Muqaddimah

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, Pemurahnya DIA dengan izinNya mempunyai kesempatan untuk menulis pada masanya. Namun, komitmen sebagai pelajar Year 10 mungkin menyebabkan keperluan meluangkan masa untuk pelajaran lebih utama buat seketika. Afwan andai jarang menulis. Moga bermanfaat apa yang ada :)

Thursday, 28 April 2011

............PERGI YANG TAK PASTI............

Buntu.

Bukan meniru, tetapi ia memang berlaku.

Bukan meniru artikel terbaru iqbalsyarie. Bahkan berbeza. Dia 'pergi' kerana mencari teman yang sejati. Tetapi tidak saya. Bukan meniru...Tetapi memang perasaan dihantui oleh kata-kata si dia yang saya hormati, dan sayangi... Tapi mungkin dia tidak tahu. Mungkin dia tahu tapi ianya samar di celah-celah cacat dan silap saya.

Tak ada yang tahu mengapa, siapa dan apa yang dikatanya, melainkan saya, dia dan Allah.

Jika kritikan yang selama ini saya terima sering tiada tetapi ada, tidak pernah menggugat perasaan saya untuk terus menulis mengasah pedang masa hadapan yang sudah tersedia di hadapan mata.

Seolah-olah, sudah jelas siapa saya di waktu hadapan.

Tetapi ianya bertentangan dengan ketentuan Allah.

Saya tidak tahu. I haven't got a clue what will happen in the future. I'm not God, I'm not the one who is perfect. I'm not The Prophet, I'm nobody and have nothing to say to those who are a lot solehah(?) than me. Mungkin dia tak tahu yang saya betul-betul terasa and it affected my ambition too. It affected me, and now I'm wondering if it's alright to continue my writing in this blog, and yes, I'm thinking to stop everytime I think about her saying, maybe it is strong enough to stop me.

Kalau ada yang cakap,"Berlagak alim." or anything like that, I won't bother. Tapi bila ada yang libatkan syurga neraka, plus about who I am and who I'm going to be, it can actually kill my inspiration. I don't know why, because if it come from a friend, or even someone who I really respect like her, and him and him and her, I might think that quotation is nothing.

Tapi.. Ini datang dari seorang yang sangat penting. And before this pun memang dia ada cakap tapi saya cuma anggap itu satu bentuk peningkatan diri dan disebabkan itulah buat saya kuat tapi kali ni, saya rasa lain. Mungkin petunjuk bahawa saya perlu berhenti?

By the way, saya betul-betul terasa dan perasaan ini terasa lain. Tak tahu kenapa tetapi terasa lebih sakit dari sewaktu kena fitnah(please janganlah berprasangka) dan dia percaya pada fitnah tu dulu. In the morning I woke up I can smile perfectly and I thought,"Okay... Saya kuat. Itu cuma ujian." but again, benda yang sama berlaku dan saya tak tahu sama ada ianya ujian, atau petanda bahawa saya tak layak untuk meneruskan tinta di blog ini lagi.

Kerana itu, saya mohon untuk berhenti. I'm not sure if it's a break, or the end of everything. Apatah lagi bila tegok respon orang-orang sekeliling saya, I think dia(?) iss right. I read all the things I've written in my blog and facebook(my wall). Mungkin dia betul, and saya tak layak untuk tulis semua itu and if I become a normal teenager like all people who emailed me it will be the best thing to do but again, sounded so like seorang yang nak berputus asa. Walhal, saya dah berpegang tiada istilah putus asa dalam kamus hidup seorang mukmin.

Saya baru ingat nak tulis, dalam diri seorang muslim itu ada iman. Dan iman itu adakalanya tegar dan adakalanya mendatar and maybe right now iman saya tengah mendatar tapi bila fikir balik, saya tak layak untuk tulis semua tu.

Jangan tanya, powerful sangat ke ayat dia  tu? Atau lemah sangat ke saya ni? I tried to be strong and right now I'm okay cuma bila fikir balik mungkin saya perlu baiki diri dulu until I reach tahap yang si dia nak sangat tu baru boleh teruskan menulis. I might be wrong in your eyes somehow.

Alright, kalau si dia terbaca mungkin saya akan lemah and lemah and lemah lagi. Tapi saya sayangkan dunia blog ni. Saya baca semula artikel saya yang pertama, Kerana Katamu Ianya Mempesona yang bila saya baca balik saya akan ketawa kerana my english waktu tu masih di tahap rendah walaupun English dalam set 2. Plus bila baca balik artikel selepas itu Lembutmu Mempengaruhi Pekerti I smiled again because the quality of my writing yang mengelirukan. Actually, banyak sangat kenangan!

And by the time saya nak berhenti menulis satu ketika dulu pun, saya dihalang oleh those ukhti yang saya sayangi, so I continued... Dan kali ni betul-betul terfikir kata-kata dia. Maybe dia(tak guna english sebab nanti dapat clue dia lelaki ke perempuan) was being aggressive to her words? And so she was being like most people, saying before thinking?

Tapi bila fikir balik, betullah yang dia kata tu. I'm not the one who supposed to write all these posts if you get me, banyak lagi benda yang saya kena tarbiyah diri sendiri. Simpan kata-kata yang nak ditulis tu untuk belasah hati sendiri. Walaupun kadangkala menulis tu membuatkan saya ingatkan diri sendiri tapi, kalau dia tak suka, apa maknanya?

Sudahla tu nanti jadinya orang kata menunjuk, nak pergi pergi je lah or anything like that. Bukan bersangka buruk kerana saya tahu majority yang  follow blog ni yang baik-baik dan ingatkan diri saya juga tapi, if it's not the end of everything, jumpa lagi di lain hari waktu dan saat.

Selasa bermulanya kembara seorang pelajar semula. Cuma hati saya hambar, tak bersemangat lagi dan cita-cta yang dulunya berapi kini malap dan sepi. Rasa macam inspiration yang dulu tu, macam terbunuh. Bukan merajuk, cuma everything is affected and lebih teruk saya takut saya sendiri akan fikir everyone would like me to 'go'. So, before saya melalut or 'berdakwah yang tak patut' lebih teruk, baik saya berhenti.

Mungkin bukan putus asa, mungkin sekadar mencari jawapan atau ketenangan. Dan jawapan dan ketenangan itulah penentuan samada, blog ini akan berlanjutan dengan pertemuan kita dengan artikel-artikel lain atau, hanya sekadar, lambaian yang tak pasti.

Hanya kepada Allah lah, kita berserah.

Dan hanya kepada Dia selayaknya kita mohon pertolongan......................................

Mungkin, juga inilah salah satu titik dalam kehidupan yang bertemakan tajuk blog ini, iaitu mencari dan terus mencari damai yang hilang.

