BERADIK ABANG KAKAK ANGKAT?


Alhamdulillah, moga diberi peluang oleh Allah untuk menyambung tulisan hingga ke noktah terakhir.

Saya tahu, dengan tajuk yang tersiar di atas, anda pasti dapat menggagak apa yang bakal saya tuliskan.

Menyentuh isu ini, saya tersangatlah berharap, moga dijauhkan prasangka dan fitnah dari hati. Begitu juga, kemungkinan selepas ini artikel saya banyak berkaitan batasan hubungan lelaki dan wanita.

Kerana? Kebelakangan ini saya dihujani emel dari sahabat-sahabat, nun jauh di tanah air, berkenaan teman mereka. Lebih 30% daripada 'sejarah' mereka adalah, adik/abang/kakak angkat. Selebihnya bermula dengan 'sahabat'. Itu juga insyaallah saya tuliskan. [Sekarang tak dapat menulis dengan tenang. Kelam kabut!]

Sebenarnya saya kecewa. Dan saya puji tindakan murobbi dan murobbiyah yang mengambil tindakan tegas sesiapa yang chat lelaki dan perempuan akan dikenakan tindakan disiplin.

Hukum beradik abang kakak angkat yang menjadi budaya di sekolah pada saya haram. Ingat, ini tidak melibatkan keluarga angkat yang sah dan hubungan kekeluargaan secara baik dan yang disepakati kedua-dua keluarga dan sebagainya. Maksud saya, mereka mempergunakan 'adik angkat' ini sebagai nama yang membolehkan 'hubungan' mereka.

Atas nama abang/adik/kakak angkat ini, mereka berbalas surat dan berkasih sayang dan setiap kali ditegur, 'adik/abang/kakak angkat' juga yang menghalalkan hubungan mereka.

Saya tegaskan di sini, berbalas surat dengan madah cinta yang tidak halal iaitu sebelum nikah tetap salah. Kepada golongan 'akhi' di luar sana yang lahir lingkungan 1999/1998 juga saya tidak akan membenarkan memanggil saya 'kakak'/'adik' walaupun beralasankan saya lebih tua beberapa bulan darinya.

Kalau diberi alasan saya tua satu saat dari dia pun, saya tegaskan sekali lagi ya, SAYA TIDAK BENARKAN!

Seseorang bertanya kepada saya."Kenapa pula? Bukankah saling hormat menghormati itu tuntutan islam?" Baiklah, saya jawab.

 Apalah guna 'kehormatan' dari seorang lelaki, andai kehormatan diri sendiri tidak terjaga? Apalah gunanya menjadi si mawar berduri, tetapi dengan hanya menggunakan alasan 'hormat' sudah boleh didekati?

Cinta aku tak semurah itu!

Lagipula, semua ini dengan mudahnya boleh menimbulkan fitnah. Apa-apa sahaja yang menimbulkan fitnah, sebaiknya jauhilah.

Buat sahabat-sahabat yang mungkin terasa dengan isi artikel ana, ana mohon maaf kerana mempergunakan kisah kalian tetapi, ana harap antum antunna semua faham betapa ana kesunyian dengan bicara dakwah dari bibir antum antunna. Semua tinta bicara cinta kepada Allah dan RasulNya kini berubah serta merta, hilang entah ke mana.

Ketahuilah, untuk sahabat ana yang merajuk dengan teguran ana. Tiadalah sebab lain ana menegur, bukan kerana ana ingin menyombong jauh sekali ingin merampas kebahagiaan antunna. Hakikatnya ana rindukan detik-detik antunna menyapa ana dengan sapaan,"Assalamualaikum, ya tabib! Bahagia dengan Cinta kita?" yang kini berubah menjadi,"Salam enti. Lain kalilah kita chat ye. Nak keluar ni pergi rumah abang angkat ana jap. Kesian dia dah lama tunggu. Anti kenal dia. Dia yang AJK Pencegahan ****** kat sekolah dulu tu.. Untung kan? Dapat orang baik2.. Best oo. Bye!" Hati sahabat mana yang tidak risau?

