Muqaddimah

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, Pemurahnya DIA dengan izinNya mempunyai kesempatan untuk menulis pada masanya. Namun, komitmen sebagai pelajar Year 10 mungkin menyebabkan keperluan meluangkan masa untuk pelajaran lebih utama buat seketika. Afwan andai jarang menulis. Moga bermanfaat apa yang ada :)

Monday, 30 May 2011

LANGKAH YANG TELAH TERCIPTA

Semalam aku kelukaan
kecewa kehampaan
mencalar ketabahan
mimpi yang sering ku harapkan
menjadi kenyataan
namun tak kesampaian


Allah
Inginku hentikan langkah ini
bagaikan tak mampu untukku bertahan
semangat tenggelam
lemah daya
haruskah aku mengalah
namun jiwaku berbisik
inilah dugaan!

"Honestly I cried when I watched this. <3 . "

Itu yang saya tulis tatkala saya kongsikan nasyid Langkah Tercipta by UNIC di facebook.

Lirik yang sangat mendalam.

Sunday, 22 May 2011

ALANGKAH INDAH

Berat rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi 
Baru kini ku sedari 
Jalan yang yang aku lalui


Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini
Ke lembah kehinaan

Alangkah indah dan baiknya andai saya mampu istiqamah.

Sengaja saya membaca surat-surat dan meneliti gambar-gambar kenangan saya sewaktu saya berada di Sekolah Rendah Al-Islah. Satu yang saya teringat, setiap hari Isnin saya berada dalam kumpulan usrah. Usrah yang terakhir adalah berkenaan cita-cita. Itulah usrah terakhir sebelum saya mengangkat kaki lalu menyambung perjuangan di bumi UK ini.

Di sinilah saya, satu benderang yang sedang mengejar cita.

Saturday, 14 May 2011

Soal Jawab : Hati,antara ikhlas dan culas

Betapa di awalnya sebelum Iblis Laknatullahi 'alaih sudah mengangkat sumpah, dan di situ juga telahpun diisytiharkan oleh Iblis ini akan keistimewaan orang-orang yang ikhlas. Iya, memang susah. Saya dengar dan banyak kali dengar, dan saya juga PASTI, memang PASTI, sangat PASTI saya tergolong dalam golongan yang begitu susah untuk kekalkan keikhlasan.

Sahabat Nabi SAW  setiap kali terdengar perkataan ikhlas akan menangislah mereka, kerana tahu betapa susahnya untuk ikhlas. Kenapa susah?

Kerana walau kita benar-benar kenal dengan diri kita, tetap juga tak mampu untuk menilai keikhlasan diri. Walau berada di tahap 'tadika' dalam kehidupan, mahupun peringkat 'PhD' sekalipun, adakalanya kita tetap gagal dalam mengenal ikhlasan diri. Diri kita sendiri pun adakalanya tak dapat mengenal pasti keikhlasan itu.

Saya sebenarnya tidak tahu dan baru sahaja tahu bahawa tahap Islam mengharamkan kita mengaku baik sehingga seperti di akhir surat kita menulis,"Yang Benar" ataupun "Yang ikhlas." tetap tidak digalakkan. Itulah Islam, akan dijaga kesucian hati hamba-hamba Allah agar sentiasa ikhlas dalam mengumpul amalan.


Friday, 6 May 2011

JANGAN DITUNGGU

*Curi masa*

Riuh rendah suasana kelas yang dikenali sebagai Top Set Year 8 Science (8E1) dengan hilai tawa sekelas. Subjek Biologi yang perlu dihadam oleh otak tidak terasa suasahnya apabila guru kami menyelitkan topik kelakar dengan aksi yang menarik perhatian.

Tajuk yang agak sensitif ini disambut oleh 'kegelian' oleh kami sekelas. Saya tidak ketinggalan, meraup wajah berkali-kali, antara malu, kelakar, dan geli. Itulah untungnya memperoleh guru yang berkelulusan PhD (^_^)

Ketika keadaan di dalam kelas kembali serius, saya mula membetulkan posisi duduk, bersedia untuk mendengar yang seterusnya. Sesekali saya terasa dahi saya yang bekerut secara automatik setiap kali cuba mengingati kata kunci Biologi yang agak susah kerana kebanyakan perkataan penting adalah dalam bahasa Latin.

Sekali-sekala, saya tertekan juga dengan keadaan. Saya yang membesar di Malaysia pastinya terkejut sebaik sampai di sini, sepatah pun tak faham. Terasa sangat berat matapelajaran yang mesti dipelajari, namun masa terus berlalu... Usia semakin bertambah, hakikatnya saya mula terbawa oleh nikmat dunia sehingga lupa bahawa dahulu saya pernah merintih kerana susahnya untuk bersangka baik kepada takdir yang Allah tentukan.

Ketika, kejayaan mula menyusuri, seringkali saya tidak dapat istiqamahkan perasaan untuk mengingati siapa saya, acap kali terbawa oleh sifat lagha hingga lupalah siapa saya yang sebenarnya. -Hanya seorang hamba.

"Percayalah, tersirat hikmah di sebalik musibah."

Tadinya, saya tuliskan ayat di atas sebagai status facebook saya. Iya, tatkala tadbir menyusur barulah kita merintih di atas sejadah cinta, merayu kepada Tuhan kita, untuk kembalikan nikmat yang pernah Dia kurniakan, namun ditarik semula, buat seketika.

