SANTAI : SOLATLAH WAHAI UMMAT!

Alhamdulillah. Pulang dari Kem Solat.

Banyak ilmu diperoleh. Kebanyakannya pemerhatian terhadap didikan agama anak-anak kini.

Asalnya hadir sebagai peserta, kemudiannya diminta oleh Auntie Hanani untuk menjadi fasilitator program memandangkan peserta terdiri daripada kanak-kanak ribena yang masih samar-samar akan ilmu solat.

Sambil menerangkan tujuan bersolat, saya bangga dengan terapan didikan yang ditanamkan oleh guru-guru di sini. Mereka yang kita dakwa kafir, dan untuk sesetengah yang kurang mengerti mengatakan mereka mungkin meracun pemikiran anak-anak itulah yang mendidik budaya bertanya dan berfikir dalam minda pelajar-pelajar.

Mereka mendengar dan bertanya, saya bangga dengan mereka!

Sedang menerangkan tujuan dan fadhilat solat
Suka dengan jawapan adik-adik ni...

Saya : Kenapa kita solat?

-Sebab kita nak sembah Allah!
-Sebab Allah Tuhan kita!
-Sebab Allah suruh la!
-Sebab kalau tak buat dosa!
-Sebab kita nak bersenam!

Suka dengan ayat yang terakhir itu, itu antara fadhilat(kebaikan) bersolat.

Sambil mengisi borang 'ujian' pergerakan(praktikal) dan bacaan solat mereka yang berumur 9 tahun ke atas, saya meninggalkan komen untuk ditatap sekilas.

Sebelum itu, saya memerhati 'result' semua mereka secara majoriti.

Untuk yang 10 tahun ke atas, bacaan Al-Fatihah mereka memang mencerminkan didikan ibubapa. Bacaan wajib yang satu ini diperdengarkan dan saya dapat lihat, kesemua adik-adik dan mungkin 'abang' yang saya test ini tidak ada yang memperoleh markah kurang dari 4 iaitu markah yang paling tinggi. Tidak ada teguran! Tahniah buat ibubapa yang mendidik!

Cuma, seperti yang saya kata, mungkin latihan membaca Al-Fatihah itu ditekankan sehingga, bacaan sujud dan ruku' mereka tak tahu. Seimbangkanlah!

Pada akhirnya, saya mengambil keputusan untuk tidak test bacaan doa Qunut, kerana semua mereka tidak tahu dan saya kesuntukan masa untuk mengajar!

Begitu juga bacaan doa 'iftitah, majoriti tak tahu!

Serasa saya yang berumur 12 ke atas sendiri saya percaya, mereka tidak dibiasakan untuk mempelajari bacaan yang sunat. Menyebabkan solat yang dikerjakan dipenuhi amal yang wajib.  Sempurnakanlah solatmu wahai adik(Er, ada yang lebih tua dari saya ni!), dengan amalan sunat itu akan membawa kalian ke satu alam yang lebih lapang dan tenang...

Terima kasih atas bantuan yang diberi oleh Zakirah(bertudung hitam), sahabat yang tua dua tahun dari saya. Juga buat fasi Misha(bertudung light purple), seorang ustazah dan ibu yang membantu saya 'mendiamkan' adik-adik. :)
Solat itu tiang agama. Bagi yang mempunyai facebook boleh baca cerpen yang saya tulis sewaktu seorang teman saya, orang putih meminta untuk turut solat bersama dengan saya. Kagum katanya betapa praktikal dan mudah agama Islam, dia melihat saya bertayamum sewaktu tiada air dapat digunakan, solat di dalam bas, dan menqasarkan solat. Semoga cahaya hidayah menyimbah hidupnya di masa hadapan.

Solat, umpama panggilan seorang Kekasih untuk menghadapNya. Jika berdoa dengan rayuan manja dari seorang hamba dengan Tuhannya secara bersungguh-sungguh, insyaallah akan ditemui ketenangan dan nikmat yang tidak terkira dirasakan. Di situ, akan meresaplah embun cinta yang maha hebat terhadap Cinta Pertama kita. Siapa tidak mahu bercinta?

Cintakan manusia memang begitu akak. Persiapkanlah diri dengan menjadi mutiara solehah. Jodoh itu Allah tentukan dan sampai masanya, ia tak akan lari. Allah sudah berpesan,"Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.

Jika wanita itu mutiara, jadilah mutiara solehah agar si pembeli adalah pembeli yang soleh. Jika wanita itu mawar, jadilah mawar yang berduri agar 'kumbang' yang mendekati adalah kumbang yang soleh dan dia juga 'berduri'. 

Carilah cinta Allah kerana cinta Allah tak pernah mengecewakan. :)



Saya sebenarnya ragu-ragu untuk meninggalkan komen ini. Remaja ini, kecewa dengan teman lelakinya. Memandangkan hubungan kami baik, saya takut pergaduhan akan timbul. 


Dahulukan sangka baik, hidayah itu milik Allah. Utamakan dakwah, bukan natijah!


Terima kasih la syg.. akk betul2 memahami skrg.. Akk harap akk dpt mencari cinta allah secepatnya semoga hati akk tenang dan Cinta Diredhai.. InsyaAllah :)


Alhamdulillah. Buat akak yang disayangi, carilah cinta dia melalui solat. Solat itu nikmat kerana itu, solatlah wahai ummat!


Baginda SAW bersabda kepada Bilal sewaktu masa untuk solat sudah tiba : Rehatkan kami wahai Bilal! Sungguh, solat itu merupakan kerehatan bagi orang-orang beriman.
Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang


Jumpa Lagi, Insyaallah


IFFAH NABIHA AHMAD JAILANI


26 April 2011

Comments

Popular Posts