Soal Jawab : Cinta & Maksiat Hati

1. Apa maksud maksiat hati?  2. Apa maksud cinta?
Untuk yang kedua, saya memegang firasat bahawa dia sengaja menguji saya namun, bersangka baik perlu diutamakan.

Baginda SAW pernah bersabda : Kita adalah umat yang menilai pada zahirnya sahaja. Aku menghakimi berita yang sampai kepadaku mengikut cerita dan bukti yang kudengar dan kulihat, kerana aku manusia biasa yang tidak mengetahui hal-hal yang ghaib.

Niat dan ikhlasan termasuk perkara yang tidak dapat dilihat. Di sini, saya tidak mahu menyentuh isu ini. Buat masa ini, saya ingin menghuraikan sedikit pengetahuan saya mengenai punca remaja hanyut dalam cinta dusta ini sebelum menjawab persoalan yang diajukan kepada saya di atas.

Punca

"Nak buat macam mana, fitrah manusia itu ingin disayangi dan menyayangi."

Itulah antara ayat yang seringkali saya temui setiap kali menatap helaian novel. [Note : Ye, saya hantu kacang novel :) ]

SEMUA manusia disayangi sekurang-kurangnya oleh seseorang. Walau sedunia dirinya dibenci, tidak semestinya dirinya tidak berguna dan tidak disayangi. Seseorang itu adalah Allah.

"Biar hina di mata manusia, tapi mulia di sisi Allah." Seingat saya Mardhiah atau Nawal Amani mengingatkan saya di kala saya kesusahan.

Hakikatnya ramai yang tatkala diuji merasa diri langsung tak disayangi, sedang mereka tidak menyedari bahawa itulah titipan kasih dari DIA. Jika ujian sakit, Allah menghantar ujian itu untuk kifarah dosa. Insyaallah, jika selama ini asyik berbuat kebaikan, kemudian satu ketika dahulu kita pernah berbuat kesalahan yang besar, sakit umpama balasan maka terhapuslah dosa itu, Insyaallah tiba hari akhirat Allah boleh terus menghantar kita ke syurga. -Pesan Naqibah saya, Muallimah Syakirah.

Memang, ada benarnya ayat yang diutarakan para novelis itu. Itulah fitrah kejadian kita. Saya disayangi, anda juga disayangi. Saya juga ingin menumpahkan kasih buat seseorang, begitu juga anda. Tiada di dunia ini manusia yang tak ingin disayangi/menyayangi. Fitrah ini tertanam di sudut naluri seluruh makhluk ciptaan Ilahi baik manusia mahupun haiwan.

Iya. Itulah punca utama. Fitrah. Dan sebagai manusia, kita tak mampu mengubah fitrah.

Apa itu?

Di sini saya ingin menjawab soalan kedua terlebih dahulu walaupun sebenarnya ianya agak umum. Apa itu cinta?

Cinta sinonim dengan kasih sayang. Baik lelaki mahupun perempuan semua kita mempunyai perasaan kasih ini. Dan dalam diri seorang muslim, kita punya turutan cinta yang perlu diutamakan.

Bagi perempuan : Cinta pertama :  ALLAH . Cinta kedua : RASULULLLAH. Cinta ketiga : Ibubapa.

Ketiga-tiga cinta ini adalah bagi mereka yang belum berkahwin. Sementara, bagi yang sudah menikah cinta ketiga mereka serta merta berubah kepada suami. Maka ibubapa berubah menjadi cinta keempat.

Bagi lelaki, turutan cinta mereka selamanya seperti perempuan yang belum berkahwin. Cuma seperti biasa, antara lelaki dan perempuan terdapat fitrah yang berbeza. Perempuan, fitrah mereka adalah dimiliki.

Cinta kepada Allah dan Rasul sama seperti cita kepada agama. Maka cinta kepada menuntut ilmu, belajar, cita-cita sama seperti mencintai Allah dan Rasul. Cuma seperti mencintai manusia, jika kita mencintai seseorang namanya sentiasa kita sebut. Begitulah zikir(cinta kepada Allah), dan selawat(cinta kepada Rasul). Menatap lembaran Al-Quran(Warkah cinta Allah+Peribadi Rasul).

