BUKAN SEKADAR MIMPI

Cahaya mentari telahpun lama menghiasi dinding alam. Terpancar megah bangunan Education Village yang bewarna kuning, teguh berdiri di atas lantai bumi. Saya memerhati. Dalam melangkah, hati berbolak-balik lantaran teringatkan memori semalam. Hati terganggu oleh kesalahan di masa silam.

"Oh Tuhan, semarakkanlah iman!" Hati ini berdoa.

Minda mula melewati episod semalam, ketika setelah setahun sembilan bulan saya bepijak di bumi United Kingdom.


Cukuplah sekali hati tergerak 

Pena meninggalkan dakwatnya di atas buku berkulit merah jambu kegemaran saya. Di hujung kulit buku tersebut kelihatan bunga-bunga ungu menghiasi indah. Buku itu pula disalut oleh pembalut buku agar tidak dinoda oleh kotoran di persekitaran. Rancak pena bekerja di samping otak saya juga, mentafsir setiap ayat yang dipelajari di dalam Kelab Bahasa Jerman yang saya hadiri selepas sekolah.

Sambil belajar, guru saya menghidangkan beberapa jenis makanan. Saya tidak mengambilnya.

 Tiba-tiba, saya terasa seseorang menyentuh bahu saya. Saya mengalihkan pandangan. Terkejut melihatnya.Sedaya upaya menghindarkan hati ini berprasangka.Dia mendekatkan wajah lalu membisikkan sesuatu. Saya melihat benda yang dipegangnya. Hati meronta-ronta untuk menerima tawarannya. Entah kenapa, kali ini iman terasa lemah, sedangkan perkara itu jelas haram di sisi Islam!

"Alah, sekali ni saja. Bukan ada orang nampak pun!"

Nafsu berbicara.

Hati saya tersentuh. Tak kuat melawan. Ada air mata bergenang di sudut tubir mata. Saya pula jenis perempuan yang terlalu cepat menangis! Terlalu senang! Terlalu mudah! Terlalu lemah!

Cuba ditahan sekuatnya. Kerongkong terasa sakit kerana tangisan yang ditahan. Nafsu melonjak-lonjak ingin bergerak menuju ke arah perkara yang dilarangNYA.

Perlahan, tanpa saya sedari jari mula bergerak. Seolah-olah mengiyakan..

Alhamdulillah, DIA sayangkan hambaNYA. Sebelum sempat saya terjebak, hinggap satu tamparan dari IMAN.

"Iffah! Apa awak buat ni...Ini haram. Mana boleh buat macam ni..! Jangan! Jangan! Berdosa besar!" 

Seolah-olah terdengar tempikan IMAN yang masih bermukim di hati. Wardatul Iman di hati tetap tidak mahu mengalah. Walau dipenjarakan seketika, Wardatul Iman tetap ingin menyedarkan cinta Allah yang hampir-hampir diketepikan. Pergerakan jari-jemari terus mati. Orang yang menawarkan perkara haram tadi terdiam kaku. Hairan dia memerhati. Saya tersenyum kelat sambil MENGGELENG.

"Ya Allah, hampir sahaja hati ni tergerak nak buat benda macam tu.. Cukuplah sekali ni sahaja hati ni tergerak menuju ke arah kejahatan.."Saya mula fobia, tetapi itulah cabaran. DIA mengirimkannya untuk membuatkan kita semakin kuat bukan untuk melemahkan.

"Iffah.. Pergi sana nanti.. Jaga iman elok-elok ye.. Sayang anti.. hehe.." Pesan Nur Syifaa Rosidi, sahabat yang saya sayangi di dalam e-melnya terhias di ruang mata. Iya, kehidupan dalam bi'ah yang indah selama tujuh bulan, dua tahun lalu itulah yang membekalkan asas 'peperangan' ketika berhadapan dengan maksiat. Semakin teringatkan Syifaa, semakin teringatkan satu janjiNya - Lillazi na ttaqaw 'inda rabbihim jannatul tajri min tahti hal anhar, khalidina fiha (Bagi orang-orang yang bertaqwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan mereka kekal di dalamnya...)

Air mata yang sudah sedia bertakung semakin berjuraian.

***********************
Saya merenung lagi bangunan itu. Sekolah ini, terlalu manis untuk saya. Di sinilah kejayaan bermula, setelah hampir setahun di Durham Johnston saya menangis pilu. Silap saya sendiri, yang terlalu lemah sewaktu di Durham Johnston dahulu!

