RINDU YANG PASTI

Assalamualaikum,

Pada diari yang mempunyai 'pembaca'.

Tertatih berjalan, bagai bayi yang baru belajar untuk melangkah, bersama si ibu dengan kasih sayang yang tak pernah luak. Teringat saya pada perbualan bersama Wan di kampung, terasa rindu berputik di segenap ruangan hati. Penutup bicaranya terngiang-ngiang di telinga, sedang perbualan itu, hampir sebulan yang lepas berlalu.


Sekian banyak peristiwa yang menduga, yang tak mampu untuk saya cerita. Hanya Allah yang tahu hati saya, ketika si dia lancang berkata-kata, langsung tidak ada secebis sedih yang melekat di hati. Tidak ada rasa terkilan yang membelenggu naluri. Alhamdulillah, Allah memberi ujian tanda sayang, itu fikir saya.

Namun, entah bagaimana, tiba di rumah untuk menceritakan kepada keluarga -walaupun saya jenis yang jarang becerita masalah pada mereka kecuali bila terdesak, seola-olah saya diamuk emosi dan kalah di medan pertempuran perasaan. Datang dari mana, saya tak tahu, tapi menangislah saya di situ. Hehehe :)

Namun ia hanya sementara. Hari-hari selepas itu, terasa bermakna, Alhamdulillah. Bersama kurnia cinta yang DIA hadiahkan, di situ saya temui kekuatan. Kepada siapa lagi yang mampu saya sandarkan harapan?

Bila saat genting di sekolah menerpa, di saat itu juga segunung beban perasaan mula melingkari di sekitar tangkai naluri. Ujian yang bertimpa-timpa sebelumnya Alhamdulillah jarang sekali mengganggu damai di hati. Tetapi sesuatu yang biasanya dianggap orang 'kecil' sahaja itu, bagaikan mampu untuk menyemarakkan ombak karam yang maha hebat di hati. Perasaan ini berkocak, menepis-nepis fitrah setiap hati yang sukakan kebaikan, seolha-olah memaksa hati ini untuk hipokrit dengan Tuhan, iaitu melakukan sesuatu yang bertentangan.

Apa yang bertentangan? Saya sendiri tidak faham. Tetapi ombak perasaan itu membuatkan saya merenung semula kenangan yang tersimpan kemas di minda. Hampir dua tahun lalu, entah kenapa kenangan itu seolah-olah mampu menyambar ketenangan hati. Ada sesuatu dari kenangan yang lepas yang tak akan saya ceritakan  yang menyebabkan 'ombak' itu beralun ganas. 

Kenapa andai DIA hadiahkan sedikit kekaburan, engkau sudah lemah wahai diri? Bersabarlah, kerana itu adalah antara titik-titik usaha dalam mencari dan terus mencari damai yang hilang. Buat sementara ini, kedamaian itu menghilang buat sementara. Carilah kembali DIA, insyaallah akan kau temui kembali kedamaian yang hilang itu, wahai diri..

Rindu untuk hari ini



Hari ini, sungguh saya merindui untuk berada dalam bi'ah yang solehah. 

Saya rindu pada Muallimah Hanim. Kenapa? Setiap kali saya solat, saya akan teringatkan kguru Feqah saya ini. Saya terasa agak akrab dengannya. Ketika sekolah melangsungkan Pertandingan Fannul Atfal peringkat negeri, Muallimah Hanim bertanya andai saya ingin menyertai acara Bacaan Dalam Solat. Ditakdirkan oleh Sang Khaliq, saya masuk dalam pertandingan yang mensyaratkan untuk menghafal bacaan beserta maksudnya.

Hari ini, tertegaknya saya di hadapanNya dengan bacaan solat yang mampu saya fahami. Andai Muallimah Hanim tidak memilih saya, mungkin hingga ke hari ini saya tidak mengetahuinya? Terima kasih buat Muallim Mohd Noor, Muallimah Khadijah dan Muallimah Noor Bahyah yang turut melatih saya sewaktu saya dalam sesi latihan.

