BAHAGIAKANLAH KAMI

Alhamdulillah
Ku temui ketenangan ini
Ku rasai kebahagiaan ini
Ku nikmati keceriaan ini


Oh Tuhan Maha Kuasa
Takkan dapat ku capai bahagia melainkan dengan redhaMu
Takkan dapat ku cium bau syurgaMu melainkan dengan simpatiMu


Oh Tuhan Maha Pengasih
Mustahil untukku ceria jika tidak kerana kasihMu
Begitu juga
Ketenangan hanya tinggal angan dan impian
Kalau bukan kerana cintaMu


Redhailah hamba berdosa
Simpatilah hamba yang nista
Maafilah khalifah yang alpa
Kasihilah diri yang hina
Cintailah diri yang tidak sempurna


Allah ya Rabbul Izzati


Bahagiakanlah...aku dengan cintaMu.

Bintang-bintang yang membelah malam mengerling cemburu. Di bawah mereka, bertaut hati-hati yang mencintai Allah mengalunkan warkah cinta dari Allah. Indah. Tenang. Damai. Itulah yang dirasakan.

Sekali-sekala, diselangi tawa gembira di celah-celah perbincangan. Saya menunduk. Menahan bait-bait ayat di dalam hati.

Saya sedar, sayalah ahli usrah yang paling muda. Tafsiran buat kebanyakan mereka di luar sana, semakin muda manusia semakin cetek dan tohor ilmunya. Mungkin, secara logiknya ia benar. Tetapi jika usia yang menjadi ukuran, selayaknya nenek-nenek di kampunglah yang patut jadi raja, perdana menteri, dan sebagainya :).

"Macam mana assignment yang Iffah cakap tu. Okay ke?" Sapa seorang Auntie. Memang, semenjak saya berpindah ke Darlington ini jarang sekali bertemu. Adapun kami berbicara, facebook dan blog lah jawabnya. Terima kasih Mr Facebook and Mr Blogspot :).

"Alhamdulillah. Sekarang ni kena look forward nak jadi apa untuk masa depan sebab dah kena mula pilih subjek2 untuk belajar. Doakanlah ye."

"Subjek ape?"

"Tak pilih lagi." Kata saya.

Mungkin, sebelum ini kebuntuan membelah kehidupan. Namun, dengan kasih dan cinta yang ditemui, memang mendamaikan hati. Yakinlah, Dia pasti menentukan yang terbaik. Dan kebanyakan kita akan melihatnya di hujung terowong kehidupan.

Istikharah, doa, solat hajat, Al-Quran, zikir. Semua ini adalah sabun buat hati yang berlumur dengan dosa. Kesemua sabun ini pula hanya mampu menjadi penawar jika kita melakukannya kerana sukarela dan benar-benar mengharap. Bukan kerana sandiwara atau terpaksa.

Beruntunglah bagi mereka yang melakukannya, bahkan mengajak 'tetamu' hidup mereka. Pernah, saya berkunjung ke rumah sahabat saya dan bermalam di rumahnya. Dia menjemput untuk turut berjemaah melakukan solat malam. Saya yakin, dia ingin mengimarahkan rumahnya dengan cahaya pahala hasil dari amalan penghuni-penghuni rumah yang beriman.

Sebelum sampai ke penghujung kata, saya hanya ingin memohon maaf atas segala kurang dan khilaf selama saya berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Buat sahabat sahabiah yang membantu dengan menyebarkan artikel saya di blog mereka, jazkallahu khairan kathira diucapkan. Begitu juga untuk makluman, entri saya insyaallah, mungkin akan menjadi kurang dari sudut kuantiti kerana kini kegentingan keadaan di sekolah dalam membuat pilihan. Cabaran semakin besar, bahkan kini diadakan persaingan untuk menjatuhkan iman muslim-muslim yang masih 'hidup dengan benteng iman'.

Buat akhirnya, saya memohon doa dari semua, di saat ini saya menagih kekuatan doa buat semua kami yang muslim. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin. Ketika ditanya seorang manusia yang pernah hidup di zaman Saad bin Abi Waqas sahabat Nabi Allah (SAW) mengapa keadaanya berpenghujung dengan derita, dia menjawab 'Aku terkena doa Saad'. Besarnya kuasa doa jika diiringi sabar dan usaha. Kerana itu.. Doakanlah buat semua muslim tidak kira di mana di dunia asal mereka kini berada dalam genting hidup seorang hamba. Mendoakan kesejahteraan iman buat kami sama ertinya dengan mendoakan kami agar kekal dalam hidayah Allah. Dan kekal dalam hidayah Allah itu bahagia. Kerana itu, bahagiakanlah kami :)) .

Saling membahagiakan itu menjadi tuntutan kerana, setiap umat itu bersaudara !

Bahagiakanlah kami.

Salam ukhuwah buat semua...Mohon doanya!


Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...

Comments

Popular Posts