, akan berganda-gandalah lebih panjang waktu kita dihimpit derita seperti ini. Lebih lamalah orang Yahudi akan mencari kita dengan peluru dan senjata untuk menyedut nyawa. Kita kini kurang ilmu, Iffah. Sesaat kamu lambat ke sekolah, seratus tahun kita akan tetap bergelumang dengan keadaan seperti ini. Hanya ilmu dan iman yang mampu menyelamatkan kita. Belajarlah sayang, berjuanglah, jangan bersikap lewa, ingat, sesaat lewat, seribu tahun menderita, setitis ilmu dibazirkan, beratus tahun kita akan dipijak bersama lumuran darah dan derita. Belajarlah, carilah ilmu, kalahkan mereka, Islam pasti menang."
                                                       **************
Mimpi yang satu itu banyak menyedarkan saya. Apa lagi yang kau tunggu wahai diri! Ceduklah ilmu sehabisnya. Kita kurang ILMU. Di sinilah dikau akan belajar apa yang mereka belajar. Peluang inilah yang peluang yang ditunggu untuk mengalahkan mereka sehabisnya. Umat islam kekurangan ilmu, iman dan amal. Saya sedar akan masa yang telah saya bazirkan dengan tangisan. Mulai saat itu, saya berazam untuk terus tersenyum dan terus berjuang................


Demi ISLAM.

KEJAYAAN YANG MENJULANG

Tiga minggu kebelakangan ini, kejayaan tidak terhenti-henti singgah di tepi jalan kehidupan. Di hadapan 286 pelajar cemerlang di Haughton School, saya menangis terharu atas kejayaan yang menjulang. Walau penat berharap di hujungnya adalah kejayaan, namun saya tidak pernah menjangka perancanganNya yang mengatasi segalanya. Pulang ke rumah saya tidak terus memberitahu Ummi dan Ayah, sebaliknya menyimpan rahsia sebagai kejutan buat kedua ibu dan bapa. Dua hari selepasnya, Ummi mencium saya disertai dengan pelukan seorang ibu...

Bangga.

Jari saya menggeletar. Tak mampu untuk menulis dalam perasaan yang bercampur baur. Maka, saya menangguhkan catatan saya untuk menulis mengenai kejayaan yang terbaru ini. Tunggulah ya, tak boleh tergesa-gesa (^_^)

Untuk itu, saya hanya akan menulis kejayaan yang pertama (^_^) untuk entri kali ini.

HIKMAH SEMUANYA

Selesai program, saya berjalan-jalan sahaja bersama sahabat sebaya, Najwa panggilannya.

Saya menghadairi Kem Mithali yang diadakan di Lake District, ayah dijemput sebagai penceramah untuk orang dewasa. Saya hanya menumpang. Saya menyertai aktiviti-aktiviti keluarga yang diadakan. Ketawa berderai setiap kali permainan demi permainan dijalankan. Aktiviti terakhir adalah menghias buah, letihnya... Budak-budak laki hancurkan semuanya pastu tinggal kat kami! :(

Selesai menghias, saya terbaring di dalam bilik keletihan. Petang nanti ada aktiviti lagi. Saya sebenarnya tak diwajibkan pun untuk masuk, sebab saya anak penceramah. Rilek je lah (^_^)

Takda alasan! Menganggur pintu kehancuran. Saya pergi jua. Namun, permainan itu semuanya hanya permainan kanak-kanak. Saya dan dua lagi 'budak' perempuan hanya mundar mandir. Kerana majoriti adalah 'budak kecik' dan pelajar lelaki. Yang lelaki main bola sepak, yang budak-budak main mainan budak-budaklah. Kami tiga orang tatau nak buat apa. Saya hanya duduk di pinggir tasik. Kerusi duduk yang disediakan dipilih untuk diambil tempat. Saya bagaikan berhadapan dengan keindahan alam. Bagaikan pantai. Air beralun-alun memukul pinggirnya. Angin bertiup lembut membelai muka. Garisan tudung yang dikenakan saya juga menari-nari di sisi.

Pohon-pohon tidak berdaun, taman yang menghijau, air tasik yang berjiwa ombak, langit yang membiru dipersembahkan di hadapan mata. Saya mengira, kasihan mereka yang buta. Tidak dapat melihat dunia seisinya. Teringat kata-kata guru saya "Orang buta ni biasanya hatinya cerah." Mahal sekali harga yang terpaksa mereka bayar untuk kecerahan hati.

Keindahan alam ini mengusap-ngusap cinta di hati. Membelai iman, menusuk ketaqwaan. Saya mula mengira, menghitung hari saya berada di sini. Mac 2011, sudah mula menampakkan cahayanya. Bererti, setahun setengah sudah saya bermastautin di sini. Pahit manis perjuangan, pengabdian kepada Tuhan, tersilap langkah dalam meniti kehidupan, semuanya tersimpan dalam lipatan kenangan.

