JANGAN DITUNGGU

*Curi masa*

Riuh rendah suasana kelas yang dikenali sebagai Top Set Year 8 Science (8E1) dengan hilai tawa sekelas. Subjek Biologi yang perlu dihadam oleh otak tidak terasa suasahnya apabila guru kami menyelitkan topik kelakar dengan aksi yang menarik perhatian.

Tajuk yang agak sensitif ini disambut oleh 'kegelian' oleh kami sekelas. Saya tidak ketinggalan, meraup wajah berkali-kali, antara malu, kelakar, dan geli. Itulah untungnya memperoleh guru yang berkelulusan PhD (^_^)

Ketika keadaan di dalam kelas kembali serius, saya mula membetulkan posisi duduk, bersedia untuk mendengar yang seterusnya. Sesekali saya terasa dahi saya yang bekerut secara automatik setiap kali cuba mengingati kata kunci Biologi yang agak susah kerana kebanyakan perkataan penting adalah dalam bahasa Latin.

Sekali-sekala, saya tertekan juga dengan keadaan. Saya yang membesar di Malaysia pastinya terkejut sebaik sampai di sini, sepatah pun tak faham. Terasa sangat berat matapelajaran yang mesti dipelajari, namun masa terus berlalu... Usia semakin bertambah, hakikatnya saya mula terbawa oleh nikmat dunia sehingga lupa bahawa dahulu saya pernah merintih kerana susahnya untuk bersangka baik kepada takdir yang Allah tentukan.

Ketika, kejayaan mula menyusuri, seringkali saya tidak dapat istiqamahkan perasaan untuk mengingati siapa saya, acap kali terbawa oleh sifat lagha hingga lupalah siapa saya yang sebenarnya. -Hanya seorang hamba.

"Percayalah, tersirat hikmah di sebalik musibah."

Tadinya, saya tuliskan ayat di atas sebagai status facebook saya. Iya, tatkala tadbir menyusur barulah kita merintih di atas sejadah cinta, merayu kepada Tuhan kita, untuk kembalikan nikmat yang pernah Dia kurniakan, namun ditarik semula, buat seketika.

Seringkali manusia itu berfikir syukur itu di atas nikmat dan sabar itu hanya pada ujian. Hakikatnya syukur itu bukan sahaja atas nikmat tetapi juga syukur atas ujian.

Mereka yang melihat dengan mata hati pada setiap tadbir yang dikirim Ilahi, pasti mengetahui bahawa ujian itu nikmat dan nikmat itu ujian.

Ujian itu nikmat.. Apabila hari-hari yang disusuri dengan kealpaan kita terhadap Ilahi kemudiannya terhapuslah dosa kita dengan musibah yang diberikan. Antara hikmah musibah itu adalah kifarah untuk dosa yang lepas. Bukankah itu merupakan satu nikmat?

Justeru itu. Sabar bukan hanya atas ujian. Sabar juga diperlukan atas kurniaan nikmat yang DIA berikan. Ketika kita dilimpahkan harta kekayaan yang melimpah, sabarkan nafsu untuk membelanjakannya ke arah yang sia-sia.

Beruntungnya bagi mereka yang sentiasa menjadikan dua kunci kedamaian dan Sakinah ini sebagai inti hidupnya. - Syukur dan sabar.

Jangan ditunggu

Pun begitu, selain sakinah(kedamaian) dan kebahagiaan, masih ada lagi sesuatu yang juga kunci untuk melalui tadbir, kerana tanpa kunci ini tidak akan mampu kita untuk menyusuri takdir DIA.

Kekuatan.

Manusia seringkali mencari kekuatan. Untuk bersyukur perlukan kekuatan, untuk bersabar juga perlukan kekuatan.

"Tunggulah sampai ana ada kekuatan.."



Sahabatku, kekuatan itu tak perlu ditunggu. Tetapi perlu dibina. Dalam menyusuri hari-hari yang masih bersisa, kita pasti bisa membina kekuatan itu melalui pembinaan keutuhan rohani - zikir, doa, munajat. Juga, empayar perjuangan hakiki - belajar untuk mengejar cita-cita, bukan hanya sekadar berbicara kemudian 'bermain' sahaja. Cinta - Belajar untuk memahami dan mempelajari Al-Quran, solat dsb, perbaiki hubungan dengan manusia, hulurkan bantuan buat mereka yang juga mencari cinta Allah. Kita semua mendaki tangga yang sama, iaitu ke arah mencintai Allah di tingkat yang paling atas. Ikhlaskan niat, kerana Allah untuk semua perkara.

Insyaallah. kekuatan yang lebih utuh dapat dibina. Semoga saya juga mampu membina kekuatan untuk dijadikan resepi kehidupan. Insyaallah..

Tersentak dari lamunan.

"Iffah, still try to gain the knowledge of astronomy? Would you like to come to the next astronomy meeting?" Guru sains saya bertanya.

"I'll take my chances." Jawab saya mengukir senyuman. Saya tahu, di waktu terdekat ini, banyak tanggungjawab tergalas di bahu. Tetapi inilah azimat yang menyuntik haluan hidup kita ; Tiada istilah putus asa dalam kamus hidup seorang mukmin.

Kekuatan itu perlu dibina... Jangan ditunggu kekuatan itu!



Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah.

Iffah Nabiha Ahmad Jailani

6 Mei 2011

Comments

salam iffah.
yes,kak hajar setuju. kekuatan itu perlu dibina.dan Allah juga takkan mengubah nasib seseorang itu melainkan hamba itu sendiri berusaha untuk mengubahnya.
dan aim kita adalah nak dapat redha Allah dalam hidup ni kan,inshaAllah.
kita doa sama-sama moga Allah tetapkan hati kita sebagai manusia yang mudah berbolak balik ini agar utuh pada jalan-Nya.

salam sayang dari Malaysia.
makin sayang dengan kak hajar..

jom, teruskan membina kekuatan! <3<3

Popular Posts