Saya tak mahu tulis "Mencari Dan Terus...." dan "Jumpa La.." Yang biasanya saya tulis setiap kali akhir  artikel kerana sesungguhnya semuanya sangat kabur dan tidak pasti. Biarlah masa menetukan.

Akhirnya, jika ianya akhir kepada setiap yang dituliskan oleh pena penulisan, terima kasih atas semua komen, dorongan oleh pembaca, maaf atas segalanya.

Jika ia sekadar perhentian di tengah jalan musafir seorang pengembara, segala teguran untuk artikel yang lepas dalam usaha pembaikan pengislahan diri amat dialukan.



Mungkin terakhir, mungkin perhentian di tengah musafir,

Iffah, 28 April 2011

Tuesday, 26 April 2011

SANTAI : SOLATLAH WAHAI UMMAT!

Alhamdulillah. Pulang dari Kem Solat.

Banyak ilmu diperoleh. Kebanyakannya pemerhatian terhadap didikan agama anak-anak kini.

Asalnya hadir sebagai peserta, kemudiannya diminta oleh Auntie Hanani untuk menjadi fasilitator program memandangkan peserta terdiri daripada kanak-kanak ribena yang masih samar-samar akan ilmu solat.

Sambil menerangkan tujuan bersolat, saya bangga dengan terapan didikan yang ditanamkan oleh guru-guru di sini. Mereka yang kita dakwa kafir, dan untuk sesetengah yang kurang mengerti mengatakan mereka mungkin meracun pemikiran anak-anak itulah yang mendidik budaya bertanya dan berfikir dalam minda pelajar-pelajar.

Mereka mendengar dan bertanya, saya bangga dengan mereka!

Sedang menerangkan tujuan dan fadhilat solat
Suka dengan jawapan adik-adik ni...

Saya : Kenapa kita solat?

-Sebab kita nak sembah Allah!
-Sebab Allah Tuhan kita!
-Sebab Allah suruh la!
-Sebab kalau tak buat dosa!
-Sebab kita nak bersenam!

Suka dengan ayat yang terakhir itu, itu antara fadhilat(kebaikan) bersolat.

Sambil mengisi borang 'ujian' pergerakan(praktikal) dan bacaan solat mereka yang berumur 9 tahun ke atas, saya meninggalkan komen untuk ditatap sekilas.

Sebelum itu, saya memerhati 'result' semua mereka secara majoriti.

Untuk yang 10 tahun ke atas, bacaan Al-Fatihah mereka memang mencerminkan didikan ibubapa. Bacaan wajib yang satu ini diperdengarkan dan saya dapat lihat, kesemua adik-adik dan mungkin 'abang' yang saya test ini tidak ada yang memperoleh markah kurang dari 4 iaitu markah yang paling tinggi. Tidak ada teguran! Tahniah buat ibubapa yang mendidik!

Cuma, seperti yang saya kata, mungkin latihan membaca Al-Fatihah itu ditekankan sehingga, bacaan sujud dan ruku' mereka tak tahu. Seimbangkanlah!

Pada akhirnya, saya mengambil keputusan untuk tidak test bacaan doa Qunut, kerana semua mereka tidak tahu dan saya kesuntukan masa untuk mengajar!

Begitu juga bacaan doa 'iftitah, majoriti tak tahu!

Serasa saya yang berumur 12 ke atas sendiri saya percaya, mereka tidak dibiasakan untuk mempelajari bacaan yang sunat. Menyebabkan solat yang dikerjakan dipenuhi amal yang wajib.  Sempurnakanlah solatmu wahai adik(Er, ada yang lebih tua dari saya ni!), dengan amalan sunat itu akan membawa kalian ke satu alam yang lebih lapang dan tenang...

Terima kasih atas bantuan yang diberi oleh Zakirah(bertudung hitam), sahabat yang tua dua tahun dari saya. Juga buat fasi Misha(bertudung light purple), seorang ustazah dan ibu yang membantu saya 'mendiamkan' adik-adik. :)
Solat itu tiang agama. Bagi yang mempunyai facebook boleh baca cerpen yang saya tulis sewaktu seorang teman saya, orang putih meminta untuk turut solat bersama dengan saya. Kagum katanya betapa praktikal dan mudah agama Islam, dia melihat saya bertayamum sewaktu tiada air dapat digunakan, solat di dalam bas, dan menqasarkan solat. Semoga cahaya hidayah menyimbah hidupnya di masa hadapan.

Solat, umpama panggilan seorang Kekasih untuk menghadapNya. Jika berdoa dengan rayuan manja dari seorang hamba dengan Tuhannya secara bersungguh-sungguh, insyaallah akan ditemui ketenangan dan nikmat yang tidak terkira dirasakan. Di situ, akan meresaplah embun cinta yang maha hebat terhadap Cinta Pertama kita. Siapa tidak mahu bercinta?

Cintakan manusia memang begitu akak. Persiapkanlah diri dengan menjadi mutiara solehah. Jodoh itu Allah tentukan dan sampai masanya, ia tak akan lari. Allah sudah berpesan,"Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.

Jika wanita itu mutiara, jadilah mutiara solehah agar si pembeli adalah pembeli yang soleh. Jika wanita itu mawar, jadilah mawar yang berduri agar 'kumbang' yang mendekati adalah kumbang yang soleh dan dia juga 'berduri'. 

Carilah cinta Allah kerana cinta Allah tak pernah mengecewakan. :)



Saya sebenarnya ragu-ragu untuk meninggalkan komen ini. Remaja ini, kecewa dengan teman lelakinya. Memandangkan hubungan kami baik, saya takut pergaduhan akan timbul. 


Dahulukan sangka baik, hidayah itu milik Allah. Utamakan dakwah, bukan natijah!


Terima kasih la syg.. akk betul2 memahami skrg.. Akk harap akk dpt mencari cinta allah secepatnya semoga hati akk tenang dan Cinta Diredhai.. InsyaAllah :)


Alhamdulillah. Buat akak yang disayangi, carilah cinta dia melalui solat. Solat itu nikmat kerana itu, solatlah wahai ummat!


Baginda SAW bersabda kepada Bilal sewaktu masa untuk solat sudah tiba : Rehatkan kami wahai Bilal! Sungguh, solat itu merupakan kerehatan bagi orang-orang beriman.
Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang


Jumpa Lagi, Insyaallah


IFFAH NABIHA AHMAD JAILANI


26 April 2011

Friday, 22 April 2011

Soal Jawab : Cinta & Maksiat Hati

1. Apa maksud maksiat hati?  2. Apa maksud cinta?
Untuk yang kedua, saya memegang firasat bahawa dia sengaja menguji saya namun, bersangka baik perlu diutamakan.

