...TENANG... ITULAH SUNNAH ORANG BERJUANG!

"Buat adik kecik akak.. ngee~
Moga terus berdiri kukuh di sana ye dik..Allah is always by your side, He never leave you alone, I believe you can do it..Itulah sunnah orang berjuang(^_^)"

Nasihat ukhti yang satu ini bagai terngiang di telinga. Dia menulisnya di wall facebook saya, setelah membalasnya  saya mengirim sekalung doa buat mereka yang tak jemu-jemu menasihati saya. Walau berjauhan dari mereka yang soleh dan solehah tetapi nasihat dan saling memperingatkan tetap dihulurkan. Itulah natijah ukhuwah yang terjalin kerana Allah.

Ada sebabnya mengapa saya teringatkannya. Apatah lagi dengan komennya yang terbaru.

"nanti balik Malaysia bagitahu akak ye dik.. Teringin nak jumpa adik kecik akak ni.. Ngee~" Begitulah ungkapan yang berbaur gurauan tetapi sarat dengan makna.

Saya akui, saya banyak berhubung dengan ukhti-ukhti yang tidak saya kenali dan tak pernah saya jumpa namun terasa bagai telah lama bersua. Nasihat mereka membakar semangat saya, dan pada Allahlah saya berdoa, moga-moga kalian terpelihara di bawah payung perlindunganNya. Terima kasih semua.

"Kretif :) Mudah difahami, cuma kalau tambah contoh, mesti lagi best dan meruntun hati :) Tahniah dan terima kasih:)"

Tehehe. Highlight perkataan "tambah contoh" tu. Nak ikutkan, sebelum ni artikel di blog saya panjang berjela-jela sehingga adakalanya tak larat nak baca kot.

Namun, saya mohon maaf pada mereka yang merasakan artikel saya kini semakin kurang kualiti. Semuanya silap saya sendiri kerana tidak istiqamah dan salah cara dalam menyampaikan.

Sebabnya, saya kini bergelumang dengan getir hidup seorang pelajar, Dr Willis guru sains saya meminta saya untuk join kelab Astronomy, memandangkan minat saya teserlah dalam bidang Sains. Terkadang saya tak faham dengan diri sendiri, sebenarnya saya tak minat langusng dengan Sains bahkan selalu mengelak, tetapi kebelakangan ini saya recognize kebolehan saya pada subjek yang sebelum ni saya tak suka seperti Geography. Level saya pun lompat macam katak. :D

"This task will take you about 2 minutes.Okay? I'll come back and ask random people." Dr Willis meninggalkan kelas.

"IFFAH!" Saya serta merta mengalihkan pandangan ke arah Hannah dan berpura-pura berbual dengannya. Nak mengelak sebenarnya!

Seketika saya merasa muka saya dihentam sesuatu.

Saya memejam mata, Automatik!

"Tell us the answer!" Hish bebudak ni. Nak mintak jawapan mintalah elok-elok sikit. Ni, main baling kotak pensel. Gerutu hati saya.

"I don't know! Ask Hannah." Jawab saya. Memang itulah 'budaya' mereka. Saya dan Hannah yang berteman rapat dikenali sebagai pelajar yang mempunyai persaingan. Pelajar-pelajar lain kalau tak tahu, sama ada tanya saya atau Hannah. Buli orang je tau! Terkadang itulah yang terlintas di benak.

"Hannah what's the answer?" Saya mengerling.

" I don't know what was the question?" Kami ketawa.

"Don't lie Iffah you know what the answer is." Saya mengeluh.

"Okay okay. The answer is the nuclear radiation can damage our DNA in our cell which can cause cancer as a result. Now, go! Don't ask me anything else!" Jawab saya. memanglah tahu! Berapa jam buat research.

"Yeah... Iffah is mint." Ha, pujilah banyak-banyak sebab nak jawapan. Manusia!

"You know what the answer is why do you ask me!" Hannah merajuk sambil mengetuk kepala saya. Heh, tak pasal-pasal dapat kena ketuk kepala free je. Patutnya terima kasih la. Huhua :(

"Iffah be a doctor you're pretty good."

Tiba-tiba teringat cita-cita saya yang asyik berubah. Mrs Taylor pula menulis dalam report saya,"Iffah, this is your critical time. You have to choose your subjects in a couple of weeks . Think about  where you ability is. " 

Ke mana hala tuju hidup saya? Apa sebenarnya identiti pekerjaan saya kelak?