Muallimah Noor Bahyah, guru Bahasa Melayu saya yang tak juga pernah kering jasanya. Alhamdulillah, berkat ajarannya lah saya hingga ke tahap ini. Terima kasih Muallimah, hanya Allah yang mampu membalas!

Menyusuri tepian pantai yang ditaburkan kenangan bersamanya, saya sungguh merindui hakikat kehidupan yang pernah saya lalui satu ketika dahulu.

Dengan tudung labuh yang dikenakan, saya seolah-olah terasa bahagia bersamanya. Ingin sekali saya mengenakannya semula, ingin sekali juga saya bepurdah tetapi sehingga hari ini saya mempunyai halangan yang tak mampu untuk saya menentang. Kenapa saya suka mengenakan pakaian sebegitu rupa? Kerana yang tertutup itu indah.

Saya merindui detik-detik menyalami guru... Sungguh! Saya merindui detik-detik saling mendoakan antara satu sama lain.. Biarpun masih boleh mendoakan dari dalam hati jauh di sini, tetapi saling bertukar doa itu sesuatu yang sangat bermakna untuk saya.

Berzikir bersama sebelum masuk waktu Zuhur itu indah bagi saya. Jika seorang lelaki mencintai seorang wanita, dapat kita lihat di bibir lelaki itu asyik meniti nama wanita tersebut. Begitulah dengan Allah. Jika kita benar-benar mencintai Allah, setiap saat yang meniti di tubir bibir adalah namaNya, yang berkata-kata di hati adalah asma'Nya. Yang menghiasi ruang mata adalah keindahan ciptaanNya. Yang membaca adalah kalimatNya. Sentiasa!

Bersalaman, bersama sahabat-sahabat itu.. indah.

Bergenang air mata bila mengenangkan persahabatan yang saya jalinkan antara yang kafir dan yang beriman.

Bersama sahabat yang paling saya rapat di sekolah dahulu adalah Syifaa.

Bersama sahabat yang paling saya rapat di sekolah di sini adalah Hannah.

Syifaa, bersamanya kami bersalaman selepas solat. Mungkin juga setiap kali kami bertemu. Seiring itu juga kami menegur kesalahan satu sama lain. Bila berada dalam keadaan susah mahupun senang, ashabat yang ada dirai. Bersamanya juga saya berlumba-lumba dalam menempatkan diri di kedudukan teratas di dalam kelas. Ada yang kata kami meniru kerana markah kami yang hampir sama. Sewaktu peperiksaan juga saya menduduki tempat pertama dan dia kedua. Setiap kali matapelajaran Tajwid memang dia sering memotong saya kerana saya tak pernah belajar pun Tajwid :P 

Dan jika saya memperoleh markah yang lebih tinggi darinya, dia mengucapkan tahniah walau tersemat azam ingin menggapai bintang yang lebih tinggi!

Hannah.. Dia merupakan seorang teman yang baik. Sentiasa membantu saya jika saya perlukannya. Melindungi saya di saat yang lain mengganggu saya. Tetapi, berkasih sayang kerana Allah itu terasa perbezaannya. Jika saya memperoleh markah lebih tinggi darinya, dia mencebik cemburu.

Syifaa juga cemburu, tetapi adat bertemu dan berpisah kerana Allah.. Lainnya terasa. Redhanya dia, pemangkin dirinya untuk turut mencipta kejayaan sama.

Bercerita tentang Hannah membuatkan saya rindu pada Holly. Holly, bagaimana dia sekarang? Masihkah dia dengan pegangan Buddhanya? 

Philippa, sahabat yang menceriakan saya. Usik mengusik, umpama rencah kehidupan secara amnya. Nadiah Atiqah.. Dia juga sering berjaya membuatkan saya gembira dengan cara yang tiada yang lain mampu membuatnya. Sekali lagi, bersahabat kerana Allah itu terasa lainnya. 