Hampir sebulan saya tidak mengupdate blog. Semuanya kerana saya sedang mengejar cita-cita saya. Mengulangkaji hampir 5 jam di hadapan laptop, sambil menghafalnya memberi kesan kepada mimpi saya di dalam tidur. Setiap kali saya pejam mata, saya boleh nampak dan dengar suara saya mengulangkaji!
Setiap kali itu juga, berkuntum segar di hati sebuah firmanNya; Wa la tahinu, wala tahzanu, wa antumul 'alauna in kuntum mukminin! 

Akibatnya, kepala saya asyik berdenyut sakit setiap kali saya berada di dalam kelas. Melangkah di sekolah, saya bagaikan berpijak di awang-awangan. Seolah-olah dalam keadaan tak sedar. Pernah tersungkur kerana aktiviti kawan-kawan saya yang asyik berjalan sedangkan saya rasa nak pengsan!
Sebuah hadis menegur...

"Mukmin yang kuat itu lebih dikasihi oleh Allah dari mukmin yang lemah. Tetapi pada kedua-duanya terdapat kelebihannya."

Saya mula teringatkannya, dalam keadaan begini, saya tidak tergolong dalam kalangan mukmin yang kuat tubuhnya. Namun itulah usaha. Benarlah hadith yang dikatakan pada kedua-duanya terdapat kelebihannya.
Namun, saya ingin berusaha, tetapi tetap tergolong dalam golongan yang dikasihiNYA.

Apatah lagi, seorang hamba Allah pernah tegur saya ; I know you're hardworking and all, but janganlah serius sangat sampai tak hirau cuti. Ada sebabnya kenapa Allah jadikan cuti' kan? :)

Iya, saya sesungguhnya silap. Macam mana nak jadi muslim yang kuat, kalau asyik lemah, tak berdaya, lesu?
Hari Selasa, Rabu dan Jumaat memang hari bekerja keras. Hari minggu lainnya, saya boleh belajar di sekolah, tenangkan minda bersama keluarga dsan ayat-ayatNya di rumah. Sabtu dan Ahad, belajar, tetapi tetap ada masa lapang agar hak pada badan ditunaikan. Insyaallah, semoga menjadi mukmin yang kuat!

Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya bagi badan kamu terdapat hak-haknya ke atas kamu, dan sesungguhnya bagi keluarga kamu terdapat hak-haknya ke atas kamu dan sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak-hakNYA ke atas kamu. Maka tunaikanlah hak-hak itu ke atas pemilik hak-hak itu!

Dalam kepayahan, saya menyemat azimat sebagai janji, cinta Allah yang dikejar, cinta Rasulullah yang ingin digapai, cita-cita yang ingin dicapai, keluarga yang ingin dibanggakan, agama yang ingin dijulang, insyaallah akan mendapat tempat di dalam kejayaan yang saya sandarkan. Semoga, bukan sekadar mimpi!

Akan kau saksikan
Kesulitan ini
Pasti
Berganti
Kebahagiaan

~Mimpi Yang Indah~

Saya akan buktikan!

Bukan sekadar mimpi


Telah ku lalui 
Jalan berduri
Sejuta harapan
Terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan 
Di situlah kekuatan
Tekad hati 
Azimat di perjalan
Mengejar impian

Mara kaki melangkah menuju bilik Science 7. Debaran semakin kuat terasa. Terngiang-ngiang nasyid Mimpi Yang Indah, menyejukkan hati seketika.

Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Hati saya berdebar dengan persoalan. Dipejam mata sebelum menerima keputusannya. Terkenang, janji yang dipateri.

Akan kau saksikan
Kesulitan ini
Pasti berganti 
Kebahagiaan

"Alhamdulillah!" Sekali lagi, hati perempuan yang mudah menangis ini tersentuh oleh kerana BAIKNYA SI DIA. Terlalu baik, terlalu baiknya Engkau Ya Allah!

Salah, jauhnya kita, berlumur dosa, DIA tak pernah jemu menghulurkan cinta buat hambaNYA. Dosa, hina, yang melekat di hati hamba tetap diampunkannya dengan tarbiah musibah yang dihadiahkan. Semata-mata untuk membersihkan hati-hati yang ingin dibimbing oleh Ilahi. DIA tak pernah jemu, menghadiahkan rezeki nikmat atau musibah, untuk hamba-hamba yang beriman.

Coretan ini, saya abadikan sebagai kenangan, agar ketika saya pulang ke Malaysia nanti, saya mempunyai memori yang berkuntum segar di setiap artikel blog ini, mengisahkan kehidupan saya di perantauan.

Pelajar terbaik untuk tiga peperiksaan berturut-turut, dan keputusan yang terbarunya, 7b ( A star ) alhamdulillah.
Nampaknya, peperiksaan GCSE nanti, sekolah akan amanahkan gred A star star.