Baginda SAW pernah bersabda : Kita adalah umat yang menilai pada zahirnya sahaja. Aku menghakimi berita yang sampai kepadaku mengikut cerita dan bukti yang kudengar dan kulihat, kerana aku manusia biasa yang tidak mengetahui hal-hal yang ghaib.

Niat dan ikhlasan termasuk perkara yang tidak dapat dilihat. Di sini, saya tidak mahu menyentuh isu ini. Buat masa ini, saya ingin menghuraikan sedikit pengetahuan saya mengenai punca remaja hanyut dalam cinta dusta ini sebelum menjawab persoalan yang diajukan kepada saya di atas.

Punca

"Nak buat macam mana, fitrah manusia itu ingin disayangi dan menyayangi."

Itulah antara ayat yang seringkali saya temui setiap kali menatap helaian novel. [Note : Ye, saya hantu kacang novel :) ]

SEMUA manusia disayangi sekurang-kurangnya oleh seseorang. Walau sedunia dirinya dibenci, tidak semestinya dirinya tidak berguna dan tidak disayangi. Seseorang itu adalah Allah.

"Biar hina di mata manusia, tapi mulia di sisi Allah." Seingat saya Mardhiah atau Nawal Amani mengingatkan saya di kala saya kesusahan.

Hakikatnya ramai yang tatkala diuji merasa diri langsung tak disayangi, sedang mereka tidak menyedari bahawa itulah titipan kasih dari DIA. Jika ujian sakit, Allah menghantar ujian itu untuk kifarah dosa. Insyaallah, jika selama ini asyik berbuat kebaikan, kemudian satu ketika dahulu kita pernah berbuat kesalahan yang besar, sakit umpama balasan maka terhapuslah dosa itu, Insyaallah tiba hari akhirat Allah boleh terus menghantar kita ke syurga. -Pesan Naqibah saya, Muallimah Syakirah.

Memang, ada benarnya ayat yang diutarakan para novelis itu. Itulah fitrah kejadian kita. Saya disayangi, anda juga disayangi. Saya juga ingin menumpahkan kasih buat seseorang, begitu juga anda. Tiada di dunia ini manusia yang tak ingin disayangi/menyayangi. Fitrah ini tertanam di sudut naluri seluruh makhluk ciptaan Ilahi baik manusia mahupun haiwan.

Iya. Itulah punca utama. Fitrah. Dan sebagai manusia, kita tak mampu mengubah fitrah.

Apa itu?

Di sini saya ingin menjawab soalan kedua terlebih dahulu walaupun sebenarnya ianya agak umum. Apa itu cinta?

Cinta sinonim dengan kasih sayang. Baik lelaki mahupun perempuan semua kita mempunyai perasaan kasih ini. Dan dalam diri seorang muslim, kita punya turutan cinta yang perlu diutamakan.

Bagi perempuan : Cinta pertama :  ALLAH . Cinta kedua : RASULULLLAH. Cinta ketiga : Ibubapa.

Ketiga-tiga cinta ini adalah bagi mereka yang belum berkahwin. Sementara, bagi yang sudah menikah cinta ketiga mereka serta merta berubah kepada suami. Maka ibubapa berubah menjadi cinta keempat.

Bagi lelaki, turutan cinta mereka selamanya seperti perempuan yang belum berkahwin. Cuma seperti biasa, antara lelaki dan perempuan terdapat fitrah yang berbeza. Perempuan, fitrah mereka adalah dimiliki.

Cinta kepada Allah dan Rasul sama seperti cita kepada agama. Maka cinta kepada menuntut ilmu, belajar, cita-cita sama seperti mencintai Allah dan Rasul. Cuma seperti mencintai manusia, jika kita mencintai seseorang namanya sentiasa kita sebut. Begitulah zikir(cinta kepada Allah), dan selawat(cinta kepada Rasul). Menatap lembaran Al-Quran(Warkah cinta Allah+Peribadi Rasul).

Cuma, dalam Islam terdapat cinta yang halal dan tidak halal. Cinta yag tidak halal disamaertikan dengan cinta sesama bukan mahram yang belum nikah. Saya pasti kesemua anda maklum dengan maklumat ini. Cuma, ada cara-cara untuk handle cinta tidak halal ini.

Cara dan apa yang tidak boleh?

            وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia dalah perbuatan keji yang membawa kerosakan(di masa hadapan)." (Al-Israa' : 32)

Ini teramatlah benar, zina membuka jalan keburukan lain. Seperti yang kita lihat, selepas zina, pembunuhan bayi pula yang berlaku.

Faktornya adalah kekurangan iman, taqwa dan amal. Namun ianya amat general.

1. Membuka aurat - Membuka tudung/berlengan pendek tak usahla cerita, kita sudah tahu ianya salah. Yang salah tetap salah.

Rasulullah memerintahkan kami untuk keluar pada Aidil Fitri dan AidilAdha, baik gadis yang menginjak akil baligh, wanita-wanita yang sedang haid, mahupun wanita-wanita pingitan. Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, salah seorang di antara kami ada yang tidak memiliki jilbab?" Rasulullah menjawab, "Hendaklah saudaranya meminjamkan jilbabnya kepadanya." (Hadis Riwayat Muslim).

2.Berkomunikasi dengan melunakkan suara.

يَـٰنِسَآءَ ٱلنَّبِىِّ لَسۡتُنَّ ڪَأَحَدٍ۬ مِّنَ ٱلنِّسَآءِۚ إِنِ ٱتَّقَيۡتُنَّ فَلَا تَخۡضَعۡنَ بِٱلۡقَوۡلِ   فَيَطۡمَعَ ٱلَّذِى فِى قَلۡبِهِۦ مَرَضٌ۬ وَقُلۡنَ قَوۡلاً۬ مَّعۡرُوفً۬ا


"Wahai isteri-isteri Nabi! Kalian bukanlah seperti yang lain andai kalian orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu bersuara dengan manja(semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menaruh keinginan orang yang berpenyakit hatinya(menaruh tujuan buruk kepada kamu) sebaliknya berkatalah yang baik-baik(dengan sopan.)" (Al-Ahzab : 32)

3.Berdua-duaan dengan yang lelaki bukan mahram

"Tidaklah berdua-duaan seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram melainkan yang ketiganya adalah syaitan."(Hadith riwayat Tirmizi, disohihkan oleh Al-Albani)

4. Menggunakan cara-cara di atas dengan ALAM MAYA.

Banyak lagi yang menyebabkan zina dan di atas antara contoh mendekati zina. Namun di sini saya ingin tekankan pada soalan yang pertama - Apa itu maksiat hati?