Seringkali manusia itu berfikir syukur itu di atas nikmat dan sabar itu hanya pada ujian. Hakikatnya syukur itu bukan sahaja atas nikmat tetapi juga syukur atas ujian.

Mereka yang melihat dengan mata hati pada setiap tadbir yang dikirim Ilahi, pasti mengetahui bahawa ujian itu nikmat dan nikmat itu ujian.

Ujian itu nikmat.. Apabila hari-hari yang disusuri dengan kealpaan kita terhadap Ilahi kemudiannya terhapuslah dosa kita dengan musibah yang diberikan. Antara hikmah musibah itu adalah kifarah untuk dosa yang lepas. Bukankah itu merupakan satu nikmat?

Justeru itu. Sabar bukan hanya atas ujian. Sabar juga diperlukan atas kurniaan nikmat yang DIA berikan. Ketika kita dilimpahkan harta kekayaan yang melimpah, sabarkan nafsu untuk membelanjakannya ke arah yang sia-sia.

Beruntungnya bagi mereka yang sentiasa menjadikan dua kunci kedamaian dan Sakinah ini sebagai inti hidupnya. - Syukur dan sabar.

Jangan ditunggu

Pun begitu, selain sakinah(kedamaian) dan kebahagiaan, masih ada lagi sesuatu yang juga kunci untuk melalui tadbir, kerana tanpa kunci ini tidak akan mampu kita untuk menyusuri takdir DIA.

Kekuatan.

Manusia seringkali mencari kekuatan. Untuk bersyukur perlukan kekuatan, untuk bersabar juga perlukan kekuatan.

"Tunggulah sampai ana ada kekuatan.."



Sahabatku, kekuatan itu tak perlu ditunggu. Tetapi perlu dibina. Dalam menyusuri hari-hari yang masih bersisa, kita pasti bisa membina kekuatan itu melalui pembinaan keutuhan rohani - zikir, doa, munajat. Juga, empayar perjuangan hakiki - belajar untuk mengejar cita-cita, bukan hanya sekadar berbicara kemudian 'bermain' sahaja. Cinta - Belajar untuk memahami dan mempelajari Al-Quran, solat dsb, perbaiki hubungan dengan manusia, hulurkan bantuan buat mereka yang juga mencari cinta Allah. Kita semua mendaki tangga yang sama, iaitu ke arah mencintai Allah di tingkat yang paling atas. Ikhlaskan niat, kerana Allah untuk semua perkara.

Insyaallah. kekuatan yang lebih utuh dapat dibina. Semoga saya juga mampu membina kekuatan untuk dijadikan resepi kehidupan. Insyaallah..

Tersentak dari lamunan.

"Iffah, still try to gain the knowledge of astronomy? Would you like to come to the next astronomy meeting?" Guru sains saya bertanya.

"I'll take my chances." Jawab saya mengukir senyuman. Saya tahu, di waktu terdekat ini, banyak tanggungjawab tergalas di bahu. Tetapi inilah azimat yang menyuntik haluan hidup kita ; Tiada istilah putus asa dalam kamus hidup seorang mukmin.

Kekuatan itu perlu dibina... Jangan ditunggu kekuatan itu!



Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah.

Iffah Nabiha Ahmad Jailani

6 Mei 2011

Thursday, 5 May 2011

MAAF!

Assalamualaikum semua,



Akan kembali, Insyaallah.

Bukan sekarang, kerana kini saya a-m-a-t sibuk.

Banyak yang hendak cerita. Tapi banyak juga kerja. Nabhan, bakal menghadapi peperiksaan. Setiap malam mesti mengajar adik saya yang seorang ini. Minggu ini, guru saya pertingkatkan kualititi silibus pengajaran yang mana bermaksud, kami akan belajar dengan lebih se-ri-us. Bismillahi tawakkaltu 'alallah! Terkejut saya ketika subjek Biology yang lebih susah(kena hafal perkataan latin yang pelik-pelik tu, huhuwa!) mula menerpa, ICT massive project! Memegang jawatan penting dalam topik ni. Tak maulah sebut, nanti ada yang kata nak boast pulak. Art - Hmm, banyak benda kena buat. Mathematics  kena belajar basic Architecture. Huwaaaaa... Susah la macam ni...

Saya tanyakan sahabat saya di Malaysia, apa yang mereka belajar dalam subjek Geography (Saya sepatutnya di Malaysia tingkatan 1), dia kata cikgu tengah ajar macam mana nak baca peta(Tak acik). Aduhai, di sini bukannya main peta saja, tu, volcanoe dan earthquake tu! Alhamdulillah, peperiksaan sudah selesai, saya dapat yang tertinggi iaitu full mark :) Alhamdulillah.

Berita yang kata guru saya mungkin ter'panas', Osama bin Laden. Habis-habis, di sekolah, mestilah sebagai satu-satunya muslim di dalam kelas, saya kena tebalkan telinga, tahankan amarah, bila ada yang marah. Nama saya pun naik sekali. Sabar je lah -.-

Astronomy club, segala-galanya. Aduhai, doakan saya semua. Menulis? Okay, pasti akan kembali. Dengan artikel JANGAN DITUNGGU.

Jadi, untuk yang tanya saya soal ikhlas dan sebagainya, Insyaallah saya akan jawab. Semoga bertemu lagi dalam artikel-artikel yang lain di lain hari waktu dan saat..

Assalamualaikum...

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...!

p.s: Terkesan dengan kata-kata seorang hamba Allah ; remember this Iffah, he will ask you at hereafter ; What did you do when you know something while others doesn't?

Iffah Nabiha Ahmad Jailani