ALANGKAH INDAH

Berat rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi 
Baru kini ku sedari 
Jalan yang yang aku lalui


Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini
Ke lembah kehinaan

Alangkah indah dan baiknya andai saya mampu istiqamah.

Sengaja saya membaca surat-surat dan meneliti gambar-gambar kenangan saya sewaktu saya berada di Sekolah Rendah Al-Islah. Satu yang saya teringat, setiap hari Isnin saya berada dalam kumpulan usrah. Usrah yang terakhir adalah berkenaan cita-cita. Itulah usrah terakhir sebelum saya mengangkat kaki lalu menyambung perjuangan di bumi UK ini.

Di sinilah saya, satu benderang yang sedang mengejar cita.



Segar di ingatan, setiap kali menunggu masuk waktu zuhur, kami akan berzikir bersama.

Dalam sekian banyak kenangan yang diukir hampir dua tahun lalu, dua kenangan inilah membuatkan saya sayu.

Berada dalam biah yang solehah itu indah. Alangkah indahnya andai saya mampu istiqamah.

Teringat sahabat-sahabat. Bushra Shafiee, Syifaa Rosidi, Nadiah Atiqah, Mardhiah Asri, Nawal Amani. Kesemua mereka ini selalu melabelkan saya yang paling 'lembut' dalam 'group' kami.

I wish I'm still the same. Orang yang paling baik adalah yang tetap memilih kebaikan walau berpeluang berbuat kejahatan.

Di sini, saya selalu didedahkan dengan kejahatan.

Dan, saya tak mampu nak kekalkan setiap dari identiti yang pernah menghiasi hidup ini.

Satu ketika dahulu.

Bila kita diletakkan di dunia penuh cabaran, baru tahu.. Langit tu tinggi ke rendah.

Saya rasa sangat sebak dan acap kali menangis mendengar bait lirik lagu Mentari Hidup ni.. Berkait rapat dengan kehidupan saya di sini.

Iman itu, adakalanya tegar dan adakalanya di paras mendatar.

Doakan agar iman saya sentiasa tegar. Dan di kala mendatar, doakan agar ianya tidak tersasar.

Biar ianya mendatar tetapi masih di landasan yang benar. Biar ianya merangkak lemah tetapi ianya tetap bergerak mengharap dalam lembayung rahmah.... Kerana walau dalam keadaan merangkak, ia tetap meneruskan perjalanan.

Istiqamah.

Kerana, saya manusia biasa. Jangan pernah mengharap bertemu dan berbicara dengan saya tanpa melihat cacat cela, atau kasar dalam bicara. Don't seek for the perfectness inside me, but seek for what you can correct inside me. Kerana dengan memilih yang kedua, anda tidak akan kecewa.

Hanyalah padaMu ku hadapkan diri
Mohon keampunan

Esok, bermulanya hari persekolahan setelah cuti Sabtu dan Ahad.

Sabtu dan Ahad. Ada sesuatu yang ingin saya coretkan mengenainya.

Buat akhirnya, saya mohon doa semua....................

Berada di sekolah, saya terasa begitu mencabar. Semakin lama, semakin saya rasa ia akan menggugat identiti yang saya punya. Bila-bila masa, saya akan menjadi kasar. Dan itu telahpun terjadi.

Itulah namanya, dalam dunia blog, siapa saya. Dalam realiti, siapa pula saya.

Saya punya banyak khilaf.

Jadi, hadiahkan hadiah anda yang paling beharga iaitu doa. Saya mengharap, doakan agar saya istiqamah. Kerana bagi mereka yang istiqamah walaupun terdedah dengan peluang melakukan kejahatan itu beruntung. Dan saya ingin menjadi di kalangan itu.

Bittaufiq wal jannah.



Allahumma inni as aluka ridhoka wal jannah. Wana'u zubika min saqotika wan naar

Ya Allah aku mohon redha dan syurgaMu. Dan aku berlindung dari azab nerakaMu.

Jumpa Lagi, Insyallah

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Iffah Nabiha Ahmad Jailani

22 Mei 2011

Comments

Popular Posts