Maksiat hati, sama seperti zina hati. Zina hati, zina mulut dan zina mata etc etc adalah perumpamaan kepada menghampiri zina. Seperti yang ditegaskan oleh Allah di atas, MENGHAMPIRI zina juga salah.

Tak perlu katakan kami berdua di hadapan orang ramai. Sama seperti memputarbelitkan kesalahan yang telah dibuat. Ini yang ingin saya perbetulkan. Membaca cerita hari ini, pasti ada yang menulis,"Kami tahu jaga batas, kami tidak berdua-duaan, kami dinner depan orang ramai, bukan tempat yang tersembunyi."

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 42 :

وَلَا تَلۡبِسُواْ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُواْ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang haq dan yang batil sedang kamu mengetahuinya."

Salah tetap salah. Walau berada di hadapan sedunia sekalipun ianya tetap salah. Jika ada urusan wanita perlu tegaskan suara bukan melembutkan. Tidak dinafikan ada yang suaranya lunak secara semulajadi.

Di alam maya. Maksiat hati tetap boleh berlaku. Hati sentiasa ada di dalam badan, kalau ada yang tak setuju tak tahulah ^_^ . Maksiat hati adalah apabila kejadian seperti di atas berlaku dan hati mula berbisik terpikat dengan 'cara' di atas.



Kesemua ini boleh berlaku di alam maya juga. Membuka aurat boleh berlaku dengan meletakkan gambar dengan aurat yang tidak sempurna. Meskipun aurat tertutup tetapi digayakan dengan pelbagai lenggok tubuh, menggoyahkan iman para lelaki ajnabi. Juga mengundang maksiat hati. Begitu juga, mulut dimuncungkan dan sebagainya. Tak tahulah saya dengan 'trend' sekarang ni. -.-

Berkomunikasi dan melunakkan suara adalah dengan menggunakan webcam, bahkan dengan tulisan pun boleh mendatangkan maksiat hati walaupun dalam Islam digalakkan wanita dan lelaki berurusan menggunakan tulisan tanpa suara kerana dikhuatiri maksiat hati ini. Tetapi ia antara alternatif, sedang dengan menstailkan tulisan seperti,"ala, kenapew, bukan salah kitew.." Haih..Tak tahulah saya -.-

Berdua-duaan : Chat siang malam, umpama membina jambatan menuju ke arah zina. Sepatutnya atas apa-apa urusan e-mel dan segalanya diforwardkan kepada orang tengah. Ni angin tak ada ribut tak ada, sengaja sembang berkenalan. Sedang semua itu hanya alasan!

Panjang lebar dah artikel ini. Saya harap, soalan-soalan di atas sudah dijawab dan dibantu walau sedikit. Mohon maaf atas kurang sopan bahasa atau kekeliruan yang ditimbulkan. Niat saya hanya ingin menyampaikan, segala teguran dialu-alukan. Saya tinggalkan ini untuk dibetulkan oleh mana-mana pihak yang lebih arif. Assalamulaikum.

p.s: Setelah dipelihara dengan izin Allah, selama ini hanya bertemu dengan lelaki bukan mahram di sekolah ataupun kedai, ataupun tetamu yang menjengah ke rumah, kini Insyaallah saya akan berangkat menuju Kem Solat. Doakan semoga tiada MAKSIAT HATI yang berlaku. Amiin :)



Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah

IFFAH NABIHA AHMAD JAILANI

22 April 2011

Wednesday, 20 April 2011

BERADIK ABANG KAKAK ANGKAT?


Alhamdulillah, moga diberi peluang oleh Allah untuk menyambung tulisan hingga ke noktah terakhir.

Saya tahu, dengan tajuk yang tersiar di atas, anda pasti dapat menggagak apa yang bakal saya tuliskan.

Menyentuh isu ini, saya tersangatlah berharap, moga dijauhkan prasangka dan fitnah dari hati. Begitu juga, kemungkinan selepas ini artikel saya banyak berkaitan batasan hubungan lelaki dan wanita.

Kerana? Kebelakangan ini saya dihujani emel dari sahabat-sahabat, nun jauh di tanah air, berkenaan teman mereka. Lebih 30% daripada 'sejarah' mereka adalah, adik/abang/kakak angkat. Selebihnya bermula dengan 'sahabat'. Itu juga insyaallah saya tuliskan. [Sekarang tak dapat menulis dengan tenang. Kelam kabut!]

Sebenarnya saya kecewa. Dan saya puji tindakan murobbi dan murobbiyah yang mengambil tindakan tegas sesiapa yang chat lelaki dan perempuan akan dikenakan tindakan disiplin.

Hukum beradik abang kakak angkat yang menjadi budaya di sekolah pada saya haram. Ingat, ini tidak melibatkan keluarga angkat yang sah dan hubungan kekeluargaan secara baik dan yang disepakati kedua-dua keluarga dan sebagainya. Maksud saya, mereka mempergunakan 'adik angkat' ini sebagai nama yang membolehkan 'hubungan' mereka.

Atas nama abang/adik/kakak angkat ini, mereka berbalas surat dan berkasih sayang dan setiap kali ditegur, 'adik/abang/kakak angkat' juga yang menghalalkan hubungan mereka.

Saya tegaskan di sini, berbalas surat dengan madah cinta yang tidak halal iaitu sebelum nikah tetap salah. Kepada golongan 'akhi' di luar sana yang lahir lingkungan 1999/1998 juga saya tidak akan membenarkan memanggil saya 'kakak'/'adik' walaupun beralasankan saya lebih tua beberapa bulan darinya.

Kalau diberi alasan saya tua satu saat dari dia pun, saya tegaskan sekali lagi ya, SAYA TIDAK BENARKAN!

Seseorang bertanya kepada saya."Kenapa pula? Bukankah saling hormat menghormati itu tuntutan islam?" Baiklah, saya jawab.

 Apalah guna 'kehormatan' dari seorang lelaki, andai kehormatan diri sendiri tidak terjaga? Apalah gunanya menjadi si mawar berduri, tetapi dengan hanya menggunakan alasan 'hormat' sudah boleh didekati?

Cinta aku tak semurah itu!

Lagipula, semua ini dengan mudahnya boleh menimbulkan fitnah. Apa-apa sahaja yang menimbulkan fitnah, sebaiknya jauhilah.

Buat sahabat-sahabat yang mungkin terasa dengan isi artikel ana, ana mohon maaf kerana mempergunakan kisah kalian tetapi, ana harap antum antunna semua faham betapa ana kesunyian dengan bicara dakwah dari bibir antum antunna. Semua tinta bicara cinta kepada Allah dan RasulNya kini berubah serta merta, hilang entah ke mana.

