Soal Jawab : Hati,antara ikhlas dan culas

Betapa di awalnya sebelum Iblis Laknatullahi 'alaih sudah mengangkat sumpah, dan di situ juga telahpun diisytiharkan oleh Iblis ini akan keistimewaan orang-orang yang ikhlas. Iya, memang susah. Saya dengar dan banyak kali dengar, dan saya juga PASTI, memang PASTI, sangat PASTI saya tergolong dalam golongan yang begitu susah untuk kekalkan keikhlasan.

Sahabat Nabi SAW  setiap kali terdengar perkataan ikhlas akan menangislah mereka, kerana tahu betapa susahnya untuk ikhlas. Kenapa susah?

Kerana walau kita benar-benar kenal dengan diri kita, tetap juga tak mampu untuk menilai keikhlasan diri. Walau berada di tahap 'tadika' dalam kehidupan, mahupun peringkat 'PhD' sekalipun, adakalanya kita tetap gagal dalam mengenal ikhlasan diri. Diri kita sendiri pun adakalanya tak dapat mengenal pasti keikhlasan itu.

Saya sebenarnya tidak tahu dan baru sahaja tahu bahawa tahap Islam mengharamkan kita mengaku baik sehingga seperti di akhir surat kita menulis,"Yang Benar" ataupun "Yang ikhlas." tetap tidak digalakkan. Itulah Islam, akan dijaga kesucian hati hamba-hamba Allah agar sentiasa ikhlas dalam mengumpul amalan.





Iblis


"Iblis berkata : Demi kekuasaan Engkau, akan aku sesatkan kesemua mereka, kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas di antara mereka."(Sad:82-83)


Makhluk yang satu ini sudahpun maklum keistimewaan orang-orang yang ikhlas. Ikhlaslah penentu sama ada amalan itu diterima atau ditolak. Tak dapat diketahui atau dikenal pasti walau setinggi manapun ilmu kita tentang diri kita. Kerana itu, elakkanlah dari mengucapkan,"Ambillah, aku ikhlas ni.." kerana hanya Allah yang tahu di seketul daging yang bercambah di dada seorang mu'min itu, wujud keikhlasan atau hanya mengharapkan pujian.


Saya teringat akan cerita yang disampaikan oleh ayah seorang kawan saya. Kawan saya itulah yang bertanya  mengenai soal ini. Malu agaknya nak tanya ayah sendiri. :D


Di akhirat nanti, akan datang tiga orang yang dicanang orang pasti masuk syurga. Seorang daripadanya, merupakan mujahid yang syahid di jalan Allah.


"Kenapa engkau korbankan nyawamu?" Lelaki ini disoal akan amalannya.


"Kerana Engkaulah, wahai Yang Maha Kuasa."


"Bohong! Engkau bekorban untuk dipanggil syahid!" Maka lelaki yang syahid tadi dimasukkan ke dalam neraka.


Tinggallah dua lelaki dari tiga lelaki tadi. Seorang lagi datang pula di hadapan Allah. Lelaki ini merupakan seorang yang kaya yang baik hati dan sering mendermakan hartanya ke jalan Allah.


"Wahai fulan! Mengapa engkau sanggup mendermakan hartamu?"


"Kerana Engkaulah pastinya, Ya Rabb." Jawabnya.


"Bohong! Engkau melakukannya untuk dikenali sebagai dermawan."


Lelaki ini juga dimasukkan ke dalam neraka.


(Maaf ye, saya tak ingat lelaki yang seorang lagi ni kerjanya apa, :P tetapi hal yang sama berlaku, dia juga tidak ikhlas dan masuk ke dalam neraka..)


Boleh atau tidak?


 Saya ada mendengar sahabat saya yang bertanya, kalau buat amalan sebab nak pahala, nak jadi solehah, nak masuk syurga, boleh ke? Sebab tak tahu macam mana lillahi ta'ala tu.. (maksudnya buat amalan sebab pahala)


Saya tak pasti untuk ini. Jadi saya tanya ibu saya. "Ikhlas la, untuk kita yang rendah ni.."


Dah dapat jawapan dia kan? Insyaallah, selagi tidak bermaksud mengharapkan dicanang orang, selagi tidak bermaksud nak harapkan anugerah itu ini, insyaallah diterima.