Usia 13 tahun di Malaysia baru sahaja menjejaki sekolah menengah. Di sini saya sudah pun perlu memikirkan tentang semua ini. "Iffah, life is too short. I suggest for you to do Art, because your potential is around level 7 by the end of year 9, which is A Star in GCSE." Mr Haskett, guru Art saya tahu akan saranan Mrs Taylor.

"Pilihlah mengikut kebolehan kakak.. Asal jadi yang baik, itu sahaja yang Ummi dengan Ayah nak...Buat masa ni, tumpukan dulu perhatian pada pelajaran, bagi masa pada diri sendiri, jika lebih dari subjek yang dibenarkan, tengok pula pada minat. " Nasihat Ummi kedengaran.

"Life is too short." Sekali lagi ayat itu diulang oleh guru English saya pula. "Iffah, hope you'll do your best because this is your critical time in English too. Choose, Dystopia or Utopia." Katanya.

Teringat sabda Baginda SAW"Antara tanda-tanda kiamat itu adalah pembunuhan! "

In the future, kiamat menghampiri, pembunuhan banyak berlaku. Maka itulah jawapan saya dalam assignment yang satu ini. Dystopia adalah sesuatu yang buruk diramalkan akan berlaku. Pen biru di tangan mengeluarkan dakwatnya.

"More western films affect children's thinking - Internet and films that is not controlled - Social problems - Our generation fight against each other - Wars and battles - The future seems to be darken." Dengar macam senang. hakikatnya susah. Idea yang saya dapat adalah dari Sabda Nabi SAW, mana bukti saya nak cari ni? Sabda Baginda tak mungkin diterima oleh guru bahkan mungkin dia refuse untuk menanda kertas kerja saya.

"A famous quotation by Stephen King - if there is one person, he'll be crazy. if there are two person, they'll fall in love. if there are three people, there will be a war." Pesan guru saya.

Dalam kesibukan dunia pelajar, ada sesuatu yang saya belajar. Sambil menghadap nota dan buku, pen dan kertas, ada dugaan yang membuatkan hati saya adakalanya culas. Kematian, itu yang menyedarkan saya mengenai bekalan. Saya kini berada di bumi asing lagi kafir. Membandingkan situasi saya di sini dengan Malaysia... Adakalanya saya sedih. Sahabat saya e-mel kepada saya tentang disiplin yang terpaksa diperketatkan di sekolah dengan cara guru-guru di sekolah mereka hack account facebook pelajar-pelajarnya. Sekali-sekala saya berfikir, mungkin ini cara guru-guru itu mengawal komunikasi pelajar-pelajar tetapi, apa natijahnya? Mengenangkan semua fenomena ini, sekali-sekala saya bermuhasabah akan fatamorgana dunia yang fana...

Selepas kejayaan tempohari, ujian tak berhenti mendatang... Hasad dan dengki, itulah motif permusuhan. Ingin menjatuhkan pegangan! Ketika saya mendengarnya, saya bagai tidak percaya.

"Iffah, your religion is the thing that makes them feel jealous because that is the thing that makes you attractive cause you're different, becareful Iffah. Please please please! " Philippa memberi amaran sambil berbisik. Benar, selepasnya iman yang ada dalam diri terasa bagai hampir tergugat. Pegangan yang saya teguhkan selama ini terasa benar-benar diuji. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Nabi, Jihad yang paling besar adalah jihad melawan nafsu. Tuhan, mampukah aku menjadi mawar berduri? Paling merisaukan saya, semua ini hadir di saat genting yang mana menjadi harapan buat orang-orang tersayang. Guru-guru saya tidak berhenti memperingatkan saya untuk mendalami subjek yang menjadi masa depan saya. Saya terasa teruji, di saat ini baru saya faham, baru saya lebih rasa, lebih tahu! Apa yang menyebabkan seorang manusia yang soleh/ah sekalipun adakalanya mampu tewas di tengah medan pertempuran pilihan ini. Apatah lagi saya kini sudah masuk dalam lingkungan usia remaja! Di saat inilah perlu berjuang dalam membuat pilihan! Wahai diri, jangan asyik mengutuk mereka yang berubah sebaik sahaja mereka tiba di bumi kafir ini kerana hakikatnya salahkanlah diri sendiri kerana tidak berjaya membawa mereka sama-sama untuk istiqamah.... Terima kasih ya Allah, ujian ini memberikan saya pengalaman........Namun jauh di sudut hati, saya risau. Risau yang teramat.