Ketahuilah, untuk sahabat ana yang merajuk dengan teguran ana. Tiadalah sebab lain ana menegur, bukan kerana ana ingin menyombong jauh sekali ingin merampas kebahagiaan antunna. Hakikatnya ana rindukan detik-detik antunna menyapa ana dengan sapaan,"Assalamualaikum, ya tabib! Bahagia dengan Cinta kita?" yang kini berubah menjadi,"Salam enti. Lain kalilah kita chat ye. Nak keluar ni pergi rumah abang angkat ana jap. Kesian dia dah lama tunggu. Anti kenal dia. Dia yang AJK Pencegahan ****** kat sekolah dulu tu.. Untung kan? Dapat orang baik2.. Best oo. Bye!" Hati sahabat mana yang tidak risau?

Namun, di sebalik kekecewaan ini, ana ingin memenuhi permintaan seorang sahabat ana untuk mengarang cerpen buat contoh sendiri. Ana jawab"Contoh sudah banyak di hadapan kita. Tak perlu direka-reka. Tapi kalau anti nak, insyaallah kalau ana tak sibuk ana buat." Insyaallah, ada hari, waktu dan saat, saya tunaikan.

Pesan saya buat yang bergelar sahabat, mungkin ketika ini antunna tak nampak lagi kebaikannya bila para murobbiyah kita mengenakan tindakan disiplin kepada antunna. Mungkin ketika ini antunna masih berfikir bicara ana dipengaruhi unsur barat. Mungkin ketika ini antunna masih berfikir tinta ana ketinggalan zaman. Hakikatnya, ana berharap antunna tahu apa yang antunna lakukan kerana ana hanya mampu menasihati antunna dari jauh, berdoa dengan harapan dari sini. Tetapi tiada yang mampu berada di sis, tika Mungkar dan Nakir melibas tubuh atas dosa menonjol diri buat lelaki. Tiada yang mampu mengubati, tika jutaan kala jengking datang menggigit, jari jemari yang dibiarkan menulis madah cinta yang tidak halal. Tiada yang mampu mengurangkan, tika seguni dosa zina hati dipertimbangkan dan haluan ke neraka begitu terang lagi menggetarkan. Tiada yang mampu menolong, tiada yang mampu meminta, tiada yang mampu mengubati, tiada yang mampu mengurangi. Yang ada hanyalah, tika ini. Saat ajal semakin datang menghampiri, biacara da'ie di sekelilingmu meminta antum antunna berhenti. Berhentilah, selagi pertolongan masih ada dan jasad masih bernyawa. Kelak di saat Izrail datang mencabut nyawa, segala kesal dan taubat tidak lagi berguna.

Salam sayang dari sahabat, IFFAH.

p.s: Artikel DIARI HARI INI saya sudahpun mendeletenya, bila ada yang emel saya," Iffah, taulah otak hang tu buat perangai tapi hang kata dalam assignment jah, ni sampai dekat blog pun tulis mamai-mamai.. Biasanya serius sampai aku baca pun naik bulu, ni punyalah sempoi aku pun sampai terlupa wat kerja sekolah tak caya ni betoi ke Iffah gila sewel.." Ha, dah ada teguran tu, baik saya delete :)

Plus, saya biasakan balik tulis nama penuh, IFFAH NABIHA AHMAD JAILANI sebab, orang putih tanya apa nama middle name saya dan, saya terlupa (^_^)

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah

IFFAH NABIHA AHMAD JAILANI

20 April 2011

Thursday, 14 April 2011

MENCARI BINTANG - AKULAH SEORANG DA'IE!

"You're a small child who is gonna spot a star. If any teachers say that you're a bad kid Dr Willis is ready to fight them in courts." Sambil mendepakan tangannya, Dr Willis, guru saya bergurau dalam jawapannya.

"That's okay then. I'll see you in the trip!" Balas saya kemudian mula masuk dalam barisan sebelum melangkah masuk ke kelas.

"Where you going?" Tanya sahabat saya.

"Kielder Observatory." Jawab saya melirik senyuman.

Tuhan sahaja yang tahu, dalam letih menyiapkan assignment yang ditugaskan, dan mengulangkaji serta menyertai rombongan-rombongan sekolah ke merata tempat, saya gembira tidak terkira. Kegembiraan itulah yang kemudiannya diekori oleh semangat yang membara untuk mengejar cita-cita. Meski saya tahu kemungkinan besar saya tidak berkesempatan untuk mengambil peperiksaan GCSE (setaraf SPM), namun saya cuba untuk melakukan yang terbaik kerana hakikatnya saya mempunyai peluang untuk 'mencuri' belajar apa yang mereka belajar. ALLAH ya Rabb, saya sedar umat kita sudah jauh ketinggalan di belakang!

Banyak yang mereka terokai. Banyak yang mereka pelajari. Selepas selesai coretan ini, saya perlu bersiap untuk keesokan hari dalam misi mencari bintang. Empat hari sebelum ini, saya sudah dimaklumkan nama bintang yang akan dicari. Dalam misi ini, kami akan menunggu malam menjelma dan belajar pelbagai mutiara beharga mengenai alam di persada Sistem Suria. Teleskop, kamera semuanya dipersiapkan dan dalam kesibukan, saya terkenangkan guru-guru di sekolah Malaysia.

Biarpun di sini, pelbagai hadiah cemerlang diterima hampir setiap masa, berbanding Malaysia setahun sekali, saya rindukan suasana sekolah di Malaysia. Entah kenapa, saya rindu detik-detik mencium tangan guru setiap kali waktu belajar tamat dan Sang Guru sedia beredar. Saya rindukan saat-saat muqayyam diadakan dan usrah dijalankan. Kerana itu, saya terkadang tak dapat mengawal perasaan gembira setiap kali usrah perempuan diadakan oleh Persatuan Durham_My. Sekali-sekala Ummi mengingatkan saya untuk mengawal bicara saya kerana usrah itu adalah usrah dewasa.

Namun dalam rindu, terselit rasa terharu dengan cara mereka menghargai kanak-kanak. Senyuman guru besar ceria menyapa, hukuman diberikan jikalau didapati bersalah tetapi tidak menyakiti badan Si Kecil. Guru besar dengan layanannya mengalahkan kerani, sedang kebanyakan kita kerani lagaknya mengalahkan guru besar..

Bukan saya nak menyalahkan sesiapa. Pepatah Melayu mengatakan rambut sama hitam tetapi hati berlainan. Iya, tidak semua kerani dan guru begitu. Tidak semuanya berkelakuan seperti pengalaman saya ini :

"Dasar anak yatim tak sedar diri! Makan minum pun orang tanggung. Tak aman mak bapak kamu dalam kubur!"