Cuma, dalam Islam terdapat cinta yang halal dan tidak halal. Cinta yag tidak halal disamaertikan dengan cinta sesama bukan mahram yang belum nikah. Saya pasti kesemua anda maklum dengan maklumat ini. Cuma, ada cara-cara untuk handle cinta tidak halal ini.

Cara dan apa yang tidak boleh?

            وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia dalah perbuatan keji yang membawa kerosakan(di masa hadapan)." (Al-Israa' : 32)

Ini teramatlah benar, zina membuka jalan keburukan lain. Seperti yang kita lihat, selepas zina, pembunuhan bayi pula yang berlaku.

Faktornya adalah kekurangan iman, taqwa dan amal. Namun ianya amat general.

1. Membuka aurat - Membuka tudung/berlengan pendek tak usahla cerita, kita sudah tahu ianya salah. Yang salah tetap salah.

Rasulullah memerintahkan kami untuk keluar pada Aidil Fitri dan AidilAdha, baik gadis yang menginjak akil baligh, wanita-wanita yang sedang haid, mahupun wanita-wanita pingitan. Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, salah seorang di antara kami ada yang tidak memiliki jilbab?" Rasulullah menjawab, "Hendaklah saudaranya meminjamkan jilbabnya kepadanya." (Hadis Riwayat Muslim).

2.Berkomunikasi dengan melunakkan suara.

يَـٰنِسَآءَ ٱلنَّبِىِّ لَسۡتُنَّ ڪَأَحَدٍ۬ مِّنَ ٱلنِّسَآءِۚ إِنِ ٱتَّقَيۡتُنَّ فَلَا تَخۡضَعۡنَ بِٱلۡقَوۡلِ   فَيَطۡمَعَ ٱلَّذِى فِى قَلۡبِهِۦ مَرَضٌ۬ وَقُلۡنَ قَوۡلاً۬ مَّعۡرُوفً۬ا


"Wahai isteri-isteri Nabi! Kalian bukanlah seperti yang lain andai kalian orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu bersuara dengan manja(semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menaruh keinginan orang yang berpenyakit hatinya(menaruh tujuan buruk kepada kamu) sebaliknya berkatalah yang baik-baik(dengan sopan.)" (Al-Ahzab : 32)

3.Berdua-duaan dengan yang lelaki bukan mahram

"Tidaklah berdua-duaan seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram melainkan yang ketiganya adalah syaitan."(Hadith riwayat Tirmizi, disohihkan oleh Al-Albani)

4. Menggunakan cara-cara di atas dengan ALAM MAYA.

Banyak lagi yang menyebabkan zina dan di atas antara contoh mendekati zina. Namun di sini saya ingin tekankan pada soalan yang pertama - Apa itu maksiat hati?

Maksiat hati, sama seperti zina hati. Zina hati, zina mulut dan zina mata etc etc adalah perumpamaan kepada menghampiri zina. Seperti yang ditegaskan oleh Allah di atas, MENGHAMPIRI zina juga salah.

Tak perlu katakan kami berdua di hadapan orang ramai. Sama seperti memputarbelitkan kesalahan yang telah dibuat. Ini yang ingin saya perbetulkan. Membaca cerita hari ini, pasti ada yang menulis,"Kami tahu jaga batas, kami tidak berdua-duaan, kami dinner depan orang ramai, bukan tempat yang tersembunyi."

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 42 :

وَلَا تَلۡبِسُواْ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُواْ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang haq dan yang batil sedang kamu mengetahuinya."

Salah tetap salah. Walau berada di hadapan sedunia sekalipun ianya tetap salah. Jika ada urusan wanita perlu tegaskan suara bukan melembutkan. Tidak dinafikan ada yang suaranya lunak secara semulajadi.