Saya menelusuri batu-batu besar yang tersedia di pinggir tasik. Duduk di atasnya. Pandangan dilemparkan sejauh-jauhnya.

Seminggu, hari-hari itu dipenuhi dengan ujian yang sarat dengan pengajaran. Bermula dengan hari pertama, hari kedua, hari ketiga dan penyelesaiannya. Walaupun kekuatan jatuh satu persatu menitik ke bumi. Namun pengajaran satu persatu menambah ilmu di dada ini. Sekaligus, membina semula empayar iman yang lebih hakiki. Keyakinan kini menjadi lebih mantap. Apatah lagi, sebaik sahaja saya tamat minggu persekolahan, saya menyertai Kem Mithali ini. Jiwa terasa segar bugar dengan iman.

"Challenges of being a muslim teenager." adalah aktiviti pertama. Menyedarkan saya bahawa berada di perantauan mestilah mempunyai banyak pengalaman. Namun, ianya berbayar dengan cubaan. Jika hanya berpijak di bumi Barat lalu mengutip sahaja apa yang dilihat, mana mungkin ianya menjadi sesuatu yang bermakna.

Mengenangkan apa yang terjadi pada mulanya, saya mempelajari banyak hikmah di sebalik itu.

Jika saya berada di dalam kelas yang penuh dengan pelajar nakal, maka jadilah saya pelajar yang baik. Jika mereka mereka pelajar perempuan semuanya adalah yang bersosial, maka jadilah saya yang mahal. Jika mereka semuanya tidak mahu mengambil peperiksaan, maka jadilah saya seorang yang mudah menerima. Jika mereka semuanya adalah yang menyakiti hati guru yang mengajar, maka jadilah saya seorang pelajar yang disenangi guru.

Jika kelas itu mempunyai pengaruh yang kuat, maka terlatihlah hati saya untuk menjadi iman yang terkuat. Jika 'air' pengaruhnya masin, maka jadilah 'ikan' hati saya tetap tawar, tidak pernah dipengaruhi 'air' tadi. Biar pengaruh 'air' tadi adalah laut yang terbentang, namun 'tubuh ikan' ini tetap berjuang. Mempertahankan 'perasa' sebenar di dalam diri. Insyaallah, kita akan sentiasa menjadi diri sendiri.

Minda saya menerawang ke arah samudera kehidupan. Gemersik rindu meyinggah kalbu. Rindu pada Rasulullah SAW tercinta. Kolam air mata bergenang. Kecilnya pengorbananku.

Turjahan batu dibalas kalungan doa. Selerakan najis dibalas budi. Cacian maki dibalas kuntuman senyum. Segala tohmahan tak mampu menggugah kesabaran seorang Nabi. Beruntai kagum terhadap ketokohan Rasulullah mengukir senyum di bibir ini.

Saya terfikir pada hari kedua. Menang dan kalah adat perlawanan. Begitu juga diterima dan ditolak. Semuanya suka duka, asam dan garam dalam titian kehidupan.

Jika saya bukan salah seorang pemain bola jaring pada perlawanan tersebut, kekalahan sekolah saya takkan diletakkan di atas bahu saya (^_^) hehe..

Andai waktu saya tidak bersulamkan aktiviti menyegarkan tubuh dengan riadah seperti itu, maka saya punya masa untuk beriadah dengan mendirikan solat. Beribadat adalah kunci pertama yang perlu dihulurkan. Insyaallah, ianya pasti lebih bermakna dari kejayaan bersama manusia. Kejayaan ini mengalahkan usaha dari syaitan, mengalahkan kuasa permata keduniaan, seterusnya meluangkan masa untuk berdua-duaan dengan TUHAN.

Saya tersenyum. Ya ALLAH, apa Engkau rindu dengan rintihanku?

Maka dengan diambil sedikit masa yang biasa saya luangkan dengan bola jaring, diganti dengan hiba tangisan cinta terhadapNya.

Saya menyulam lagi hikmah sebenar yang tersirat. Desiran angin membelai jiwa. Gugahan rasa cinta pada caraNya berbicara menghiasi dunia. Alam terbentang di hadapan menjelaskan lagi destinasi saya di hadapan.

Renungan saya menjenguk hari ketiga. Ujian fitnah membuatkan rasa letih dan penat mampu dikalahkan dengan keluh kesah akan ujian yang berat. Pada malamnya, saya punya kekuatan untuk meluahkan segalanya padaNya. Curahan air mata mengubati hati sehebat-hebatnya. Ketenangan membelai-belai jiwa insan lemah dan kerdil di hadapan ALLAH. Dahi bertemu dengan sejadah cinta. Terasa jiwa tenang menari-nari. Tiada resah yang menggila. Yang ada hanyalah senyuman memanjang.

