MENCARI BINTANG - AKULAH SEORANG DA'IE!

"You're a small child who is gonna spot a star. If any teachers say that you're a bad kid Dr Willis is ready to fight them in courts." Sambil mendepakan tangannya, Dr Willis, guru saya bergurau dalam jawapannya.

"That's okay then. I'll see you in the trip!" Balas saya kemudian mula masuk dalam barisan sebelum melangkah masuk ke kelas.

"Where you going?" Tanya sahabat saya.

"Kielder Observatory." Jawab saya melirik senyuman.

Tuhan sahaja yang tahu, dalam letih menyiapkan assignment yang ditugaskan, dan mengulangkaji serta menyertai rombongan-rombongan sekolah ke merata tempat, saya gembira tidak terkira. Kegembiraan itulah yang kemudiannya diekori oleh semangat yang membara untuk mengejar cita-cita. Meski saya tahu kemungkinan besar saya tidak berkesempatan untuk mengambil peperiksaan GCSE (setaraf SPM), namun saya cuba untuk melakukan yang terbaik kerana hakikatnya saya mempunyai peluang untuk 'mencuri' belajar apa yang mereka belajar. ALLAH ya Rabb, saya sedar umat kita sudah jauh ketinggalan di belakang!

Banyak yang mereka terokai. Banyak yang mereka pelajari. Selepas selesai coretan ini, saya perlu bersiap untuk keesokan hari dalam misi mencari bintang. Empat hari sebelum ini, saya sudah dimaklumkan nama bintang yang akan dicari. Dalam misi ini, kami akan menunggu malam menjelma dan belajar pelbagai mutiara beharga mengenai alam di persada Sistem Suria. Teleskop, kamera semuanya dipersiapkan dan dalam kesibukan, saya terkenangkan guru-guru di sekolah Malaysia.

Biarpun di sini, pelbagai hadiah cemerlang diterima hampir setiap masa, berbanding Malaysia setahun sekali, saya rindukan suasana sekolah di Malaysia. Entah kenapa, saya rindu detik-detik mencium tangan guru setiap kali waktu belajar tamat dan Sang Guru sedia beredar. Saya rindukan saat-saat muqayyam diadakan dan usrah dijalankan. Kerana itu, saya terkadang tak dapat mengawal perasaan gembira setiap kali usrah perempuan diadakan oleh Persatuan Durham_My. Sekali-sekala Ummi mengingatkan saya untuk mengawal bicara saya kerana usrah itu adalah usrah dewasa.

Namun dalam rindu, terselit rasa terharu dengan cara mereka menghargai kanak-kanak. Senyuman guru besar ceria menyapa, hukuman diberikan jikalau didapati bersalah tetapi tidak menyakiti badan Si Kecil. Guru besar dengan layanannya mengalahkan kerani, sedang kebanyakan kita kerani lagaknya mengalahkan guru besar..

Bukan saya nak menyalahkan sesiapa. Pepatah Melayu mengatakan rambut sama hitam tetapi hati berlainan. Iya, tidak semua kerani dan guru begitu. Tidak semuanya berkelakuan seperti pengalaman saya ini :

"Dasar anak yatim tak sedar diri! Makan minum pun orang tanggung. Tak aman mak bapak kamu dalam kubur!"

Memang, kami yang disenaraikan sebagai barisan kepimpinan pelajar diWAJIBkan menggunakan ketegasan. Tetapi hati saya luluh dan sedih mengenangkan seorang pelajar miskin dihina sebegitu. Sekalipun itu adalah salahnya, janganlah melibatkan statusnya yang begelar yatim piatu itu.

Senang sahaja kerja, pelajar itu kemudiannya diserahkan kepada barisan kepimpinan Persatuan Agama Islam. AJK-AJK wadah ini diwajibkan untuk memantau keadaannya dan diminta untuk terus membawanya kepada guru jika melakukan kesalahan. Kasihan menyiat hati. Apakan daya, sewaktu itu saya hanya berusia 10 tahun. Segala pandangan dan teguran dianggap salah, rendah dan tohor kebaikannya.

Saya sedih. Allah sayangkan anak yatim. Muhammad Nabi Allah (SAW) qudwah hasanah kita yang mulia meruapakan anak yatim semenjak lahir ke dunia. Anak saudara penguasa, namun selepasnya tetap hidup besederhana walau Baginda adalah Perdana Menteri di Madinah Al-Munawwarah. Baginda dipilih oleh Allah menjadi anak yatim, diuji dengan tandus kasih seorang ayah dan ibu. Itulah insan terpilih.

Mungkin, guru itu stress dengan kerjanya. Namun stress tidak dapat dijadikan alasan ketika berhadapan dengan Allah. Sibuk takkan dapat menyelamatkan kita dari azab Allah, nakal juga tak mampu memperkuatkan hujah kita ketika dihukum sebagai pesalah di mahkamah Allah, ingatlah semua ini.