Memang, kami yang disenaraikan sebagai barisan kepimpinan pelajar diWAJIBkan menggunakan ketegasan. Tetapi hati saya luluh dan sedih mengenangkan seorang pelajar miskin dihina sebegitu. Sekalipun itu adalah salahnya, janganlah melibatkan statusnya yang begelar yatim piatu itu.

Senang sahaja kerja, pelajar itu kemudiannya diserahkan kepada barisan kepimpinan Persatuan Agama Islam. AJK-AJK wadah ini diwajibkan untuk memantau keadaannya dan diminta untuk terus membawanya kepada guru jika melakukan kesalahan. Kasihan menyiat hati. Apakan daya, sewaktu itu saya hanya berusia 10 tahun. Segala pandangan dan teguran dianggap salah, rendah dan tohor kebaikannya.

Saya sedih. Allah sayangkan anak yatim. Muhammad Nabi Allah (SAW) qudwah hasanah kita yang mulia meruapakan anak yatim semenjak lahir ke dunia. Anak saudara penguasa, namun selepasnya tetap hidup besederhana walau Baginda adalah Perdana Menteri di Madinah Al-Munawwarah. Baginda dipilih oleh Allah menjadi anak yatim, diuji dengan tandus kasih seorang ayah dan ibu. Itulah insan terpilih.

Mungkin, guru itu stress dengan kerjanya. Namun stress tidak dapat dijadikan alasan ketika berhadapan dengan Allah. Sibuk takkan dapat menyelamatkan kita dari azab Allah, nakal juga tak mampu memperkuatkan hujah kita ketika dihukum sebagai pesalah di mahkamah Allah, ingatlah semua ini.

Di sini, pada guru-guru mereka, kesalahan pelajar yang semalam itu adalah semalam, hari ini adalah hari ini dan esok adalah esok. Tak perlu dicampur aduk perbuatan pelajar itu. Saya kagum cara mereka bersabar, cara mereka mendidik. Guru saya, Dr Willis juga adalah lulusan PhD, namun dia adalah guru sekolah menengah yang berkredibiliti dan pada saya, inilah jalan terbaik.

Jumaat, 15 April , hari bermulanya saya mencari bintang di tengah melam yang kelam dari cahaya. Mungkin, sesuai dengan azam seorang pelajar yang cuba membawa sahabat-sahabatnya keluar dari dunia yang sirna dari Hidayah. Hidayah itu milik Allah. Misi kita adalah membimbing, natijahnya, terpulanglah kepada Yang Esa.

Melangkah, menuju ke perpustakaan untuk mengulangkaji perihal Astronomi, saya pastikan langkah itu bukan langkah seorang pelajar biasa yang menginnginkan puluhan A+ pada slip peperiksaanya. tetapi langkah seorang da'ie. Seorang muslimah sejati!

"Ana tak tahan lah Iffah... Majoriti sini semua terkena rekod disiplin, pasal chat dengan lelaki je pun. Kalau anti ada pi lah fight ngan cikgu kami ka.. Anti kan rapat ngan depa.."

"Mungkin sekarang anti tak nampak lagi kebaikannya. Biarlah, kita muslimah kenalah jadi mawar berduri. Susah untuk didekati. Lagipun ibu dan ayah kita lagi layak mendapatkan cinta tu. Yang menjaga kita bertahun-tahun tu ibu dan ayah, bukan lelaki tu!"

Terkadang risau saya. Kebelakangan ini saya dihujani e-mel daripada ramai sahabat-sahabat saya. Terkejut bukan kepalang apabila mendengar pengakuan dari jeari-jemari mereka yang menaip, kerana dahulunya jari jemari, bibir mereka itulah yang hebat dalam dunia dakwah dan tabiyyah! Semakin hari, saya semakin risau. Semakin resah. Satu hari nanti, adakah aku akan disisihkan, kerana hanya aku yang berlainan?

"Ana tegur ni sebab ana sayangkan kawan ana, bukan nak rendahkan anti.."

"Kenapalah anti ni usaha sangat Iffah nak nasihatkan kawan-kawan awak tu? Tahu tak, kalau kita sembahyang, baca Al-Quran, jadi isteri yang baik, anak yang baik, dah boleh masuk syurga? Tak payah fikirkan cita-cita pun tak apa. " Begitu sangkal seorang kawan saya di sini yang berasal dari Bangladesh. Kawan yang dirujuk bukan kawan saya di Malaysia, tetapi di sini.

Tiada sebab lain. Kerana aku adalah seorang da'ie!




Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...

Sunday, 10 April 2011

BAHAGIAKANLAH KAMI

Alhamdulillah
Ku temui ketenangan ini
Ku rasai kebahagiaan ini
Ku nikmati keceriaan ini


Oh Tuhan Maha Kuasa
Takkan dapat ku capai bahagia melainkan dengan redhaMu
Takkan dapat ku cium bau syurgaMu melainkan dengan simpatiMu


Oh Tuhan Maha Pengasih
Mustahil untukku ceria jika tidak kerana kasihMu
Begitu juga
Ketenangan hanya tinggal angan dan impian
Kalau bukan kerana cintaMu


Redhailah hamba berdosa
Simpatilah hamba yang nista
Maafilah khalifah yang alpa
Kasihilah diri yang hina
Cintailah diri yang tidak sempurna


Allah ya Rabbul Izzati


Bahagiakanlah...aku dengan cintaMu.

Bintang-bintang yang membelah malam mengerling cemburu. Di bawah mereka, bertaut hati-hati yang mencintai Allah mengalunkan warkah cinta dari Allah. Indah. Tenang. Damai. Itulah yang dirasakan.

Sekali-sekala, diselangi tawa gembira di celah-celah perbincangan. Saya menunduk. Menahan bait-bait ayat di dalam hati.

Saya sedar, sayalah ahli usrah yang paling muda. Tafsiran buat kebanyakan mereka di luar sana, semakin muda manusia semakin cetek dan tohor ilmunya. Mungkin, secara logiknya ia benar. Tetapi jika usia yang menjadi ukuran, selayaknya nenek-nenek di kampunglah yang patut jadi raja, perdana menteri, dan sebagainya :).

"Macam mana assignment yang Iffah cakap tu. Okay ke?" Sapa seorang Auntie. Memang, semenjak saya berpindah ke Darlington ini jarang sekali bertemu. Adapun kami berbicara, facebook dan blog lah jawabnya. Terima kasih Mr Facebook and Mr Blogspot :).

"Alhamdulillah. Sekarang ni kena look forward nak jadi apa untuk masa depan sebab dah kena mula pilih subjek2 untuk belajar. Doakanlah ye."

"Subjek ape?"

"Tak pilih lagi." Kata saya.