"Terima kasih YA ALLAH.."

Hikmah ujian membuatkan saya lebih pasrah dengan ketentuan. Takdir TUHAN menentukan hati ini lebih istiqamah dengan nilai perjuangan. Terima Kasih TUHAN!

Tak mampu dihitung hikmah semuanya. ALLAH Maha Berkuasa.

MEHNAH DI BUMI UK!

"Assalamualaikum.. Iffah ke?"

Sapa seorang wanita yang berjubah longgar dan bertudung labuh. Rasa cemburu menyelinap segenap ruang hati. Cemburulah dengan orang beriman!

"Ha'ah.."

"AlhamdulILLAH, jumpa juga kita.." Serentak kami berdua katakannya. Kami berpelukan erat bagai tak mahu dilepaskan.

Ya, itulah Auntie Aslina. Dialah si dia yang saya tunggu-tunggu untuk bertemu. Berkenalan di blogger, sementara ayah saya dan suaminya sudah berjumpa. Rasa gembira kerana sebelumnya bicara kami hanya di alam maya. Alam maya dijadikan medium untuknya berdakwah. Saya cemburu. Sangat cemburu.

Cemburulah dengan orang yang beriman!

Hati saya tenggelam dalam samudera perjuangan. Pernah saya terkapai-kapai di tengah lautan kehidupan. Namun iman menyelamatkan. Saya tersenyum. Seorang da'ie mesti menerima setiap fitnah dilemparkan.  Saya semakin yakin dengan suara dan azam seorang da'ie. Mengenangkan hakikat sebenar kehidupan.

Linangan air mata menuruni membasahi iman. Insaf tidak terkata. Ikhlas mempelajari erti sebenar perjuangan. Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis. Dunia itu manis dengan harta, cinta manusia yang dusta,maksiat tanpa sekelumit takut kepadaNya kerana di akhirnya adalah lubang neraka.

Saya tersenyum lagi mengenangkan sesuatu yang berharga.

I asked for strength,
ALLAH give me difficulties to make me strong.

I asked for wisdom,
ALLAH give me problems to solve.

I asked for courage,
ALLAH give me obstacles to overcome.

I asked for love,
ALLAH give me troubled people to help.

I asked for favors,
ALLAH give me oppurtunities.

Maybe I received nothing I wanted
But I received everything I needed!

Saya gembira. Saya juga memahami, ALLAH menghadiahkan ujian yang beterusan kerana..

DIA rindukan sendu rintihan hambaNya!

Hati saya hiba bercampur gembira. Tidak lagi sedih dengan ujianNya. Kerana saya yakin dengan pesan Auntie Aisyah;

"Adakalanya kita sedang menghampiri kejayaan tetapi kita sendiri tidak mengetahuinya.."

Saya memejam mata. Berdoa. Apakah kejayaan untukku untuk semua ini ya TUHAN?

Ummi mengetuk pintu bilik lalu masuk dengan  sepucuk surat dari sekolah. Saya berdebar. Ya ALLAH, apa salah aku buat ya ALLAH???

Perlahan saya membukanya..


SubhanALLAH!

Saya melonjak gembira. Ummi juga tidak ketinggalan, menghulur hadiah buat saya. Terukir senyum bangganya.

Esoknya, saya menjadi lebih ceria. Lebih yakin. Lebih kuat. Lebih berani!

"Kakak punye aje!" Kedengaran suara Kak Chik mendengus. Saya pergi menghampiri.

"Ade ape ni..." Tanya saya.

"Tahniah kakak. Ni ade lagi surat dari sekolah. " Kata Ummi.

Saya mengambil dan membaca. Pujian syukur mencariNya.

Ya ALLAH, kini aku terasa bahawa apa yang aku korbankan terlalu kecil untuk semua ini..



Seketika kemudian, Ummi tersenyum sambil menghulur lagi.

"Ada lagi kakak.."

Saya membaca lagi. Ternyum lebar hingga lenguh pula otot senyum ku ini.. (^_^)


Ha.. Kan saya budak baek (^_^) gurau je lah!

Tiada ayat ataupun lukisan yang mampu menyatakan perasaan sebenar ini. Terlalu unik. Terlalu gembira. Andaikan sebelum ini saya tidak merasa susah tentu kejayaan seperti ini tidak membawa erti apa-apa untuk saya.

Kini, sesi persekolahan sudahpun menjelma.

Minggu pertama, saya beroleh sesuatu.

Minggu kedua, saya mempunyai sesuatu, satu dalam seribu.....

Nantikan apa yang saya peroleh dalam artikel yang akan datang : PASRAH DAN MENYERAH KALAH ITU BERBEZA



"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah: 45) 

*Tamat

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...



Comments

Popular Posts