Lantaran kerisauan yang tidak terbendung, lamunan saya sering melayang entah ke mana setiap kali kelas berlangsung. Astaghfirullah! Begitulah cara syaitan mendekati sekeping hati milik seorang hamba! Di mana aku perlu cari kekuatan. Di sebalik semua itu, saya terfikir akan kata-kata ukhti ini..

"I believe you can do it.. Itulah sunnah orang berjuang!" Sepotong ayat tetapi keramat! 'Sunnah orang berjuang'. iffah, kekalkanlah identiti yang satu!

"Dan Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya."(Al-Baqarah:286)

"Ukhti, antara ciri-ciri seorang da'ie yang sejati adalah wajahnya mesti sentiasa tenang, hatinya juga perlu tenang dalam menghadapi cabaran. Bagai tiada apa yang perlu dirisaukan. Ana doakan anti mampu melakukannya kerana dengan keyakinanlah akan menghadirkan ketenangan.." Pesan seseorang itu terngiang-ngiang di telinga.

"Kalau kita tak dilanda masalah, itulah sebenarnya masalah!" Pesan seorang ukhti ini.

"Iffah, kekalkanlah pegangan awak kerana daripada pegangan itulah kami semua banyak belajar tentangnya." Chloe, rakan yang tinggal berdekatan rumah saya menghadirkan kekuatan. Ya Allah, benarlah... Islam itu indah dan wangi... Sentiasa disukai. Walau ditentang ia tetap dijulang. Sabarlah, berdoalah wahai teman, carilah dia tika yang lain diulit mimpi, insyaallah, akan ditemui ketenangan itu di sudut hati.

Sejauh manapun seorang hamba itu lari dari DIA, manusia-manusia itu akan tetap kembali mencari Tuhannya. Jelaslah. Itulah fitrah seorang hamba - sentiasa memerlukan Tuhannya..


...Tenanglah Iffah... Sabar dan tabah, percaya dan pasrah.. Itulah sunnah orang berjuang!


Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...

Comments

saRa k3c!k said…
salam ketenangan iffah..
semoga kehidupan iffah disana penuh keberkatan dan ketenangan hendaknya..
kadang2 achu terasa seakan nak pinjam ketenangan hati dan diri iffah..
seorang pejuang cilik yg semangat juangnya ..subhanallah.
doakan achu peroleh ketenangan jua dalam mencari damai yg hilang.insyaAllah
Achu,

Ketenangan itu tak perlu dikejar. Ketenangan itu sebenarnya senang untuk dicari, tapi tak ramai yang memahami. Ketenangan umpama menangkap kupu-kupu Jika kita terus mengejar, makinlah ia lari. Sebaliknya jika kita tahu caranya. Ia akan datang sendiri kepada kita :)

Insyaallah doa itu pasti. Iffah yakin achu akan sentiasa hidup berintikan kedamaian yang adakalanya samar dari kehidupan. Amiin, doakan saya juga :)
saRa k3c!k said…
thanks a lot iffah.. ni kalo achu cakap syg iffah mesti fatimah jeles..hehe
hehe.. biasalah.. anak tunggal.. hehe. mesti achu rapat dengan dia kan.. ye lah, saya pun umur sebaya dengan dia, seronok ada mak sedara yg tak kawen lagi.. teringat mak sedara saya, kalau dia sebut pasal lelaki je mesti saya mencebik..(x nak die kawen) hehe tu mser kecik lah.. hehehe :D
saRa k3c!k said…
hehe..biasalah..fatimah tu anak sedara sulong..dia mcm pengubat jantung kami semua lah..hehe.rapat mmg rapat..manja ngan achu dia ni fatimah ni.huu
hehe.. biasalah.. dah xde kakak.. saya pun teringin nak bermanja dengan seorang kakak... ngeh3
saRa k3c!k said…
kami semua achu, ateh, kak hajar kan kakak iffah juga :)
kalau balik malaysia nati, inform lah.teringin nk bjumpa,bersalam dgn adik sorang nih..
hehe. memang iffah tahu sangat yang tu. ade sorang kakak ni, tulis,"rasa macam nak gosok2 kepala dia" eih eih, terharunyaa! :D

insyaallah. iffah teringin nak jumpa dengan orang sebaik achu, orang yang cintakan kebenaran :)

cuba ingat2 balik, kot2 achu ngan ateh ada jumpa iffah kot, cuma kita saling x tahu, sebab iffah kecik :D because actually iffah kenal ngan fatimah sejak 5 tahun :)

Popular Posts