Mungkin, sebelum ini kebuntuan membelah kehidupan. Namun, dengan kasih dan cinta yang ditemui, memang mendamaikan hati. Yakinlah, Dia pasti menentukan yang terbaik. Dan kebanyakan kita akan melihatnya di hujung terowong kehidupan.

Istikharah, doa, solat hajat, Al-Quran, zikir. Semua ini adalah sabun buat hati yang berlumur dengan dosa. Kesemua sabun ini pula hanya mampu menjadi penawar jika kita melakukannya kerana sukarela dan benar-benar mengharap. Bukan kerana sandiwara atau terpaksa.

Beruntunglah bagi mereka yang melakukannya, bahkan mengajak 'tetamu' hidup mereka. Pernah, saya berkunjung ke rumah sahabat saya dan bermalam di rumahnya. Dia menjemput untuk turut berjemaah melakukan solat malam. Saya yakin, dia ingin mengimarahkan rumahnya dengan cahaya pahala hasil dari amalan penghuni-penghuni rumah yang beriman.

Sebelum sampai ke penghujung kata, saya hanya ingin memohon maaf atas segala kurang dan khilaf selama saya berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Buat sahabat sahabiah yang membantu dengan menyebarkan artikel saya di blog mereka, jazkallahu khairan kathira diucapkan. Begitu juga untuk makluman, entri saya insyaallah, mungkin akan menjadi kurang dari sudut kuantiti kerana kini kegentingan keadaan di sekolah dalam membuat pilihan. Cabaran semakin besar, bahkan kini diadakan persaingan untuk menjatuhkan iman muslim-muslim yang masih 'hidup dengan benteng iman'.

Buat akhirnya, saya memohon doa dari semua, di saat ini saya menagih kekuatan doa buat semua kami yang muslim. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin. Ketika ditanya seorang manusia yang pernah hidup di zaman Saad bin Abi Waqas sahabat Nabi Allah (SAW) mengapa keadaanya berpenghujung dengan derita, dia menjawab 'Aku terkena doa Saad'. Besarnya kuasa doa jika diiringi sabar dan usaha. Kerana itu.. Doakanlah buat semua muslim tidak kira di mana di dunia asal mereka kini berada dalam genting hidup seorang hamba. Mendoakan kesejahteraan iman buat kami sama ertinya dengan mendoakan kami agar kekal dalam hidayah Allah. Dan kekal dalam hidayah Allah itu bahagia. Kerana itu, bahagiakanlah kami :)) .

Saling membahagiakan itu menjadi tuntutan kerana, setiap umat itu bersaudara !

Bahagiakanlah kami.

Salam ukhuwah buat semua...Mohon doanya!


Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...

Wednesday, 6 April 2011

...TENANG... ITULAH SUNNAH ORANG BERJUANG!

"Buat adik kecik akak.. ngee~
Moga terus berdiri kukuh di sana ye dik..Allah is always by your side, He never leave you alone, I believe you can do it..Itulah sunnah orang berjuang(^_^)"

Nasihat ukhti yang satu ini bagai terngiang di telinga. Dia menulisnya di wall facebook saya, setelah membalasnya  saya mengirim sekalung doa buat mereka yang tak jemu-jemu menasihati saya. Walau berjauhan dari mereka yang soleh dan solehah tetapi nasihat dan saling memperingatkan tetap dihulurkan. Itulah natijah ukhuwah yang terjalin kerana Allah.

Ada sebabnya mengapa saya teringatkannya. Apatah lagi dengan komennya yang terbaru.

"nanti balik Malaysia bagitahu akak ye dik.. Teringin nak jumpa adik kecik akak ni.. Ngee~" Begitulah ungkapan yang berbaur gurauan tetapi sarat dengan makna.

Saya akui, saya banyak berhubung dengan ukhti-ukhti yang tidak saya kenali dan tak pernah saya jumpa namun terasa bagai telah lama bersua. Nasihat mereka membakar semangat saya, dan pada Allahlah saya berdoa, moga-moga kalian terpelihara di bawah payung perlindunganNya. Terima kasih semua.

"Kretif :) Mudah difahami, cuma kalau tambah contoh, mesti lagi best dan meruntun hati :) Tahniah dan terima kasih:)"

Tehehe. Highlight perkataan "tambah contoh" tu. Nak ikutkan, sebelum ni artikel di blog saya panjang berjela-jela sehingga adakalanya tak larat nak baca kot.

Namun, saya mohon maaf pada mereka yang merasakan artikel saya kini semakin kurang kualiti. Semuanya silap saya sendiri kerana tidak istiqamah dan salah cara dalam menyampaikan.

Sebabnya, saya kini bergelumang dengan getir hidup seorang pelajar, Dr Willis guru sains saya meminta saya untuk join kelab Astronomy, memandangkan minat saya teserlah dalam bidang Sains. Terkadang saya tak faham dengan diri sendiri, sebenarnya saya tak minat langusng dengan Sains bahkan selalu mengelak, tetapi kebelakangan ini saya recognize kebolehan saya pada subjek yang sebelum ni saya tak suka seperti Geography. Level saya pun lompat macam katak. :D

"This task will take you about 2 minutes.Okay? I'll come back and ask random people." Dr Willis meninggalkan kelas.

"IFFAH!" Saya serta merta mengalihkan pandangan ke arah Hannah dan berpura-pura berbual dengannya. Nak mengelak sebenarnya!

Seketika saya merasa muka saya dihentam sesuatu.

Saya memejam mata, Automatik!

"Tell us the answer!" Hish bebudak ni. Nak mintak jawapan mintalah elok-elok sikit. Ni, main baling kotak pensel. Gerutu hati saya.

"I don't know! Ask Hannah." Jawab saya. Memang itulah 'budaya' mereka. Saya dan Hannah yang berteman rapat dikenali sebagai pelajar yang mempunyai persaingan. Pelajar-pelajar lain kalau tak tahu, sama ada tanya saya atau Hannah. Buli orang je tau! Terkadang itulah yang terlintas di benak.

"Hannah what's the answer?" Saya mengerling.

" I don't know what was the question?" Kami ketawa.

"Don't lie Iffah you know what the answer is." Saya mengeluh.

"Okay okay. The answer is the nuclear radiation can damage our DNA in our cell which can cause cancer as a result. Now, go! Don't ask me anything else!" Jawab saya. memanglah tahu! Berapa jam buat research.

"Yeah... Iffah is mint." Ha, pujilah banyak-banyak sebab nak jawapan. Manusia!

"You know what the answer is why do you ask me!" Hannah merajuk sambil mengetuk kepala saya. Heh, tak pasal-pasal dapat kena ketuk kepala free je. Patutnya terima kasih la. Huhua :(

"Iffah be a doctor you're pretty good."