Ku susuri takdirMu Ya Allah...

Tinggi langit
Mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang
Yang terang bukan khayalan
TETAPI KENYATAAN

Terima kasih, untuk ummi dan ayah yang sentiasa menyokong,

sahabat sahabiah

pembaca blog saya

guru-guru, khususnya guru Science saya, Dr Willis

Dan sesungguhnya terimalah sumbanganku ini untuk agamaMu Ya ALLAH... 

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah

Iffah Nabiha Ahmad Jailani

30 Jun 2011

Comments

Anonymous said…
assalamu'alaikum. adik iffah, tersentuh hati pabila bibir membaca dan menghayati bait-bait luahan adik. Allah.. akak rase kagum dgn adik. baru belasan tahun tapi tampak cerdas dalam penulisan. moga adik terus thabit dalam da'wahNya. la Tahzan adik. boleh akak tahu kenapa adik bermastautin di UK.? if u don't mind to answer my hesitation.=) barakallahu fik adik.. chaiyok!

ukhti nabilah: malaysia.
This comment has been removed by the author.
Waalaikumussalam Warahmatullah

Ukhtiku sayang, saya tak ada apa-apa, selalu lalai dalam dunia. Jazakillah, saya suka menerima doa :)Saya bermastautin di bumi UK ni kerana Ayah sedang membuat PhDnya :)inysaallah, oktober ini genap dua tahun perjuangan Ayah.

Insyaallah, moga ukhuwah kita berpanjangan!

Salam sayang, Iffah.
Anonymous said…
Allah.. adik, la bat's. kita semua x lekang dari kelalaian kpd dunia. Tapi, bila hati telah berlari sedikit demi dikit menjauhi Allah, cepat2 kembali pada Allah. insya-Allah. sesungguhnya rahmat Allah sgt luas. aka doakan adik mumtaz dlm apa jua yg dilakukan. semoga barakah senantiasa bersama adik dan seluruh saudara seIslam kita. Biiznillah!

Insya-Allah, moga ukhuwah fillah ini diredhai. Akak syg perkenalan ini..insya-Allah, akak nak follow blog adik always lah.=) syukran awwi krn mmbalas pertanyaan akak. moga selamat adik sekeluarga di sana. nmpak sudah bahawa keluarga adik kaya dgn.. pastinya ilmu. =) subhanallah.

salam mahabbah dikirim kembali.
ukhti nabilah: malaysia.:))
Seronoknya membaca ayat2 peransang semangat dari ukhti ni. Terasa indah ukhuwah :)

Ukhti, ada blog? Nanti saya letakkan link nya. Ana uhibbuki fillah :) <3<3<3

Semoga ilmu itu juga yang akan menjaga kita semua, akak sendiri juga, moga rahmat dan cinta Allah bersamamu <3

salam mahabbah, adik seislammu.
Iffah :)
Anonymous said…
Alhamdulillah. Uhibbuk adik aidhan!fillah. =)Jazakillah khairan katsir 'ala du'a. Ameen ya Rabb.

Adikku sayang, maaf, akak tak ade blog. cuma rajin buat blog walking. mengambil inspirasi dari penjelahan blog insan lain. itu yang indahnya jumpa blog adik nie. Allah.. baikkan Dia.?=).

salam alfun mahabbah.:)
ukhti nabilah: malaysia.
Anonymous said…
*penjelajahan

ukhti nabilah.
Oh, tak apalah kalau begitu. facebook ada?

insyaallah, balik malaysia nanti, bersua muka denganmu, ukhtiku sayang.

dah pun terasa rindu. :'(

semoga Allah memeliharamu sentiasa, kakakku sayang!

salam rindu dan sayang dari bumi UK, sejarah Islam terkebumi di sini :'(
Anonymous said…
MasyaAllah..=)

adikku sayang, maaf sngt2, buat mase ni akak cuma menggunakan YM sahaje. sekiranya adik tidak keberatan,nie emel akak: saadah_sakinah@ymail.com.
then..my YM is welcoming you!:)

insya-Allah, andai Allah beri waktu kita berjumpa di Malaysia nanti ye. berta'aruf dgn adik yang tersayang nie. Biiznillah!:)

semoga rahmat Allah juga bersamamu dan keluarga senantiasa. Amiin!

teruskan berdakwah di medan pena ya adikku sayang.!:)

salam rindu di kejauhan.
ukhti di Malaysia.:))
Alhamdulillah, ana uhibbuki fillah. sayang sangat dengan perkenalan ni.

Selamat bercinta dengan DIA :)

Popular Posts