Semasa di Sekolah Rendah Al-Islah, saya selalu ceritakan tentang cita-cita saya ingin memasuki MRSM Ulul Albab Kota Putra kerana di samping ilmu duniawi yang diajarkan, sekolah itu tetap juga mengajarkan ilmu hafazan dan ilmu-ilmu deeniyah yang lainnya yang tinggi kualitinya. 

Namun takdirNya menentukan saya di sini. Sebaliknya, Nadiah 'si pencuri' (;P) memohon untuk memasuki sekolah itu dan rezeki menyebelahinya. Sehingga ke hari ini, jika saya berbicara dengannya melalui facebook saya selalu berpesan,

Hafal Al-Quran elok-elok ye.. Amanah ana nie.. Hehe.. Nanti jumpa anti nak tengok anti jadi seorang hafizah!

Bila menyebut perkataan hafizah, saya tidak nafikan ada perasaan terkilan dan cemburu hinggap di dedaun hati. Tetapi mengenangkan bahwa semua ini hanyalah rindu untuk hari ini, sungguh ianya mengubat hati.

Yang tentu, saya bakal mengisi sebahagian hati dengan satu kerinduan yang pasti. Satu kerinduan yang sesungguhnya hingga ke akhir hayat akan bermain-main dengan hati. Doa saya, semoga satu kerinduan yang pasti itu tidak akan menggugat hati yang hidup untuk menjadi hati yang mati. Sebaliknya, kerinduan itu akan menjadi pemangkin hati yang hidup untuk terus hidup dalam menyusuri pantai kehidupan. Sekali-sekala pasti kedamaian dalam menyusuri pantai kehidupan itu pasti tergugat dek dihempas ombak dugaan, namun walau aku sendiri aku tetap perlu berdiri.

 Andai rindu saya pada Al-Islah itu hanya rindu untuk hari ini, apa pula rindu yang pasti itu?

~Bersambung~

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah

Iffah Nabiha Ahmad Jailani

Comments

Macedonia said…
hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang
ada Dia(Rabb)untukmu...

ingatkah engkau kepada
embun pagi bersahaja yang
menemanimu sebelum cahaya

sahabat ibarat embun di subuh hari...
hadir sebelum mentari menampakkan diri,
hilang setelah cahaya itu menyinari,

patah tumbuh hilang berganti,
kata mualimahku pasti satu hari nanti aku temui damai yang hilang itu, mungkin 20 tahun yang akan datang... aku hanya mampu tersenyum.

moga aku juga menjadi embun pagi, sebelum cahaya Ilahi itu menyinari
Allahu nurussamawati wal ard.
Terima kasih Macedonia,

Damai yang hilang itu, sentiasa tersedia..

Namun perlu cara dan iman yang meneguhkannya.

Sekali sekala itu pasti ada.

Tetapi percayalah, satu kedamaian yang pasti akan dirasai, iaitu di syurga nanti.

Dan untuk mendapatkan syurga, jalan berduri mesti dilalui.

Wassalam..
Lissa said…
salam. awk ade komen pada entry terbaru lisa

Salam. Maaf ye, bila saya nasihat, siapa ye? huhu, minx maaf kepala saya ni kena ketuk dengan lesung batu...

lisa agak kurang faham maksud awk. tapi kalau pasal komen lisa pada shoutbox awk pasal "thanks atas nasihat tu " tentang nasihat awk supaya saya ta bersentuh ngn lelaki bukan muhrim kot masa tu. masatu awk send komen pada shoutbox lisa.
thanks atas nasihat tu, n thanks sbb bg link awk. tu jer.;)
Wassalam..

Oh begitu. Maaf syaa tak berapa ingat. maksud saya saya ni pelupa, itu jer :)

oh, betullah tu. harga wanita tu mahal sangat, takkan boleh ditukar walau dengan mutiara sekalipun. sama-sama, Allah sayangkan wanita, sebab tu dia tak benarkan kita menyentuh lelaki yang bukan mahram :)

Popular Posts