Tiba-tiba teringat cita-cita saya yang asyik berubah. Mrs Taylor pula menulis dalam report saya,"Iffah, this is your critical time. You have to choose your subjects in a couple of weeks . Think about  where you ability is. " 

Ke mana hala tuju hidup saya? Apa sebenarnya identiti pekerjaan saya kelak?

Usia 13 tahun di Malaysia baru sahaja menjejaki sekolah menengah. Di sini saya sudah pun perlu memikirkan tentang semua ini. "Iffah, life is too short. I suggest for you to do Art, because your potential is around level 7 by the end of year 9, which is A Star in GCSE." Mr Haskett, guru Art saya tahu akan saranan Mrs Taylor.

"Pilihlah mengikut kebolehan kakak.. Asal jadi yang baik, itu sahaja yang Ummi dengan Ayah nak...Buat masa ni, tumpukan dulu perhatian pada pelajaran, bagi masa pada diri sendiri, jika lebih dari subjek yang dibenarkan, tengok pula pada minat. " Nasihat Ummi kedengaran.

"Life is too short." Sekali lagi ayat itu diulang oleh guru English saya pula. "Iffah, hope you'll do your best because this is your critical time in English too. Choose, Dystopia or Utopia." Katanya.

Teringat sabda Baginda SAW"Antara tanda-tanda kiamat itu adalah pembunuhan! "

In the future, kiamat menghampiri, pembunuhan banyak berlaku. Maka itulah jawapan saya dalam assignment yang satu ini. Dystopia adalah sesuatu yang buruk diramalkan akan berlaku. Pen biru di tangan mengeluarkan dakwatnya.

"More western films affect children's thinking - Internet and films that is not controlled - Social problems - Our generation fight against each other - Wars and battles - The future seems to be darken." Dengar macam senang. hakikatnya susah. Idea yang saya dapat adalah dari Sabda Nabi SAW, mana bukti saya nak cari ni? Sabda Baginda tak mungkin diterima oleh guru bahkan mungkin dia refuse untuk menanda kertas kerja saya.

"A famous quotation by Stephen King - if there is one person, he'll be crazy. if there are two person, they'll fall in love. if there are three people, there will be a war." Pesan guru saya.

Dalam kesibukan dunia pelajar, ada sesuatu yang saya belajar. Sambil menghadap nota dan buku, pen dan kertas, ada dugaan yang membuatkan hati saya adakalanya culas. Kematian, itu yang menyedarkan saya mengenai bekalan. Saya kini berada di bumi asing lagi kafir. Membandingkan situasi saya di sini dengan Malaysia... Adakalanya saya sedih. Sahabat saya e-mel kepada saya tentang disiplin yang terpaksa diperketatkan di sekolah dengan cara guru-guru di sekolah mereka hack account facebook pelajar-pelajarnya. Sekali-sekala saya berfikir, mungkin ini cara guru-guru itu mengawal komunikasi pelajar-pelajar tetapi, apa natijahnya? Mengenangkan semua fenomena ini, sekali-sekala saya bermuhasabah akan fatamorgana dunia yang fana...

Selepas kejayaan tempohari, ujian tak berhenti mendatang... Hasad dan dengki, itulah motif permusuhan. Ingin menjatuhkan pegangan! Ketika saya mendengarnya, saya bagai tidak percaya.

"Iffah, your religion is the thing that makes them feel jealous because that is the thing that makes you attractive cause you're different, becareful Iffah. Please please please! " Philippa memberi amaran sambil berbisik. Benar, selepasnya iman yang ada dalam diri terasa bagai hampir tergugat. Pegangan yang saya teguhkan selama ini terasa benar-benar diuji. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Nabi, Jihad yang paling besar adalah jihad melawan nafsu. Tuhan, mampukah aku menjadi mawar berduri? Paling merisaukan saya, semua ini hadir di saat genting yang mana menjadi harapan buat orang-orang tersayang. Guru-guru saya tidak berhenti memperingatkan saya untuk mendalami subjek yang menjadi masa depan saya. Saya terasa teruji, di saat ini baru saya faham, baru saya lebih rasa, lebih tahu! Apa yang menyebabkan seorang manusia yang soleh/ah sekalipun adakalanya mampu tewas di tengah medan pertempuran pilihan ini. Apatah lagi saya kini sudah masuk dalam lingkungan usia remaja! Di saat inilah perlu berjuang dalam membuat pilihan! Wahai diri, jangan asyik mengutuk mereka yang berubah sebaik sahaja mereka tiba di bumi kafir ini kerana hakikatnya salahkanlah diri sendiri kerana tidak berjaya membawa mereka sama-sama untuk istiqamah.... Terima kasih ya Allah, ujian ini memberikan saya pengalaman........Namun jauh di sudut hati, saya risau. Risau yang teramat.

Lantaran kerisauan yang tidak terbendung, lamunan saya sering melayang entah ke mana setiap kali kelas berlangsung. Astaghfirullah! Begitulah cara syaitan mendekati sekeping hati milik seorang hamba! Di mana aku perlu cari kekuatan. Di sebalik semua itu, saya terfikir akan kata-kata ukhti ini..

"I believe you can do it.. Itulah sunnah orang berjuang!" Sepotong ayat tetapi keramat! 'Sunnah orang berjuang'. iffah, kekalkanlah identiti yang satu!

"Dan Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya."(Al-Baqarah:286)

"Ukhti, antara ciri-ciri seorang da'ie yang sejati adalah wajahnya mesti sentiasa tenang, hatinya juga perlu tenang dalam menghadapi cabaran. Bagai tiada apa yang perlu dirisaukan. Ana doakan anti mampu melakukannya kerana dengan keyakinanlah akan menghadirkan ketenangan.." Pesan seseorang itu terngiang-ngiang di telinga.

"Kalau kita tak dilanda masalah, itulah sebenarnya masalah!" Pesan seorang ukhti ini.

"Iffah, kekalkanlah pegangan awak kerana daripada pegangan itulah kami semua banyak belajar tentangnya." Chloe, rakan yang tinggal berdekatan rumah saya menghadirkan kekuatan. Ya Allah, benarlah... Islam itu indah dan wangi... Sentiasa disukai. Walau ditentang ia tetap dijulang. Sabarlah, berdoalah wahai teman, carilah dia tika yang lain diulit mimpi, insyaallah, akan ditemui ketenangan itu di sudut hati.

Sejauh manapun seorang hamba itu lari dari DIA, manusia-manusia itu akan tetap kembali mencari Tuhannya. Jelaslah. Itulah fitrah seorang hamba - sentiasa memerlukan Tuhannya..


...Tenanglah Iffah... Sabar dan tabah, percaya dan pasrah.. Itulah sunnah orang berjuang!


Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...