Di sini, pada guru-guru mereka, kesalahan pelajar yang semalam itu adalah semalam, hari ini adalah hari ini dan esok adalah esok. Tak perlu dicampur aduk perbuatan pelajar itu. Saya kagum cara mereka bersabar, cara mereka mendidik. Guru saya, Dr Willis juga adalah lulusan PhD, namun dia adalah guru sekolah menengah yang berkredibiliti dan pada saya, inilah jalan terbaik.

Jumaat, 15 April , hari bermulanya saya mencari bintang di tengah melam yang kelam dari cahaya. Mungkin, sesuai dengan azam seorang pelajar yang cuba membawa sahabat-sahabatnya keluar dari dunia yang sirna dari Hidayah. Hidayah itu milik Allah. Misi kita adalah membimbing, natijahnya, terpulanglah kepada Yang Esa.

Melangkah, menuju ke perpustakaan untuk mengulangkaji perihal Astronomi, saya pastikan langkah itu bukan langkah seorang pelajar biasa yang menginnginkan puluhan A+ pada slip peperiksaanya. tetapi langkah seorang da'ie. Seorang muslimah sejati!

"Ana tak tahan lah Iffah... Majoriti sini semua terkena rekod disiplin, pasal chat dengan lelaki je pun. Kalau anti ada pi lah fight ngan cikgu kami ka.. Anti kan rapat ngan depa.."

"Mungkin sekarang anti tak nampak lagi kebaikannya. Biarlah, kita muslimah kenalah jadi mawar berduri. Susah untuk didekati. Lagipun ibu dan ayah kita lagi layak mendapatkan cinta tu. Yang menjaga kita bertahun-tahun tu ibu dan ayah, bukan lelaki tu!"

Terkadang risau saya. Kebelakangan ini saya dihujani e-mel daripada ramai sahabat-sahabat saya. Terkejut bukan kepalang apabila mendengar pengakuan dari jeari-jemari mereka yang menaip, kerana dahulunya jari jemari, bibir mereka itulah yang hebat dalam dunia dakwah dan tabiyyah! Semakin hari, saya semakin risau. Semakin resah. Satu hari nanti, adakah aku akan disisihkan, kerana hanya aku yang berlainan?

"Ana tegur ni sebab ana sayangkan kawan ana, bukan nak rendahkan anti.."

"Kenapalah anti ni usaha sangat Iffah nak nasihatkan kawan-kawan awak tu? Tahu tak, kalau kita sembahyang, baca Al-Quran, jadi isteri yang baik, anak yang baik, dah boleh masuk syurga? Tak payah fikirkan cita-cita pun tak apa. " Begitu sangkal seorang kawan saya di sini yang berasal dari Bangladesh. Kawan yang dirujuk bukan kawan saya di Malaysia, tetapi di sini.

Tiada sebab lain. Kerana aku adalah seorang da'ie!




Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...

Comments

Anonymous said…
terima kasih iffah, alhamdulillah.. sbb menyedari diri yg lemah ini tentang perlunya kesedaran dan niat yg baik dlm menuntut ilmu.. thanks a lot..! smga kita kekal dlm jalan lurusnya.. dan smga anti kekal menjadi daie'yg hebat lagi terulung <3


iffah jadi ulama' jelaa xD
Sama-sama. Dakwah itu wajib hukumnya bagi setiap muslim. Terima kasih juga atas doanya. Ulama? Tak cukup ilmu lagi, anti.

Maaf, siapa ya?
saRa k3c!k said…
salam my dear sis iffah..
skang achu tgah cti seminggu..cti mid sem. dlm masa seminggu ni, achu ada tugasan dri ustazah achu..tugasan yg achu x penah sangka achu akan buat..yg achu rasa satu amanah ckup berat.achu tak yakin ntuk buat..ia nya dakwah kpd non muslim..sbenarnya cuma harus interview dan sembng2 dgn sorang non muslim.bila nk buat ni achu trus tringatkan iffah yg smngt juangnya tggi..mencari semngt dri artikel2 iffah.doakan achu yaa
wassalam achuku sayang,

achu, iffah pun tak sehebat mana. satu yang kita kena ingat, kita hanaya umat yang meneruskan, tidak seperit memulakan sepertimana rasulullah dan sahabat2 lalui dulu. yg kna interview tu, orang putih ke?

iffah sangat menaruh harap pada achu boleh buat, insyaallah, put your trust in Allah :) Achu boleh buat punya!
saRa k3c!k said…
thanks a lot iffah..
bukan org putih, chinese..
insyaAllah..acu cuba yg terbaik..

Popular Posts