Namun, di sebalik kekecewaan ini, ana ingin memenuhi permintaan seorang sahabat ana untuk mengarang cerpen buat contoh sendiri. Ana jawab"Contoh sudah banyak di hadapan kita. Tak perlu direka-reka. Tapi kalau anti nak, insyaallah kalau ana tak sibuk ana buat." Insyaallah, ada hari, waktu dan saat, saya tunaikan.

Pesan saya buat yang bergelar sahabat, mungkin ketika ini antunna tak nampak lagi kebaikannya bila para murobbiyah kita mengenakan tindakan disiplin kepada antunna. Mungkin ketika ini antunna masih berfikir bicara ana dipengaruhi unsur barat. Mungkin ketika ini antunna masih berfikir tinta ana ketinggalan zaman. Hakikatnya, ana berharap antunna tahu apa yang antunna lakukan kerana ana hanya mampu menasihati antunna dari jauh, berdoa dengan harapan dari sini. Tetapi tiada yang mampu berada di sis, tika Mungkar dan Nakir melibas tubuh atas dosa menonjol diri buat lelaki. Tiada yang mampu mengubati, tika jutaan kala jengking datang menggigit, jari jemari yang dibiarkan menulis madah cinta yang tidak halal. Tiada yang mampu mengurangkan, tika seguni dosa zina hati dipertimbangkan dan haluan ke neraka begitu terang lagi menggetarkan. Tiada yang mampu menolong, tiada yang mampu meminta, tiada yang mampu mengubati, tiada yang mampu mengurangi. Yang ada hanyalah, tika ini. Saat ajal semakin datang menghampiri, biacara da'ie di sekelilingmu meminta antum antunna berhenti. Berhentilah, selagi pertolongan masih ada dan jasad masih bernyawa. Kelak di saat Izrail datang mencabut nyawa, segala kesal dan taubat tidak lagi berguna.

Salam sayang dari sahabat, IFFAH.

p.s: Artikel DIARI HARI INI saya sudahpun mendeletenya, bila ada yang emel saya," Iffah, taulah otak hang tu buat perangai tapi hang kata dalam assignment jah, ni sampai dekat blog pun tulis mamai-mamai.. Biasanya serius sampai aku baca pun naik bulu, ni punyalah sempoi aku pun sampai terlupa wat kerja sekolah tak caya ni betoi ke Iffah gila sewel.." Ha, dah ada teguran tu, baik saya delete :)

Plus, saya biasakan balik tulis nama penuh, IFFAH NABIHA AHMAD JAILANI sebab, orang putih tanya apa nama middle name saya dan, saya terlupa (^_^)

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah

IFFAH NABIHA AHMAD JAILANI

20 April 2011

Comments

laniaz_ said…
salam iffah

Kenapa delete.? ok je saya baca diari hari ini tu.(segan pulak nak bahasakan diri abang bila baca post kat atas) banyak pelajaran saya ambil, pasal astronomer tu dan lain-lain. Mungkin struktur post tu terabur sikit, tapi biasa lah, kadang-kadang idea dalam kita ni berterabur atas macam-macam sebab, jadi tak pelik kalau apa yang kita tulis tu pun sedikit berterabur.

p/s my youngest brother was born in 1998.
wassalam.

Hahaha! Saya tergelak besar bila tulis "(segan pulak nak bahasakan diri abang bila baca post kat atas)" saya terbiasa panggil uncle, susah nak ubah tapi pada saya tak salah, sebab kan jarak usia kita ni mencecah 9 tahun or more? sebab tu saya tulis kat atas tu 1998/1999 sebab terfikir ada yang baca :)

delete tu sebab bukan sorang yang cakap sempoi :D bila saya baca balik pun tak sedap dibaca bila dekat dalam tu ada perkataan 'aku' :D. insyaallah saya ingat, nanti masukkan dalam facebook pengalaman rombongan tu.

pasal youngest brother tu, ha tengok2 lah sikit adik-adik kita, ya :D

Popular Posts