Di alam maya. Maksiat hati tetap boleh berlaku. Hati sentiasa ada di dalam badan, kalau ada yang tak setuju tak tahulah ^_^ . Maksiat hati adalah apabila kejadian seperti di atas berlaku dan hati mula berbisik terpikat dengan 'cara' di atas.



Kesemua ini boleh berlaku di alam maya juga. Membuka aurat boleh berlaku dengan meletakkan gambar dengan aurat yang tidak sempurna. Meskipun aurat tertutup tetapi digayakan dengan pelbagai lenggok tubuh, menggoyahkan iman para lelaki ajnabi. Juga mengundang maksiat hati. Begitu juga, mulut dimuncungkan dan sebagainya. Tak tahulah saya dengan 'trend' sekarang ni. -.-

Berkomunikasi dan melunakkan suara adalah dengan menggunakan webcam, bahkan dengan tulisan pun boleh mendatangkan maksiat hati walaupun dalam Islam digalakkan wanita dan lelaki berurusan menggunakan tulisan tanpa suara kerana dikhuatiri maksiat hati ini. Tetapi ia antara alternatif, sedang dengan menstailkan tulisan seperti,"ala, kenapew, bukan salah kitew.." Haih..Tak tahulah saya -.-

Berdua-duaan : Chat siang malam, umpama membina jambatan menuju ke arah zina. Sepatutnya atas apa-apa urusan e-mel dan segalanya diforwardkan kepada orang tengah. Ni angin tak ada ribut tak ada, sengaja sembang berkenalan. Sedang semua itu hanya alasan!

Panjang lebar dah artikel ini. Saya harap, soalan-soalan di atas sudah dijawab dan dibantu walau sedikit. Mohon maaf atas kurang sopan bahasa atau kekeliruan yang ditimbulkan. Niat saya hanya ingin menyampaikan, segala teguran dialu-alukan. Saya tinggalkan ini untuk dibetulkan oleh mana-mana pihak yang lebih arif. Assalamulaikum.

p.s: Setelah dipelihara dengan izin Allah, selama ini hanya bertemu dengan lelaki bukan mahram di sekolah ataupun kedai, ataupun tetamu yang menjengah ke rumah, kini Insyaallah saya akan berangkat menuju Kem Solat. Doakan semoga tiada MAKSIAT HATI yang berlaku. Amiin :)



Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah

IFFAH NABIHA AHMAD JAILANI

22 April 2011

Comments

saRa k3c!k said…
trima kasih iffah ntuk entry yg sgt2 membantu..
sama-sama. alhamdulillah :)
nazurah said…
Assalamualaikum ..

best entry :) memang susah untuk menjaga hati .. well , kia mesti sentiasa bermujahadah .. kan ? jangan sampai FITRAH itu menjadi FITNAH :)
Residah Omar said…
nazurah,

alhamdulillah. anti masih ada kesedaran. syukur kepadaNYA atas hidayah, tahniah juga buat akak :)
maaf, komen di atas tu sepatutnya dari Iffah Nabiha. haduh!
FatizahGhani said…
Assalamualaikum ukhti:)
Ana copy tentang maksiat hati. Jika ukhti tidak membenarkannya, sila post-kan di chatbox ana. Ana mohon maaf jika ianya tidak menyenangi ukhti. Aasif ya ukhti. Syukra:)
Waalaikumussalam WBT,

Silakan, yang baik dari Allah, yang kurang dari diri ana sendiri :')

Terima kasih kerana share.
Shah Pie said…
setuju sgt hehe.. kebanyakkan yg dh bersuami ni dok borak2 dgn lelaki bujang mcm nk mengorat.. sy dh kena bnyak kali.. isteri2 org belagak bujang huh.. cobaan..
Shah Pie said…
setuju sgt hehe.. kebanyakkan yg dh bersuami ni dok borak2 dgn lelaki bujang mcm nk mengorat.. sy dh kena bnyak kali.. isteri2 org belagak bujang huh.. cobaan..

Popular Posts