Untuk pelajar seperti saya juga, tidak kiralah pelajar sekolah, universiti, masters atau phd, ikhlaskan niat dalam menuntut ilmu. Tanamkan azam dan semangat - menuntut ilmu kerana ingin menegakkan semula nama islam yang kian tenggelam oleh arus jahiliah moden ini. Bukan kerana untuk yang PhD nak dapat gelaran 'Dr'. Yang uni nak dapat gelaran 'graduan uni' atau yang sekolah nak dapat anugerah 'pelajar pintar' etc etc. Apatah lagi untuk remaja yang popular dengan cinta monyet ni. Pergi ke sekolah bukan untuk bertemu si dia tetapi untuk bertemu pahala bagi mereka yang berusaha belajar demi agama dan cita-cita.


Pandang ke hadapan, mereka di UK ini pada usia 11 tahun sudah belajar apa, kita pula belajar apa. Guru mereka bagaimana. Mereka semua sudah jauh ke hadapan sedang umat islam masih lagi dibuai mimpi kebangkitan tanpa usaha mendaki tangga kejayaan. 


Banyak lagi yang perlu ditempuh. Onak dan liku sepanjang arena kehidupan masih ranjau dan mesti diteruskan. Kepada Allah sahajalah kita memohon ampun andai sekali sekala kita menuntut ilmu kerana peperiksaan, semuanya dapat dilihat apabila kita gagal, bagaimana reaksi kita. Jika kita terima, insyaallah bererti kita belajar keranaNya. Jika kita berputus asa, bererti kita belajar hanya kerana grade A semata.


Bagi yang sudah melalui alam pekerjaan, banyak lagi pengalaman yang mesti dikaut. Teruskan berbakti kepada masyarakat, kerana pahalanya insyaallah berganda.


Dan insyaallah, dengan untaian pahala itu akan dibeli oleh Allah, dan dibayar dengan syurga.


Tips


Kenali diri sama ada ikhlas atau tidak dengan menuduh diri kurang sempurna dalam melaksanakan kewajipan kita terhadap Allah swt. Juga, SENTIASA persoalkan keikhlasan di dalam hati. Dan, ketika ada yang mencemuh kebaikan yang dilakukan, tetaplah istiqamah. Jangan mengalah. 


In addition, dalam globalisasi yang tercipta, dalam arus duniawi yang mesti ditempa, banyak pengaruh maksiat yang berlaku di sekeliling kita. Tidak berubah. Itu juga kunci kepada ketulusan hati.


Yang lebih arif, boleh tambah@betulkan :)


Assalamualaikum..






Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang


Jumpa Lagi, Insyaallah


Iffah Nabiha Ahmad Jailani


14 Mei 2011

Comments

Anonymous said…
nice article, but need to add a few info's a bit about ikhlas.

kita ikhlas kenapa? sebab nak dpt ke r e d h a an daripada ALLAH semata-mata. kalau ALLAH tak redha, mcm mana nak msk syurga? kalau ALLAH tak redha, mcm mana nak dpt rahmat-Nya? kalau ALLAH tak redha,mcm mana nak dpt pahala? kalau ALLAH tak redha, mcm mana nak bahagia disini & disana? kalau ALLAH tak redha, mcm mana kita boleh dgn sngnya memperoleh nikmat-Nya serta tinggal di Bumi-Nya??

seseorang takkan dpt apa2 kalau ALLAH tak redha.. nauzubillah.

sungguh, anugerah yg paling istemewa bagi yg beriman ialah yg mendapat keredhaan ALLAH. inilah PANDANGAN ALLAH yg kita perlu carikan & dptkan.


wallahua'lam.. smga usaha menulis diteruskan <3 jazakillahukhoirankathiran~ :D
Salam 'alaik Anonymous,

Alhamdulillah, terima kasih atas komen yang membina. Semoga Allah redha akan dirimu :)

Sebenarnya, kalau baca artikel yang lepas-lepas saya ada kata. artikel saya especially untuk soal jawab akan berkurang di sudut kuantiti+kualiti. semata-mata kerana kegentingan keadaan tertutama sekarang.

Walauapapun, ianya silap saya kerna tak mampu untuk istiqamah.. Maafkan saya :)

Sekali lagi, terima kasih, moga keredhaan yang kita damba itu sentiasa bernaug di corong kehidupanmu.

Assalamualaikum :)
Islami98

Popular Posts